jum jadi kawan,,,

Thursday, March 17, 2011

;hidup lagi ke?;


hai and assalamualaikum...

wow. seriously dah lama saya tak update blog ni. dah berhabuk agaknya. mesti orang yang selalu bukak blog ni tension sebab tak update-update.(bajet ramai peminat la kau ira). haha. ok la. sorry sangat-sangat kepada yang selalu bukak blog ni tapi tak de sebarang update dari saya. semester ni saya rasa macam tak de life la. nak enjoy sikit pun tak boleh. tapi alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini.

ok la. saya nak cerita macam-macam since my last update last month. last month okay. betapa tak de masanya saya ni. belajar ke? tak pun rasanya. now pun curi masa yang sepaptutnya saya manfaatkan untuk preparation for presentation DMC petang ni. kul 2. haha. sempat lagi saya membuka blog ni. rindu kot nak bercerita.

bila dah ade masa sikit nak menulis ni, dah tak ingat nak cerita apa. haha. ok la. sekarang ni saya dah gila. gila dengan something yang baru iaitu craft. seronok wei buat benda ni. asyik je. kalau dah start buat, memang susah nak stop. hehe. mesti korang nak tahu apa kan. actually, sekarang ni saya dah semakin gila dengan craft yang berasaskan kain felt. sangat gila okay. dah jatuh hati sangat2. nak jual. tapi tak sempat nak buat promotion. ambik gambar pun buruk2 je. tak sempat nak touch up. bak kata kakak saya, sila la ambik gambar benda alah tu dengan model. aru la orang nak pandang.

actually, saya and my sis buat pin shawl. ala, yang orang sepit kat shawl tuk melawakan keadaan tu. biasanya orang akan pakai hair band or cekak rambut. tapi saya nak jugak buat pin shawl ni. sebabnya, benda ni jarang jual kat kedai. kalau ade pun, harga dia sangat la mahal. so, my sis la yang cadangkan kitorang buat benda alah ni. mula2 buat just for fun. yela. untuk pakai sendiri-sendiri. tak de la niat untuk jual. tapi macam seronok jugak nak jual pun. cuma kena takes time la. maybe akan memulakan operasi ni bila cuti sem yang bakal tiba ni. hehe

ok la. saya dah kena ke kelas. wish me luck for the presentation petang ni. before that, saya nak la jugak share pin shawl yang buruk tu ngan korang. hehe.

ok la. i love you all!!

No comments:

Post a Comment

ha.. sila tinggalkan komen anda.