jum jadi kawan,,,

Sunday, April 24, 2011

;itu aku;

assalamualaikum semua...

ingat nak update blog ni semalam. sekali, malas la pulak. asyik sangat layan k-pop plus duk usha blog orang. hehe. makanya aku terpaksa la update blog hari ni. today aku tak kemas bilik lagi. semalam penat kot mengemas bilik besar tu. tak siap2 jugak. semalam je aku kemas barang2 yang aku bawak balik dari uia. banyak kot. baru la aku realised yang barang aku sangat banyak okay. tak campur lagi dengan barang yang sedia ada dalam rumah ni. rasa nak buang je barang2 yang banyak tu. aish.

dalam duk kemas2 tu, aku pun kira la berapa tudung and shawl aku ade. ok, tudung dalam lebih kurang 30 helai. shawl pulak lebih kurang 50 helai. tudung express 5 helai je. and yang aku selalu pakai just 2 helai yang plain punya. then inner pulak lebih kurang 20 helai. mak aih.. gila banyak kot. tapi kenapa la aku rasa macam tak de tudung and shawl yang aku nak pakai. pelik jugak. sampai aku beli shawl baru dengan my cousin. meh sini aku nak promote blog die. cousin aku ni jual shawl import ok. material die sangat best. and seriously tak kan jumpa kat mana2 blogshop. kalau jumpa pun, selepas cousin aku ni dah habis jual die punya shawl. it means, cousin aku la yang jumpa dulu shawl2 ni. haha. aku suka je beli ngan die. sebab tak nak sama ngan orang lain. haha. nak usha blogshop die? sila usha ye...

alamak, camera plak pesa pinjam. saje la tu nak test camera aku. haha. jahat. dia pinjam kejap. katanya lens rosak. ganas betul. ape motif aku cakap pasal camera? yela, tak leh la aku nak snap gambar nak kasi tunjuk kat korang. nak menunjuk la tu. haha. a'ah. tak baik menunjuk. ok, bagus gak tak de camera ni. pulak. mengarut la kau ni ira. 

pas penat kemas bilik, aku turun bawah tolong mak aku buat puding cocktail. senang, mudah, simple. puding ni tak yah guna agar2. just guna tepung castard je. nak recipe? ok. aku bagi. kotang jangan lupa try kat rumah plak. gerenti sedap. tu pun kalau korang pandai buat la. haha.

1/2 packet tepung castard (tak kesah brand ape pun)
1 tin susu cair
1 liter air (boleh ikut kesesuain actually)
sedikit susu pekat (just untuk bg rs mnis)
sedikit gula
cocktail dalam tin

  1.  tuangkan susu cair bersama tepung castard yang telah di cairkan terlebih dulu menggunakan air biasa ke dalam periuk. masukkan air 1 liter. kemudian tambahkan sedikit susu pekat and gula.
  2. kacau sehingga die betul2 masak and mendidih.
  3. letak kan bahan2 yang telah di masak tadi ke dalam bekas acuan kecik2 (nak bagi senang makan)
  4. tunggu sehingga sejuk sikit. then baru la letak cocktail tadi sikit2. ltak sekali dengan airnya
  5. simpan dalam peti ais. then boleh makan bila dah sejuk.
selamat mencuba ye kawan2.
sorry jugak sebab tak dapat nak snap picture. camera fon tak canggih sangat. huhu. ok la. nak kena tolong my mom masak. today punya lunch ialah laksa. request by my lil bro. nanti update lagi. hehe. thanks for reading this blog.

i love you all kawan!!

4 comments:

  1. haha. tlg jgn ckp pape B.. jgn mrah jugak... haha..

    ReplyDelete
  2. haha! bnyak gila tudung ko. tapi pompuan mmg camtu. nak buat puding gak! hihi.

    ReplyDelete
  3. tu la. nk let go sparuh yang dh tak guna.. cuba la puding tu. if mnjadi let me noe. hehe...

    ReplyDelete

ha.. sila tinggalkan komen anda.