jum jadi kawan,,,

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Monday, November 12, 2012

;long break;

Assalamualaikum and salam sejahtera...

today sangat la malas nak bangun awal pagi since tak de nak buat ape. boleh eh macam tu? haha. dah la semalam tidur awal and tak buat pape jugak. most of today punya class dah di cancel kan oleh lecturer awal awal. katanya nak bagi peluang kat student cuti. padahal diorang yang nak pergi holiday. so here another long break for me after last mid break *senyum sampai telinga*

class for today ade 2 je. paling malas nak tunggu sebab start at 3.30 and 6. tapi yang best nya, aku pergi 1 class je sebab my sis and brother in law dah tunggu aku habis class kul 5 nak cabut ke jB. yeay. dah lama tak pergi jB since my last visit yang aku sendiri pun tak ingat dah bila. haha.

aku saja la ikut diorang balik jB. nak bejalan jalan. since abang ipar aku orang sana, so boleh la aku merasa. padahal ade je abang sendiri, sepupu sepapat, pakcik makcik stay kat jB. tapi selalunya memang susah nak sampai. bila dah ada peluang ni, aku pun apa lagi, terus la pack barang barang *padahal tak packing pape pun lagi*

oh tiba tiba teringat assignment yang membukit tu. 1 hape pun tak sentuh lagi. hopefully before balik bercuti ni dapat discuss sikit dengan groupmate. insha Allah.

ok la. harus mengundur diri since dah tengahari. thanks for reading this entry. i love all of you.

p/s:happy deepavali dan salam ma'al hijrah :)

Friday, July 1, 2011

;manjung and lumut with love finale;

assalamualaikum semua readers.....

finally, dah sampai episod last pun cerita aku yang tak best ni. hopefully korang bersabar la ye bila baca cerita aku ni. haih. aku punya belog. suka hati haku la nak cerita apa. haha...

oh. today dah 1 july. tak lama lagi dah nak raya. tahun ni raya mana entah. bestnya kalau leh raya kat ipoh. dah lama tak rasa suasana raya puasa kat sana. tibe2 rindu pulak. ni just selingan okay. haha.

ok la. last day kat manjung and lumut tak de pape sangat pun. pagi tu kitorang gi lepak kat pantai. tapi tak mandi pun sebab limited baju. lepak2 sambil makan pagi je. banyak gila abang askar beli kueh. pastu tak habis. haih.

pas boring kat pantai, kitorang gerak ke billion. saje cuci mata. tak de la nak beli barang sangat pun. then balik hotel tuk siap2 nak check out. seriously aku sedih bila dah nak balik. best kot stay kat sana. duk hotel. makan banyak. memang makan je keje nya. haha.

okay la. dah malas nak tulis. sebab sedih. tsk tsk tsk. poyo!!!

bukan ape. dah tak de idea. haha. ok la. ti aku story mory benda lain lak. bye. thanks for reading this entry. i love you all.

p/s : kali ni punya entry tak de gambar. dah penat nak tempek gambar kat sini. hehe.

Monday, February 14, 2011

;pabila rasa rajin;

assalamualaikum semua kawan2.....

seriously dah lama sangat tak update kat sini. sangat malas untuk berfikir and at the same time nak menulis. actually, banyak je cerita yang nak di share kan. tapi entah la. rasa malas sangat. padahal hari tu seminggu kat rumah. tak buat pape pun. asyik berjalan je kerjanya. hehe. sepatutnya time tu la saya harus update blog. sebabnya internet laju kan. hehe.

ok la. banyak benda happen. 1st, ni sambungan post saya yang lepas. saya dah dapat camera. of course d3100. tapi yang kit je. tak mapu nak beli yang mahal2. yang ape ntah abang saya and penjual tu cakap. i'm lucky sebab abang saya pandai cari camera yang murah harga dia. ni bukan sebab low quality eh. quality sama je. tapi abang saya dah biasa beli barang dengan lelaki tu. abang saya kan photographer. so, die tahu la pasal camera ni. hehe.

ok done with that. seminggu after that, saya and family buat family gathering kecil2an. ni just untuk adik beradik yang ade kat kL je. purpose? celebrate birthday abang saya yang 1st. kat kL ni saya ade abang 2 and sorang kakak. semuanya dah kawen. mereka datang dengan keluarga. kecuali kakak ipar saya, which is my 2nd brother punya wife tak balik kerja lagi time tu even though dah nak mid night. kitorang lepak kat Restoran Tok Sabak. makan sampai pecah perut. and lepak sampai panas punggung. hehe.

settle pasal tu. then saya busy pulak dengan quizzes and test before balik mid break. time tu seriously sangat la penat. saya memang kena buat plan yang sangat bagus untuk make sure yang saya cukup tidur. tu yang penting ye kawan2. hehe. tapi mata tak yah cakap la. memang lebam habis. hehe. dah macam panda bak kata encik boyfren. die memang. tak pernah nak puji saya. huhu. aish. nasib la saya dapat die.

oh, before that, saya lupa pulak nak cerita pasal saya and team sports hang out sama2. kitorang keluar lunch dekat 1 kedai ni. dekat sangat dengan wangsa walk. kedai makan ni sangat best okay. konsep die buffet. makan sesuka hati sampai pecah perut dengan hanya rm7. ye, saya tak menipu okay. seriously! saya and kawan2 makan sampai penat dah nak makan. yela. makan nasi kan. saya ni jenis yang tak makan banyak. makan sikit je dah kenyang. pastu lapar balik. hehe. tapi kitorang banyak makan lauk je rasanya. yang lelaki tu tak yah cakap la. memang makan banyak sangat2. haha. sorry guys. after lunch tu, kitorang jalan2 dalam wangsa walk. banyak plan nak buat. antaranya, nak main bowling, karaoke, and tengok movie. last2, kitorang just jalan2, snap some pictures, then balik. tapi, meliar ke giant jap. syue nak beli stock barang. saya driver yang baik hati. sol bawak la mereka2 yang dalam kesedihan ke giant. then balik la uia. sangat penat but sangat have fun!!

ok, the next day after hang out dengan mereka2 tu, saya keluar pulak la dengan syue, soo and encik boifren. matlamat utama ialah nak kena teman syue shopping. sebabnya, dulu saya dah janji nak shopping sekali dengan dia. dengan perasaan poyo nya saya telah berjanji untuk tidak membeli lagi. tapi macam bercakap dengan dinding je. pantang betul la tengok baju murah. saya pun ambik la 2 helai baju. 1 kemeja, i dress. yang dress tu saya telah mengepow encik boyfren sampai die buat muka time nak balik. haha. saya memang jahat wei. dah tahu laki tu tak de duit. ape la. ni saje je. nanti saya nak kena beli hadiah mahal sempena birthday dia. sebabnya die ni sangat la demand. nak pakai baju brand mahal2. sib baik susah nak beli baju sebab badan kecik sangat. aish. sabau jela wahai hati. syue beli barang sangat banyak. suka shopping dengan die sebab dia akan beli jugak something walaupun barang tu die tak sepatutnya beli. hehe.

next adalah mid break. saya kat rumah je. jadi driver danial, my the only brother. sebabnya saya je kat rumah bersama mama, papa and adik. tugas saya ialah, keluar hantar danial ke sekolah, beli lauk untuk di masak, memasak, kemas rumah and so on. tapi bertahan sekejap jela sebab kekanda dah mula pulang. hehe. so, saya dah jadi malas pulak. cuti chinese new year ni semua pulang kecuali my 1st sister, kak ti. die nak extend cuti time bulan 3. rugi tak menculik anak kecilnya. time ramai2 kat rumah, kanda juhe tak pulang lagi. student UUM dah cuti lain dari orang lain. tapi nasib baik dia dah nak masuk maktab balik. maknanya dia dah nak grad. aish. dah tua rupanya kakak saya tu. seronok dapat gather ramai2. rasa macam hari raya pulak time tu. hehe.

after habis mid break, saya kembali la ke UIA sebagai seorang full time student. dengan assignments, presentations, quizzes, and tests. tak lupa jugak yang part society. kita kena la berkembang sikit minda. and make friends. hehe. so far saya sangat happy sebab ade ramai kawan. sangat ramai okay. seronok ada mereka dalam hidup saya. dah rasa semuanya macam bestfriend. hehe.

ok la. saya nak buat kerja lain ni. banyak kerja tergendala time weekend. semuanya sebab test and replacement class. hehe. ok. saya akan update lagi pas ni.

i love u all!!

Wednesday, December 8, 2010

semester break

hai and assalamualaikum semua.

sedar tak sedar yang kita sekarang dah di bulan December. teringat pulak saya dengan lagu my December by LP. huhu. maksudnya dah lama la saya ber holiday. maksudnya juga, semester break akan berakhir tak lama lagi. dan maksudnya lagi, semester baru bakal muncul. okay. baik lah. dah kena masuk belajar balik. lepas ni mesti saya akan kembali busy with assignments, classes, quizzes and tests. adoi. sangat penat kepala saya bila terbayangkan all those things. rasa nak cuti lagi. cepat la habis belajar. rasa macam nak kerja je. nak rasa pegang duit sendiri. tapi, bila dah kerja, mesti lagi penat, lagi busy. okay lah. i love being a student. hehe.

oh, this coming Saturday, saya dah nak kena ke KL balik. padahal saya baru je sampai semalam. hehe. ni la akibatnya kalau tak bawak semua benda ke KL that day. mama pun dah marah2 kenapa balik rumah lambat sangat. saya dah nak balik awal. tapi tak de orang nak belikan saya ticket. so, stay la saya kat KL sampai habis semua duit belanja. hehe. sampai dah boring sangat2 kat KL. mana tak boringnya. hari2 asyik terperap kat rumah jela. tak buat pape. tengok TV, on9. hehe.

esok saya nak kena pre reg subjek. aish. tak tahu la dapat ke tak. semuanya senior nak ambik. tinggal la sikit untuk junior yang lambat macam saya ni. hopefully cukup la 18. tak pun 21. sebabnya saya dah terlambat kot. nak kena cover balik yang tertinggal tu. so, kena la rajin sikit and add banyak subjek. baru la habis sama dengan orang lain. insyaAllah. Ameen.

ok lah. saya akan update lagi next time. insyaAllah. wish me luck okay.

i love you all!!

Wednesday, December 1, 2010

holiday okay!!

hai and assalamualaikum to all readers yang sudi membaca ini blog yang tak berapa nak best sangat neh. hehe. dah lama saya menyepi. biasa la. citi2 ni saya berholiday la. ke sana, ke sini. after habis exam that day, saya dah balik jerteh. pastu, 24th of November hari tu saya datang kL balik dengan my sister in law. sebabnya, saya nak berholiday di pD. hehe. honestly, this is the first time saya ke pD. gila jakun weyh tengok pantai. hehe.

actually, ni bukanlah holiday family. saya saje join reunion my sister, juhe. haha. gila nak sebok. tapi kan, yang tak tahannya tu, my mama pun nak join sekali. haha. boleh pulak camtu. mesti dia boring stay kat rumah with papa jek. hari2 kot dia call. saya layankan aje la. hehe. on the way nak ke kL, my sis in law belikan banyak ikan. semuanya fresh. I LOVE FISH. so much okay!

hari khamis tu saya tak ke mana pun. just ikut my sis in law pergi service kereta. since it takes time untuk service 1 1 kereta, my sis in law hantar saya, juhe, adik and abang miqdad ke jusco Balakong. seriously lama gila my sis in law service kereta. orang ramai kot. penat kitorang jalan2 kat jusco tu. sempat gak saya beli baju. hehe. tapi saya tak sempat nak shopping kat orange sorbet. saya nak beli 1 baju ni. cantik nd murah okay. sekarang kan sale. hehe. after service kereta, kitorang lepak kat rumah my sister. dekat cheras gak. malam baru pulang ke rumah. balik je terus saya makan masakan yang dimasak oleh mak(my sis in law punya mak). woh, sedap okay! saya makan sangat banyak. hehe. yag tak leh blah lagi ialah, saya terus tido pas dinner. tapi, sempat la cuci pinggan mangkuk.

sok hari pulak, hari jumaat, saya ber hang out with syue and juhe. kitorang ke OU. saje jenjalan. syue nd juhe shopping sakan kot. saya? hehe. just cuci mata. tapi i bought a shawl. untuk di pakai time kat pD la. hehe. kitorang kena balik awal sebab malam tu kitorang nak kena patah balik ke gombak, then patah balik ke cheras. tido kat rumah my sis kat cheras, soknya senang terus gerak dari cheras je ke pD. tapi, before balik tu, sempat lagi kitorang ber karaoke kat mines. hehe. suara dah la sumbang mambang. seriously main hentam jek nyanyi. haha. balik rumah that night, kitorang makan best gak. sup daging. mantap lah. hehe. kul 11 gerak dari gombak ke cheras. then terus tido.

keesokan paginya(cheewah), kitrang ingat nak pergi MAHA dulu before gerak ke seremban. tapi, dah tak sempat kot. terus je ke seremban. sampai kat seremban, kitorang terpaksa tunggu kejap. then baru gerak ke pD. sampai jek, terus check in. best kot. bilik straight nampak pantai. apartment yang kitorang stay ni sangat la besar. murah pulak tu. after rest jap, kitorang lunch. then terus terjun ke dalam pantai. tapi, berenang macam itik daa. yela, air cetek je kot. pastu, kitorang terjun lak ke dalam swimming pool. malam tu tak buat pape pun. just bbq jek. dah la start lambat. kitorang habis lepak malam tu kul 3 pagi okay. tapi, sangat la enjoy. asyik gelak jek. hehe.

pagi sok tu, dah nak gerak balik ke destinasi masing2. kitorang balik ikut my brother in law. oh, before that, my bro in law pun ade kat pD. family day sapura. tapi die stay kat hotel mahal la. huhu. kitorang plan nak gi MAHA. tapi, bila dah half way, kitorang give up. hujan n banyak sangat orang. so, kitorang balik rumah my sis. sampai jek, saya terus tido. penat okay jadi co pilot neh. hehe. bangun2 je dah petang sangat2. malam tu dinner kat western cafe yang sangat best and superb tu. saya macam biasa la. makan lamb chop. hehe. saya nad adik stay kat rumah kak ti. juhe terpaksa balik ke gombak malam tu jugak sebab my sis in law nak guna kereta.

soknya, kitorang tak stop lagi. walaupun sangat penat, kitorang teruskan lagi holiday kitorang. hehe. this time kitorang ke sunway pyramid lak. main ice skating la katekan. tapi bukanlah pandai sangat nak main. orang ramai sangat. semuanya pandai and laju. saya sedikit takut di situ. so, saya pun slow2 jela. plus sangat penat kaki. apa punya bahasa pun saya tak tahu. hehe. petang baru kitorang pulang ke rumah. after that ke gombak rumah my brother sebab nak makan laksa. delicious. hehe. malam tu stay tido kat cheras lagi. dengan juhe skali. sebabnya kitorang ade palan lagi soknya. hehe.

bangun pagi2, siap2, breakfast and terus ke MAHA. akhirnya sampai gak saya kat MAHA neh. seronok okay. banyak gerai. penat kaki nak berjalan. tapi, half way, hujan turun dengan lebatnya. kitorang terpaksa beli payung untuk ke kereta. tapi sangat seronok ke MAHA. hehe. balik petang tu, siap2, ambik my sis kat office, then makan satay. tiba2 my bro in law nak ke rumah kakaknya. kat sana pun kitorang makan nasi lagi. haha. gila kenyang malam tu. balik rumah je terus tido. sangat penat okay. seharian keluar jalan2. mata pun sangat penat bila pakai lens. huhu.

berakhir lah holiday saya. tapi saya still kat kL. tak balik jerteh lagi. tak tahu bila mahu pulang. UIA bakal di buka 12hb. saya pulak tak sure nak balik ke tak. tapi barang2 banyak lagi tertinggal di jerteh. tapi, saya akan balik. hehe. dah kehabisan wang saya di sini.

ok lah kawan2. nanti saya update lagi. sudah penat berfikir and menaip. mahu masak nasi pulaks. lapar okay. hehe.

i love you all kawan2.