jum jadi kawan,,,

Monday, December 27, 2010

full time student ^____^

assalamualaikum to all readers.

rasanya dah lama sangat tak menulis. tiba2 rasa rajin pulak today. padahal baju dah lama terendam dalam baldi. mata pulak dah mengantuk sangat ni. isya' pun belum. maybe sebab kenyang kot. today aku puasa. tadi buka puasa makan nasi putih+tomyam ayam and daging. sedap la. sahur pagi tadi just makan biskut and minum nestum. yummy.

entry today aku nak share some recipe dengan korang. sape2 yang suka memasak but tak tahu nak masak, boleh la try recipe aku yang tak menarik ni. hehe. tapi, mesti ramai yang kat luar sana yang pandai masak. aku ni amatur je. tak pandai sangat pun. hehe.

ok la. 1st recipe ialah sayur campur. hehe. ni mesti korang dah pandai masak. sebabnya sangat senang okay.

bahan2ya adalah :
1) kobis, sawi, carrot, bunga kobis, tomata, udang or ayam and lada besar. (semua ni korang mesti potong kecik2).
2) bahan untuk menumis ialah bawang putih 3-4 ulas.

cara2nya adalah :
1) mula2, taruk minyak. sikit sudah. kurangkan makanan berminyak.
2) tumis bawang putih till bertukar warna perang sedikit.
3) kemudian masukkan udang. kacau ye kakak2. takut hangit.
4) then, letak sedikit sos tiram. agak2 sendiri la ye. hehe.
5) kemudian, garam and gula secukup rasa.
6) tambah sedikit air panas untuk bagi dia berkuah sikit.
7) pas tu campak la sayur2 ke dalam kuali. bagi yang suka sayur tu fresh, masak sekejap pun dah okay. kalau yang tak suka rasa sayur tu, masak la sehari ke 2 hari. hehe. then siap la sayur tu.
senang kan? untuk orang yang berdiet, sangat sesuai masak sayur ni je untuk makan. sangat sedap. hehe.

2nd recipe ialah sambal belacan yang tak berapa nak pedas sangat. sambal ni sangat sesuai untuk orang yang suka makan sambal tapi tak nak pedas sangat.

bahan2nya ialah :
1) lada besar 5 biji.
2) lada kecik 10 biji.
3) belacan.
4) tomato 2 biji.
5) garam and gula secukup rasa.

cara2nya ialah :
1) mula2 tumbuk lada kecik and besar kesemuanya sehingga lumat.
2) campur belacan secukup rasa. bagi yang alah pada belacan, sila kurangkan kuantitinya.
3) masukkan garam dan gula secukupnya. jangan terlebih gula ye. takut manis pulak.
4) asingkan lada yang telah lumat tadi ke dalal mangkuk. tumbuk tomato pula ye kawan2. bagi hancur jugak.
5) kesemua bahan2 di atas di campur dan di gaul rapi.
6) siap untuk dihidangkan.

sambal ni sangat enak dimakan bersama ikan goreng, ayam goreng, gulai dan sewaktu dengannya.

ok la untuk kali ni. next time pulak kite belajar memasak. siapa2 yang nak recipe apa2 je boleh tanya aku eh. hehe. bajet professional la kan.

selamat mencuba ye kawan2.

i love you all!!!

3 comments:

  1. klakar jugok dih entry demo nih.hahahaha~

    ReplyDelete
  2. k.nana... haha.. mlas lg nk blajar. x dop mood!!. ngeh3..

    kanda... entry ni khas tuk demo.haha

    ReplyDelete

ha.. sila tinggalkan komen anda.