jum jadi kawan,,,

Monday, December 31, 2012

;2012;

Assalamualaikum and salam sejahtera....

pejam celik pejam celik, 2012 bakal melabuhkan tirainya. sedih? happy? harus lah macam macam perasaan ade kan. tapi hidup haruslah diteruskan. banyak sangat kenangan untuk dikenang. peristiwa sedih juga tidak ketinggalan mengambil tempat dalam 2012.

2012 banyak mengajar diri ini tentang erti kehidupan yang sebenar. bukan la tahun tahun before ni tak de pengalaman hidup. tapi maybe sebab dah besar kan. haha. 2012 banyak mengubah kehidupan saya. 2012 juga menjadi titik permulaan untuk saya berubah. semoga perubahan yang dibuat ini akan terus istiqamah in shaa Allah.

2012 banyak mengajar saya erti kesabaran. erti sebuah persahabatan. erti kasih sayang sesama manusia. erti menghormati hak orang lain. erti menerima dan memberi. banyak sangat memberi erti kepada diri ini sampai tak larat nak list. haha.

semoga 2013 membawa lebih kebaikan dalam hidup ini. semoga Allah permudahkan jalan hidup saya. semoga saya dapat menghabiskan degree ini. semoga saya sentiasa di jalan yang benar. semoga saya bertemu bahagia dengan insan yang betul. semoga Allah memakbulkan segala doa dan impian saya. in shaa Allah :)

semoga Allah juga merahmati hidup kalian yang tidak jemu meminta dariNya.

p/s : ini adalah post terakhir untuk tahun 2012 :)

No comments:

Post a Comment

ha.. sila tinggalkan komen anda.