jum jadi kawan,,,

Showing posts with label dia. Show all posts
Showing posts with label dia. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

;student's life;

assalamualaikum and hai...

ni seriously lama gila tak menulis. rindu nak bercerita. tapi setiap kali nak menulis mesti terbantut ngan aktiviti lain. sem ni aku sangat la busy. asal weekend je aku kat padang. al maklum la aku join society. then society aku tu buat program lak. and yes. aku adalah orang penting gak. tapi haruslah dirahsiakan atas2 sebab keselamatan diri ini. ngeh3..

now dah nak masuk week 5 aku kat uia. kejap je masa berlalu. ni dah masuk bulan 10 pun. pastu 11. tup tup dah nak raya. sooooo many things happened last 4 weeks. and kebanyakannya pasal ESGAME. apa tu? oh actually ESGAME to stand for Economics Sports Game. just tuk students econs je. tapi ade je kuliyyah lain yang join since tak cukup participant for certain game such as netball and futsal female. tapi tapi.. kitorang committee pun terpaksa turun padang gak tuk main futsal. sebabnya tak cukup team okay. sangat la penat. tak de stamina at all. asyik pancit je. mula2 jadi striker. then tukar jadi keeper. boleh rehat2. haha.

next, aku sempat la jugak pegi warehouse clearance padini. sangat la sesak. ramai orang. sampaikan aku rasa nak pengsan. all items rm5. sape tak gila kan. aku sendiri pun sambar sampai 3 kasut, 1 bag and 1 baju. barang2 semua for sure la dah buruk kan. tapi haruslah pandai memilih. hehe. puas hati jugak la dapat serang tu. walaupun rasa nak pengsan sebab tak makan. huhu

last month jugak, which is the end of  moth, my roommate's birthday. die adalah SYUE. aku kan teringin sangat nak makan cake. actually aku nak makan chocolate moist. since die tak makan chocolate sangat, and aku takut tak sempat nak habis if aku beli choc moist, aku pun tukar la beli cheese choc. sedap jugak la. and share ngan the whole roommates. alhamdulillah laris jualan aku. hehe. and aku tak wish pun birthday die through fon. die cakap tak yah wish since kitorang sebilik. tapi, aku nak gak wish kat sini
"SYUE, HAPPY BIRTHDAY!! THANKS FOR BEING SUCH A WONDERFUL FRIEND TO ME. I LOVE U. BEST FRIEND FOREVER".
memang la tak sweet kot ayat aku. tapi at least aku try kan? haha. apa yang kau merepek ni manusia???

last month gak aku pulun habis2 kuar dating with my piji. even aku and die busy gila, kitorang still gak curi masa tuk kuar dating. every week je mesti jumpa. gila gediks kan. sebabnya.... die nak fly ke OZ. and now dah kat sana for a month. katanya ingin mencapai hasrat berlumba haram yang tak mampu dia lakukan di malaysia. oppssii... mintak jauh la semua tu. die bukan la mat rempit okei. die ade race. pasal kereta solar. katanya orang penting. haruslah pergi awal. so, on 4th October die pergi meninggalkan aku. bukan la pergi tuk selama-lamanya. aish. mintak jauh gak. walaupun hanya sebulan, aku tetap sedih kot. yela, aku tak pernah berpisah tanpa texting. seriously. die text ak sekali je sehari. more worst tak text langsung. sob sob. pity me. for those yang nak kate aku gediks tu, kata la. sebab sebulan kan. tapi aku yang rasa hokei. at least sekarang ni aku dah belajar la terima keadaan tu. bagus gak aku ni. haha. perasan!

ok la. aku dah penat nak menulis. ingatkan nak gak la tempek gambar2 kat sini. tapi menulis tak hengat dunia. macam karangan spm. so, next entry la aku taruk gambar. insyaAllah.

thanks for read this entry and this blog. i love you all so much!!


Tuesday, February 15, 2011

::.15022011.::

assalamualaikum.....

today sangat la penat. actually dah penat since yesterday. tidur pun tak berapa nak cukup. semalam dah penat sebab asyik melepak kat bilik dari pagi till petang. al sebabnya class tak de. ingatkan petang ade la kelas. saya dengan perasaan serba salah siap2 ke kelas. tunggu la text message dari senior takut2 cakap class cancel ke hape. tak de pulak dapat. berlari berkejaran la saya ke class yang sangat 'jauh' dibawah terik matahari yang sangat panas okay. sesampai je kat class, time tu dengan kak balqis, my classmate.

"wah, kite orang 1st la sampai kak"
dengan bangganya saya menyuarakan perasaan saya. then lama punya fikir, saya tergerak nak text senior saya.
"sorry, akak lupa nak gi tau class cancel"
yeay! class petang tu pun cancel. buat penat je saya bersiap then berlari ke class. lari la sangat kan. haha. membazir sepasang baju yesterday. oh, saya ni jenis yang tak suka ulang pakai baju. if baru pakai sekejap pun saya tak akan pakai dah next day. contohnya cam baju semalam. saya takkan pakai dah on thursday ke. sebabnya saya memang tak suka. dah berpeluh semuanya. walaupun tak banyak. maybe sebab saya rajin basuh kain kot. haha.

semalam memang bahagia tak de class. tapi tak buat pape pun kat bilik. asyik duk layan FB je. that's why la saya dapat update blog yang dah bersawang ni. hehe. tapi petang semalam jugak saya di kejutkan dengan berita kematian nenek sedara saya which is my grandmother's sister. kitorang tak de la rapat sangat. tapi, boleh la. die pun baik sangat, lemah lembut. masa chinese new year hari tu, saya sempat la melawat die kat rumah. time tu pun die dah sakit teruk gak la. tak leh nak bukak mata pun. just terbaring atas tilam. sedih la tengok keadaan dia. ingatkan semalam dah kena balik kelantan. tapi mayat di kebumikan awal. so, tak worth it nak balik sebab sok dah kerja balik. saya pun ade class. sekarang pun saya rasa kepala macam dah ting tong ni. pening. tak belajar pun lagi untuk last paper midterm which is on thursday. hehe. teruk betul la. dah la banyak benda nak kena baca.

today pulak tak de buat pape. just had discussion with groupmate BM. nak kena submit draft on thursday. tapi tak siap lagi. tinggal nak type je. today stay dengan family je. pergi IJN. melawat abang sepupu. disyaki barah paru2. tapi level 1 baru. hopefully tak la.

oh, hari sabtu saya lupa nak cakap yang saya lepak dengan girlfriends dekat wangsa walk and tutti frutti. after habis exam law je kitorang terus keluar sebabnya most of us ade kerja sebelah petang. me too! saya semestinya kuar jumpa encik hafizi. sebabnya time birthday die saya tak dapat nak celebrate. die ade exam okay. jangan nak salahkan saya pulak. saya sangat la sedih sebab this year adalah 1st time saya dekat dengan die. before ni sangat jauh. huhu. tapi still tak dapat nak celebrate jugak kan. aish. jumpa pun tak lama jugak. kejap2 je. biasa la. saya okay je. harap2 dia jugak akan okay dengan cara kitorang yang sangat jarang jumpa even dah dekat. maybe dah biasa jauh dulu2 kot. hehe.

okay la. dah sangat penat ni. rasa macam nak tido je kejap lepas maghrib. then baru bangun buat kerja. hehe. teruk betul perangai saya.

ok la. i got to go. i'll love you always.
i love you all!!