jum jadi kawan,,,

Showing posts with label busy. Show all posts
Showing posts with label busy. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

;semakin menyepi;

assalamualaikum and a very good morning i guess. since dah midnight kan, so kira pagi la :)

seriously lama gila tak update blog neh. dah usang kot. tak de masa sangat2 nak bercerita. dulu2 if stress je mesti nak menulis. now macam tak sempat je. stress tu selalu la. tapi nak menulis tu yang tak sempat. if stress aku lagi pilih tuk tidur. haha.

tapi tapi tapi... sekarang sangat la tak de masa nak tidur. since final exam lagi 4 weeks, aku dah kena start focus ngan study la semua. sekarang pun program society tak habis lagi. last month, 30th October baru je habis program besar kami which is ESGAME. sangat penat. and muka dah semakin gelap. tangan and kaki pun still berbalam. dah nak kena get ready ngan next program which is EMEX Games.

program tu next week. macam biasa lah bukak booth then ade mini games tuk attract orang datang kat booth kitorang. acara kemuncak nya ialah futsal. okay fine. futsal lagi kan. memang. kitorang pun dah boring. sctually nak buat bowling tournament. tapi madam tak approve proposal kitorang. so, futsal la. dapat sokongan kot. budak laki kat uia ni suka sangat bersukan. like like like :)

actually, EMEX ni combination of all societies kat Kuliyyah of Economics and Management Sciences. EMEX lak stand for Economics Management Societies Expo. kot. haha. so, BACC, BECS, BBA, EMSS buat program la. after dah habis semua ni, bakal ade dinner. tapi aku macam tak dapat nak join je. al maklum la nak balik. kawan time secondary school nak kawen hokei. sanggup tu aku balik :)

oh, today jugak, aku dah habis midterm for this semester. yes i know sangat lambat. tapi, entah la. haha. tak kesah. asalkan dah habis. lega la. Alhamdulillah. tapi resultnya sangat mendebarkan. since tak boleh jawab kan. haha. after habis midterm pun still banyak keje. nak kena siapkan financial report lagi yang due nya 25/11/2011. then nak kena siapkan assignment yang due lagi 3 minggu. then ade 1 more presentation to go next week. esok baru nak buat discussion since semua orang busy. sob sob.

lagi 1, aku dah dapat tempat for internship. Alhamdulillah. and aku buat kat kL je since susah nak dapat tempat kat area rumah aku. then, final exam timetable dah kuar. aku antara orang yang bukak dewan exam and tutup dewan. esok tu terus intern okay. tak tahu la macam mana. nak kemas2 lagi. nak settle2 lagi. then dah terus kena intern. tapi okay dari orang yang intern jauh di sabah sarawak and mana2 la yang jauh. dah la exam habis lewat petang. confirm tak sempat nak kejar flight. takkan nak naik bus. penat kot. kul 8.30 o 9 dah nak kena pegi keje. kesian...

eh, banyak lak aku membebel. okay la. nak tidur dah. mata sangat penat. dari awal pagi bangun tak tidur2. tak rehat langsung. sok nak photoshoot. mata haruslah cantik. sebabnya tak leh nak cover eyebag neh :(

goodnight semua. i love you all!!!

Sunday, October 9, 2011

;student's life;

assalamualaikum and hai...

ni seriously lama gila tak menulis. rindu nak bercerita. tapi setiap kali nak menulis mesti terbantut ngan aktiviti lain. sem ni aku sangat la busy. asal weekend je aku kat padang. al maklum la aku join society. then society aku tu buat program lak. and yes. aku adalah orang penting gak. tapi haruslah dirahsiakan atas2 sebab keselamatan diri ini. ngeh3..

now dah nak masuk week 5 aku kat uia. kejap je masa berlalu. ni dah masuk bulan 10 pun. pastu 11. tup tup dah nak raya. sooooo many things happened last 4 weeks. and kebanyakannya pasal ESGAME. apa tu? oh actually ESGAME to stand for Economics Sports Game. just tuk students econs je. tapi ade je kuliyyah lain yang join since tak cukup participant for certain game such as netball and futsal female. tapi tapi.. kitorang committee pun terpaksa turun padang gak tuk main futsal. sebabnya tak cukup team okay. sangat la penat. tak de stamina at all. asyik pancit je. mula2 jadi striker. then tukar jadi keeper. boleh rehat2. haha.

next, aku sempat la jugak pegi warehouse clearance padini. sangat la sesak. ramai orang. sampaikan aku rasa nak pengsan. all items rm5. sape tak gila kan. aku sendiri pun sambar sampai 3 kasut, 1 bag and 1 baju. barang2 semua for sure la dah buruk kan. tapi haruslah pandai memilih. hehe. puas hati jugak la dapat serang tu. walaupun rasa nak pengsan sebab tak makan. huhu

last month jugak, which is the end of  moth, my roommate's birthday. die adalah SYUE. aku kan teringin sangat nak makan cake. actually aku nak makan chocolate moist. since die tak makan chocolate sangat, and aku takut tak sempat nak habis if aku beli choc moist, aku pun tukar la beli cheese choc. sedap jugak la. and share ngan the whole roommates. alhamdulillah laris jualan aku. hehe. and aku tak wish pun birthday die through fon. die cakap tak yah wish since kitorang sebilik. tapi, aku nak gak wish kat sini
"SYUE, HAPPY BIRTHDAY!! THANKS FOR BEING SUCH A WONDERFUL FRIEND TO ME. I LOVE U. BEST FRIEND FOREVER".
memang la tak sweet kot ayat aku. tapi at least aku try kan? haha. apa yang kau merepek ni manusia???

last month gak aku pulun habis2 kuar dating with my piji. even aku and die busy gila, kitorang still gak curi masa tuk kuar dating. every week je mesti jumpa. gila gediks kan. sebabnya.... die nak fly ke OZ. and now dah kat sana for a month. katanya ingin mencapai hasrat berlumba haram yang tak mampu dia lakukan di malaysia. oppssii... mintak jauh la semua tu. die bukan la mat rempit okei. die ade race. pasal kereta solar. katanya orang penting. haruslah pergi awal. so, on 4th October die pergi meninggalkan aku. bukan la pergi tuk selama-lamanya. aish. mintak jauh gak. walaupun hanya sebulan, aku tetap sedih kot. yela, aku tak pernah berpisah tanpa texting. seriously. die text ak sekali je sehari. more worst tak text langsung. sob sob. pity me. for those yang nak kate aku gediks tu, kata la. sebab sebulan kan. tapi aku yang rasa hokei. at least sekarang ni aku dah belajar la terima keadaan tu. bagus gak aku ni. haha. perasan!

ok la. aku dah penat nak menulis. ingatkan nak gak la tempek gambar2 kat sini. tapi menulis tak hengat dunia. macam karangan spm. so, next entry la aku taruk gambar. insyaAllah.

thanks for read this entry and this blog. i love you all so much!!


Wednesday, September 7, 2011

;entry pukal;

assalamualaikum semua.....

okay. gila lama tak menulis. asal nak tulis je tak tahu mana nak start. sampai bila tah nak jadi camni. sedar tak sedar hari ni dah 9 Syawal. kejap je masa berlalu. n 10th September aku dah nak balik uia kot. kejap je cuti kan. rasa nak cuti lagi. tapi at the same time rasa rindu gila nak belajar. huhu...

bila dah menulis ni, aku nak gak selit cerita lama. huhu. kemana aku menghilang selama ni. awal bulan 8 tu aku fly ke kuching sarawak. for 2 weeks. jadi pengasuh akak aku kat politeknik kuching. al kisahnya penyakit lama die datang kembali. disebabkan aku tak buat apa2 selain tido je di rumah, die pun bawak la aku ke sana. actually, dah lama kot die nak bawak aku stay ngan die. start cuti bulan 4 lagi. tapi aku cakap nak keje kan. so cancel lah. tapi, bila die dah sakit, tak de teman kat sana, so aku lah yang kena jaga die. makan minum, pakai semua la. tapi best la sebab percutian di tanggung halal. hehe.

sepanjang kat sana aku tak sempat nak online. so, tak terupdate la blog ni. suram je. dah tak de pengunjung. padahal memang tak de pun. haha. balik kL rasa malas lak nak online. tu yang sampai sekarang baru rasa nak update. after settle semua benda kat rumah neh. 

oh oh. before terlupa. aku attend majlis hari raya kat sekolah lama which is kospint. suka la pegi sebab ramai batch aku yang join. semuanya semangat. tapi ade je yang tak datang. masing2 pun ade hal. tapi sangat la seronok dapat jumpa ngan mereka yang aku jarang jumpa. plus dah lama sangat tak jejakkan kaki kat kospint. 

eh, tak na la cakap banyak sangat. nak tunjuk gambar lak...

gambar ni berterabur okay. main letak je...

*2nd raya with my 3rd sis*

*2nd raya with my 2nd n 3rd sis plus 2nd bro in law*

*kami yang sengal*

*meet teha, ana, cT and syimah*

*met them at open house kospint*

*meet cT, zati, ana, niera, nurlie, teha, madi, pear, elly and lia*

*sempat snap gambar time meeting alumni*

*before balik*

*with ana*

*with syimah*

*with cT*

*pengangkutan selama di kospint*

*mereka with bus jepun*

before balik jerteh, singgah umah ana tuk solat and konon2nya nak raya la. then, terjah kedai belakang airport tuk makan sotong celup tepung n air kelapa. sangat la best. 1 pinggan cost u rm5 je. banyak and boleh kenyang. air kelapa lak rm1.20. ade lagi benda lain. cam cucur, ikan celup tepung, telur sotong, and crab. sangat best if pegi ramai2. boleh makan banyak. huhu.

*sotong celup tepung*

*air nyiur*

gambar kat bawah ni actually gambar 1st raya kat ipoh. tiba2 je duk kat bawah. hehe.
*kami anak bujang with papa+mama on 1st raya*

ok la. nanti aku update lagi if rajin. hihi.. thanks for reading my blog. i love you all bebeh!!

Sunday, July 31, 2011

;kebusy an membuatkan aku malas;

assalamualaikum semua.....

wah, rindu gila kat blog. dah lama kot tak update. blog pun dah bersawang. aku tak de masa kot nak update panjang lebar. nak tulis pendek2 pun aku malas. hehe...

sementara aku duk tunggu video kat blog fatin suhana tu loading, ade baiknya aku update ini blog terus. hehe. so, terisi la masa aku deh..

oh, selama ni aku tak de masa langsung nak update. sebabnya aku keje kot. keje? r u kidding me? no lah. aku just tolong abang aku ngan housework. al maklum la kakak ipar aku pregnant. but now dah bersalin pun. hee. dah dapat another anak buah yang sangat la cuhmil...

tapi sekarang ni aku dah berada di rumah. yela. kan dah nak puasa esok. so, bawak2 la kembali ke rumah ye. hee..

this ramadhan aku sangat happy coz dapat puasa penuh with my family.. tak pernah okay aku rasa since aku dah besar ni. yela. kan terpaksa stay kat uia. belajar..

oh. dah macam2 kuih yang aku plan nak buat ngan my mama. tapi bukan la biskut raya. ini tahun maybe aku raya kat ipoh. dah lama sangat tak rasa raya puasa kat sana.

okay la. tu je yang aku nak cerita today. ok bye.

p/s : some picture of my lil baby...










ok. tu jela dulu. selamat berpuasa kepada semua. puasa tu wajib, solat pun wajib gak. so, jangan la tinggal solat okayh..

Monday, June 6, 2011

;update singkat ^_^;

assalamualaikum to all readers semua....

erm, it's quite lama since aku last update. huhu. so busy with many things. too many things happen a few weeks back. banyak sangat. so, aku rasa nak hold dulu yang cabaran 30 days tu. baru 5 hari aku buat. bukan malas. tapi nak cerita benda lain dulu. hehe.

cerita lain pun aku akan start cerita malam ni or esok kot. sebabnya aku nak kena study tuk test esok. haha. gila selamba. tak study 1 hape pun lagi. hopefully senang macam yang sir cakap...

oh, tu my new followers, thanks follow. today aku baru nak jejak diorang. dah lama aku tak blog walking. rindu rasa nak baca blog orang. tapi seriously tak de masa sangat. insyaAllah akan dapat baca balik blog mereka2. huhu.

ok la. till then, bye. thanks for reading this blog. i love you all kawan2!!

Thursday, March 17, 2011

;hidup lagi ke?;


hai and assalamualaikum...

wow. seriously dah lama saya tak update blog ni. dah berhabuk agaknya. mesti orang yang selalu bukak blog ni tension sebab tak update-update.(bajet ramai peminat la kau ira). haha. ok la. sorry sangat-sangat kepada yang selalu bukak blog ni tapi tak de sebarang update dari saya. semester ni saya rasa macam tak de life la. nak enjoy sikit pun tak boleh. tapi alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini.

ok la. saya nak cerita macam-macam since my last update last month. last month okay. betapa tak de masanya saya ni. belajar ke? tak pun rasanya. now pun curi masa yang sepaptutnya saya manfaatkan untuk preparation for presentation DMC petang ni. kul 2. haha. sempat lagi saya membuka blog ni. rindu kot nak bercerita.

bila dah ade masa sikit nak menulis ni, dah tak ingat nak cerita apa. haha. ok la. sekarang ni saya dah gila. gila dengan something yang baru iaitu craft. seronok wei buat benda ni. asyik je. kalau dah start buat, memang susah nak stop. hehe. mesti korang nak tahu apa kan. actually, sekarang ni saya dah semakin gila dengan craft yang berasaskan kain felt. sangat gila okay. dah jatuh hati sangat2. nak jual. tapi tak sempat nak buat promotion. ambik gambar pun buruk2 je. tak sempat nak touch up. bak kata kakak saya, sila la ambik gambar benda alah tu dengan model. aru la orang nak pandang.

actually, saya and my sis buat pin shawl. ala, yang orang sepit kat shawl tuk melawakan keadaan tu. biasanya orang akan pakai hair band or cekak rambut. tapi saya nak jugak buat pin shawl ni. sebabnya, benda ni jarang jual kat kedai. kalau ade pun, harga dia sangat la mahal. so, my sis la yang cadangkan kitorang buat benda alah ni. mula2 buat just for fun. yela. untuk pakai sendiri-sendiri. tak de la niat untuk jual. tapi macam seronok jugak nak jual pun. cuma kena takes time la. maybe akan memulakan operasi ni bila cuti sem yang bakal tiba ni. hehe

ok la. saya dah kena ke kelas. wish me luck for the presentation petang ni. before that, saya nak la jugak share pin shawl yang buruk tu ngan korang. hehe.

ok la. i love you all!!

Monday, February 14, 2011

;pabila rasa rajin;

assalamualaikum semua kawan2.....

seriously dah lama sangat tak update kat sini. sangat malas untuk berfikir and at the same time nak menulis. actually, banyak je cerita yang nak di share kan. tapi entah la. rasa malas sangat. padahal hari tu seminggu kat rumah. tak buat pape pun. asyik berjalan je kerjanya. hehe. sepatutnya time tu la saya harus update blog. sebabnya internet laju kan. hehe.

ok la. banyak benda happen. 1st, ni sambungan post saya yang lepas. saya dah dapat camera. of course d3100. tapi yang kit je. tak mapu nak beli yang mahal2. yang ape ntah abang saya and penjual tu cakap. i'm lucky sebab abang saya pandai cari camera yang murah harga dia. ni bukan sebab low quality eh. quality sama je. tapi abang saya dah biasa beli barang dengan lelaki tu. abang saya kan photographer. so, die tahu la pasal camera ni. hehe.

ok done with that. seminggu after that, saya and family buat family gathering kecil2an. ni just untuk adik beradik yang ade kat kL je. purpose? celebrate birthday abang saya yang 1st. kat kL ni saya ade abang 2 and sorang kakak. semuanya dah kawen. mereka datang dengan keluarga. kecuali kakak ipar saya, which is my 2nd brother punya wife tak balik kerja lagi time tu even though dah nak mid night. kitorang lepak kat Restoran Tok Sabak. makan sampai pecah perut. and lepak sampai panas punggung. hehe.

settle pasal tu. then saya busy pulak dengan quizzes and test before balik mid break. time tu seriously sangat la penat. saya memang kena buat plan yang sangat bagus untuk make sure yang saya cukup tidur. tu yang penting ye kawan2. hehe. tapi mata tak yah cakap la. memang lebam habis. hehe. dah macam panda bak kata encik boyfren. die memang. tak pernah nak puji saya. huhu. aish. nasib la saya dapat die.

oh, before that, saya lupa pulak nak cerita pasal saya and team sports hang out sama2. kitorang keluar lunch dekat 1 kedai ni. dekat sangat dengan wangsa walk. kedai makan ni sangat best okay. konsep die buffet. makan sesuka hati sampai pecah perut dengan hanya rm7. ye, saya tak menipu okay. seriously! saya and kawan2 makan sampai penat dah nak makan. yela. makan nasi kan. saya ni jenis yang tak makan banyak. makan sikit je dah kenyang. pastu lapar balik. hehe. tapi kitorang banyak makan lauk je rasanya. yang lelaki tu tak yah cakap la. memang makan banyak sangat2. haha. sorry guys. after lunch tu, kitorang jalan2 dalam wangsa walk. banyak plan nak buat. antaranya, nak main bowling, karaoke, and tengok movie. last2, kitorang just jalan2, snap some pictures, then balik. tapi, meliar ke giant jap. syue nak beli stock barang. saya driver yang baik hati. sol bawak la mereka2 yang dalam kesedihan ke giant. then balik la uia. sangat penat but sangat have fun!!

ok, the next day after hang out dengan mereka2 tu, saya keluar pulak la dengan syue, soo and encik boifren. matlamat utama ialah nak kena teman syue shopping. sebabnya, dulu saya dah janji nak shopping sekali dengan dia. dengan perasaan poyo nya saya telah berjanji untuk tidak membeli lagi. tapi macam bercakap dengan dinding je. pantang betul la tengok baju murah. saya pun ambik la 2 helai baju. 1 kemeja, i dress. yang dress tu saya telah mengepow encik boyfren sampai die buat muka time nak balik. haha. saya memang jahat wei. dah tahu laki tu tak de duit. ape la. ni saje je. nanti saya nak kena beli hadiah mahal sempena birthday dia. sebabnya die ni sangat la demand. nak pakai baju brand mahal2. sib baik susah nak beli baju sebab badan kecik sangat. aish. sabau jela wahai hati. syue beli barang sangat banyak. suka shopping dengan die sebab dia akan beli jugak something walaupun barang tu die tak sepatutnya beli. hehe.

next adalah mid break. saya kat rumah je. jadi driver danial, my the only brother. sebabnya saya je kat rumah bersama mama, papa and adik. tugas saya ialah, keluar hantar danial ke sekolah, beli lauk untuk di masak, memasak, kemas rumah and so on. tapi bertahan sekejap jela sebab kekanda dah mula pulang. hehe. so, saya dah jadi malas pulak. cuti chinese new year ni semua pulang kecuali my 1st sister, kak ti. die nak extend cuti time bulan 3. rugi tak menculik anak kecilnya. time ramai2 kat rumah, kanda juhe tak pulang lagi. student UUM dah cuti lain dari orang lain. tapi nasib baik dia dah nak masuk maktab balik. maknanya dia dah nak grad. aish. dah tua rupanya kakak saya tu. seronok dapat gather ramai2. rasa macam hari raya pulak time tu. hehe.

after habis mid break, saya kembali la ke UIA sebagai seorang full time student. dengan assignments, presentations, quizzes, and tests. tak lupa jugak yang part society. kita kena la berkembang sikit minda. and make friends. hehe. so far saya sangat happy sebab ade ramai kawan. sangat ramai okay. seronok ada mereka dalam hidup saya. dah rasa semuanya macam bestfriend. hehe.

ok la. saya nak buat kerja lain ni. banyak kerja tergendala time weekend. semuanya sebab test and replacement class. hehe. ok. saya akan update lagi pas ni.

i love u all!!

Saturday, January 8, 2011

::.masa.::

assalamualaikum and selamat sejahtera to all readers...

takku sangka masa berlalu sangat cepat. sekarang dah nak masuk week 5 kat UIA. plus due date untuk assignment, test, semua dah dekat. tapi, yang part paling sedih ialah saya terpaksa tukar lecturer untuk 2 subjek ni. disebabkan prof maliah sakit, klas DMC n AIB sangat la huru-hara. fikir nak buat replacement class lagi. nak kena postpone test and so on. harap2 prof maliah cepat recover and datang ajar saya and mereka2 yang ketinggalan di belakang ni.

oh, this weekend gak merupakan weekend yang sangat busy ok. semalam, which is friday, saya and mainboard sport terpaksa kemas bilik meeting room. pastu kena keluar tengok tempat induction course. dah lewat malam baru dapat dinner. sedih sangat. tak pe la. committed sikit pada kerja. jangan nak lepas tangan je. penat tapi had fun dengan diorang. unsangkarable btul la. hehe.

lupa lak nak cerita pasal weekdays saya yang sangat penat jugak. saya terpaksa menjaga anak2 yang tak berapa nak ramai sangat tu which are abang miqdad and adik nuha sebab walid diorang outstation. ibu diorang ade jek kat rumah. tapi my sis in law ni seorang teacher and school die pulak jauh dari school anak2 neh. if my sis in law yang hantar diorang pergi school, takut lambat pulak dia nak sampai kat school dia. before ni pun my bro yang hantar anak2 pergi school. so, saya la yang menggantikan tempat my bro kejap. hantar anak2 pergi school. seronok kot. macam ibu muda. hehe. gatal*. cabaran kot. early morning dah kena bangun mandikan anak2. pastu pakaikan baju. then ke sekolah. nasib baik saya tak perlu menyediakan breakfast. kalau tak, tak tahu la saya nak kena bangun kul berapa untuk masak. aish.

ok la. weekend ni jugak saya cancel untuk bersama family sebab saya dah penat sangat. weekdays ritu pun nyaris2 nak demam. sebab dah penat sangat. kesian. asyik makan ubat jek. takut demam pulak.

dah tak tahu nak tulis ape lagi. nak stop dulu. nak gi lunch. petang ni saya ade program dengan main board lak. sok, program sport. harap2 berjalan dengan lancar memandangkan kitorang tak membuat persediaan yang banyak. al sebabnya, masing2 busy kot. so, kitorang tak sempat nak discuss dengan lebih lanjut lagi. hehe.

i'll write soon if i have enough time. i love you all!!

Thursday, October 14, 2010

::.the time is running out.::

hai and assalamualaikum...

kawan2... lama betul tak update blog neh. haha. saya rasa starting ayat saya mesti sama punya la. pasal dah lama tak update blog. haha. yela. saya kena say sorry sebab saya rasa ramai yang membaca and follow blog saya walaupun tak follow betul2.(haha. perasan sikit). saya sangat busy ok. sampai tidur pun still fikir pasal assignment and macam2 lagi. sangat sedih kot. tidur pun tak lena. tapi makan ok je. sebab saya takut sakit. so, saya makan jela. tapi badan2 saya rasa sangat penat. rasa nak massage je. kan best.

ok lah. today dah jumaat. saya rasa macam dah boleh bernafas sikit la so far. 2 assignments dah settle and dah hantar. praise to Allah. saya ade lagi 1 report project OB nak kena hantar, pastu presentation OB, interview untuk BF and lastly report BF. tak sabar rasanya nak pergi interview and siapkan semua assignment. malam ni saya ade discussion OB. nak siapkan project yang banyak tu. saya nak settle semua benda cepat2 sebab nak focus study pulak. saya sangat takut. macam2 nak kena cover balik. aish.

saya perlukan motivation. tadi dah post kat facebook pasal ni. ramai yang bagi saya support. saya takut saya tak yakin. tapi kita kan ade Allah. so, kita tak boleh hilang hope tu. kena yakin la sikit. ye! saya akan berusaha dengan gigihnya. hehe. insyaAllah.

actually saya penat sangat sekarang ni. semalam tidur lambat. then pagi tadi pulak terpaksa bangun awal untuk siapkan assignments yang nak kena hantar today. nasib baik dah siap. so, boleh la saya bernafas dengan lega sekarang. walaupun tak lega sangat.

ok lah. nak pergi solat and tido sikit. haha. nanti bangun layan muvie ke. kuang3..

i'll update soon. i love you all!!

Friday, October 8, 2010

super duper busy body

hai and assalamualaikum....

ya Allah!!! dateline for assignments dah dekat. tapi saya still tak dapat nak settle semua assignments. group discussions pun banyak lagi tak settle. so, tak discuss sangat la. takutnya. saya tak nak masuk hospital sebab sesak nafas. banyak lagi kerja nak buat. haha.

ok. ok. saya nak bernafas dengan baik neh. semalam after class organizational behavior, saya kuar pergi mall with my sister and sister in law. ni semua sebab saya tension dengan kerja and so many things yang saya nak kena fikir lately neh. nasib baik semalam class business finance cancel. so, boleh la saya kuar berjalan-jalan dengan mereka2. haha. at least bila dapat jumpa family rasa cam release sikit tension tu. walaupun tak sepenuhnya. huhu. kitorang tak pergi jauh pun. just pergi alpha angle and setiawangsa. my sis la nak cari luggage katenya. tapi tak de pun. actually nak pergi sogo. tapi sebab dah lewat. so pergi yang dekat2 jela. my sis in law puasa. tiba2 dia rasa nak makan nandos la pulak. so, kitorang dinner kat nandos. for me la kan, saya tak suka sangat nandos. saya lagi suka kenny rogers. hehe. nandos macam biasa je. tapi layan jela sebab orang tolong bayarkan. haha.

ok settle sikit pasal problem tu bila dah jumpa family. hehe. balik bilik semalam, lepak bilik syue. saya suka sangat kacau hidup budak kecik neh. haha. dia baik. dia suka mendengar cerita2 saya. walaupun tak sedap. haha. redha jela my dear. kitorang lepak till midnight. sampai tergendala dia nak study. haha. kejam sungguh saya neh. saya balik bilik, yang sebelah bilik je. tak jauh pun. saya tukar baju and solat. tak mandi ok. sebab dah lewat malam. sejuk. hehe. pastu ber sms dengan bff ijah. dia risau sangat dengan study nya. same goes to me. tapi dia ade problem lain. soal hati kot. kesian dia. saya pulak jahat. tertidur tanpa reply message dia. haha. ngantuk sangat kot. plus penat. haha. sorry dear.

bff ijah: saya tak pandai berkata-kata. tapi saya cakap melalui pengalaman je tu. tapi, if kamu ade problem, still boleh share dengan saya. saya sudi lend my ear tuk kamu. anytime my dear. jangan upset. jangan sedih2.

ok lah. saya nak sambung kemas bilik then lunch. pastu nak sambung buat assignments yang banyak neh. saya suka je buat assignment. tapi, if senang. haha.
i will update later. love you all!!

Saturday, September 25, 2010

busy bee

hai and assalamualaikum....


finally saya dapat gak update blog ni after last Monday. hehe. saya sangat busy ok kawan2. macam2 benda nak buat. sekarang pun curi2 menulis. sedar tak sedar, dah nak masuk bulan October. kejap je masa berlalu. dulu Ramadhan. sekarang dah Syawal. pun dah nak tinggal kita semua. tapi open house still on. haha. kerja, assignment melambak pun still gak nak berjalan. this weekend rumah my brother at pangsapuri harmonis. jom la if nak join. minggu lepas saya sangat busy dengan study and meeting. nak belajar pun tak sempat. asyik meeting je memanjang. huhu. tapi now dah habis. tadi. dah settle semua pasal explorace tu. Alhamdulillah semuanya okay. takut gak if tak okay. mesti teruk kena maki. haha.


last week gak saya dah telan berapa banyak panadol. if ade buat ujian air kencing, mesti saya dah positive dadah. haha. nak buat macam mana. if tak makan ubat, nanti mesti melarat sakitnya. so, better makan ubat la. tak de sape yang nak jaga saya kat sini. sakit kena jaga diri sendiri gak. huhu. sekarang pun rasa macam nak demam lagi. still. yela. mana tak sakitnya. hari2 kat sini kejap hujan, kejap panas. pastu tambah pulak dengan busy nya. lagi la penat. sampai waktu tidur pun tak cukup. pastu mula la nak ponteng kelas yang pagi. haha. bahaya betul zahirah dahria neh.


saya nak sangat minggu ni berlalu dengan cepat. hari jumaat je saya kena hantar 1 assignment. pastu nak kena siapkan assignment parenting yang 2 ketul tuh. pastu nak kena fikir assignment2 lain yang banyak lagi. aish. sakit kepala saya. final pun dah nak dekat. saya tak habis belajar lagi. banyak benda nak cover. saya dah la lambat dapat dalam belajar neh. if subjek yang saya suka, memang senang gila nak paham. tapi subjek yang saya tak berapa nak kawan neh memang susah sangat. paksa cane2 pun memang susah. haha. teruk betul perangai saya ye kawan2.


ok lah. saya nak sambung buat assignment. pastu saya nak tidur la pulak. dah banyak hari tidur lambat. banyak kerja okay. hahaha...


nanti bulan october saya update lagi ye. hehe.

i love u all!!!