jum jadi kawan,,,

Tuesday, November 23, 2010

~businesswomen~

assalamualaikum and hai to all readers...

kawan2, saya sebenarnya nak mulakan dunia perniagaan. berniaga biasa2 jek. tapi saya takut tak dapat sambutan pulaks. hehe. actually, family saya memang suka berniaga. as a daughter to a businessman, saya jugak berminat. hehe. maybe sebab tu la sekarang i'm taking accounting (walaupun tak berapa pandai sangat). hehe.

agak2 la kan, ade tak orang nak beli ape yang saya jual? hehe. gila punya soalan kah. saya tak berapa yakin la. tapi still gak nak menjual. nanti, bila saya dah jual barang dagangan saya tu, kawan2 nak beli tak? beli la, beli la (hei, ade ke main paksa orang beli). aish. kelakar pulaks. apa2 pun, saya tetap gak nak menjual. hehe. nanti kawan2 beli eh? huhu.

nanti saya menulis lagi kayh? saya nak kemas bag. sok nak pergi kL. saje nak menggediks kat sane. tak cukup gediks la kat sini. ngeh3.

i love you all. do love me back. hehe.

i got feelings

hai and assalamualaikum...

tiba2 je rasa perasaan yang saya tak suka ni. kenapa dia perlu datang?? saya dah lama tak fikir pasal benda ni. saya tak suka. sangat tak suka. berdosakah saya?? adakah timbul perasaan bersalah dalam hati saya?? saya tak fikir dah. saya nak dia pergi jauh2. saya takut saya akan jadi sedih. sedih yang amat sangat.

ya Allah, please help me. please make me strong. dear heart, please. do not do this to me.

ok dah nak tidur. dah lewat malam. hopefully perasaan ni hilang bila dah bangun esok pagi.

i love you all!!

Friday, November 19, 2010

raya datang lagi ^___^

hai and assalamualaikum to all readers...

busy sungguh saya lately neh. hehe. busy la sangat kan. tak de la busy sangat. tapi buat2 busy. oh ye. saya rasa masih belum terlambat untuk saya wish happy eid to all. tahun ni saya celebrate raya haji kat ipoh, perak. tahun ni juga siblings yang dah kahwin celebrate kat rumah mertua. that is why la saya and siblings yang bujang sepakat nak celebrate kat ipoh. dah lama sangat tak raya kat ipoh. tapi raya haji kat ipoh tak semeriah raya puasa. of course la kan. duit raya pun tak dapat. hehe. plus, adik-beradik pun tak ramai. tak meriah sangat la. huhu.

hari selasa petang after packing semua barang2, kitorang gerak pulang ke ipoh. lane kitorang tak jem pun. lane sbelah mmg banyak gila kereta. papa nak memotong pun memang susah sangat. nasib baik kereta lane kitorang tak banyak.so, papa boleh la memecut. hehe. tapi kitorang still sampai lambat gak. sebabnya, ade batu besar jatuh atas highway. so, jalan terpaksa ditutup sebelah. saya pun tak tahu sangat. kitorang adik-beradik dah selamat tidur time tu. mula2 memang la tak nak tidur. nak teman papa drive. tapi, selamat semuanya. huhu.

sok pagi tu, kitorang siap2 nak pergi beraya la. tapi, satu incident yang amat la saya benci sangat happen. serious memang sedih. so, saya dah nekad. biar la saya and Allah je yang tahu ape yang saya rasa on that day. hehe. memang kelakar sangat. raya kali ni sangat la tak menarik. sebabnya tak banyak gambar. camera saya rosak. my sis pulak lupa nak bawak camera dia balik. so, kitorang gunakan khidmat handphone my sis untuk snap pictures. actually, banyak gak la gambar yang di snap. tapi, nak dijadikan cerita, fon tu bermasalah sikit. fon dah canggih. tapi tak tahu la kenapa, semua gambar yang kitorang snap on 1st raya hilang. sedih sangat. dah la cun semua pakai baju kurung. yang paling penting, gambar2 dengan cousins, anak buah, semua hilang. aish. on that day banyak gak la bergambar. and on that day, saya asyik makan jek. seronok. makanan semua sedap2. hehe. kitorang tidur awal sebab kepenatan.

sok pagi lak still kena bangun awal sebabnya nak kemas rumah. dah nak balik. before balik jerth, kitorang dah plan nak pergi cameron highland dulu. nak makan strawberry sampai puas. haha. seriously tak pernah puas even dah banyak kali ke sana. tapi, kitorang beli sikit jek. sebab my papa nak cepat sampai ke rumah. aish. sedih gak la. kitorang tak lama pun kat cameron tu. on the way balik, hujan gak la sikit2. kat cameron pun hujan la. sejuk jek. tapi tak sejuk sangat. hehe.

ok la. dah penat menulis. jum layan picture pulak. selamat hari raya aidil adha semua.

p/s : raya haji tahun ni tak makan daging lagi. aish. sedih betul. huhu.

i love you all!!!













Friday, November 12, 2010

family in the house ^____^

hai and assalamualaikum to all readers.

actually saya dah lama nak buat entry ni. tapi selalu lupa. plus asyik buat entry yang ntah pape tuh. hehe. ok la. tanpa membuang masa lagi, jum berkenalan dengan lelaki paling handsome dalam hidup saya neh. hehe.

mula2, meet my papa :). dulu la kan, seingat saya la, papa ni sangat garang. tapi bila dah semakin berusia, bila anak2 dah semakin besar, bila dah ramai cucu (ramai la sangat kan), papa dah kurang marah. hehe. dah semakin rapat dengan anak2. papa saya bekerja sebagai businessman. dia ada kedai sendiri. kedai hardware. perniagaan pantai timor tu papa saya yang punya. kita orang membesar dengan hasil dari kedai tu la. tapi sekarang papa dah on off pergi kedai. yela, abang saya dah tak kasi papa kerja. tapi, papa still gak curi2 ke kedai. hehe. boring katenya asyik duk kat rumah jek.

sila abaikan orang yang melentok kat bahu papa tuh. menggediks je kerja dia. haha
name : haji mohamed basri bin yunus

dah settle pasal my papa. meh jumpa my mama pulak. mama saya adalah hero saya time kecik2. bila kita orang perlukan mama, mesti dia ada. mama quite garang gak la. saya pun selalu gak la kena marah dengan mama. pasal benda kecil pun mesti kena marah if buat silap. aish.

name : nik hamidah haji ibrahim

ni pulak kakak first and abang ipar yang first. ni la my first sister and first brother in law. yang mulut terlopong tuh my new nephew. now dh nak masuk 7 months. time ni my sis tak boleh nak melaram sangat. sebab baru habis pantang. si baby tu kecik lagi kot. diorang kawen on 16th of August 2008. dah 2 years kawen. actually, before baby tu, my sis pregnant dah. unfortunately, miscarriage time 3 bulan.

name : zetty dahria mohamed basri
name : mohd zainuddin mustaffa

ni la baby zariff ;)) say jaga die since hari pertama dia lahir. yang ni saya memang bagi layanan first class r. dari mandi, tukar pampers, bagi susu botol and tidurkan pun saya yang buat. dulu masa lahir, punya la kurus. saya boleh pegang sebelah tangan je. haha.gila eksyen. tapi first day uruskan baby neh, my mama tengok la. takut termasuk dalam sink ke. oh btw, baby2 kat rumah saya mandi dalam sink je. senang. hehe. now dia dah almost 7 months. dah besar kot. makan je keje dia.

name : muhammad zariff dzakwan mohd zainuddin

meh jumpa dengan abang and my sis in law yang first. diorang ni dah lama kawen. tahun 2004. now dah 6 years. anak dah 2 orang. now diorang stay kat gombak, kL. dua2 kerja okay. anak2 hantar rumah babysitter. kadang2 saya yang nak kena jaga anak2. oh, bila saya dah masuk main campus, segala perbelanjaan abang saya yang tanggung.

name : mohd khairul anuar mohamed basri
name : yuhana abdul rahman

meh jumpa my first nephew neh. sangat nakal okay. yela. sebab sedang membesar. otak pun boleh tahan la bergeliga. pandai sangat. panjang akal cakap adik saya. hehe. tengok la picture di bawah neh. kecil2 pun dah pandai main dengan benda alah besar neh. aish. oh, kenapa dia my first nephew? sebabnya abang saya ni kawen dulu. then baru kakak saya.

name : muhammad miqdad subhani mohd khairul anuar

ni pulak adik kepada si abang yang kat atas neh. sangat la suka pink. semua barang pink kesukaan my sis dah jadi hak milik dia. sangat la suka melaram. kalah kita orang makcek2 neh. haha. tengok jela picture dia kat bawah neh. orang make up, dia pun nak jugak.

name : nuha subhani mohd khairul anuar

ni pulak abang saya yang kedua with my sister in law yang ke dua. diorang ni kawen 4 bulan after my sister kawen. yang ni pun stay kat kL sekarang. dulu bercinta jarak jauh. sorang di kB, sorang di kL. huhu.

name : azrul ibrahimi mohamed basri
name : napisah abdullah

now sampai la masa untuk anak ke empat dalam family. ni ialah kakak saya yang ke dua. baru je kawen time bulan 6 hari tu. diorang ni pulak yang bercinta jarak jauh. kakak saya kat sarawak, and my bro in law dekat shah alam. jauh kan? tapi diorang selalu je jumpa. yela. dah kalau rindu kan. hehe.

name : zummy dahria mohamed basri
name : mohd sarizal abu bakar

ni pulak abang saya yang still single mingle till now. tak tahu la betul2 single ke ape kan. haha. sekarang dah kerja setelah beberapa lama menghabiskan masa untuk belajar je. hehe. dia stay kat johor. sebab kerja di sana.

name : mohd hafiz mohamed basri

ni pulak kakak saya yang sengalicious. dia je satu2nya kakak saya yang tak kawen lagi. tapi dah menggatal plan nak kawen dengan boyfren dia. ngeh3. still belajar lagi dekat UUM. dulu dekat institut perguruan dekat penang. tapi twinning dengan UUM.

name : zuhairah dahria mohamed basri

now tiba la masa untuk tuan empunya blog memperkenalkan diri. hehe. saya ni simple jek. sometimes boleh jadi selekeh. haha. saya pun still belajar lagi kat UIA. sangat susah okay bila dah jadi student UIA. aish.

name : zahirah dahria mohamed basri

okay, dah sampai yang last neh. aish. penat nak fikir ayat. siblings ramai sangat. nasib baik anak saudara tak ramai lagi. kalau tak, penak gak nak kena ingat nama sorang2. huhu. okay2. adik saya yang last ni kecik lagi (bagi saya la). haha. dia dah 16 tahun okay. next year dah nak SPM. tapi still macam anak2 kecil. hehe.

name : muhammad danial hasif mohamed basri

sekian la saja cerita tentang familyku ini. hehe. sangat la ramai. penat nak menaip. tapi tak la ramai sangat. baru 8 orang okay. semua gambar2 di atas di ambil ketika majlis perkahwinan kakak saya yang ke dua tu. time akad nikah, semua ahli keluarga besar saya pakai baju hitam. nak bagi nampak la dalam gambar. sebab pengantin kn pakai putih. time majlis kat rumah saya pulak, kita orang pakai hijau turquoise. bila dalam picture sangat cantik ok. kat luar kaler dia macam biasa jek. hehe.

ni la semua siblings saya without our parents. biasa la. diorang sebok. tak sempat nak bergambar. haha.

ok la. nanti saya akan update lagi. sentiasa akan rajin untuk update. hehe.

happy reading to all readers. i love you all!!!

Monday, November 8, 2010

saya mahu bebas

hai and assalamualaikum....

dah lama tak hupdate. bukan malas. tapi focus untuk exam. saya bukan la nak cakap saya ni rajin. tapi mesti la kena belajar if nak berjaya kan? haha. entah pape jek. starting pun dah tak best. cane la nak bagi orang suka blog neh. patut la follower tak ramai. ngeh3.

currently kat rumah kak ti. bangun pagi je terus online. bukan nak belajar ke, mandi ke. aish. buruk sungguh perangai kamu neh anak dara. haha. ok la. actually, saya cari charger. sebabnya saya punya tak bawak balik rumah. tiba2 saya terjumpa cable pulak. so, kena la bukak laptop. bila dah bukak, mesti la nak kena guna kan. apa lagi, sambil menyelam minum air lah. haha. online jap. jap gi bukak buku balik. hehe. bila dekat UIA, saya sangat jarang online. kadang2 jek. sebab malas nak kuarkan laptop dari bag pastu nak kena kemas balik. kadang2 punya sifat malas ni bagus jugak kan? haha. ajaran sesat pulak kau ira.

lambatnya nak habis exam. saya dah penat baca buku yang banyak tuh. saya ada lagi 2 papers before saya balik cuti. 2 papers tu dekat2 jek. aish. nanti saya mesti penat nak study. haha. ape pun still kena study gak. yang 12 tu paper yang sangat penting buat saya. nak kena lepas sebab next semester saya harus jugak ambik paper yang after that. banyak lagi kot. aish. buat saya risau jek. tapi usaha la dulu ye. hehe.

today jugak saya akan balik UIA balik. dengan room mate saya syue tu la. hehe. rumah dia pun dekat cheras gak. dekat sangat dengan rumah my sister neh. hehe. ok la. saya nak kena stop dulu. walaupun tak de cerita yang menarik, saya still gak nak post something kat wall neh. haha. sangat la tak menarik ok.

oh ya. one more thing. if sesiapa yang sangat berminat dengan shawl or pashmina or whatsoever yang korang panggil tu, sila la berkunjung ke blog my cousin yang sangat comel neh. saya nak cakap kat sini terus eh? if korang cakap dia jual sangat mahal, korang memang silap la. semua shawl dia imported ok. and korang takkan jumpa kat kedai biasa. hanya di blog shop my cousin ni je. so, if interested, dont hesitate to grab 1 piece. if nak banyak pun boleh gak. hehe.

ok. nanti saya akan update lagi ye. i love you all!!!

Friday, November 5, 2010

bermalas-malasan ^_^

hai and assalamualaikum...

seriously today saya sangat malas okay. since bangun pagi tadi sampai sekarang, saya tak sentuh buku pun lagi. teruk sangat kot. even mandi pun belum. haha. sangat teruk. saya ingat nak pergi library. if stay kat bilik, alamatnya saya tak belajar la. kot. hehe. saya boleh je nak belajar. tapi susah sikit. next paper on 7th November. this coming sunday. chapter to be covered ade 5 jek. tapi macam 50. sebab banyak sangat benda nak fikir. al maklum lah decision science. saya suka je subjek tu. tapi tak tahu la kenapa carry marks teruk sangat. aish. kena berusaha dengan jitu neh. hehe. saya ade lagi 3 papers nak settle before saya balik raya haji. oh btw, this coming raya haji saya tak tahu nak raya kat mana. parents saya cakap diorang akan datang kL. tapi, sekarang musim hujan and banjir di pantai timur. my father malas nak drive hujan2 neh. tak tahu la macam mana. saya dah la tak belik tiket nak balik jertih. hopefully diorang leh datang raya kat sini. hehe. saya nak balik jertih. if balik pun, after that la kan. hehe. rindu kat teratak musafir. tapi saya lagi rindu zhariff si gemuk yang dah jadi kurus.


saya rasa macam nak pergi jalan tar je sok petang. tapi kena pergi sorang2 la pulak. orang lain exam. tak tahu nak ajak sape. saya nak kuar kejap je. nak cari kain untuk buat baju. bukan untuk saya. tapi untuk kakak saya. if saya nak kuar sok, today saya kena make sure yang saya kena cover at least 3 chapters. aish. banyak tu. tapi saya ok jek. kena rajin sikit la. rajin banyak pun boleh.


saya nak mintak juhe datang kat tempat saya. dah lama tak lepak dengan juhe. oh, juhe tu my sister. saya dah rindu dia. tapi, bila kitorang duk sama2, selalu gaduh. haha. dia suka buat saya marah. pastu saya akan pukul dia. eh, tu waktu kitorang kecik. sekarang dah tak pukul. marah2 jek. ngeh3. dia cakap nak spend time kat kL. sebabnya exam dia tangguh. banjir. die belajar kat UUM sintok. sekarang kan kat kedah tengah banjir besar. so, dia nak datang kL dulu. yeay!! saya sangat seronok. boleh la pergi shopping sama2 walaupun tak de duit. hehe.


ok la. saya nak cakap pasal tu je today. nanti saya update lagi. nak kena struggle untuk 3 papers lagi.

i love you all!!