jum jadi kawan,,,

Tuesday, August 14, 2012

;bad and good news;

assalamualaikum and salam sejahtera....

oi la mak.. seriously bersawang blog aku ni. dah la yang dah sememangnya sepi. lagi la jadi sepi bila aku malas gila nak menempek post kat sini. fuh fuh... tiup segala habuk. tiba tiba je tergerak tangan ni nak menaip. sumpah rindu gila nak berbloging. tapi sangat malas nak karang essay. cerita banyak je nak share dulu dulu. now dah basi la kot. aish...

actually dulu dulu selalu la jugak jenguk jenguk blog. blogwalking blog lain lain and just jadi silent reader. tapi since intern last january, sumpah malas gila. semakin menjadi jadi malas bukan saje nak post something. nak baca blog orang lain pun malas. tiba tiba 2 3 hari lepas, aku ni tergerak nak skodeng blog yang aku selalu singgah.

aku ni sebok nak ikuti perkembangan biras empunya blog ni. nama dia norma. kalau korang nak tahu, korang pun boleh terjah sama ke blog kak moon tu. aku kan dah lama gila tak jalan jalan kat blog orang. bila aku teringat je nak terjah blog kak moon, automatik aku teringat pasal norma. laju laju aku cari update pasal norma. aku ni kan noob. tak reti nak cari exact post pasal norma. so i scroll down la kan. of course la akan jumpa post yang latest dulu pasal norma (orang baca la dari yang ketinggalan tu). ya Allah punya la aku terkejut ngan tittle tu. laju laju aku cari. then baru aku tahu yang norma dah meninggal bulan 5 hari tu. Innalillah. seriously aku terkejut.

1 hari aku duk mengadap je depan lappy. tak buat pape sampai aku pening. aku duk baca balik entry pasal norma. sedih kot. even aku ni tak de pape kaitan dengan hidup die, tapi aku tersentuh kot. aku cuba imagine kalau aku kat tempat kak moon and family die. lagi lagi husband arwah. so tabah wei bagi aku. since norma sakit, sampai la die dah tak de, aku rasa kasih sayang tu masih wujud. eh of course la kan. tapi tu la. Allah lagi sayang arwah.

ok dah tak nak sedih sedih. dah nak raya ni. plus makruh kot nangis time puasa. maybe sebab rasa masin air mata tu tak? hehe. semalam aku rajin lagi nak ber blog walking since aku tak mengantuk sangat. so aku terjah 1 blog akak comel ni. bagi aku die cantik. aku kan obses dengan perempuan cantik. yela sebab aku tak cantik sangat. haha.

well, aku dapat tahu yang die dah pregnant. dah nak masuk 7 bulan kot. sangat lama dah tak terjah blog die kan. sampai tak tahu pun bile die preggy. haha. dulu aku rasa die miscarriage. aku rasa la berdasarkan entry die yang sedih lama dulu (pandai je kau buat andaian). tapi now dah nak bersalin pun. tak nampak sangat pun die preggy. maybe sebab die kurus kot. so excited. congratulation akak manis. eh, yang kau ter over excited tu kenapa? bukan kau or kakak kakak kau yang pregnant. hehe

ok lah. actually aku duk sebok kemas rumah ni. ni pun curi curi tulang since mak aku tak peduli pasal aku. haha. penat kot. rumah ni sikit punya la banyak barang barang sampah. aku nak nasihat kat korang. nanti tak yah la berangan nak rumah besar besar. lagi besar korang punya rumah, lagi banyak la barang yang korang berangan nak taruk kat dalam rumah. beli rumah kecik kecik je. haha. suka hati diorang la.

eh aku dah melebih merapu ni. ok la ye semua. chow..

thanks for reading. Assalamualaikum, bai...

No comments:

Post a Comment

ha.. sila tinggalkan komen anda.