jum jadi kawan,,,

Tuesday, August 28, 2012

;raya 2012;

assalamualaikum and salam sejahtera...

today dah 10 Syawal. rasanya tak terlambat lagi untuk aku wish happy eid untuk semua muslimin and muslimat kat seluruh dunia ni (bajet seluruh dunia baca blog kau nyah). aku mintak maafkan semua kesalahan aku yang sengaja atau tak. yang nampak or tersembunyi. mana la tahu sepanajang aku duk ber blog ni aku ade salah cakap pasal korang ke kan. sorry..

ok la. bagi aku mood raya tak habis lagi. so sepanjang bulan Syawal ni, ke mana je aku pergi, haruslah aku pakai baju kurung. make up sikit sikit. hehe. and aku still tak habis lagi berjalan raya. rumah best friend terdekat pun aku tak serang lagi. hopefully sempat la aku serang before aku balik u nanti. tapi before balik u, aku haruslah ke lumut terlebih dahulu. menemani puan zuhairah dahria. katanya banyak aktiviti nak dibuat di sana :)

today aku baru terhegeh hegeh nak ganti puasa. hopefully sempat la habis kan yang wajib tu sebab aku nak puasa 6. ni la akibatnya kalau buat kerja last minute. orang kata tak pe nak sekalikan yang wajib dengan yang sunat. tapi aku rasa macam nak asingkan. ok ape puasa. bagus untuk kesihatan jugak kan. hehe.

rumah dah kembali sunyi dengan ketiadaan my siblings and anak buah. kalau tak pasti la kecoh. biasanya kalau ramai ramai macam ni, 1 je masalah yang datang dalam rumah ni;ketiadaan air. memang selalu macam ni. tapi dapat diatasi dengan cepat la. yela. bila dah ramai, air pun haruslah tak putus putus digunakan. kat dapur tu, air asyik mengalir je kan. mana la tak habis air tu..

raya tahun ni buat aku fikir. adakah raya tahun ni last aku dapat duit raya yang lumayan? dalam keluarga besar aku, semakin besar seseorang, semakin banyak duit raya yang die akan dapat. yela. orang besar nak guna duit banyak kot. that is why la kan. orang tu akan still dapat duit raya selagi die tak kawen and tak keje. tak kesah la berapa umur die. janji 2 criteria tu ada. seronok kan? haha. aku cam terfikir gak la tak nak kerja lagi. nak sambung belajar. supaya terus dapat duit raya yang lumayan. haha. duit raya tahun ni banyak jugak la since ramai yang tahu tahun ni last aku dapat duit raya. tapi menarik jugak kalau tiba tiba aku tak kerja and tak kawen lagi. still dapat duit raya yang banyak. hehe.

ok la. banyak kerja harus di settle kan before aku balik ke u. rumah pun nak kena kemas jugak. bersepah je semua orang tinggal macam tu. 

selamat hari raya untuk semua readers. maaf dipinta dari hati yang tulus ikhlas :)

thanks for reading my blog :)


No comments:

Post a Comment

ha.. sila tinggalkan komen anda.