jum jadi kawan,,,

Sunday, August 29, 2010

mode balik kampung

hai and assalamualaikum....

huhu. tajuk saya tu memang sangat la kelakar. kot la. for me. hehe. yela. it is still long time to go kan nak raya. still ade lagi 11 hari nak raya. al-kisahnya saya malas dah nak pergi class next week. eventhough just 3 hari je lagi saya nak kena pergi class. saya nak balik rumah. nak puasa kat rumah. dah lama sangat tak balik umah. hehe. dah rindu. tapi, before balik rumah, saya kena face 1 test, 1 quiz, and also 2 presentations. lagi la saya malas. sekarang pun still tak buat revision lagi. hehe. malas gila. tests yang lepas2 pun saya rasa macam tak boleh nak score jek. huhu. so sad. time awal2 la nak score. tapi.........


saya nak balik kampung. this eid semua berkumpul kat teratak musafir. super duper seronok. mesti kecoh and bising. haha. tapi, semua orang raya kejap je kat rumah. sebabnya cuti this year yang sangat pendek. same goes to me. 14th dah nak balik uia. 15th dah ade test business finance. nasib baik malam. kalau pagi, saya memang tak tahu nak cakap ape. dah la subjek ni susah. saya macam tak nampak sinar langsung dalam subjek ni. huhu. sedih betul. so bad. saya kena push banyak sikit tuk test BF ni. sangat takut okay! tapi senior2 dah pesan awal2. it's normal kalau kita fail midterm BF. jangan la drop. nanti final lecturer akan tolong kita. huhu. i hope so.


owh. by the way, saya akan balik kampung 2nd of september. malam. lagi berapa hari jek. huhu. naik bus kat greenwood.


ok la. saya nak kena belajar and baca buku. takut nak exam.huhu. nasib baik hari selasa cuti lagi. tapi tak buat ape2 pun. just stay kat bilik jela. okay.


nanti saya update lagi okay...


love you all!!!

Saturday, August 28, 2010

2nd post

assalamualaikum semua. salam ramadhan. haha. ni ialah post saya yang ke dua untuk hari ni ok. actually, saya memang nak post something pun today untuk semua kawan2 saya baca. tapi sangat la busy currently dengan so many assignments, quizzes and tests. huhu. dah lama sangat hold pasal post ni. ok lah. saya tak nak cakap banyak. saya just nak cakap pasal mandi junub. saya rasa ramai yang dah tahu pasal benda ni. tapi sejauh mana pengetahuan kita dalam hal ni?? tapi kita semua manusia yang tak lepas dari kesilapan. tapi, bila anda semua dah tahu, sila la mengamalkannya okay. supaya kita semua mendapat keberkatan. insyaAllah.

saya terjumpa pasal article ni dalam facebook. semoga kita sama2 dapat ilmu.

credit to azarudin bocheh.

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

1ST GIVEAWAY FROM WARDAHWARDROBE


assalamualaikum and good morning i guess. hehe. it's still morning right? ekeke. bangun je trus dpt message dari fatma-ct yang mengatakan dia ade tag saya tuk join this contest. hehe. thanks okay!!

saya kena lengkapkan slogan di bawah untuk membolehkan saya memenangi sehelai blaus dari wardahwardrobe. owh, before that saya lupa pulak nak cakap yang give away ni di taja oleh wardahwardrobe sendiri. disebabkan saya dah di tagged, so saya join la sekali. huhu.


"saya nak menang blaus dari wardahwardrobe kerana saya ingin menambahkan koleksi blaus labuh yang cun ke dalam wardrobe saya"

Syarat-syarat :
1. Mesti mempunyai blog. (DONE)

2. Buat satu entry mengenai WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAYdan lengkapkan slogan saya nak menang blaus dari wardahwardrobe kerana ........................ (tidak melebihi 20 patah perkataan).
(DONE)

3. Harus menjadi FOLLOWER wardahwardrobe. (DONE) (yaa dahria)

4. Copy banner WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY dan sila letakkan pada ENTRY dan SIDEBANNER beserta LINK BACK. (DONE)

5. MASUKKAN LINK WARDAHWARDROBE ke dalam bloglist. (DONE)

6. Tag 3 ORANG KAWAN-KAWAN untuk turut sama join giveaway ini. (DONE)
saya tagged :

7. Sila tinggalkan komen di entry saya ni beserta link ke entry korang. SilaSERTAKAN EMEL supaya senang dihubungi. (DONE)

HADIAH -HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI :
Ada 3 hadiah disediakan.
2 pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah oleh BONDANYA; Puan Werdah.
Hadiah untuk 2 pemenang tersebut ialah SEHELAI BLAUS PILIHAN setiap seorang dari koleksi wardahwardrobe.
Manakala seorang lagi peserta dengan slogan terbaik pula akan memenangi SEHELAI BLAUS PILIHAN dari koleksi wardahwardrobe BESERTA 1 HADIAH MISTERI.

Tarikh giveaway bermula pada 9 Ogos 2010 dan berakhir pada 31 Ogos 2010.


Sunday, August 22, 2010

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN

hai and assalamualaikum...

dah lama tak menulis kat sini. tak de cerita nak di share dengan semua orang. sebabnya saya asyik fikir pasal tests and quizzes yang melambak. aish. risau je yang saya tahu. tapi satu hape pun saya belum start revise lagi. just tahu nak main je. haha. bukan ape. bulan ramadhan ni banyak sangat jemputan berbuka puasa, kalau nak harap kan saya belajar weekdays, memang tak la kan. asyik main je dalam bilik. online la. macam2 saya nak buat. tap 1 pun tak mendatangkan faedah. haha. every weekend je saya mesti balik umah my sister. dah kata rumah akak saya tu kat gombak, mesti la saya selalu balik. nasib baik saya tak stay terus kat rumah akak saya. haha. rumah abang2 saya pun dekat je. tapi saya lagi selesa balik rumah akak saya. walaupun saya kena bertudung 24 jam. haha.


sepatutnya, today pun saya ade jemputan berbuka puasa. tapi saya takut nak ikut sebabnya saya tak habis lagi buat revision. takut kot. saya takut sangat result saya akan menjunam jatuh. dah la sekarang belajar makin susah. so, saya pilih untuk belajar jela kat bilik. huhu. walaupun saya tahu saya tak belajar sangat pun kat bilik ni. haha. at least saya kat bilik. bila rajin je, buka la buku. kalau saya kat rumah, seriously saya takkan belajar. online 24 jam. hehe. pastu main dengan zariff.


bulan ramadhan ni sangat la bagus ok. di samping dapat pahala yang banyak, kita dapat gak kurangkan buat dosa. huhu. plus, kurus la sikit body yang bagai di pam-pam ni. haha. betul gak cakap akak yang bagi tazkirah kat surau econs. dia macam kena gak la dengan hidup saya. hehe. hanya saya dan Dia je yang tahu. tak pela. saya ok je pun. lagipun sekarang ni bulan baik. so, jadi la baik. at least. sebab saya dah tahu perangai saya time bukan bulan puasa. haha. entah ape2 entah aku duk merapu ni. haha.


ok la. saya dah tak de idea. kena start buat revision sekarang. nanti tak sempat nak cover all topics. baru padan muka. huhu..


i love you all.
enjoy reading ya....

Thursday, August 19, 2010

sila berusaha dan jadi rajin!!!

hai and assalamualaikum...

haha. masih sempat lagi saya meng update ini blog ye? padahal next week will be a busy week ever(i guess). seriously. sangat busy okay. bila saya tatap balik planner saya, the whole week penuh dengan quizzes, tests and discussions. sangat scary okay. from now on pun saya tak start belajar lagi. sedang ambil mood yang entah bila akan kunjung jelma. haha. bila dah last minute, mula la saya akan menggelabah tak tentu hal. biasa la. itu dah menjadi habit students yang malas macam saya okay. (sorry to say la my dear friends).


actually, saya tak tahu nak start dengan apa dulu. bila saya pegang buku ni, saya teringat buku tu. bila saya pegang buku tu, buku ni lak panggil2 saya. aish. saya dah tak tahu. tapi saya dah decide yang saya nak start dengan membaca dulu sebab if saya tak baca balik semua benda yang saya belajar, i cant answer the questions. huhu. biasa la. manusia mudah lupa if tak selalu buat revision. saya sangat takut if saya tak sempat nak cover all the topics. nanti macam mana saya nak jawab those quizzes and tests?? saya memang kena struggle and work hard. and also study smart if nak success. semester ni dah la sangat tough bagi saya.


tadi masa class company accounting, madam noraini ade tunjuk something yang dah bagi saya motivation yang sangat mendalam. dia tunjuk 1 result seorang student dia yang dah grad dengan success and jayanya. every semester dia dapat dean's list. and banyak semester jugak la dia dapat 4.0 gpa. sangat la pandai that guy. last cgpa dia 3.918. dia 1st student accounting yang dapat award. aish. saya sangat la jauh dengan guy tu. macam mana la saya nak jadi macam dia. tapi mesti mak dia bangga dengan dia. ada anak yang pandai sangat2. huhu.


ok la. saya dah semakin takut untuk grad. cgpa saya sekarang pun dah nak teruk. salah step je dah boleh masuk zon bahaya. so, saya kena kejar balik apa yang saya dah missed. jum la tengok apa yang saya ade next week...

1) monday-free
2) tuesday- 2nd quiz and tutorial for company accounting, 8.30pm
3) wednesday- midterm fiqh for economist 3, 8.30am time class. 2nd quiz business finance, 1.00pm.
4) thursday- free
5) friday- midterm decision science, 9.00am. midterm organizational behavior, 8.30pm.


harap2 la saya dapat study and score dengan baik semua subjek ni. amin...


ok la. saya nak kena start belajar. nanti akan update lagi.


love you all!!!

Wednesday, August 18, 2010

networking yang meluas....

hai and assalamualaikum...

first and foremost, i would like to thanks to all the followers yang selama ni sangat la setia and sudi membaca blog saya yang tak berapa nak menarik ni. saya merasakan benda ni bila someone yang bagus dalam dunia blogging ni datang jenguk blog saya. bila saya jenguk blog dia pulak, saya rasa macam someone yang baru nak belajar dalam dunia blogging. haha. saya rasa sangat malu kot. tapi it's ok. hamzah punya blog sangat la menarik. penuh dengan isu semasa and he always update his blog. followers dia pun sangat la ramai. segan saya bila dia menjenguk blog saya. huhu. bila saya dah menjenguk blog hamzah ni, saya tertarik pulak nak jenguk blogs yang hamzah follow. antaranya blog mazidul akmal sidik. kat sini banyak sangat information yang saya dapat. and saya rasa seronok bila menjenguk blog2 yang formal. i mean, blog yang bukan nak cerita pasal diri dengan begitu terperinci. melalui blog hamzah gak saya dapat menyelinap masuk ke blog 7 hari mencari cinta. yang ni pun macam menarik gak. kesungguhan dia mencari orang yang dia dah anggap cinta sejati dia tu yang sangat menarik. haha. so sweet. and banyak lagi la blog yang saya jenguk melalui blog hamzah ni. thanks hamzah kerana menjenguk blog saya yang usang ni. ade 1 blog ni(ni pun saya dapat melalui blog hamzah), saya sangat sedih bila membacanya. the owner of that blog dah passed away. baru lagi la. on 1st day Ramadhan. dia accident kat kota bharu. berita ni ade masuk dalam paper metro. huhu. sangat sedih and sangat touching bila baca benda ni. saya pun tak tahu nak kata ape. im speechless. sampai 1 hari saya tak belajar semalam.

ok la semua. saya kena stop untuk solat asar and beli juadah untuk berbuka nanti.

credit untuk hamzah walaupun saya tak kenal dia. thank you so much!!

i will update soon.

love you all!!

Sunday, August 15, 2010

assignment yang menggunung

hai and assalamualaikum....

penat, penat and sangat la penat. banyak sangat kerja yang saya nak kena buat. sekarang ni sedang melepak kat rumah my sister. haha. even though there are so many works to be done, saya sempat je berfoya-foya. huhu. normal la tu. kerja memang banyak. tapi badan kena rest gak.

before balik cuti, saya kena submit too many assignments. semalam je time class family management and parenting, saya dapat 2 assignment yang nak kena submit bulan October. then semalam my group dah settle dengan sketching. huhu. seronok sangat sebab semua orang have fun walaupun tak menarik. sangat la biasa. for me la. but my team sangat la best. sengal je lakonan saya. saya malu kot. haha.

today saya busy cari ayat quran untuk presentation organizational behavior. tapi still tak jumpa. uwaa. lagi 2 minggu nak present. tolong saya.

ok la. saya nak sambung buat kerja. takut sangat if tak dapat settle dengan cepat. group assignment pun banyak. tapi 1 ape pun tak discuss lagi. ish. sangat risau la kawan2. nanti nak kena submit, nak kena prent lagi. huhu.

ok2. i'll update soon.

love you all!!

Friday, August 13, 2010

im back again ^_^

hai and assalamualaikum...

haha. title saya kat atas tu sangat la tak boleh untuk dipercayai. dulu saya dah pernah buat title tu. pastu hilang lagi. ngeh3. sorry ye for those yang selalu mengikuti perkembangan saya yang sentiasa kembang ni. hehe. saya bukannya malas nak meng update blog ni. tapi after saya format laptop ari tu, saya tak boleh nak masuk wireless uia. padahal dah install banyak kali. sampai my BFF, syue dah banyak kali membantu sampai saya yang fed up. finally today dah boleh access wireless uia. pagi tadi saya ke ITD. abang kat situ sikit la punya sempoi+sengal. asyik buat lawak je. nasib baik dia baik. haha.

tu bukan la motif utama saya nak tulis hari ni. just nak bercerita sikit je.

today dah 3rd Ramadhan. cepat je masa berlalu. tup tup dah puasa. nanti dah nak raya. huhu. btw, baju raya yang saya tempah dah siap. saya suka dengan tailor saya sekarang. dah la baju yang dia jahit cepat siap. pastu, jahitan die sangat cantik. kemas je. saya suka sangat. plus sangat la murah untuk student macam saya. hehe. saya tak nak upload pictures baju saya kat sini. sebabnya tak de la menarik sangat. tapi semua cotton. sekarang ni dah jarang sangat orang pakai baju biasa. saya pun dah terikut-ikut dengan kakak2 saya yang kaya raya. diorang just pakai 3 jenis kain sekarang ni. 1) cotton-ni saya pun mampu nak beli. haha. sebab affordable. hehe. 2)chiffon-yang ni pun saya mampu nak beli. tapi yang jadi masalhnya ialah kain ni jenis jarang. so, kena lining untuk nampak sopan instead of pakai inner. hehe. 3) sutera/batik-yang ni saya mampu beli 1 je setiap kali nak raya. haha. tak mampu nak beli banyak2. plus kalau encik hafizi yang tolong bayarkan, saya sangat la mampu nak beli 2. haha. dia memang baik. nasib baik saya ni made in kelantan. so, kain and tudung murah sangat kat kelantan. plus barang2 lain. haha. seronok.

kain tu baju raya saya tahun ni semua kakak2 saya yang sponsor. sangat beruntung jadi anak last perempuan. hehe. kakak2 saya sangat baik. best sangat ade kakak. haha. sorry la for those yang tak de kakak tu. tak berniat pun.

ok dah la cakap pasal baju. saya dah boring. kita cakap pasal pelajaran pulak. as a student saya kena bangga sebab this semester sangat busy. tak pernah se busy ni last semester. haha. before balik raya je saya ade 3 midterm. mencabar betul. lagi mencabar paper lepas raya. memang harapan la saya nak study time tuh. dah la adik n juhe ade kat umah. memang kitorang main la jawabnya. haha. saya sangat sedih kot bila tahu ade paper exactly after eid. dah try mintak dengan lecturer. tapi sangat la hampa sebab x approve. tapi sekarang saya dah boleh terima hakikat yang tahun ni saya raya kejap je. ok la dari foreigner yang setia beraya di UiA. huhu.

ok la. saya nak buat kerja pulak. saya akan sentiasa update and akan jadi lagi rajin tuk update after this. hehe.

jumpa lagi.

love U!!!!

Sunday, August 8, 2010

im back!!!

hai everyone and salam....
huhu. saya sudah kembali ber blogging lagi. dah lama sangat away. mesti ade yang rindu nak baca post saya. saya tahu. tak payah nak cakap la kan. haha. poyo...


ok lah. sorry sebab lama menghilang. saya tak dapat nak ber blogging sebabnya lappy saya masuk hospital. tak de la teruk sangat sakitnya. just demam je. sekarang dah ok. and now im back again. huhu. rindu la dengan my lappy ni. dah lama tak tengok movies and dengar lagu. lama juga tak berjalan-jalan kat blog my peeps. dan lama jugak tak meninggalkan comments. sekarang da banyak sangat story nak kena baca. dah malas nak comment. huhu. sorry semua. tapi ok gak laptop ni masuk hospital. tak de la saya nak mengadap benda ni 24/7. lagipun last week saya sangat la busy. sampai saya selalu puasa sebabnya tak sempat nak makan and so on. just ade waktu tuk solat and study jek. sangat la penat. rushing sangat.


last week je saya ade 2 quizzes. suppose 3. tapi my lecturer postpone that quiz ke ari selasa, 10th August. nasib baik la kan. sebabnya saya sangat la penat nak membaca last week. plus my customer nak tudung dengan segera. so, terpaksa la saya siapkan tudung2 tersebut dengan cepat. nasib baik customer saya tu sabar menanti. hehe. saya student kot. kena baca buku.


sekarng ni dah banyak assignment nak saya settle kan. due date pun awal. semua nak kena bagi priority. 1 hari buat semua kerja sikit2. lama-lama siap la kerja saya tu. harap2 la kan.


ok la. saya kena stop dulu. nak baca buku. satu ape pun saya tak faham dengan subject ORGANIZATIONAL BEHAVIOR. haha. main baca je notes yang ade. sangat la sedih ok.


nanti saya update lagi.
love you all!!!