jum jadi kawan,,,

Tuesday, October 19, 2010

penat yang amat!!!

hye and assalamualaikum semua....

sangat penat ok!! saya ingat dah boleh bernafas dengan baik and dah boleh bersedia untuk final. rupa2nya belum lagi. hehe. pagi tadi saya terpaksa bangun awal untuk ke MEDIA PRIMA. interview pasal kerja ni lah. aish. penat kot. dah la semalam tidur awal. huhu. kitorang dah lambat pergi ke Media Prima sebab ada masalah teknikal sikit. saya dah rasa sedikit gelabah kot. nasib baik la pak cik si syamim neh, salah sorang group mate saya kenal dengan orang yang saya nak interview neh. so, kitorang di layan cam VVIP ok. sangat best. haha.

mula2 sampai kitorang dah di beri parking. then di sebabkan lambat lagi nak jumpa orang tu, kitorang pun di bawa ke sekitar Media Prima tuh. most tempat kitorang pergi. mula2 tengok studio tempat diorang buat Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini. tapi tak de pape pun kat situ sebab diorang ade liputan kat PWTC. so, gelap la tempatnya. tapi kitorang ambik gmbr camtu2 je. gelap. hehe.

then kitorang di bawak melihat tempat2 dJ radio bekerja. hot fm, fly, and one.ok la. pastu tibe2 dah nak kena naik untuk interview session. kitorang cam nervous gak la. tapi rupa2nya orang yang kitorang interview ni sangat cool simple. haha. padahal dia adalah seorang CFO okay. aish. nama beliau adalah Encik Muhamad Arif b Ibrahim. dia adalah CFO Media Prima. sangat sempoi orangnya. interview session kejap je sebab dia busy. nasib baik dia nak entertain kitorang. huhu.

then, settle interview, kitorang di bawa ke bawah untuk jumpa dengan Encik Rashid. En Rashid ni orang yang bertanggungjawab if tv korang tiba2 gelap. so, call la dia. hehe. dia boleh access semua tempat kot di Media Prima tuh. time kat bawah tu, kitorang jumpa jehan, fara fauzana, aziz desa, leya. tapi kitorang dapat bergambar dengan fafau and aziz desa jek. huhu.

then, kitorang di bawa pulak ke stesen ntv 7. kat situ diorang tunjuk cane set tempat baca berita. actually dia just tempat kosong kaler hijau jek. tapi bila dah guna teknologi yang makin canggih neh, menarik la jadinya. so, ape yang kita tengok kat tv tu bukan la real. tu hanyalah trick computer jek. huhu. ingat nak pergi ke buletin utama punya set, tapi dah tak sempat. sebabnya diorang sebok nak belanja kitorang makan. hehe. lagi 1 kitorang ketinggalan nak join nasi lemak kopi o. huhu. sempat jumpa aziz jek. ok lah tu.

after makan, kitorang say thanks kat thise people yang buat kitorang sangat happy today. huhu. sangat seronok di layan macam VVIP. hehe. before balik, kitorang sempat lagi brgambar kat situ. sebagaio bukti interview kami. sebabnya dia tak bagi kitorang record interview tu. then kitorang gerak ke kL central sebab bFF saya nak beli tiket balik perak.

sampai kat bilik je saya terus tidur. penat sangat kot. hehe. tapi sangat seronok.

ok la untuk this time. saya nak sambung buat report. nak kena submit on tuesday. post kali ni saya tak boleh nak letak picture lagi. sebabnya semua picture ngan group mate saya. sabar jela. next post saya letak picture jek. okay?

hehe. i'll update soon.
i love u all!!

No comments:

Post a Comment

ha.. sila tinggalkan komen anda.