jum jadi kawan,,,

Sunday, March 27, 2011

CONTEST BEAUTIFUL EYES BY TENNIELICIOUS!

(if nk join, boleh click di sini)
hai and assalamualaikum... today rajin pulak nak menulis. padahal dah nak exam. okay. tanak cakap banyak. just nak cakap yang saya telah di tagged oleh cik fatma CT tuk buat benda alah neh. *masuk contest lah*.

oh, saya sangat suka okay. yela, kan rabun. plus sekarang ni sedang mencari lens baru setelah lens yang lepas sudah bersemadi di dalam tong sampah semalam. ngeh3...

oh, gambar saya ni tak la menarik sangat pun. tapi still nak join. hehe...

(gambar ni di ambil masa first time saya pakai niqab. bukan la niqab sangat. just tuk ambik gambar jek. hehe)

ok jum buat ape yang di suruh...

*tajuk entry mestilah seperti di atas iaitu "CONTEST BEAUTIFUL EYES BY TENNILICIOUS". ~ *DONE*
* anda mestilah letak pic anda sendiri ye... ~*DONE*
*contest ini terbuka kepada semua peringkat umur.
*anda mesti follow blog cik wanie , cik tenten dan bloghop kami iaitu "tennielicious" ~*DONE*
*anda harus letak banner nie di side bar sehingga tamatnya contest nie... ~*DONE*
*sila tinggalkan link anda di post ini...sila alert kalau ada apa2 pengumuman mengenai contest ini di blog cik wanie atau blogshop kami.. ~*DONE*
*akhir sekali..anda diminta tag 5 rakan blogger anda..
1) my besties cik yuyul
2) my kanda jantung hati
4) kak nana shadow
5) kepada semua pembaca blog ni

Friday, March 18, 2011

;once upon a time;

assalamualaikum everyone...

tiba-tiba lak rasa rajin nak mengupdate blog this time. padahal assignment tak siap lagi. preparation for presentation tak siap lagi. baju dalam baldi dah lama terendam. dah busuk agaknya. tapi gila gediks nak gak update blog yang semakin usang ni. banyak sangat benda nak cerita. sampai tak tahu nak start yang mana dulu. ok la. ni semua cerita dah lapuk ok. saja nak bercerita jugak. maybe semuanya sebab happy la kan. hehe

#1: wedding kakak eyny

oh. Wedding kakak eyny sangat menarik okay. Dah la buat ala-ala garden wedding gitu. Saya rasa memang garden wedding. Nama tempat pun kampung pengantin. Tapi, sepanjang perjalanan ke sana, macam2 halangan kami terpaksa tempuhi. Onak dan cabaran tu silih berganti. Hehe. Tak, kereta buat hal pulak. Tak de minyak la bagai. Kitorang bawak kereta macam orang mabuk. Kejap2 stop kat tepi jalan. Hehe. Sampai je kat majlis tu dah lewat. Makanan pun almost nak habis. Sya and ajeem dah kekenyangan. Kitorang jela yang still menahan lapar. Saya lagi la. Dari pagi tak makan nasi. Just breakfast roti canai je. Alhamdulillah selamat gak sampai kat sana. Seronok la. Wedding orang kaya la katakan. Semuanya ayah eyny yang uruskan. Memang all out habis la. Anak perempuan sulung yang kawen.

p/s: tunggu turn eyny pulak macam mana


#2: shopping shawl and inner bagi pihak aliaa

Yang ni sumpah sangat seronok. Saya kan suka gila shopping ni. Lagi2 la benda yang kaler die cam menarik gila. Aliaa bagi kepercayaan tuk saya shopping all those kinds bagi pihak dia. Katanya tak sempat nak shopping time balik hari tu. Yela, asyik dating kat tempat mahal2. Mana la nak jumpa benda2 alah tu. Saya tension gak la time nak shopping inner and shawl tu. Sebabnya aliaa bagi syarat tuk pilih inner and shawl. Tak seronok. Dah la rambang mata. Disebabkan ade syarat, jadi stress terus. Terpaksa limitkan perbelanjaan sebab nak bear postage fees yang agak mahal ke australia. Bila dah habis shopping semua barang2 tu, saya hantar pulak kat die. Saya pos by air. Kata abang yang keje kat post office tu. Dah mesra bagai nak ape. Haha. Bagus la tu. Seronok dapat shopping untuk aliaa. Walaupun stress. Hehe.

Ok sekian sahaja cerita happy saya untuk kali ini. Next time saya bercerita lagi ye. Sekarang macam semakin rajin nak bercerita sebabnya dah tak busy. Cuma kena busy belajar untuk final. Kena naik kan balik cgpa yang semakin decline tu. Takut sangat.

p/s: saya nak kerja. Sebabnya tak dapat buat short sem. Lama kot cuti. Almost 5 months. Tapi, 1st thing 1st yang saya harus buat ialah beli kasut sukan mahal. Kena exercise la wei. Makin belemak kang stay kat umah lama2. Hehe

ok la. Sila enjoy gambar2 yang saya sediakan. I love you all!!

Thursday, March 17, 2011

;hidup lagi ke?;


hai and assalamualaikum...

wow. seriously dah lama saya tak update blog ni. dah berhabuk agaknya. mesti orang yang selalu bukak blog ni tension sebab tak update-update.(bajet ramai peminat la kau ira). haha. ok la. sorry sangat-sangat kepada yang selalu bukak blog ni tapi tak de sebarang update dari saya. semester ni saya rasa macam tak de life la. nak enjoy sikit pun tak boleh. tapi alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini.

ok la. saya nak cerita macam-macam since my last update last month. last month okay. betapa tak de masanya saya ni. belajar ke? tak pun rasanya. now pun curi masa yang sepaptutnya saya manfaatkan untuk preparation for presentation DMC petang ni. kul 2. haha. sempat lagi saya membuka blog ni. rindu kot nak bercerita.

bila dah ade masa sikit nak menulis ni, dah tak ingat nak cerita apa. haha. ok la. sekarang ni saya dah gila. gila dengan something yang baru iaitu craft. seronok wei buat benda ni. asyik je. kalau dah start buat, memang susah nak stop. hehe. mesti korang nak tahu apa kan. actually, sekarang ni saya dah semakin gila dengan craft yang berasaskan kain felt. sangat gila okay. dah jatuh hati sangat2. nak jual. tapi tak sempat nak buat promotion. ambik gambar pun buruk2 je. tak sempat nak touch up. bak kata kakak saya, sila la ambik gambar benda alah tu dengan model. aru la orang nak pandang.

actually, saya and my sis buat pin shawl. ala, yang orang sepit kat shawl tuk melawakan keadaan tu. biasanya orang akan pakai hair band or cekak rambut. tapi saya nak jugak buat pin shawl ni. sebabnya, benda ni jarang jual kat kedai. kalau ade pun, harga dia sangat la mahal. so, my sis la yang cadangkan kitorang buat benda alah ni. mula2 buat just for fun. yela. untuk pakai sendiri-sendiri. tak de la niat untuk jual. tapi macam seronok jugak nak jual pun. cuma kena takes time la. maybe akan memulakan operasi ni bila cuti sem yang bakal tiba ni. hehe

ok la. saya dah kena ke kelas. wish me luck for the presentation petang ni. before that, saya nak la jugak share pin shawl yang buruk tu ngan korang. hehe.

ok la. i love you all!!