jum jadi kawan,,,

Friday, September 17, 2010

mix stories

hye and assalamualaikum...

rasanya dah lama sangat tak menulis kat sini. malas la. semuanya sebab busy. bila dah tertinggal 1 hari, rasa malas nak continue. huhu. tapi terpaksa gak menulis sikit sebab bila dah lama sangat tinggal benda alah ni, nanti lagi malas nak menulis. hehe. tak tahu nak cerita pun still banyak nak membebel. hehe.


ok lah. straight to the point. hari tu, time saya cuti raya, saya bukan main la nak balik awal ke rumah. yela. sebab tak pernah berbuka dengan masakan my mama. hehe. tapi, saya balik lambat jugak. last minute punya plan. saya cancel kan tiket saya 2nd of September, saya balik 6th of September dengan my sister in law. dengan anak buah sekali. plus, saya curik zariff dari mummy and daddy die. hehe. tu la sebabnya saya cancel tiket malam tu. saje nak bawak zariff balik. tibe2 je my brother in law give me a permission untuk bawak zariff balik dengan saya. actually, zariff memang dah kena balik dengan saya. sebabnya mummy and daddy zariff balik lambat. tapi, daddy nya tak kasi saya membawa zariff pulang. tapi last minute, kasi gak. aish. kasi susah cik su je. tapi cik su tak kesah. sebab zariff gemuk and cumel. hehe.


sampai je rumah, dah nak masuk waktu berbuka. my mama tak masak on that day sebab demam. beli jek. hehe. tapi kenyang gak la. malam tu, zariff nangis gila2. saya memang dah risau sangat. nasib baik ade ibu yang jaga zariff. saya memang sedih sangat. sebab dia nangis dengan semangatnya. saya siap cakap dengan my mama yang ni semua salah saya sebab bawak zariff balik. takut la dia rindu mummy die ke. sebab malam2 die mesti dengan mummy die. aish. rupa2nya dia sakit perut. habis sejuk semua anggota badan. badan die da masuk angin. kembung perut orang cakap. last2 dia tertidur dalam tangisan. kesian dia. huh. sorry.


esoknya kitorang stay kat rumah je. tak pergi mana2 pun. oh, btw, kanda juhe and adik ade kat rumah. tak de la boring sangat. juhe bising sebab saya balik lambat. haha. sorry. kitorang dah janji nak balik awal. nak pergi merayap ke kota bharu. hehe. tapi lek r. still ade masa. kitorang melepak kat rumah je on that day.


hari rabu, kitorang keluar ke kota bharu, saya, juhe, and adik. kitorang naik bus je. sebab tak nak berebut kereta dengan papa. nanti kitorang mesti kena balik awal sebab papa mesti nak guna kereta untuk ke masjid. saya and juhe beli kasut yang sama untuk raya. huhu. mula2 saya yang berkenan dulu. tapi tak ade size untuk kaki saya yang besar ni. then juhe ambik. tiba2 je saya rasa nak ambik gak. walaupun size kecik. haha. bukannya nak guna lama. lagipun kan stay dalam kereta je. bukannya nak kena jalan kaki. hehe. then beli la. pastu saya beli handbag yang agak cumel la (syok sendiri). ni hadiah dari zera zuryana. before balik cuti raya, dia dah bagi saya duit untuk beki handbag. banyak pulak tu. saya pun cari la bag yang exact dengan duit yang dia bagi. nasib baik ade. hehe. bag tu simple je. saya suka. yang buat saya lagi suka ialah dia kaler grey ok. haha. and kasut saya pun kaler grey. brtambah la kesukaan saya. haha. kitorang bali dah lambat. pastu kena marah dengan mama sebab tinggal adik balik sendiri. alaa. relax la. adik tu dah besar ok. dah 16 tahun pun. dah pandai jaga diri. adik pun teruk kena marah dengan mama. aish. kesian dia.


esoknya kitorang stay kat rumah je. rumah dah bertambah bising dengan kehadiran abang mad, kak eg and abang rizal. hehe. pastu time sahur tu, abang mi and kak chah sampai. meriah sangat time sahur tu sebab makan kena share kerusi. haha. sengaja tak nak makan kat meja besar. sebab nak rasa suasana bersahur yang bising tu. jalan nak pergi bandar jerteh sangat la busy. jem kot. aish. so, kitorang stay kat rumah, kemas rumah mana yang patut. yela, esoknya tu dah nak raya. tahun ni, again raya kat kelantan. tak balik ipoh pun. huhu.


pagi raya macam biasa. saya still tak pergi solat sunat hari raya sebab kena jaga baby2 plus saya bangun lambat ok. haha. biasa la. pas mandi2 and siap2, kena buat sesi fotografi pulak. aish. ni acara wajib family saya. plus tahun ni semua adik beradik berkumpul. tahun depan punya raya mesti sunyi. kitorang dah buat plan nak balik raya kat ipoh. hehe. saya suka la. sebab dah lama tak balik ipoh. huhu. pagi raya tu je duit raya dah banyak. ni la untungnya if ade adik beradik yang ramai yang dah kerja. dalam family saya, 3 orang je yang still belajar. so, duit raya banyak la untuk kitorang. hehe. seronok sangat. then kitorang raya kat rumah my uncle di pantai air tawar, bukit keluang. then straight ke kota bharu sampai malam. biasa la tu. malam tu saya kena cirit birit yang teruk. memang sakit sangat. bila saya siasat, bukan saya je yang sakit, orang lain pun ade yang kena gak. sangat sedih. huhu.


esoknya, destinasi kitorang still kota bharu. balik pun malam gak. sampai penat la kitorang beraya. tapi hari ni duit raya tak lumayan sangat. tak masyuk. and hari ni pun sangat penat sebab semalaman asyik membuang je. dah tak de tenaga. huhu. bali rumah malam after pergi party bbq kat rumah my cousin. balik je after mandi and sembahyang saya terus tidur. sebab penat membuang. cirit birit still tak hilang. tapi saya ok je. huhu.


raya ke-3 rumah saya buat open house. macam tahun2 before ni. tapi tahun ni tak ramai sangat yang datang. sebab terperangkap dalam traffic jem. kesian. mama masak best la. menu pun banyak pilihan. laksa, nasi lemak,nasi kerabu, satay, and many more. hehe. today pun saya banyak tetamu. bffs memang sporting habis. tapi open house saya sama dengan open house my bff ijah. sedih sangat sebab tak dapat jumpe dia raya tahun ni. tapi time puasa kitorang dah berjumpa.hehe. duit raya hari ni pun boleh dikatakan masyuk gak la. orang besar mesti dapat duit raya banyak2 sebab banyak nak guna duit. hehe. itu ayat my uncle. close house lambat gak la malam tu. sebab ramai yang sampai malam. mama dah kepenatan. papa pulak sampai terus tutup lampu after last tetamu. haha. kelakar. penat sangat kot.


hari raya ke 4 saya stay kat rumah je sebab dah penat dengan cirit birit. nasib baik ok jugak. huhu.


raya ke 5 saya dah gerak balik kL. awal kan? nak buat cane, saya ade test on 15th September. sangat sedih ok. saya memang tak tahu ape yang saya jawab. memang susah soalan dia. dah la kepala otak still kat rumah. yela. orang lain still beraya, saya dah kena menghadap paper. sedih. pastu, demam melanda. haha. lagi kesian.


ok la. dah penat menulis. banyak sangat cerita. tu la. sape suruh malas menulis lagi. hehe. nanti saya upload lagi. btw, tahun ni tak de gambar time raya. sebabnya camera saya dah rosak. aish. next year nak beli camera baru. yang menarik. hehe.


i love you all!!!

No comments:

Post a Comment

ha.. sila tinggalkan komen anda.