jum jadi kawan,,,

Saturday, May 5, 2012

;kepulangan;

assalamualaikum and good morning semua....

tiba tiba rasa tak tahu nak tulis ape. since lama sangat kot menyepi. seriously bila dah lama tak menaip, rasa memang malas sangat nak continue. tapi kadang kadang tu rindu. just malas la kot yang menguasai diri. kadang kadang bila dah rajin, line wifi pulak macam harem. ala ala seluar harem tu. haha

tak sure nak start kat mana since banyak agenda yang dah pun berlaku since my last post. sangat banyak. benda alah ni dah bertukar baru pun aku still tak pandai lagi nak godek godek. akan cuba sedaya upaya untuk recall balik semua benda yang dah berlaku. or tak payah la cerita benda benda tu semua. kite proceed je dengan benda yang ade sekarang ni. bila dah teringat and ade mood balik, baru la aku share benda benda tu semua.

oh btw, sekarang aku adalah trainee sepenuh masa (untuk 6 bulan je pun) kat sebuah audit firm yang biasa biasa je di kL. since aku tak lah nak pandai sangat, so dapat la aku company yang ok ok jela. hehe. ok la. aku suka company tu. bos pun baik. nak cuti pun senang. tu yang penting kan. tapi aku tak pernah lagi la cuti sesuka hati. semuanya ade MC. masa awal2 kerja, sangat la excited. yela, baru tahu environment kerja kan.

lama lama dah boleh sesuaikan diri. dengan senior senior yang baik. diorang macam tak lokek nak share ilmu. tak de la nak marah marah tak tentu hal. mesti korang ingat sebab aku trainee kan. tak de la. akak senior tu selalu gak tanya macam macam dengan supervisor. supervisor tu ok je melayan. even supervisor tu selalu jugak tanya kat bos. bos tenang je menjawab. tak de la die nak tengking staff die.

aku ade dengar gak la some of my friends yang duk cerita diorang kena marah. nak marah apenya. diorang trainee je pun. tak boleh ke guna bahasa yang elok. kalau diorang dah pandai, tak de nya U nak hantar diorang pergi intern. better belajar je. aiyyo. nasib baik kawan aku tu bersabar. ok aku pun sila lah bersabar :)

awal awal masuk memang tak de kerja langsung. sebab aku masuk pertengahan bulan 1. according to my senior, bulan 3 and ke atas adalah sangat busy. so awal awal tu aku and trainee yang lain just susun file je. then study mana yang patut. belajar tengok file. tengok cara diorang audit. company tempat aku intern ni semua ade. dari account, audit, tax sampai lah secretarial. seronok. sebab boleh belajar semua.

first kerja yang aku buat ialah audit dormant company. mula mula memang bodoh alang. buat kerja pun lambat je. sepatutnya orang dah expert ambik masa less then 1 day. aku buat dalam masa seminggu. memang hebat. then after siap, file tu akan di review oleh senior auditor. kalau ade salah ke ape, diorang akan betulkan then aku kena buat ape yang salah tu. so dari situ lah kite belajar dari kesilapan :)

after siap audit, aku berjaya jugak la kena buat account. for me, account lagi tough la nak compared tu audit. kadang kadang transaction diorang mengarut. semuanya nak guna duit company. so that tax kurang. if loss, tak yah la diorang nak bayar tax. penat la buat account. sampai aku berjaya cuti 2 hari for that. sangat teruk ok. seriously tak nak jadi accountant.

seronok buat audit kalau account die best. best maksudnya tak de problem. memang la ade cabaran jugak. cumanya simple. audit lagi best kot. tapi still susah jugak if pegi company besar. yang punya client besar. revenue juta juta. nak buat vouching pun dah nak pengsan. nak kena angkat file berat segala. if kurang stamina, memang sangat lenguh. aku pernah la dapat company besar. penat angkat file je :(

sekarang ni pun still busy lagi. file dah bersusun kat atas meja. tapi dah rasa penat and seriously rasa tak sabar nak habis. lagi 10 minggu. haha. penat kot. pagi pagi nak kena bangun awal. bangun awal tak kesah sebab dah biasa kelas pagi. tapi tak suka time nak tunggu bus, nak melintas jalan (dek kerana sikap sesetengah pemandu yang buta warna), and macam macam lagi la.

ok la. today just bercerita pasal internship je. next time? insyaAllah nak share pae yang aku buat dengan voucher buku 1Malaysia tu :)

thanks for reading. i love you all. assalamualaikum....

3 comments:

ha.. sila tinggalkan komen anda.