jum jadi kawan,,,

Sunday, October 31, 2010

exam mode ^_^

hai and assalamualaikum.....

dear all readers..
ceewah. permulaan ayat aku memang tak leh blah. haha. pagi2 bangun terus online. katil pun tak kemas lagi. teruk betul perangai kanak2 aku neh. tak pe. jap gi aku settle kan la. online jap. sebabnya pagi2 ni line macam laju sikit. so, if nak tengok video or gambar2 dalam facebook, time ni la aku tengok. nak cuci mata ke. opps. jangan salah anggap okay. cuci mata tengok barang online lah. shopping la kunun. hehe. baru je tengok baju2 kat saya memang suka penuhkan lemari baju. haha. seronok tgk baju2 yang cantik tu. rasa nak beli semua yang saya berkenan. tapi masalah sekarang ialah duit okay. saya dah la nak kena berjimat neh. nak pergi holiday la. nak beli camera baru la. oh. by the way, camera yang saya nak dulu, dah tak de jual. so, saya dah aim 1 camera neh. menarik gak la. jum tgk if menarik ke x. hehe.




hehe. semuanya model yang sama. tapi gambar yang berbeza. ni the latest model yang saya tahu la. saya dah tengok benda ni live. harga dia pun not bad la walaupun baru lagi. ni model d3100. yang saya nak dulu d3000. tapi saya still nak yang model lama tu. nanti la saya try bincang dengan my brother. oh, kenapa saya semakin nak benda alah ni ek? camni, next semester, saya dah kena ambik skill. so, saya dapat skill photography. mula2 nak menjahit. tapi saya rasa macam tak menjahit je nanti. huhu. so, saya ambik la yang photography neh. hehe.

ok dah settle pasal cerita camera. sekarang saya nak cerita pasal interest saya yang semakin menjadi-jadi lately neh. saya suka sangat la pakai shawl. dulu pun suka jugak. tapi sekarang suka pakai shawl yang mahal and cantik. plus dengan inner. yela, saya ni tak cantik. so, kena la pakai something yang cantik. hehe. currently saya ade banyak sangat shawl cotton yang saya beli dari sepupu saya. if nak tengok, sila klik di sini. banyak la shawl yang dia jual. yang saya tahu, shawl cotton yang dia jual before ni memang mendapat sambutan hangat la. saya pun ambik banyak kot. walaupun tak de baju nak pakai. tamak sungguh. huhu. pastu, bila dah gila kan shawl yang cantik, saya pulak nak ade inner yang macam2 kaler dia. so, banyak la koleksi inner saya ade. hehe. tapi 1 masalah saya ialah, saya terpaksa pakai lens if nak pakai shawl. huhu. power mata saya ni dah semakin banyak. risau pulak. tapi nak buat macam mana. dah nak bergaya. haha. poyo. ok la. saya nak tunjuk sikit muka saya yang tak cantik ni bila pakai shawl and inner. hehe.

inner ni best. sejuk je. saya beli murah sangat. shawl ni sangat common la. ramai je orang yang pakai. hehe.

inner pun sama best dengan yang atas. beli dekat tmpat sama. shawl ni pulak saya beli dengan cousin saya. cotton. sangat shedap bila pakai. senang, kemas. tapi ni kakak saya punya. saya dah pakai dulu. ngeh3.

ni pulak inner syue. ngeh3. mesti korang nak cakap yang saya ni asyik pinjam orang punya je kan? kate suka shawl. tapi asyik pinjam orang punya. tak de la. ni saya beli untuk saya. tapi, saya dah bagi hadiah birthday untuk syue. saya yang bagi dia buat pilihan. dia suka yang ni. so, saya bagi la. ni pun saya beli dengan cousin saya yang cantik tuh. hehe.

ok la kawan2. lain2 shawl saya akan update lagi ye. buat masa sekarang ni tak pakai shawl lagi. sebabnya mata saya ni macam ade problem je sikit. tak boleh nak pakai lens. so pakai spec je 24/7. hehe.

nanti saya update lagi okay. nak pergi mandi and belajar. saya still ade 5 papers untuk fight. huhu.

i love you all!!!

Wednesday, October 27, 2010

let the pictures tell the story ^_^

hye and assalamualaikum...
entry this time saya tak nak bercerita. just nak share picture time interview Media Prima last 2 weeks. hehe.

studio mhi,wanita hari ini...(sedikit gelap,lampu x switch on)

lobby Media Prima

with fafau

live at bilik berita ntv7

*iklan*

kami bertiga

with aziz desa~nasi lemak kopi o

with the CFO Media Prima n CFO Aljazeera

Monday, October 25, 2010

oh no!!!

hai and assalamualaikum...

selamat pagi and good morning to all readers. now it's time to me to do revision because the final exam is just around the corner. the spirit does not come yet even though i know that i should start the revision now. the time is running out okay. aish. saya tak tahu la macam mana nak dapatkan that spirit. saya sepatutnya balik teratak musafir last weekend so that the spirit will come to me. cewah. bukan main lagi yek.padahal memang dasar pemalas. haha. biasala. students memang suka study last minute. saya pun. tu lah yang lecturer saya duk marah dengan bad habit student sekarang neh. diorang cakap, if study awal, confirm tak masuk. macam mana nak masuk if study asyik main2 jek. last2 minute yang dapat masuk tu sebab terpaksa. asyik duk push dia, memang la senang masuk. senang masuk, senang jugak dia keluar balik. haha. memang selalu sangat macam tu. saya tahu sebab saya pun macam tu kadang2. hehe.

okay la. final exam this time sekejap jek. jadual pun macam dekat2. tapi okay la tak de yang clash. Alhamdulillah. cumanya penat sikit la sebab nak kena baca banyak benda. this semester saya rasa macam sedikit teruk nak compared to previous semester. bukan ape. banyak sangat main kot. tapi tak tahu la. banyak sangat berangan la tuh. huhu.

saya curi masa study saya neh. i've got to go. nak sambung baca buku. petang ni class still on. class Decision Science. tak sure nak gi class ke tak. huhu. rasanya pergi kot. mana la tahu sir nak bagi soalan spot ke. hehe. harapan la kan.

30/10/2010 fiqh for economist 3
2/11/2010 commercial law
4/11/2010 business finance
7/11/2010 decision science
12/11/2010 company accounting
13/11/2010 organizational behavior

maybe saya akan off untuk beberapa minggu ni. nak baca buku la katakan. lappy letak dalam bag jap. hehe. nanti akan saya menulis lagi okay. hehe.

wish me luck okay wahai readers semua....

i love you all!!!

Tuesday, October 19, 2010

penat yang amat!!!

hye and assalamualaikum semua....

sangat penat ok!! saya ingat dah boleh bernafas dengan baik and dah boleh bersedia untuk final. rupa2nya belum lagi. hehe. pagi tadi saya terpaksa bangun awal untuk ke MEDIA PRIMA. interview pasal kerja ni lah. aish. penat kot. dah la semalam tidur awal. huhu. kitorang dah lambat pergi ke Media Prima sebab ada masalah teknikal sikit. saya dah rasa sedikit gelabah kot. nasib baik la pak cik si syamim neh, salah sorang group mate saya kenal dengan orang yang saya nak interview neh. so, kitorang di layan cam VVIP ok. sangat best. haha.

mula2 sampai kitorang dah di beri parking. then di sebabkan lambat lagi nak jumpa orang tu, kitorang pun di bawa ke sekitar Media Prima tuh. most tempat kitorang pergi. mula2 tengok studio tempat diorang buat Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini. tapi tak de pape pun kat situ sebab diorang ade liputan kat PWTC. so, gelap la tempatnya. tapi kitorang ambik gmbr camtu2 je. gelap. hehe.

then kitorang di bawak melihat tempat2 dJ radio bekerja. hot fm, fly, and one.ok la. pastu tibe2 dah nak kena naik untuk interview session. kitorang cam nervous gak la. tapi rupa2nya orang yang kitorang interview ni sangat cool simple. haha. padahal dia adalah seorang CFO okay. aish. nama beliau adalah Encik Muhamad Arif b Ibrahim. dia adalah CFO Media Prima. sangat sempoi orangnya. interview session kejap je sebab dia busy. nasib baik dia nak entertain kitorang. huhu.

then, settle interview, kitorang di bawa ke bawah untuk jumpa dengan Encik Rashid. En Rashid ni orang yang bertanggungjawab if tv korang tiba2 gelap. so, call la dia. hehe. dia boleh access semua tempat kot di Media Prima tuh. time kat bawah tu, kitorang jumpa jehan, fara fauzana, aziz desa, leya. tapi kitorang dapat bergambar dengan fafau and aziz desa jek. huhu.

then, kitorang di bawa pulak ke stesen ntv 7. kat situ diorang tunjuk cane set tempat baca berita. actually dia just tempat kosong kaler hijau jek. tapi bila dah guna teknologi yang makin canggih neh, menarik la jadinya. so, ape yang kita tengok kat tv tu bukan la real. tu hanyalah trick computer jek. huhu. ingat nak pergi ke buletin utama punya set, tapi dah tak sempat. sebabnya diorang sebok nak belanja kitorang makan. hehe. lagi 1 kitorang ketinggalan nak join nasi lemak kopi o. huhu. sempat jumpa aziz jek. ok lah tu.

after makan, kitorang say thanks kat thise people yang buat kitorang sangat happy today. huhu. sangat seronok di layan macam VVIP. hehe. before balik, kitorang sempat lagi brgambar kat situ. sebagaio bukti interview kami. sebabnya dia tak bagi kitorang record interview tu. then kitorang gerak ke kL central sebab bFF saya nak beli tiket balik perak.

sampai kat bilik je saya terus tidur. penat sangat kot. hehe. tapi sangat seronok.

ok la untuk this time. saya nak sambung buat report. nak kena submit on tuesday. post kali ni saya tak boleh nak letak picture lagi. sebabnya semua picture ngan group mate saya. sabar jela. next post saya letak picture jek. okay?

hehe. i'll update soon.
i love u all!!

Thursday, October 14, 2010

::.the time is running out.::

hai and assalamualaikum...

kawan2... lama betul tak update blog neh. haha. saya rasa starting ayat saya mesti sama punya la. pasal dah lama tak update blog. haha. yela. saya kena say sorry sebab saya rasa ramai yang membaca and follow blog saya walaupun tak follow betul2.(haha. perasan sikit). saya sangat busy ok. sampai tidur pun still fikir pasal assignment and macam2 lagi. sangat sedih kot. tidur pun tak lena. tapi makan ok je. sebab saya takut sakit. so, saya makan jela. tapi badan2 saya rasa sangat penat. rasa nak massage je. kan best.

ok lah. today dah jumaat. saya rasa macam dah boleh bernafas sikit la so far. 2 assignments dah settle and dah hantar. praise to Allah. saya ade lagi 1 report project OB nak kena hantar, pastu presentation OB, interview untuk BF and lastly report BF. tak sabar rasanya nak pergi interview and siapkan semua assignment. malam ni saya ade discussion OB. nak siapkan project yang banyak tu. saya nak settle semua benda cepat2 sebab nak focus study pulak. saya sangat takut. macam2 nak kena cover balik. aish.

saya perlukan motivation. tadi dah post kat facebook pasal ni. ramai yang bagi saya support. saya takut saya tak yakin. tapi kita kan ade Allah. so, kita tak boleh hilang hope tu. kena yakin la sikit. ye! saya akan berusaha dengan gigihnya. hehe. insyaAllah.

actually saya penat sangat sekarang ni. semalam tidur lambat. then pagi tadi pulak terpaksa bangun awal untuk siapkan assignments yang nak kena hantar today. nasib baik dah siap. so, boleh la saya bernafas dengan lega sekarang. walaupun tak lega sangat.

ok lah. nak pergi solat and tido sikit. haha. nanti bangun layan muvie ke. kuang3..

i'll update soon. i love you all!!

Sunday, October 10, 2010

dinner yang menarik

hai and assalamualaikum....

too many stories nak share dengan semua. tapi tak tahu nak start dengan ape. hehe. actually, tak de story sangat pun. saje je. last update pun hari jumaat. so, tak banyak sangat benda happen. tapi, on friday, saya ade dinner dengan team Amazing Race BACC. seronok sangat. semua orang have fun. restaurant dia simple je. tapi makanan dia, pergh sedap sangat. harga pun reasonable la dengan makanan yang banyak. kitorang makan sampai licin. sebab memang superb la. kitorang sampai kat restaurant tu dah lambat. after isya' baru gerak. sebab tunggu semua dulu. tema malam tu bebas. tiba2 saya terpakai baju yang cantik (for me la kan). haha. orang lain semua pakai biasa2 je. t-shirt and jeans. saya dah malu. mula2 saya memang nak pakai jeans n t-shirt je. tapi t-shirt saya pendek. tak selesa rasa. so, saya pakai la baju yang labuh neh. dah la kaler dia striking (boleh tahan la). haha. sib baik semua orang tak kesah. semua orang dah gelakkan saya. poyo sangat. bajet dapat award la if ade award untuk baju cantik. haha. malu jek.

mata kucing. hehe.

sotong cheese. sedap sangat!!

semua ni pun sedap. ayam, tomyam, daging and sayur.

air ni pun best gak. hehe.

pose lepas kenyang. haha.

left: k.hafsah c photographer
right: k.aisyah c program manager dinner

kami di meja ke 2.

the guys :))

pose kenyang :))



ecah semangat bercerita :))



lepas dinner, kitorang main 1 game. nama dia mafia. game dia macam best gak la. seram pun ade. dalam game tu, ade orang kampung, mafia, doktor and spy. mafia akn pilih nk bunuh sape. mula2 semua orang kena tutup mata. then mafia buka mata untuk pilih nak bunuh sape. then doktor pulak bukak mata untuk selamatkan sape. then part spy pulak saya tak berapa faham macam mana. then, kitorang kena main till abis. if mafia lebih ramai dari orang kampung, mafia menang. and vice versa. seronok la. ni idea kak aisyah.

p/s : korang enjoy jela dengan pictures di bawah ni ye. dah penat nak bercerita. hehe.









lepas habis main game, kitorang sempat lagi snap picture. even kedai dah nak tutup. haha. sangat la gila bergambar. tak cukup dengan dalam kedai, luar kedai pun kitorang conquer gak. pulak tu, atas jalan oke kawan2. haha. enjoy jela ye. :))












thanks semua kerana sudi meluangkan masa yang lama kat sini untuk melihat pictures and membaca cerita saya yang tak best neh. haha.

nanti saya update lagi ye. insyaAllah. sebabnya saya bila dah masuk weekdays ni mesti busy sangat2. dengan assignment yang tak siap2 lagi la. lepas tu dengan group discussion lagi. quiz yang still berbaki. huhu. sangat la penat hidup as a student accounting kat iium neh.

ok la. saya nak sambung buat kerja sket. then nak tido because sok saya ade class pagi.

i love you all!!

Friday, October 8, 2010

super duper busy body

hai and assalamualaikum....

ya Allah!!! dateline for assignments dah dekat. tapi saya still tak dapat nak settle semua assignments. group discussions pun banyak lagi tak settle. so, tak discuss sangat la. takutnya. saya tak nak masuk hospital sebab sesak nafas. banyak lagi kerja nak buat. haha.

ok. ok. saya nak bernafas dengan baik neh. semalam after class organizational behavior, saya kuar pergi mall with my sister and sister in law. ni semua sebab saya tension dengan kerja and so many things yang saya nak kena fikir lately neh. nasib baik semalam class business finance cancel. so, boleh la saya kuar berjalan-jalan dengan mereka2. haha. at least bila dapat jumpa family rasa cam release sikit tension tu. walaupun tak sepenuhnya. huhu. kitorang tak pergi jauh pun. just pergi alpha angle and setiawangsa. my sis la nak cari luggage katenya. tapi tak de pun. actually nak pergi sogo. tapi sebab dah lewat. so pergi yang dekat2 jela. my sis in law puasa. tiba2 dia rasa nak makan nandos la pulak. so, kitorang dinner kat nandos. for me la kan, saya tak suka sangat nandos. saya lagi suka kenny rogers. hehe. nandos macam biasa je. tapi layan jela sebab orang tolong bayarkan. haha.

ok settle sikit pasal problem tu bila dah jumpa family. hehe. balik bilik semalam, lepak bilik syue. saya suka sangat kacau hidup budak kecik neh. haha. dia baik. dia suka mendengar cerita2 saya. walaupun tak sedap. haha. redha jela my dear. kitorang lepak till midnight. sampai tergendala dia nak study. haha. kejam sungguh saya neh. saya balik bilik, yang sebelah bilik je. tak jauh pun. saya tukar baju and solat. tak mandi ok. sebab dah lewat malam. sejuk. hehe. pastu ber sms dengan bff ijah. dia risau sangat dengan study nya. same goes to me. tapi dia ade problem lain. soal hati kot. kesian dia. saya pulak jahat. tertidur tanpa reply message dia. haha. ngantuk sangat kot. plus penat. haha. sorry dear.

bff ijah: saya tak pandai berkata-kata. tapi saya cakap melalui pengalaman je tu. tapi, if kamu ade problem, still boleh share dengan saya. saya sudi lend my ear tuk kamu. anytime my dear. jangan upset. jangan sedih2.

ok lah. saya nak sambung kemas bilik then lunch. pastu nak sambung buat assignments yang banyak neh. saya suka je buat assignment. tapi, if senang. haha.
i will update later. love you all!!

Tuesday, October 5, 2010

it's already October ^-^

hai and assalamualaikum.....

dah masuk bulan 10 rupanya. saya still lagi terpaksa tinggal blog ni for a while. yela. banyak sangat kot benda yang nak perhatian. sangat penat currently. today je saya ade 3 quizes. pukul 10 tadi last quiz. company accounting. sangat la best chapter tu. tapi soalan macam biasa la. saje je nak trick student kan. ketuk kepala baru tahu. haha. saya main hentam je jawab. biasa la. saya tak tipu yang saya langsung tak study CA. saya just buat revision dengan madam pagi tadi and masa buat soalan tutor tadi. plus, saya tengok past sem punya quiz. thanks syue. my lovely and adorable roomate. walaupun dia dah tak jadi roomate saya, saya tetap consider dia as my roomate. by the way, dia girl friend saya. opss. jangan pulak ingat saya ni lesbian. dia sanagt baik. selalu tolng saya. in any situations. love her so much.


ok dah tak nak cakap pasal semua tu. sebab macam teruk je ape yang saya jawab. haha. sekarang ni sedang focus untuk assignment. sangat banyak okay. tak terkira. due date semuanya dekat. aish. rasa nak lari je. 1 hape pun tak start lagi. dengan presentation lagi. oh. by the way, final exam saya dah nak dekat. tapi subjek tak habis cover lagi. tak tahu la ape nak jadi dengan saya. angan2 nak pergi jalan2 dengan bFFs tersayang. tapi macam tinggal harapan je. haha. tapi saya tetap akan pergi. sebab nak release tension la katakan. nak pergi broga hill kot. orang cakap kat situ best. photo shoot ke. mesti menarik if ade slr. haha.


one more thing ialah, maher zain nak datang malaysia. more specific, die nak datang uia gombak. ye. haha. tapi saya tak dapat ticket. sebab saya ingat nak pergi yang full song kat shah alam. tapi ni pun harapan tinggal harapan. abang saya cakap dia nak dapatkan ticket untuk kitorang. tapi last minute dia cakap yang ticket dah sold out. concert tu dia buat 2 hari. 14 n 15. 2 2 pun sold out. maksudnya ramai sangat la orang yang minat dengan maher zain neh. aish. sape la baik hati yang nak jual ticket tu kat saya eh?? saya nak sangat pergi. tapi tak pe la. saya nak suruh maher zain datang lagi la lain kali. hehe.


ok lah. saya kena belajar. dah banyak rest ni. nak kena focus kat assignment yang banyak pulak. then fikir pasal final. huhu.


nanti saya bercerita lagi ye.

love you all!!