jum jadi kawan,,,

Wednesday, September 7, 2011

;entry pukal;

assalamualaikum semua.....

okay. gila lama tak menulis. asal nak tulis je tak tahu mana nak start. sampai bila tah nak jadi camni. sedar tak sedar hari ni dah 9 Syawal. kejap je masa berlalu. n 10th September aku dah nak balik uia kot. kejap je cuti kan. rasa nak cuti lagi. tapi at the same time rasa rindu gila nak belajar. huhu...

bila dah menulis ni, aku nak gak selit cerita lama. huhu. kemana aku menghilang selama ni. awal bulan 8 tu aku fly ke kuching sarawak. for 2 weeks. jadi pengasuh akak aku kat politeknik kuching. al kisahnya penyakit lama die datang kembali. disebabkan aku tak buat apa2 selain tido je di rumah, die pun bawak la aku ke sana. actually, dah lama kot die nak bawak aku stay ngan die. start cuti bulan 4 lagi. tapi aku cakap nak keje kan. so cancel lah. tapi, bila die dah sakit, tak de teman kat sana, so aku lah yang kena jaga die. makan minum, pakai semua la. tapi best la sebab percutian di tanggung halal. hehe.

sepanjang kat sana aku tak sempat nak online. so, tak terupdate la blog ni. suram je. dah tak de pengunjung. padahal memang tak de pun. haha. balik kL rasa malas lak nak online. tu yang sampai sekarang baru rasa nak update. after settle semua benda kat rumah neh. 

oh oh. before terlupa. aku attend majlis hari raya kat sekolah lama which is kospint. suka la pegi sebab ramai batch aku yang join. semuanya semangat. tapi ade je yang tak datang. masing2 pun ade hal. tapi sangat la seronok dapat jumpa ngan mereka yang aku jarang jumpa. plus dah lama sangat tak jejakkan kaki kat kospint. 

eh, tak na la cakap banyak sangat. nak tunjuk gambar lak...

gambar ni berterabur okay. main letak je...

*2nd raya with my 3rd sis*

*2nd raya with my 2nd n 3rd sis plus 2nd bro in law*

*kami yang sengal*

*meet teha, ana, cT and syimah*

*met them at open house kospint*

*meet cT, zati, ana, niera, nurlie, teha, madi, pear, elly and lia*

*sempat snap gambar time meeting alumni*

*before balik*

*with ana*

*with syimah*

*with cT*

*pengangkutan selama di kospint*

*mereka with bus jepun*

before balik jerteh, singgah umah ana tuk solat and konon2nya nak raya la. then, terjah kedai belakang airport tuk makan sotong celup tepung n air kelapa. sangat la best. 1 pinggan cost u rm5 je. banyak and boleh kenyang. air kelapa lak rm1.20. ade lagi benda lain. cam cucur, ikan celup tepung, telur sotong, and crab. sangat best if pegi ramai2. boleh makan banyak. huhu.

*sotong celup tepung*

*air nyiur*

gambar kat bawah ni actually gambar 1st raya kat ipoh. tiba2 je duk kat bawah. hehe.
*kami anak bujang with papa+mama on 1st raya*

ok la. nanti aku update lagi if rajin. hihi.. thanks for reading my blog. i love you all bebeh!!

2 comments:

  1. aku sgt suka bas old skoll tuh!

    ReplyDelete
  2. hahaha.. ak tak suka pun sbb kena bersesak. tapi tu je pengangkutan yg ade zaman dulu kala. haha

    ReplyDelete

ha.. sila tinggalkan komen anda.