jum jadi kawan,,,

Monday, December 27, 2010

full time student ^____^

assalamualaikum to all readers.

rasanya dah lama sangat tak menulis. tiba2 rasa rajin pulak today. padahal baju dah lama terendam dalam baldi. mata pulak dah mengantuk sangat ni. isya' pun belum. maybe sebab kenyang kot. today aku puasa. tadi buka puasa makan nasi putih+tomyam ayam and daging. sedap la. sahur pagi tadi just makan biskut and minum nestum. yummy.

entry today aku nak share some recipe dengan korang. sape2 yang suka memasak but tak tahu nak masak, boleh la try recipe aku yang tak menarik ni. hehe. tapi, mesti ramai yang kat luar sana yang pandai masak. aku ni amatur je. tak pandai sangat pun. hehe.

ok la. 1st recipe ialah sayur campur. hehe. ni mesti korang dah pandai masak. sebabnya sangat senang okay.

bahan2ya adalah :
1) kobis, sawi, carrot, bunga kobis, tomata, udang or ayam and lada besar. (semua ni korang mesti potong kecik2).
2) bahan untuk menumis ialah bawang putih 3-4 ulas.

cara2nya adalah :
1) mula2, taruk minyak. sikit sudah. kurangkan makanan berminyak.
2) tumis bawang putih till bertukar warna perang sedikit.
3) kemudian masukkan udang. kacau ye kakak2. takut hangit.
4) then, letak sedikit sos tiram. agak2 sendiri la ye. hehe.
5) kemudian, garam and gula secukup rasa.
6) tambah sedikit air panas untuk bagi dia berkuah sikit.
7) pas tu campak la sayur2 ke dalam kuali. bagi yang suka sayur tu fresh, masak sekejap pun dah okay. kalau yang tak suka rasa sayur tu, masak la sehari ke 2 hari. hehe. then siap la sayur tu.
senang kan? untuk orang yang berdiet, sangat sesuai masak sayur ni je untuk makan. sangat sedap. hehe.

2nd recipe ialah sambal belacan yang tak berapa nak pedas sangat. sambal ni sangat sesuai untuk orang yang suka makan sambal tapi tak nak pedas sangat.

bahan2nya ialah :
1) lada besar 5 biji.
2) lada kecik 10 biji.
3) belacan.
4) tomato 2 biji.
5) garam and gula secukup rasa.

cara2nya ialah :
1) mula2 tumbuk lada kecik and besar kesemuanya sehingga lumat.
2) campur belacan secukup rasa. bagi yang alah pada belacan, sila kurangkan kuantitinya.
3) masukkan garam dan gula secukupnya. jangan terlebih gula ye. takut manis pulak.
4) asingkan lada yang telah lumat tadi ke dalal mangkuk. tumbuk tomato pula ye kawan2. bagi hancur jugak.
5) kesemua bahan2 di atas di campur dan di gaul rapi.
6) siap untuk dihidangkan.

sambal ni sangat enak dimakan bersama ikan goreng, ayam goreng, gulai dan sewaktu dengannya.

ok la untuk kali ni. next time pulak kite belajar memasak. siapa2 yang nak recipe apa2 je boleh tanya aku eh. hehe. bajet professional la kan.

selamat mencuba ye kawan2.

i love you all!!!

Thursday, December 23, 2010

semester baru okay!

assalamualaikum semua readers and salam sejahtera....

seriously lama gila dah tak update blog. actually aku ingat dah nak delete blog ni. sebabnya tak ade masa sangat nak menulis. hehe. tapi today rasa cam nak menulis pulak. so, keputusan untuk delete blog ni tak betul la. hehe. if rasa nak tulis, tulis la. aku bukannya ramai followers sangat pun. hehe. (tiba2 lak rasa rendah diri). bak kata fira la. dia pun nak delete blog gak dulu. tapi tak jadi. huhu.

ok la. aku tak nak cakap banyak. sebabnya aku malas nak fikir nak tuli ape. tak de ape2 yang menarik pun. huhu. cumanya sekarang ni aku busy jek. dengan classes and yang paling penting, assignment aku dah banyak ok. huhu. actually, aku sangat boring kot. nak kuar dengan member2 lama la. tapi masing2 cuti lagi. aku nak jumpa cT kot. cuti hari tu aku tak jumpa dia pun. dia busy. aku lak susah nak kuar rumah. once kuar, kena buat semua benda. multipurpose okay. huhu. so, sekarang ni aku duk tunggu gak die cari aku. katanya nak gi genting. aku memang la tak ready. tapi aku on je. sebab dah lama tak lepak dengan dia. huhu.

okay la. aku kena stop. nak buat kerja kot. hehe.

nanti aku update lagi eh? insyaAllah rajin la. hehe.

i love you all!!

Wednesday, December 8, 2010

semester break

hai and assalamualaikum semua.

sedar tak sedar yang kita sekarang dah di bulan December. teringat pulak saya dengan lagu my December by LP. huhu. maksudnya dah lama la saya ber holiday. maksudnya juga, semester break akan berakhir tak lama lagi. dan maksudnya lagi, semester baru bakal muncul. okay. baik lah. dah kena masuk belajar balik. lepas ni mesti saya akan kembali busy with assignments, classes, quizzes and tests. adoi. sangat penat kepala saya bila terbayangkan all those things. rasa nak cuti lagi. cepat la habis belajar. rasa macam nak kerja je. nak rasa pegang duit sendiri. tapi, bila dah kerja, mesti lagi penat, lagi busy. okay lah. i love being a student. hehe.

oh, this coming Saturday, saya dah nak kena ke KL balik. padahal saya baru je sampai semalam. hehe. ni la akibatnya kalau tak bawak semua benda ke KL that day. mama pun dah marah2 kenapa balik rumah lambat sangat. saya dah nak balik awal. tapi tak de orang nak belikan saya ticket. so, stay la saya kat KL sampai habis semua duit belanja. hehe. sampai dah boring sangat2 kat KL. mana tak boringnya. hari2 asyik terperap kat rumah jela. tak buat pape. tengok TV, on9. hehe.

esok saya nak kena pre reg subjek. aish. tak tahu la dapat ke tak. semuanya senior nak ambik. tinggal la sikit untuk junior yang lambat macam saya ni. hopefully cukup la 18. tak pun 21. sebabnya saya dah terlambat kot. nak kena cover balik yang tertinggal tu. so, kena la rajin sikit and add banyak subjek. baru la habis sama dengan orang lain. insyaAllah. Ameen.

ok lah. saya akan update lagi next time. insyaAllah. wish me luck okay.

i love you all!!

Wednesday, December 1, 2010

holiday okay!!

hai and assalamualaikum to all readers yang sudi membaca ini blog yang tak berapa nak best sangat neh. hehe. dah lama saya menyepi. biasa la. citi2 ni saya berholiday la. ke sana, ke sini. after habis exam that day, saya dah balik jerteh. pastu, 24th of November hari tu saya datang kL balik dengan my sister in law. sebabnya, saya nak berholiday di pD. hehe. honestly, this is the first time saya ke pD. gila jakun weyh tengok pantai. hehe.

actually, ni bukanlah holiday family. saya saje join reunion my sister, juhe. haha. gila nak sebok. tapi kan, yang tak tahannya tu, my mama pun nak join sekali. haha. boleh pulak camtu. mesti dia boring stay kat rumah with papa jek. hari2 kot dia call. saya layankan aje la. hehe. on the way nak ke kL, my sis in law belikan banyak ikan. semuanya fresh. I LOVE FISH. so much okay!

hari khamis tu saya tak ke mana pun. just ikut my sis in law pergi service kereta. since it takes time untuk service 1 1 kereta, my sis in law hantar saya, juhe, adik and abang miqdad ke jusco Balakong. seriously lama gila my sis in law service kereta. orang ramai kot. penat kitorang jalan2 kat jusco tu. sempat gak saya beli baju. hehe. tapi saya tak sempat nak shopping kat orange sorbet. saya nak beli 1 baju ni. cantik nd murah okay. sekarang kan sale. hehe. after service kereta, kitorang lepak kat rumah my sister. dekat cheras gak. malam baru pulang ke rumah. balik je terus saya makan masakan yang dimasak oleh mak(my sis in law punya mak). woh, sedap okay! saya makan sangat banyak. hehe. yag tak leh blah lagi ialah, saya terus tido pas dinner. tapi, sempat la cuci pinggan mangkuk.

sok hari pulak, hari jumaat, saya ber hang out with syue and juhe. kitorang ke OU. saje jenjalan. syue nd juhe shopping sakan kot. saya? hehe. just cuci mata. tapi i bought a shawl. untuk di pakai time kat pD la. hehe. kitorang kena balik awal sebab malam tu kitorang nak kena patah balik ke gombak, then patah balik ke cheras. tido kat rumah my sis kat cheras, soknya senang terus gerak dari cheras je ke pD. tapi, before balik tu, sempat lagi kitorang ber karaoke kat mines. hehe. suara dah la sumbang mambang. seriously main hentam jek nyanyi. haha. balik rumah that night, kitorang makan best gak. sup daging. mantap lah. hehe. kul 11 gerak dari gombak ke cheras. then terus tido.

keesokan paginya(cheewah), kitrang ingat nak pergi MAHA dulu before gerak ke seremban. tapi, dah tak sempat kot. terus je ke seremban. sampai kat seremban, kitorang terpaksa tunggu kejap. then baru gerak ke pD. sampai jek, terus check in. best kot. bilik straight nampak pantai. apartment yang kitorang stay ni sangat la besar. murah pulak tu. after rest jap, kitorang lunch. then terus terjun ke dalam pantai. tapi, berenang macam itik daa. yela, air cetek je kot. pastu, kitorang terjun lak ke dalam swimming pool. malam tu tak buat pape pun. just bbq jek. dah la start lambat. kitorang habis lepak malam tu kul 3 pagi okay. tapi, sangat la enjoy. asyik gelak jek. hehe.

pagi sok tu, dah nak gerak balik ke destinasi masing2. kitorang balik ikut my brother in law. oh, before that, my bro in law pun ade kat pD. family day sapura. tapi die stay kat hotel mahal la. huhu. kitorang plan nak gi MAHA. tapi, bila dah half way, kitorang give up. hujan n banyak sangat orang. so, kitorang balik rumah my sis. sampai jek, saya terus tido. penat okay jadi co pilot neh. hehe. bangun2 je dah petang sangat2. malam tu dinner kat western cafe yang sangat best and superb tu. saya macam biasa la. makan lamb chop. hehe. saya nad adik stay kat rumah kak ti. juhe terpaksa balik ke gombak malam tu jugak sebab my sis in law nak guna kereta.

soknya, kitorang tak stop lagi. walaupun sangat penat, kitorang teruskan lagi holiday kitorang. hehe. this time kitorang ke sunway pyramid lak. main ice skating la katekan. tapi bukanlah pandai sangat nak main. orang ramai sangat. semuanya pandai and laju. saya sedikit takut di situ. so, saya pun slow2 jela. plus sangat penat kaki. apa punya bahasa pun saya tak tahu. hehe. petang baru kitorang pulang ke rumah. after that ke gombak rumah my brother sebab nak makan laksa. delicious. hehe. malam tu stay tido kat cheras lagi. dengan juhe skali. sebabnya kitorang ade palan lagi soknya. hehe.

bangun pagi2, siap2, breakfast and terus ke MAHA. akhirnya sampai gak saya kat MAHA neh. seronok okay. banyak gerai. penat kaki nak berjalan. tapi, half way, hujan turun dengan lebatnya. kitorang terpaksa beli payung untuk ke kereta. tapi sangat seronok ke MAHA. hehe. balik petang tu, siap2, ambik my sis kat office, then makan satay. tiba2 my bro in law nak ke rumah kakaknya. kat sana pun kitorang makan nasi lagi. haha. gila kenyang malam tu. balik rumah je terus tido. sangat penat okay. seharian keluar jalan2. mata pun sangat penat bila pakai lens. huhu.

berakhir lah holiday saya. tapi saya still kat kL. tak balik jerteh lagi. tak tahu bila mahu pulang. UIA bakal di buka 12hb. saya pulak tak sure nak balik ke tak. tapi barang2 banyak lagi tertinggal di jerteh. tapi, saya akan balik. hehe. dah kehabisan wang saya di sini.

ok lah kawan2. nanti saya update lagi. sudah penat berfikir and menaip. mahu masak nasi pulaks. lapar okay. hehe.

i love you all kawan2.