jum jadi kawan,,,

Friday, December 23, 2011

;masa itu emas;

assalamualaikum semua...

ye aku tahu aku dah lama sangat tak update blog. sejak nak final ni, aku makin busy ngan assignment and presentation. tu yang tak sempat nak buat esei kat sini. hehe. today pun curi2 masa je since aku tak jadi nak kuar ngan my sis. so, before pegi mandi and study, aku pun menulis la :)

actually, tak de ape pun yang aku nak share ngan korang. tapi nak jugak update blog kan. haha. oh btw, semalam dah tamat sesi pembelajaran sem 1 2011/2012. and akan masuk balik after 9 months. wow, cuti ke 9 bulan tu? oh semestinya tak la kan. sepanjang tempoh 6 bulan aku akan intern kat audit firm. right after habis je final aku akan start intern. and akan masuk belajar balik semester 1 2012/2013.

yes, internship aku sangat la lama. tapi haruslah gembira if dapat tempat yang bagi allowance banyak kan. tapi alu punya tempat just bagi cukup2 makan je. yela, aku ni bukannya best student yang boleh nak demand mintak kat tempat yang gah2. hehe. tapi aku syukur la ngan rezeki yang aku dapat. sape suruh kau tak berusaha tuk jadi pandai. boleh kan cakap macam tu? haha

next week aku dah start final exam. sangat la risau sebab belajar tak serious sangat. asyik nak main je. baca sikit pun dah mengantuk. pastu mula la terlebih tidur. sob sob. today harapannya tak nak belajar sebab nak kuar ngan my sis kan. tapi terpaksa tukar jadual ke esok hari. and today pulak haruslah belajar setekun yang boleh since nak kuar berjimba kan. takut melarat ke hari ahad je. 

after that haruslah berkawan ngan library. aku ni pantang jumpa katil. rasa nak melepak je atas katil. even belajar pun atas katil sebab senang nak lentok terus. haha. tapi aku berazam tuk berkawan ngan library sem ni. risau ngan subjek yang makin susah kan. so kena la struggle. semoga aku berjaya!!

ok la. time is running out. banyak lagi benda yang harus di buat. wish me all the best ye kawan2. i love you all!!

p/s: maybe aku akan bertambah malas nak menulis sampai la habis final exam. maybe la :)

Monday, December 12, 2011

;a song to match your mood;

assalamualaikum...

sementara menanti groupmates datang tuk discussion, sempat la aku buat short entry. hehe. just tuk continue this cabaran je :)

sib baik tajuk die simple je. a song ke? knp tak songs? haha. aku banyak gak la ade suka lagu. biasanya lagu yang aku suka tu orang lain pun akan suka.

currently sangat suka lagu a thousand years by christina peri. ost twilight. tapi aku tak berkesempatan lagi nak tengok that movie. faktor kekangan masa. hehe. lagu tu slow motion je. and senang orang nak ikut. one of my room mates ni suka gila ngan lagu ni. memang setiap masa die akan pasang. aku lak tumpang dengar la sekali. hehe.

so, that's my song to match my mood :)

p/s: favourite song akan sentiasa bertukar mengikut perubahan masa. kadang2 suka gak ngan lagu2 lama. sebab lagu lama more meaningful :)

nanti update lagi. harus ber diskusi sekarang.
i love you all!!

;craving for food;

assalamualaikum.....

lately ni macam2 yang aku nak rasa. benda baru and benda yang aku dah biasa makan tapi dah lama sangat tak makan. aku rasa ni semuanya sebab aku sedang 'berpantang' makan itu dan ini. aish. sabar la wahai perasaan. so far aku still lagi boleh mengawal nafsu makan itu ini. hehe. cuma kadang2 kalau balik rumah or stay kat umah abang and akak aku, aku tak leh nak elak tuk makan macam2 since tu je yang ade :)

nowadays pun aku sentiasa puasa tuk elakkan aku makan banyak or tuk elakkan aku makan ape2 je time stress. bila dah last2 sem ni macam stress sikit la. ngan presentations, assignments, quizzes and so on. kadang2 mood pun swing. kadang2 pms. biasa la. dah kata perempuan kan. hehe

=========================================================================
benda yang aku paling nak sangat makan ialah benda alah ni
yes. red velvet cake. dah banyak kedai yang aku usha. kebanyakannay online la. tapi susah sangat nak dapat. first, jauh, kena ambik sendiri la of course. 2nd, lama sangat nak tempah. if nak makan next month, hari ni dah kena tempah okay. semuanya sebab digemari ramai. demand tinggi neh dari customers.

ok la. susah sangat nak dapat cake, aku dapat yang ni pun dah kira bertuah :)
yes. still red velvet. tapi yang ni versi cupcakes. actually red velvet ni macam muak if makan banyak. yela. sebab ade cream chese. so, cupcakes pun dah kira okay. aku nak sangat. tapi tak tahu kat mana tempat yang  sedap :( aku penah try yang kat klcc tu. alaa yang tengah2 tu. best, manis. tapi takkan la nak gi klcc semata mata sebab cuppies neh. aish. kena pikir 100 kali. hehe. so far boleh tahan lagi la. thats y aku still tak pegi klcc..
*insyaAllah akan try buat sendiri bila ada masa kelapangan*

next one ialah chocolate fondue. benda ni bukan la benda baru. dah lama pun ade. tapi susah sangat nak jumpa.

dah lama usha benda ni. kat mana location yang dekat. dah lama jugak ajak en hafizi try benda neh. tapi tak berkesampatan since location die tak strategic. must pegi ngan kereta. so sangat susah la kan. actually benda ni boleh je beli and buat sendiri kat rumah. tapi tu la. malas. semuanya nak senang. oreder, makan then bayar. haha.
*akan serang theobroma chocolate lounge one day :)*

seterusnya adalah benda ni. korang tahu kan :)
ok seriously. dah lama gila tak makan rojak buah. lama sangat sampai tak ingat bila last makan. nak sangat. lagi sedap kalau buah tu ade banyak jenis. ah, rasa nak ke pantai. biasanya kat pantai mesti ade orang jual rojak buah. dulu kalau balik ipoh, WAJIB pegi super kinta semata-mata nak beli rojak buah yang sedap kat sana. now super kinta pun dah tak de. tak tahu la ape benda yang naik kat situ since dah lama sangat tak jalan kat ipoh :(
*balik cuti next time harus cari ini rojak buah la :)*

then, benda ni sangat popular kat mana2 kedai la aku rasa. tapi if pegi kat tempat yang memang senang nak dapat raw material die memang superb la. harga pun mesti murah. memperkenalkan...

ikan pari celup tepung and sotong celup tepung. ya Allah sedapnya kalau boleh makan banyak. aku bukan la orang yang suka sangat ngan ikan pari. kadang2 aku makan pun sebab die masak merah. tapi dah lama sangat tak makan. tapi bukan nak cerita pasal ikan pari masak merah. aku nak cakap yang ikan pari celup tepung sangat ohsem. kalau korang ke kuala terengganu, sila la singgah makan seafood celup tepung kat belakang airport. sangat murah and sangat banyak. kalau sotong celup tepung tu, sepinggan just rm5.banyak okay. and ikan pari tu just rm2 sepotong. besar jugak la. sumpah sedap and aku tak tipu. rasa nak balik jerteh sekarang and lepak with kawan2. last aku makan masa balik cuti awal muharam. makan with besties :)
*insyaAllah akan serang tempat ni setiap kali ke kuala terengganu :)*

ade jugak benda yang aku dah biasa makan tapi still jugak 'mengidam'. biasa la. bila kita jarang makan sesuatu benda tu, kita akan nak lagi sampai kita muak. hehe.
 sotong kangkun ni sangat sedap. sotong tu die just boil je macam nak makan yong tau fu. dah lama sangat tak makan sotong kangkong neh. rasa rindu lak nak makan. tapi susah nak cari. aku 1st try makan ni pun kat western cafe. tapi kedai sebelah die yang jual. sedap. rasa die cukup. murah je. and banyak. rm3 sepinggan memang berbaloi la if nak makan banyak pun.
 oh lamb chop. dah lama jugak tak makan since kat cafe hafsa ni die dah tak benarkan sublet menjual makanan dalam cafe. tak tahu kenapa. sedih jugak la since die murah and affordable tuk student yang tak berapa nak berduit. hehe. tapi still akan berusaha gak makan kat western cafe. sangat sedap and sangat murah jugak. portion die pun besar :)
*akan serang western cafe tuk makan lamb chop and sotong kangkong 1 day*
steak salmon ni aku tak penah makan kat kedai. tapi kalau kat teppayaki tu selalu gak la order salmon. even mahal, tapi puas hati. en hafizi memang tak suka salmon. so, aku ade peluang nak makan banyak la. haha. best okay. die rasa lemak2 manis camtu. memang agak mahal la kan. kalau korang nak makan banyak, korang beli sendiri and masal sendiri kat rumah. sangat puas hati. last aku masak sendiri salmon ni 2 tahun lepas kot. haha. sangat lama.
*akan cuba cari kat kedai steak salmon ni :)*

benda ni pulak aku dah banyak kali makan. and setiap kali pas makan aku memang dah tak nak sebab faktor kenyang. after a few week or month, aku mesti nak makan balik. haha
steamboat n bbq. ni yang seoul garden punya. dulu masa 1st time makan steamboat and bbq kat sabak. area taman melati. sangat banyak choices and murah. rm25 per person. tapi tak termasuk air. air die pun murah je. tapi sekarang sabak dah tutup. sempat makan 2 kali je kat situ. aku rasa tu tempat paling sedap la. pastu try shabu2 kat manjung. shabu2 banyak branches. tapi aku tak sure kat mana. shabu2 best gak. tapi part yang tak bestnya kite x leh bbq sendiri. tak tahu kenapa. if kite nak makan yang bbq, die akan masak tuk kite. kite just boleh buat yang steamboat je.shabu2 adalah tempat yang paling murah so far. sama jugak ngan sabak, die pun buffet. makan sampai berak :) rm18 per person. semua ada. ni dah include air, dessert and everything. cuma kena bayar additional rm2 for tomyam. tapi sumpah berbaloi. then tempat ke 3 yang aku penah try ialah seoul garden. bagi aku sangat mahal la. sebab die ade time limit for lunch and dinner. for dinner akan mahal banyak since masa tu panjang. tapi aku rasa tak kesah pun. once kau dah masuk kul 3, habis time for lunch kul 4. aku rasa tak kesah if korang kua lambat sikit. tak de la pulak die nak halau. tapi aku tak buat la. baru sekali makan kat seoul garden.
*akan serang seoul garden lagi bila berduit since en hafizi pun suka jugak :)*

last but not least adalah my all time favourite :)
dah lama jugak tak makan. selalunya makan ngan en hafizi je. since kitorang share suka benda yang sama. hehe. bila stress, aku memang nak sangat makan TF. bila dah dapat rasa sangat relief. macam sejuk tu sampai ke otak. haha.
*next dating akan serang TF :)*

=========================================================================
banyak lak benda yang aku nak makan. aish. bila dah tulis semua benda ni, semakin nak makan lagi. lambatnya habis sem ni. nak serang semua benda kat atas. disebabkan kekangan masa, 'berpantang' and money, aku tak leh nak serang semua benda ni. kena sabar dulu :)

ok la. dah lewat malam. harus tidur. sok ade discussion lagi. goodnight semua. i do love you all!!
p/s: semua image adalah dari guggle kecuali TF :)

Friday, December 9, 2011

;day 7 my dream wedding;

assalamualaikum semua....

ok. setelah sekian lama aku tinggalkan cabaran ni, sekarang aku nak continue dengan hari ke 7. huhu. baru hari ke 7 okay kawan2...

sorry la. i've no idea pasal my wedding. sebab tak tahu lagi bila plus takut time tu zaman berubah or aku sendiri pun tak sempat kawen. wuwuwu. even dah ramai my siblings yang dah selamat bernikah, so aku must have the ideas la kan. tapi entah la. tak berapa nak excited sangat. biasanya orang akan excited la kan. hehe. tapi pape pun, aku kena jugak buat task ni. kalau tak, tak boleh la aku nak continue buat yang seterusnya. hihi

ok. first of all, aku nak majlis yang biasa2 je yet sangat meriah dihadiri kaum kerabat semua. yela. aku notice jugak la. since aku ni orang last2 jugak dalam family besar. aku rasa macam dah tak de rasa happening tu. since semua orang jugak sudah dewasa, usia meningkat. tapi aku berharap la yang suasana tu happening. hehe

aku ni tak de la nak buat majlis kawen 7 hari 7 malam tu. haha. melampau sangat okei. cukup la majlis akad nikah 1 hari then majlis bersanding 1 hari. majlis akad nikah tu boleh la kalau dibuat time petang hari sebelum majlis bersanding tu. since pengantin akan pakai putih peach, so family besar punya tema adalah peach. then hari bersanding lak aku nak pakai kaler grey. which is my fevret kaler all the time. hehe. so, aku nak la family pakai grey jugak. tak kesah la grey muda or gelap. janji grey. hehe.

oh, the most important thing time majlis tu haruslah makanan. aku ade notice gak if ke kenduri kawen or kenduri kat rumah aku, makanan mesti cepat je sold out. hehe. so, if korang budget for 1000 guests, korang haruslah tambah lagi half lauk tu. since orang akan makan lauk banyak(macam aku la tu). hehe. dan makanannya haruslah sedap. so, dapatkan la khidmat catering yang bertauliah bagi yang tak masak sendiri. bagi yang buat kenduri masak memasak, korang haruslah ade chef yang superb. supaya makanan best.

disebabkan aku ni suka sangat dengan benda2 yang comel macam cupcake, lolipop, apam polkadot, macaron, and chocolate foundue, akan ku bukak 1 meja for those things. bukan la dessert. tapi macam dessert jugak. hehe.

1 thing ialah aku nak ade guest book yang besar and polaroid. ye. banyak guna belanja di situ ye kawan2. tapi polaroid tu bakal diguna tuk ambil gambar kawan2 yang datang. then post kat guestbook. macam sweet. tapi takut lak guna belanja yang banyak. hehe.

oh tentang hantaran pulak adalah rahsia since aku pun tak berangan lagi. tapi jumlahnya adalah 9 dulang based on my tarikh lahir. hehe

cake? macam tak nak adakan acara potong cake. tapi macam menarik jugak kalau cake tu 10 tingkat ke. janji sedap then semua orang pun boleh rasa. ni cake bukan main bertingkat-tingkat. tapi tak sedap langsung. then acara memotong cake haruslah mengenakan evening dress. hehe. gedik gila perempuan neh.

aku rasa tu jela kot tuk wedding aku. tulis banyak2 pun bukannya ade orang nak baca pun. haha

ni aku nak tempek sedikit gambar tuk tatapan korang. semuanya dari pakcik gugel :)



Thursday, December 8, 2011

;skin care;

asslamualaikum semua...

hai semua. apa khabar. hopefaully korang sehat la. ngan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni kan. if tak sehat cepat2 ke klinik okay.

today cam ade kerajinan nak menaip and bercerita. since tak de nak buat ape. and cara nak mengawal emosi. sib baik today aku puasa. so tak de la nak melantak semua benda yang ade depan mata. hehe.

dah banyak hari tak hujan. today hujan pulak. Alhamdulillah. basah lagi bumi uia ni. sejuk sikit. since dah dua hari tak lena tidur akibat panas. dah banyak kali gak la buat report pasal kipas yang perlahan ni. eh, kite bukan nak cerita pasal tu. nak cerita pasal my skin care lah :)

dulu masa mula2 kenal pencuci muka, aku baru 12 tahun. awal eh? aku rasa macam normal kot. since time tu hormon pun dah macam berubah. hehe. tapi tak de la pakai selalu. seingat aku yang aku memang bersungguh-sungguh pakai pencuci muka since umur aku 17 tahun. time tu aku ingat yang aku pakai mustika ratu. tapi tak menjadi. muka makin teruk and jerawat kuar dengan banyaknya.

then aku switch tu sendayu tinggi. time pakai sendayu tinggi memang sangat lama. memang kena sabar la. seingat aku, 3 tahun kot aku duk invest kat sendayu tinggi ni. dari yang soap, sampai la die tukar cleansing, aku still setia ngan sendayu tinggi. tapi result die sangat menarik lah. kulit muka memang licin dan cantik. since kakak aku yang mula2 try sendayu tinggi, aku pun nak jugak try. memang aku jarang gila tengok cermin time awal2 pakai sendayu tinggi. semua jerawat kuar. memang banyak. yang masak, kaler merah, itam, semua ade. scary wei.

then after muka dah okay, aku tukar product lain since sendayu tinggi tu dah tak sesuai tuk kulit muka aku. die buat muka kering. time jerawat ade memang sangat sesuai nak pakai sendayu tinggi. sebab die memang control pengeluaran minyak semua tu. bila jerawat semua dah hilang, no point la aku nak terus pakai sendayu tinggi. then aku pakai produt tupperware. nama die skinlogics. yang ni pin memang superb sangat best. aku paling suka cleansing foam and toner die. cleansing foam die sangat best and sangat la cepat habis. tapi toner die tahan lama. sampai sekarang pun aku still guna toner skinlogics tu. sejuk.

after cam boring pakai brand tu, aku switch lak ke bio pearl. produk ni pun memang best. aku just beli soap die je. boleh guna tuk 3 keaadan. sebagai pencuci, scrub and masker. tp aku biasa pakai as pencuci and scrub jela. tapi seriously kulit muka lembut sangat. tak menyesal try. tapi aku tak pakai lama since susah sangat nak dapatkan stok. jauh. tak semua kedai ade jual. so time tu aku back balik pakai brand tupperware.

aku ingat yang last aku tukar pencuci muka bila aku balik cuti semester tahun ni. aku guna pencuci muka mak aku. macam menarik. namanya natural 999. nama cam tak commercial kan. tapi tu la. muka aku okay jugak la bile guna sabun die. aku just guna sabun je. toner still guna brand tupperware. tapi bila aku cam malas nak cuci muka, jerawat senang je datang bertenggek. so, aku memang kena rajinkan diri cuci muka. 

lately ni aku macam nak tukar skin care. dah tak nak pakai brand natural 999 tu. tapi tak tahu nak pakai ape since aku takut tak berkesan ngan kulit muka. tapi one of my friend suggest kan aku pakai netrogena. tapi aku macam berminat ngan product yang cousin aku jual, chahaya beauty. kan susah bila dah ade banyak pilihan. 2 2 pun aku rasa nak try. tapi aku tak nak la product yang boleh buat kulit putih. nampak macam fake sangat. huhu.

if korang ade suggestion, share la ngan aku. nak gak tahu apa yang korang pakai and sesuai ke tak. hehe

okay lah. guruh kuat sangat. buat aku rasa nak menyorok dalam selimut je. nanti aku bercerita lagi..

i love u all!!

Tuesday, December 6, 2011

;The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay;

assalamualaikum and good afternoon semua...

seperti hari2 biasa, aku akan merajinkan diri bukak blog. tapi hanya pandang sebelah mata jela sebab malas gila nak menulis. belum ade idea nak share ngan korang. tapi tapi tapi... bila aku jalan2 kat blog update tu, aku terjumpa la ngan blog NISA KAY. tajuk entry die je dah buat aku nervous. apatah lagi tuk join. haha. sumpah nervous. korang pun jangan la terjebak ngan nervous aku tuh. sampai tak leh nak menaip.

meh sini aku nak bercerita sikit. giveaway die ni memang gila la. aku jarang nak join giveaway. sebab aku macam tak de luck sangat. plus hadiah yang di tawarkan just 1 or 2 camtu je. tiba2 bila aku bukak pasal entry die duk cerita pasal senarai HADIAH, terus aku macam orang gila. terus rasa nak join. mana taknya. hadiah die gila lumayan wei. cepat pegi usha. haha. korang pun leh join gak. janji menepati syarat2 yang diberikan. lets go!!!

first step: korang haruslah membuat tajuk entry
"The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay"

second step: haruslah meletakkan banner give away tersebut

third step: haruslah letak semua link sponsors giveaway ni

Thursday, December 1, 2011

;weekend;

assalamualaikum semua and good evening...

tiba tiba je rajin nak bercerita since ade cerita. hehe. last weekend, which are saturday and sunday, aku balik jerteh terengganu. saje gediks since monday is a holiday. so ambik la peluang balik rumah. after this dah memang susah nak balik. final exam lagi 4 weeks. and now sedang berperang ngan assignments, interview and presentations. those works buat aku rasa malas and sentiasa penat. tapi sampai bila kan nak jadi macam tu.

so, sekarang sedang berusaha sedaya upaya menyiapkan semua kerja2 tersebut. oh, back to cerita aku. aku sanggup kot balik jerteh semata-mata nak gi wedding kawan time first secondary school. since aku ade 2 sekolah time secondary school ye. kawan yang kawen ni pernah la rapat ngan aku. pernah jadi roomate jugak. and since sama daerah, selalu la jugak duduk sama2 dalam bus time balik holiday.

sangat happy la bila tengok die dah kawen. seriously cakap die memang la sangat matang bila sekali pandang je. tapi bila dah kawan ngan die, dah tahu la die sama je gila2 cam aku. bezanya die ni alim la. and pakai tudung labuh. die kawen pun sebab family arrangement. sweet kan?? bagi aku sangat sweet. aku nak gak la camtu. kite alim, jaga batas pergaulan. then mesti la kite akan dapat yang macam kite jugak since parents yang cari. parents mana la yang akan cari lelaki sembarangan tuk anak dara die.

eh, melalut lak aku neh. pastu, yang lagi bestnya, 2 orang my besties sanggup datang stay kat rumah aku selama 3 hari malam sebab nak di wedding tu. and jugak sebab nak gather la kan. hehe. lama kot tak jumpa. so, banyak la cerita yang diceritakan. pahit, manis, semua ada. seronok la. tapi yang part tak seronok sebab kami tak cukup 5 orang. nak bercerita pun tak habis. huhu. so, kitorang dah plan nak pergi holiday sama2 next year. cant wait. hopefully we can make it since dah lama jugak rancang neh :)

2 orang besties aku tu balik hari isnin. sebabnya aku pun nak kena balik kL on that day. sedih. tapi nak buat macam mana lagi kan. terpaksa. and insyaAllah akan jumpa lagi. huhu.

ok la. aku dah la banyak kerja ni. tapi boleh pulak sebok nak menulis kat sini kan. hehe. hopefully aku akan rajin menulis lagi.

p/s:selamat pengantin baru kepada fatin and rushdi
p/ss:gambar tak leh nak upload lagi since tak dapat kebenaran dari pihak pengantin. hehe
p/sss:i love you all especially encik hafizi habibi. hehe