jum jadi kawan,,,

Sunday, November 11, 2012

;research;

Assalamualaikum and salam sejahtera semua :)

hari ni gigih bangun awal sebab nak laundry je pong. haha. tapi biasanya kalau cuti memang senang sangat nak bangun awal. mata ni cam tak nak tidur lepas subuh. kalau la hari sekolah, sangat la liat nak bangun. menyampah sungguh. tapi tak pe la. orang cakap bangun awal pagi ni murah rezeki :)

Alhamdulillah today still di beri peluang untuk bernafas. merubah diri menjadi lebih baik insha Allah :)

today aku just nak share 1 cerita yang aku rasa sangat seronok *bagi aku seronok la. and aku guess perempuan kat luar sana pun mesti seronok jugak* :)

memandangkan aku ni dah tua and dah nak grad pun(insha Allah tahun depan) makanya graduation dinner pun harus lah dah dekat kan. aku ni mula la gigih duk cari dress yang sesuai. oh theme nya adalah glamourous and elegance. aku rasa agak susah jugak la sampaikan kedai pengantin pun aku masuk. time masuk kedai pengantin tu confirm la aku tak fikir dah pasal dress dinner. of course la berangan nak kawen kan. haha

dress pengantin sekarang semuanya lawa lawa bagi aku. lagi lagi kalau lelaki yang design and jahitkan. seriously puas hati. sampaikan aku rasa even harga die sangat mahal, aku rasa sangat berbaloi. eh, yang aku excited sagat ni kenapa? dah lari topic dah ni :)

rasa excited membuatkan adrenalin aku pantas bergerak makanya semua benda termasuk otak and anggota badan yang lain mula bertindak memikirkan pasal dinner tu. aku ingat nak pakai dress kawen kakak aku je. kaler peach. tapi bila fikir balik, dress kakak aku tu sangat awesome. macam over lak kan. haha. so aku pun gigih la fikir design and kaler and kain.

so, last friday aku ni gigih la bejalan kat jalan tar. dengan room mate yang jugak semangat tahap tak ingat. tapi kain die lawa. tu je yang aku boleh puji. haha. after beli kain tu, terus la semangat hantar tailor. oh my tailor juga sangat awesome. sorry la aku tak nak promote aunty tu since die dah banyak sangat tempahan and aku takut nanti die tak sempat nak siapkan aku punya *sangat selfish :)*

so sekarang ni aku sangat la tak sabar nak tunggu dress tu siap. hopefully seperti apa yang aku mintak la.

semalam, aku ni ade la belek blog dena bahrin. aku duk tengok outfit die. sangat awesome. actually dari dulu lagi aku suka pakaian die. just aku tak buat research mana die beli tempah semua tu kan. tapi post terbaru die buat aku rasa dup dap dup dap nak tahu. so laju laju je aku godek web cala qisya. bila dah tengok tu, rasa nak beli semua. haha. tak de la semua. tapi most of the item. die punya colour sangat menarik minat.

korang kalau rasa nak cuci mata ke ape, boleh la terjah website die. tak pun terus serang kedai die kat shah alam.

aku rasa cukup la dulu eh untuk hari ni. thanks for reading this entry my beloved readers :)

No comments:

Post a Comment

ha.. sila tinggalkan komen anda.