jum jadi kawan,,,

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

;ramadhan al mubarak;

assalamualaikum semua....

oh today dah masuk hari ke 3 kite berpuasa. and aku rasa tak la lambat sangat aku nak wish selamat berpuasa to all muslims out there. hehe...

dah 3 hari berpuasa ni ape yang korang dapat? dah kurus? dah banyak mengaji al-quran? dah banyak amalan sunat2 lain? solat terawih pergi tak? dah terawih tu, solat di malam hari buat tak? jangan lupa lak witirnya.

ok. bagusnya if semua tu ade. alhamdulillah. menu berbuka puasa macam mana? sehat tak? masak sendiri ke beli kat kedai? haha. apa la yang tak kena ngan aku neh.

actually, aku sangat teruja bila aku tahu yang aku dapat puasa sebulan kat rumah. dulu2 penah la. tapi sejak dah besar ni dah tak penah. so sekarang ni aku ambik peluang la tuk belajar masak ngan mama.

tapi yang sedihnya, aku tak dapat nak belajar masak banyak ngan mama. aku terpaksa ke kuching. sebabnya aku terpaksa teman akak aku kat sana. kureng sehat katanya.

seriously aku memang sedih. yela. aku lari dari kL semata-mata nak stay ngan mama. last2 aku yang tinggalkan mama sorang2. haha. teruk betul rasanya.

ok la. aku dah penat nak menulis. actually, mengantuk. nak tido. tapi awal lagi kan. so, kita buat la aktiviti lain. jum layan tv lah. hehe.

if ade kelapangan and ade story, ti aku menaip lagi ye. i love you all. thanks for reading this entry and my blog...

Saturday, August 28, 2010

2nd post

assalamualaikum semua. salam ramadhan. haha. ni ialah post saya yang ke dua untuk hari ni ok. actually, saya memang nak post something pun today untuk semua kawan2 saya baca. tapi sangat la busy currently dengan so many assignments, quizzes and tests. huhu. dah lama sangat hold pasal post ni. ok lah. saya tak nak cakap banyak. saya just nak cakap pasal mandi junub. saya rasa ramai yang dah tahu pasal benda ni. tapi sejauh mana pengetahuan kita dalam hal ni?? tapi kita semua manusia yang tak lepas dari kesilapan. tapi, bila anda semua dah tahu, sila la mengamalkannya okay. supaya kita semua mendapat keberkatan. insyaAllah.

saya terjumpa pasal article ni dalam facebook. semoga kita sama2 dapat ilmu.

credit to azarudin bocheh.

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Sunday, August 22, 2010

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN

hai and assalamualaikum...

dah lama tak menulis kat sini. tak de cerita nak di share dengan semua orang. sebabnya saya asyik fikir pasal tests and quizzes yang melambak. aish. risau je yang saya tahu. tapi satu hape pun saya belum start revise lagi. just tahu nak main je. haha. bukan ape. bulan ramadhan ni banyak sangat jemputan berbuka puasa, kalau nak harap kan saya belajar weekdays, memang tak la kan. asyik main je dalam bilik. online la. macam2 saya nak buat. tap 1 pun tak mendatangkan faedah. haha. every weekend je saya mesti balik umah my sister. dah kata rumah akak saya tu kat gombak, mesti la saya selalu balik. nasib baik saya tak stay terus kat rumah akak saya. haha. rumah abang2 saya pun dekat je. tapi saya lagi selesa balik rumah akak saya. walaupun saya kena bertudung 24 jam. haha.


sepatutnya, today pun saya ade jemputan berbuka puasa. tapi saya takut nak ikut sebabnya saya tak habis lagi buat revision. takut kot. saya takut sangat result saya akan menjunam jatuh. dah la sekarang belajar makin susah. so, saya pilih untuk belajar jela kat bilik. huhu. walaupun saya tahu saya tak belajar sangat pun kat bilik ni. haha. at least saya kat bilik. bila rajin je, buka la buku. kalau saya kat rumah, seriously saya takkan belajar. online 24 jam. hehe. pastu main dengan zariff.


bulan ramadhan ni sangat la bagus ok. di samping dapat pahala yang banyak, kita dapat gak kurangkan buat dosa. huhu. plus, kurus la sikit body yang bagai di pam-pam ni. haha. betul gak cakap akak yang bagi tazkirah kat surau econs. dia macam kena gak la dengan hidup saya. hehe. hanya saya dan Dia je yang tahu. tak pela. saya ok je pun. lagipun sekarang ni bulan baik. so, jadi la baik. at least. sebab saya dah tahu perangai saya time bukan bulan puasa. haha. entah ape2 entah aku duk merapu ni. haha.


ok la. saya dah tak de idea. kena start buat revision sekarang. nanti tak sempat nak cover all topics. baru padan muka. huhu..


i love you all.
enjoy reading ya....

Friday, August 13, 2010

im back again ^_^

hai and assalamualaikum...

haha. title saya kat atas tu sangat la tak boleh untuk dipercayai. dulu saya dah pernah buat title tu. pastu hilang lagi. ngeh3. sorry ye for those yang selalu mengikuti perkembangan saya yang sentiasa kembang ni. hehe. saya bukannya malas nak meng update blog ni. tapi after saya format laptop ari tu, saya tak boleh nak masuk wireless uia. padahal dah install banyak kali. sampai my BFF, syue dah banyak kali membantu sampai saya yang fed up. finally today dah boleh access wireless uia. pagi tadi saya ke ITD. abang kat situ sikit la punya sempoi+sengal. asyik buat lawak je. nasib baik dia baik. haha.

tu bukan la motif utama saya nak tulis hari ni. just nak bercerita sikit je.

today dah 3rd Ramadhan. cepat je masa berlalu. tup tup dah puasa. nanti dah nak raya. huhu. btw, baju raya yang saya tempah dah siap. saya suka dengan tailor saya sekarang. dah la baju yang dia jahit cepat siap. pastu, jahitan die sangat cantik. kemas je. saya suka sangat. plus sangat la murah untuk student macam saya. hehe. saya tak nak upload pictures baju saya kat sini. sebabnya tak de la menarik sangat. tapi semua cotton. sekarang ni dah jarang sangat orang pakai baju biasa. saya pun dah terikut-ikut dengan kakak2 saya yang kaya raya. diorang just pakai 3 jenis kain sekarang ni. 1) cotton-ni saya pun mampu nak beli. haha. sebab affordable. hehe. 2)chiffon-yang ni pun saya mampu nak beli. tapi yang jadi masalhnya ialah kain ni jenis jarang. so, kena lining untuk nampak sopan instead of pakai inner. hehe. 3) sutera/batik-yang ni saya mampu beli 1 je setiap kali nak raya. haha. tak mampu nak beli banyak2. plus kalau encik hafizi yang tolong bayarkan, saya sangat la mampu nak beli 2. haha. dia memang baik. nasib baik saya ni made in kelantan. so, kain and tudung murah sangat kat kelantan. plus barang2 lain. haha. seronok.

kain tu baju raya saya tahun ni semua kakak2 saya yang sponsor. sangat beruntung jadi anak last perempuan. hehe. kakak2 saya sangat baik. best sangat ade kakak. haha. sorry la for those yang tak de kakak tu. tak berniat pun.

ok dah la cakap pasal baju. saya dah boring. kita cakap pasal pelajaran pulak. as a student saya kena bangga sebab this semester sangat busy. tak pernah se busy ni last semester. haha. before balik raya je saya ade 3 midterm. mencabar betul. lagi mencabar paper lepas raya. memang harapan la saya nak study time tuh. dah la adik n juhe ade kat umah. memang kitorang main la jawabnya. haha. saya sangat sedih kot bila tahu ade paper exactly after eid. dah try mintak dengan lecturer. tapi sangat la hampa sebab x approve. tapi sekarang saya dah boleh terima hakikat yang tahun ni saya raya kejap je. ok la dari foreigner yang setia beraya di UiA. huhu.

ok la. saya nak buat kerja pulak. saya akan sentiasa update and akan jadi lagi rajin tuk update after this. hehe.

jumpa lagi.

love U!!!!