jum jadi kawan,,,

Monday, November 12, 2012

;long break;

Assalamualaikum and salam sejahtera...

today sangat la malas nak bangun awal pagi since tak de nak buat ape. boleh eh macam tu? haha. dah la semalam tidur awal and tak buat pape jugak. most of today punya class dah di cancel kan oleh lecturer awal awal. katanya nak bagi peluang kat student cuti. padahal diorang yang nak pergi holiday. so here another long break for me after last mid break *senyum sampai telinga*

class for today ade 2 je. paling malas nak tunggu sebab start at 3.30 and 6. tapi yang best nya, aku pergi 1 class je sebab my sis and brother in law dah tunggu aku habis class kul 5 nak cabut ke jB. yeay. dah lama tak pergi jB since my last visit yang aku sendiri pun tak ingat dah bila. haha.

aku saja la ikut diorang balik jB. nak bejalan jalan. since abang ipar aku orang sana, so boleh la aku merasa. padahal ade je abang sendiri, sepupu sepapat, pakcik makcik stay kat jB. tapi selalunya memang susah nak sampai. bila dah ada peluang ni, aku pun apa lagi, terus la pack barang barang *padahal tak packing pape pun lagi*

oh tiba tiba teringat assignment yang membukit tu. 1 hape pun tak sentuh lagi. hopefully before balik bercuti ni dapat discuss sikit dengan groupmate. insha Allah.

ok la. harus mengundur diri since dah tengahari. thanks for reading this entry. i love all of you.

p/s:happy deepavali dan salam ma'al hijrah :)

Sunday, November 11, 2012

;research;

Assalamualaikum and salam sejahtera semua :)

hari ni gigih bangun awal sebab nak laundry je pong. haha. tapi biasanya kalau cuti memang senang sangat nak bangun awal. mata ni cam tak nak tidur lepas subuh. kalau la hari sekolah, sangat la liat nak bangun. menyampah sungguh. tapi tak pe la. orang cakap bangun awal pagi ni murah rezeki :)

Alhamdulillah today still di beri peluang untuk bernafas. merubah diri menjadi lebih baik insha Allah :)

today aku just nak share 1 cerita yang aku rasa sangat seronok *bagi aku seronok la. and aku guess perempuan kat luar sana pun mesti seronok jugak* :)

memandangkan aku ni dah tua and dah nak grad pun(insha Allah tahun depan) makanya graduation dinner pun harus lah dah dekat kan. aku ni mula la gigih duk cari dress yang sesuai. oh theme nya adalah glamourous and elegance. aku rasa agak susah jugak la sampaikan kedai pengantin pun aku masuk. time masuk kedai pengantin tu confirm la aku tak fikir dah pasal dress dinner. of course la berangan nak kawen kan. haha

dress pengantin sekarang semuanya lawa lawa bagi aku. lagi lagi kalau lelaki yang design and jahitkan. seriously puas hati. sampaikan aku rasa even harga die sangat mahal, aku rasa sangat berbaloi. eh, yang aku excited sagat ni kenapa? dah lari topic dah ni :)

rasa excited membuatkan adrenalin aku pantas bergerak makanya semua benda termasuk otak and anggota badan yang lain mula bertindak memikirkan pasal dinner tu. aku ingat nak pakai dress kawen kakak aku je. kaler peach. tapi bila fikir balik, dress kakak aku tu sangat awesome. macam over lak kan. haha. so aku pun gigih la fikir design and kaler and kain.

so, last friday aku ni gigih la bejalan kat jalan tar. dengan room mate yang jugak semangat tahap tak ingat. tapi kain die lawa. tu je yang aku boleh puji. haha. after beli kain tu, terus la semangat hantar tailor. oh my tailor juga sangat awesome. sorry la aku tak nak promote aunty tu since die dah banyak sangat tempahan and aku takut nanti die tak sempat nak siapkan aku punya *sangat selfish :)*

so sekarang ni aku sangat la tak sabar nak tunggu dress tu siap. hopefully seperti apa yang aku mintak la.

semalam, aku ni ade la belek blog dena bahrin. aku duk tengok outfit die. sangat awesome. actually dari dulu lagi aku suka pakaian die. just aku tak buat research mana die beli tempah semua tu kan. tapi post terbaru die buat aku rasa dup dap dup dap nak tahu. so laju laju je aku godek web cala qisya. bila dah tengok tu, rasa nak beli semua. haha. tak de la semua. tapi most of the item. die punya colour sangat menarik minat.

korang kalau rasa nak cuci mata ke ape, boleh la terjah website die. tak pun terus serang kedai die kat shah alam.

aku rasa cukup la dulu eh untuk hari ni. thanks for reading this entry my beloved readers :)

Thursday, November 1, 2012

;kembali aktif?;

Assalamualaikum and salam sejahtera....

tiba tiba aku jadi rajin pulak nak update even tak de pape pun yang nak di share dengan semua. kadang kadang seronok bila dapat merepek kat blog. blog aku suka hati aku la. sape nak baca sila la baca. sape tak suka sila angkat kaki :)

stress ke aku ni bila dah selalu update blog? tak de la. aku nak menambahkan post yang tak berapa nak banyak kat blog aku ni. aku noticed yang tahun ni aku menghasilkan beberapa kerat post je. tu pun yang tak menarik. haha.

actually aku malas nak baca buku. just tunggu masa nak pergi class 1130. sementara tu boleh la aku ambik sedikit masa tuk merepek kat sini. esok aku ade another midterm. petang. subject business. baca sikit je. tapi aku main banyak la. hehe. bukan tak minat. seronok je baca buku. tapi tah la. mood kot yang tak betul. so, minat je tak mampu nak membantu.

aku tak sabar nak menghabiskan duit untuk hilangkan rasa ketidakselesaan hati dan perasaan ni. tapi fundnya belum diminta lagi. aku aim dua benda je sekarang ni. kasut and dress cotton. dress cotton susah nak cari and kalau dah berminat sangat tu mesti la sangat mahal ok. so aku fikir yang aku nak design dress sendiri and then mintak tailor aku yang jahitkan. almaklum la aku ni belajar menjahit tak habis lagi. semangat tu ade. tapi masa tu yang jeles sangat dengan aku. haha. alasan.

ok la. aku dah tak de masa nak merepek. nak siap siap ke class. nanti dalam class kena focus and tak boleh berangan. kalau tak pandai, aku jugak yang susah kan? hehe

thanks for reading my blog. i love you all..