jum jadi kawan,,,

Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Sunday, November 11, 2012

;research;

Assalamualaikum and salam sejahtera semua :)

hari ni gigih bangun awal sebab nak laundry je pong. haha. tapi biasanya kalau cuti memang senang sangat nak bangun awal. mata ni cam tak nak tidur lepas subuh. kalau la hari sekolah, sangat la liat nak bangun. menyampah sungguh. tapi tak pe la. orang cakap bangun awal pagi ni murah rezeki :)

Alhamdulillah today still di beri peluang untuk bernafas. merubah diri menjadi lebih baik insha Allah :)

today aku just nak share 1 cerita yang aku rasa sangat seronok *bagi aku seronok la. and aku guess perempuan kat luar sana pun mesti seronok jugak* :)

memandangkan aku ni dah tua and dah nak grad pun(insha Allah tahun depan) makanya graduation dinner pun harus lah dah dekat kan. aku ni mula la gigih duk cari dress yang sesuai. oh theme nya adalah glamourous and elegance. aku rasa agak susah jugak la sampaikan kedai pengantin pun aku masuk. time masuk kedai pengantin tu confirm la aku tak fikir dah pasal dress dinner. of course la berangan nak kawen kan. haha

dress pengantin sekarang semuanya lawa lawa bagi aku. lagi lagi kalau lelaki yang design and jahitkan. seriously puas hati. sampaikan aku rasa even harga die sangat mahal, aku rasa sangat berbaloi. eh, yang aku excited sagat ni kenapa? dah lari topic dah ni :)

rasa excited membuatkan adrenalin aku pantas bergerak makanya semua benda termasuk otak and anggota badan yang lain mula bertindak memikirkan pasal dinner tu. aku ingat nak pakai dress kawen kakak aku je. kaler peach. tapi bila fikir balik, dress kakak aku tu sangat awesome. macam over lak kan. haha. so aku pun gigih la fikir design and kaler and kain.

so, last friday aku ni gigih la bejalan kat jalan tar. dengan room mate yang jugak semangat tahap tak ingat. tapi kain die lawa. tu je yang aku boleh puji. haha. after beli kain tu, terus la semangat hantar tailor. oh my tailor juga sangat awesome. sorry la aku tak nak promote aunty tu since die dah banyak sangat tempahan and aku takut nanti die tak sempat nak siapkan aku punya *sangat selfish :)*

so sekarang ni aku sangat la tak sabar nak tunggu dress tu siap. hopefully seperti apa yang aku mintak la.

semalam, aku ni ade la belek blog dena bahrin. aku duk tengok outfit die. sangat awesome. actually dari dulu lagi aku suka pakaian die. just aku tak buat research mana die beli tempah semua tu kan. tapi post terbaru die buat aku rasa dup dap dup dap nak tahu. so laju laju je aku godek web cala qisya. bila dah tengok tu, rasa nak beli semua. haha. tak de la semua. tapi most of the item. die punya colour sangat menarik minat.

korang kalau rasa nak cuci mata ke ape, boleh la terjah website die. tak pun terus serang kedai die kat shah alam.

aku rasa cukup la dulu eh untuk hari ni. thanks for reading this entry my beloved readers :)

Thursday, November 1, 2012

;kembali aktif?;

Assalamualaikum and salam sejahtera....

tiba tiba aku jadi rajin pulak nak update even tak de pape pun yang nak di share dengan semua. kadang kadang seronok bila dapat merepek kat blog. blog aku suka hati aku la. sape nak baca sila la baca. sape tak suka sila angkat kaki :)

stress ke aku ni bila dah selalu update blog? tak de la. aku nak menambahkan post yang tak berapa nak banyak kat blog aku ni. aku noticed yang tahun ni aku menghasilkan beberapa kerat post je. tu pun yang tak menarik. haha.

actually aku malas nak baca buku. just tunggu masa nak pergi class 1130. sementara tu boleh la aku ambik sedikit masa tuk merepek kat sini. esok aku ade another midterm. petang. subject business. baca sikit je. tapi aku main banyak la. hehe. bukan tak minat. seronok je baca buku. tapi tah la. mood kot yang tak betul. so, minat je tak mampu nak membantu.

aku tak sabar nak menghabiskan duit untuk hilangkan rasa ketidakselesaan hati dan perasaan ni. tapi fundnya belum diminta lagi. aku aim dua benda je sekarang ni. kasut and dress cotton. dress cotton susah nak cari and kalau dah berminat sangat tu mesti la sangat mahal ok. so aku fikir yang aku nak design dress sendiri and then mintak tailor aku yang jahitkan. almaklum la aku ni belajar menjahit tak habis lagi. semangat tu ade. tapi masa tu yang jeles sangat dengan aku. haha. alasan.

ok la. aku dah tak de masa nak merepek. nak siap siap ke class. nanti dalam class kena focus and tak boleh berangan. kalau tak pandai, aku jugak yang susah kan? hehe

thanks for reading my blog. i love you all..

Thursday, April 14, 2011

;bad habit;

assalamualaikum to all readers yang di sayangi...

dah banyak hari gak aku tak bercerita kat sini eh. busy melayan muvie. apa lagi, korea la. haha. dah khatam semua on Tuesday. pastu semalam baru start packing barang yang banyak. aku dah nervous macam mana aku nak angkut all those barang2 masuk rumah abang aku. oh, btw, esok papa datang ambik aku. sebabnya aku  minta papa datang ambik sebab barang aku banyak sangat. biasanya aku balik naik bus je. and aku pernah balik naik plane sebab tak de barang langsung nak bawak balik. amazing betul aku. this time, banyak gila barang sampai aku tak sanggup nak naik bus. so, mintak papa la yang datang ambik. hehe. i love you papa.

actually, banyak benda aku nak share since last entry. tapi, seperti tittle di atas, aku just nak cakap pasal bad habit aku. ni bukan la yang teruk sangat okay. ni biasa2 je sebenarnya. tapi aku rasa bad habit la. memang tak boleh nak control dah ni. bad habit aku yang paling teruk ialah suka shopping. aku rasa sangat risau dengan sikap aku yang pelik ni. even tak de duit, still jugak nak shopping. aish. bahaya ni. 

semalam, aku ikut aku punya sis in law pegi pasar malam UIA. oh, for your information, anak buah aku, si abang tu, suka sangat dengan pasar malam UIA. sampai dia memang ingat la hari apa pasar malam tu. haha. ok, dah bukan nak cerita pasal abang. back to cerita dia. segala makanan di tanggung oleh my sis in law. aku suka la kan. jimat duit. pastu, aku nampak 1 stall pakcik ni jual shawl. aku ni kan memang hantu shawl. tak leh tengok shawl cantik langsung. mesti nak beli. then, aku sambar la 2 helai. mak aih. tamaknya kau ira. memang. aku dah lama kot nak bli shawl macam tu. tambah plak my sis in law cakap beli la. aku pun apa lagi, terus sambar 2. haha.

 oh, dari mana datangnya duit extra itu? before ni, aku mintak ngan papa duit nak beli dress. 1 untuk aku, then lagi 1 untuk juhe. baik kan aku? aku memang akan ingat akak aku yang sorang ni kalau nak beli apa2 barang perempuan. maybe sebab dia kakak atas aku kot. hehe. tapi, aku tak jadi pulak beli dress tu sebab dress aku punya tak de. dah sold out. kuasa 2 baik kan aku ni? sanggup tak beli sekali. hehe. so, duit tu aku ingat nak bagi balik kat papa esok. aku akan bagi balik. tapi balance yang tinggal dengan aku jela. sebanyak rm50. setelah pagi tadi aku rasa nak beli shawl lagi kat FB. uwaaaa. teruknya perangai aku ni. kalau my sis baca ni, memang aku tak tahu nak cakap ape. tapi, aku belikan die inner. hehe. mesti dia suka. haha. jahat la aku ni..

oh. tu jela dulu cerita untuk today. nanti esok sambung lagi kalau rajin. hehe. hari sabtu dah nak balik jerteh. nanti update cerita kat teratak muasafir jela.

oh, one more thing akan ada benda baru dekat kedai akak aku. tapi still dalam proses. esok la upload kalau rajin. sila jenguk di sini ye http://strawberrycokelatlover.blogspot.com/

ok, i love you all guys!

Wednesday, April 6, 2011

;shopping;

assalamualaikum to all readers yang di sayangi.

yeay, update lagi!! haha. gila banyak masa kau ira. padahal baca buku tak habis lagi. bermalas-malasan ketika study. so, macam ni la jadinya. duk kejap online. pastu baca buku 5 minit, tidur. aish. apa nak jadi la. sekarang sempat lagi update blog. masalah problem ni. ok, seperti tajuk di atas, aku nak share something la ngan korang. tabiat perempuan yang suka sangat membeli. tak kira la beli brooch kecik pun. janji nak beli. padahal benda tu dah banyak kot. kadang2 tak terpakai pun. tapi nak jugak beli. aku tak salahkan korang. sebab aku pun macam tu okay. haha.

sekarang ni aku sangat stress. and aku nak sangat shopping. tapi memang harapan la dengan tak de masanya. duit pun tak de. income tak masyuk. nak pow sape pun dah tak tahu. nak pow akak aku? aku takut dia lak yang pow aku. haha. di sebabkan tak de masa and tak de duit nak gi shopping, aku pun usha la kedai2 yang banyak kuar kat facebook aku. then, rasa macam nak beli pulak walaupun tak de duit. haha. ni la bahayanya jadi aku. banyak sangat benda yang aku nak. en bf pun kesian gak. kena layan kerenah aku yang macam2 ni. ok cukup la. nak share gambar pulak. merapu panjang pun tak de gunanya jugak.

mula2 nak beli kaler ni. sebabnya my friend nak kawen. theme dia turqoise. tapi, my sis cakap kaler die tak sama pun. so, cancel la nak beli yang ni. then usha lagi.

pastu terjumpa la dress ni. suka kaler die. shantek. tapi pening pulak nak pilih design mana bila dah ade banyak choices ni.

i love grey. tapi, still ade banyak choices. tak tahu nak pilih yang mana jugak. tolong. jangan sampai aku beli semua design tapi same colour. aish.



then, aku nk beli cardigan ni. sangat suka sebab dia ade puffy tu. boleh menutup lengan yang besar. currently guna yang my sis. tapi kaler itam.

ok, now sampai la untuk make up lak. jangan ingat aku tak suka make up okay. sangat la suka. dah banyak collection. tapi tak pakai pun. haha. seriously membazir. nak beli brush yang banyak2 ni. tapi still tak tahu nak beli yang mana. ingat nak beli yang ade 5 benda je.




benda ni penting okay. sebabnya bulu mata aku tak lentik lah. tak macam bulu mata my niece and nephew. entah dari mana datangnya bulu mata yang melentik and panjang tuh. aish.

haha. yang ni penting if nak melaram lebih. biasanya benda ni aku beli kat luar je. tapi tak pernah pakai pun. x de masa kot. haha.

ni jugak penting untuk bulu anda ye. haha. aku jela. sebab case bulu mata tak panjang.


ok. last but not least, eyeshadow yang mengancam jiwa raga ni. comel je semuanya. seriously aku nak sangat. my sis dah beli yang kat atas. atas tu cuma ade 88 kaler. yang bawah 96. aku rasa nak beli yang bawah ni. nak challenge my sis. haha

ok. tu jela for today. nak turun mendapatkan dinner and then sambung kehidupan sebagai seorang student yang masih lagi dalam minggu exam. 2 more papers to go. haha.

kalau korang nak cuci mata gak macam aku, boleh pergi kat links yang aku senaraikan kat bawah ni. kalau yang memang addicted, di nasihatkan jangan tengok. takut terpengaruh. then tak belajar. hehe.


ok. akan update lagi. thanks for reading this entry. i love you all!!