jum jadi kawan,,,

Sunday, December 1, 2013

;comeback??;

assalamualaikum and salam sejahtera...

sangat lama saya menyepi. yes. i thought nak stop blogging. tapi by blogging saya dapat banyak benefit jugak (nasihat, pandangan, mengembangkan bisnes, ramai kenalan, etc). so, continue jela dengan apa yang ada. semoga lebih bermanfaat.

sikit update pasal diri ini. sekarang dah start kerja kat audit firm as a junior auditor. walaupun bukan la seperti apa yang diimpikan sebelum ni (as i wish to become a lecturer or further my study in masters), tapi saya sentiasa bersyukur dengan rezeki ini. mungkin ada rezeki saya untuk sambung belajar ke peringkat tertinggi suatu masa nanti. in shaa Allah.

in shaa Allah akan update sesuatu yang boleh bagi benefit kat semua orang bila berkelapangan..

thanks for reading my blog :)

Thursday, July 4, 2013

;short update;

assalamualaikum and salam sejahtera...

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, aku masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini :)

untuk pengetahuan anda semua, (yang mana kesah) aku dah berjaya menjadi seorang penganggur. Alhamdulillah. tamat la segala penat lelah, usaha selama enam tahun di UIA. enam tahun okay. bukan la 1 tempoh masa yang singkat. tapi, zaman sekarang ni masa pantas sungguh berlalu. pecam celik dah enam tahun. Alhamdulillah. majlis convocation pun bakal berlangsung at the end of October 2013. in shaa Allah :)

disebabkan banyak masa terluang, (banyak la sangat) sempat la aku nak bercerita dengan korang. actually rindu gila nak menaip. tapi tula. masa tu cemburu sangat ngan aku. asal ade idea, tak sempat pulak nak membebel panjang. asal ade masa, tak tahu pulak ape nak merapu.

okay la ye. aku just nak bagitau yang tu je. nanti aku nak share something yang best ngan korang. project raya :)

thanks for reading my blog. i love you
xoxo

Saturday, March 23, 2013

;assignmentsssssss;

assalamualaikum wbt and salam sejahtera...

saya zahirah dahria melaporkan dari library, UIA. yes. masih di uia menyiapkan assignment IB. assignment yang menguji kesabaran dan kreativiti. yes. dua dua pun saya kurang. kecewa? sangat kecewa. bila tah nak jadi creative and sabar ni. sabar macam papa and creative macam mana mungkin. kenapa saya tak mewarisi dua benda tu dari mereka?

tapi bukan la nak cakap pasal benda tu semata mata. hehe. saya suka buat assignment IB ni walaupun saya tak contribute sangat pun since saya sangat la noob dalam semua ni. oh pesa, help me :)

actually mid break dah bermula today. tapi if saya tak de nak buat assignment pun, saya still kat KL since esok baru balik teratak musafir. in shaa Allah. sepatutnya balik hari ni. tapi something happened. tak kesah la janji dapat balik jumpa mama and papa. oh miss them damn much.

ok la saya mahu kembali ke dunia nyata di mana ada saya, kawan kawan, laptop dan assignment.

thanks for reading. i love all of you


Thursday, March 7, 2013

;mereka;

assalamualaikum and salam sejahtera...

*fuhfuh* tiup blog sebab dah berhabuk sangat. kesian. sangat lama diabaikan. tiba tiba ade benda yang nak di share. terus pantas and laju menaip :)

ceritanya dah lama. tapi baru sekarang ade mood nak taip. biasa la perempuan. mood tak menentu. sekejap ok. kejap lagi die stress. esok dia nangis. dah macam orang tak betul. tapi tula perempua.

eh, ekceli aku bukan nak cerita pasal mood perempuan. aku nak cerita pasal mereka. ya MEREKA. ini bukan la mereka cipta or rekaan semata mata. mereka ini adalah kata ganti nama untuk orang ramai di sana. eh betul ke?? haha

jum layan gambar yang tak seberapa dulu la eh?

*reunion KOSPINT 2013*

*reunion KOSPINT 2013*

*bukit cerakah 2013*

*bukit cerakah 2013*

*reunion KOSPINT 2013*

*rasta TTDI 2013*

inilah MEREKA yang aku duk cakap tu. mereka yang aku rapat. dengan mereka aku boleh jadi diri sendiri. jadi diri aku yang sebenar. yang tak yah nak control control. bukan la aku ni jenis yang control ayu. tapi kalau dengan mereka aku jadi lain. tak de la sampai bertukar jadi power rangers ke ape. tu dah melampau. haha..

gambar reunion kospint tu time CNY 2013. mereka adalah best friend aku since secondary school. kitorang start rapat since form 2. kawan sampai jadi best friend. semua benda share. tahun ni 1st time kitorang dapat berkumpul berlima. kalau tak, mesti ade yang kurang. 1st time berkumpul sebagai orang dewasa. kecuali aku la. diorang semua dah bekerja.

yang gambar ramai lelaki tu adalah gambar member sekolah rendah. yes. we all still rapat sampai sekarang. ade je benda yang akan merapatkan kitorang. orang kata lelaki dah kurang kat dunia ni. tapi kalau kami buat gathering, confirm lelaki akan ramai. tapi seronok la sebab diorang pun gila gila sporting jugak.

aku rasa tu je kot yang aku nak share. saje nak bagi ceria balik blog ni. *ceria la sangat.padahal tak de orang peduli pun.padan muka*

thanks for reading this blog. i love you :)

Monday, December 31, 2012

;2012;

Assalamualaikum and salam sejahtera....

pejam celik pejam celik, 2012 bakal melabuhkan tirainya. sedih? happy? harus lah macam macam perasaan ade kan. tapi hidup haruslah diteruskan. banyak sangat kenangan untuk dikenang. peristiwa sedih juga tidak ketinggalan mengambil tempat dalam 2012.

2012 banyak mengajar diri ini tentang erti kehidupan yang sebenar. bukan la tahun tahun before ni tak de pengalaman hidup. tapi maybe sebab dah besar kan. haha. 2012 banyak mengubah kehidupan saya. 2012 juga menjadi titik permulaan untuk saya berubah. semoga perubahan yang dibuat ini akan terus istiqamah in shaa Allah.

2012 banyak mengajar saya erti kesabaran. erti sebuah persahabatan. erti kasih sayang sesama manusia. erti menghormati hak orang lain. erti menerima dan memberi. banyak sangat memberi erti kepada diri ini sampai tak larat nak list. haha.

semoga 2013 membawa lebih kebaikan dalam hidup ini. semoga Allah permudahkan jalan hidup saya. semoga saya dapat menghabiskan degree ini. semoga saya sentiasa di jalan yang benar. semoga saya bertemu bahagia dengan insan yang betul. semoga Allah memakbulkan segala doa dan impian saya. in shaa Allah :)

semoga Allah juga merahmati hidup kalian yang tidak jemu meminta dariNya.

p/s : ini adalah post terakhir untuk tahun 2012 :)

Monday, November 12, 2012

;long break;

Assalamualaikum and salam sejahtera...

today sangat la malas nak bangun awal pagi since tak de nak buat ape. boleh eh macam tu? haha. dah la semalam tidur awal and tak buat pape jugak. most of today punya class dah di cancel kan oleh lecturer awal awal. katanya nak bagi peluang kat student cuti. padahal diorang yang nak pergi holiday. so here another long break for me after last mid break *senyum sampai telinga*

class for today ade 2 je. paling malas nak tunggu sebab start at 3.30 and 6. tapi yang best nya, aku pergi 1 class je sebab my sis and brother in law dah tunggu aku habis class kul 5 nak cabut ke jB. yeay. dah lama tak pergi jB since my last visit yang aku sendiri pun tak ingat dah bila. haha.

aku saja la ikut diorang balik jB. nak bejalan jalan. since abang ipar aku orang sana, so boleh la aku merasa. padahal ade je abang sendiri, sepupu sepapat, pakcik makcik stay kat jB. tapi selalunya memang susah nak sampai. bila dah ada peluang ni, aku pun apa lagi, terus la pack barang barang *padahal tak packing pape pun lagi*

oh tiba tiba teringat assignment yang membukit tu. 1 hape pun tak sentuh lagi. hopefully before balik bercuti ni dapat discuss sikit dengan groupmate. insha Allah.

ok la. harus mengundur diri since dah tengahari. thanks for reading this entry. i love all of you.

p/s:happy deepavali dan salam ma'al hijrah :)

Sunday, November 11, 2012

;research;

Assalamualaikum and salam sejahtera semua :)

hari ni gigih bangun awal sebab nak laundry je pong. haha. tapi biasanya kalau cuti memang senang sangat nak bangun awal. mata ni cam tak nak tidur lepas subuh. kalau la hari sekolah, sangat la liat nak bangun. menyampah sungguh. tapi tak pe la. orang cakap bangun awal pagi ni murah rezeki :)

Alhamdulillah today still di beri peluang untuk bernafas. merubah diri menjadi lebih baik insha Allah :)

today aku just nak share 1 cerita yang aku rasa sangat seronok *bagi aku seronok la. and aku guess perempuan kat luar sana pun mesti seronok jugak* :)

memandangkan aku ni dah tua and dah nak grad pun(insha Allah tahun depan) makanya graduation dinner pun harus lah dah dekat kan. aku ni mula la gigih duk cari dress yang sesuai. oh theme nya adalah glamourous and elegance. aku rasa agak susah jugak la sampaikan kedai pengantin pun aku masuk. time masuk kedai pengantin tu confirm la aku tak fikir dah pasal dress dinner. of course la berangan nak kawen kan. haha

dress pengantin sekarang semuanya lawa lawa bagi aku. lagi lagi kalau lelaki yang design and jahitkan. seriously puas hati. sampaikan aku rasa even harga die sangat mahal, aku rasa sangat berbaloi. eh, yang aku excited sagat ni kenapa? dah lari topic dah ni :)

rasa excited membuatkan adrenalin aku pantas bergerak makanya semua benda termasuk otak and anggota badan yang lain mula bertindak memikirkan pasal dinner tu. aku ingat nak pakai dress kawen kakak aku je. kaler peach. tapi bila fikir balik, dress kakak aku tu sangat awesome. macam over lak kan. haha. so aku pun gigih la fikir design and kaler and kain.

so, last friday aku ni gigih la bejalan kat jalan tar. dengan room mate yang jugak semangat tahap tak ingat. tapi kain die lawa. tu je yang aku boleh puji. haha. after beli kain tu, terus la semangat hantar tailor. oh my tailor juga sangat awesome. sorry la aku tak nak promote aunty tu since die dah banyak sangat tempahan and aku takut nanti die tak sempat nak siapkan aku punya *sangat selfish :)*

so sekarang ni aku sangat la tak sabar nak tunggu dress tu siap. hopefully seperti apa yang aku mintak la.

semalam, aku ni ade la belek blog dena bahrin. aku duk tengok outfit die. sangat awesome. actually dari dulu lagi aku suka pakaian die. just aku tak buat research mana die beli tempah semua tu kan. tapi post terbaru die buat aku rasa dup dap dup dap nak tahu. so laju laju je aku godek web cala qisya. bila dah tengok tu, rasa nak beli semua. haha. tak de la semua. tapi most of the item. die punya colour sangat menarik minat.

korang kalau rasa nak cuci mata ke ape, boleh la terjah website die. tak pun terus serang kedai die kat shah alam.

aku rasa cukup la dulu eh untuk hari ni. thanks for reading this entry my beloved readers :)