jum jadi kawan,,,

Showing posts with label quizzes. Show all posts
Showing posts with label quizzes. Show all posts

Monday, February 14, 2011

;pabila rasa rajin;

assalamualaikum semua kawan2.....

seriously dah lama sangat tak update kat sini. sangat malas untuk berfikir and at the same time nak menulis. actually, banyak je cerita yang nak di share kan. tapi entah la. rasa malas sangat. padahal hari tu seminggu kat rumah. tak buat pape pun. asyik berjalan je kerjanya. hehe. sepatutnya time tu la saya harus update blog. sebabnya internet laju kan. hehe.

ok la. banyak benda happen. 1st, ni sambungan post saya yang lepas. saya dah dapat camera. of course d3100. tapi yang kit je. tak mapu nak beli yang mahal2. yang ape ntah abang saya and penjual tu cakap. i'm lucky sebab abang saya pandai cari camera yang murah harga dia. ni bukan sebab low quality eh. quality sama je. tapi abang saya dah biasa beli barang dengan lelaki tu. abang saya kan photographer. so, die tahu la pasal camera ni. hehe.

ok done with that. seminggu after that, saya and family buat family gathering kecil2an. ni just untuk adik beradik yang ade kat kL je. purpose? celebrate birthday abang saya yang 1st. kat kL ni saya ade abang 2 and sorang kakak. semuanya dah kawen. mereka datang dengan keluarga. kecuali kakak ipar saya, which is my 2nd brother punya wife tak balik kerja lagi time tu even though dah nak mid night. kitorang lepak kat Restoran Tok Sabak. makan sampai pecah perut. and lepak sampai panas punggung. hehe.

settle pasal tu. then saya busy pulak dengan quizzes and test before balik mid break. time tu seriously sangat la penat. saya memang kena buat plan yang sangat bagus untuk make sure yang saya cukup tidur. tu yang penting ye kawan2. hehe. tapi mata tak yah cakap la. memang lebam habis. hehe. dah macam panda bak kata encik boyfren. die memang. tak pernah nak puji saya. huhu. aish. nasib la saya dapat die.

oh, before that, saya lupa pulak nak cerita pasal saya and team sports hang out sama2. kitorang keluar lunch dekat 1 kedai ni. dekat sangat dengan wangsa walk. kedai makan ni sangat best okay. konsep die buffet. makan sesuka hati sampai pecah perut dengan hanya rm7. ye, saya tak menipu okay. seriously! saya and kawan2 makan sampai penat dah nak makan. yela. makan nasi kan. saya ni jenis yang tak makan banyak. makan sikit je dah kenyang. pastu lapar balik. hehe. tapi kitorang banyak makan lauk je rasanya. yang lelaki tu tak yah cakap la. memang makan banyak sangat2. haha. sorry guys. after lunch tu, kitorang jalan2 dalam wangsa walk. banyak plan nak buat. antaranya, nak main bowling, karaoke, and tengok movie. last2, kitorang just jalan2, snap some pictures, then balik. tapi, meliar ke giant jap. syue nak beli stock barang. saya driver yang baik hati. sol bawak la mereka2 yang dalam kesedihan ke giant. then balik la uia. sangat penat but sangat have fun!!

ok, the next day after hang out dengan mereka2 tu, saya keluar pulak la dengan syue, soo and encik boifren. matlamat utama ialah nak kena teman syue shopping. sebabnya, dulu saya dah janji nak shopping sekali dengan dia. dengan perasaan poyo nya saya telah berjanji untuk tidak membeli lagi. tapi macam bercakap dengan dinding je. pantang betul la tengok baju murah. saya pun ambik la 2 helai baju. 1 kemeja, i dress. yang dress tu saya telah mengepow encik boyfren sampai die buat muka time nak balik. haha. saya memang jahat wei. dah tahu laki tu tak de duit. ape la. ni saje je. nanti saya nak kena beli hadiah mahal sempena birthday dia. sebabnya die ni sangat la demand. nak pakai baju brand mahal2. sib baik susah nak beli baju sebab badan kecik sangat. aish. sabau jela wahai hati. syue beli barang sangat banyak. suka shopping dengan die sebab dia akan beli jugak something walaupun barang tu die tak sepatutnya beli. hehe.

next adalah mid break. saya kat rumah je. jadi driver danial, my the only brother. sebabnya saya je kat rumah bersama mama, papa and adik. tugas saya ialah, keluar hantar danial ke sekolah, beli lauk untuk di masak, memasak, kemas rumah and so on. tapi bertahan sekejap jela sebab kekanda dah mula pulang. hehe. so, saya dah jadi malas pulak. cuti chinese new year ni semua pulang kecuali my 1st sister, kak ti. die nak extend cuti time bulan 3. rugi tak menculik anak kecilnya. time ramai2 kat rumah, kanda juhe tak pulang lagi. student UUM dah cuti lain dari orang lain. tapi nasib baik dia dah nak masuk maktab balik. maknanya dia dah nak grad. aish. dah tua rupanya kakak saya tu. seronok dapat gather ramai2. rasa macam hari raya pulak time tu. hehe.

after habis mid break, saya kembali la ke UIA sebagai seorang full time student. dengan assignments, presentations, quizzes, and tests. tak lupa jugak yang part society. kita kena la berkembang sikit minda. and make friends. hehe. so far saya sangat happy sebab ade ramai kawan. sangat ramai okay. seronok ada mereka dalam hidup saya. dah rasa semuanya macam bestfriend. hehe.

ok la. saya nak buat kerja lain ni. banyak kerja tergendala time weekend. semuanya sebab test and replacement class. hehe. ok. saya akan update lagi pas ni.

i love u all!!

Tuesday, October 5, 2010

it's already October ^-^

hai and assalamualaikum.....

dah masuk bulan 10 rupanya. saya still lagi terpaksa tinggal blog ni for a while. yela. banyak sangat kot benda yang nak perhatian. sangat penat currently. today je saya ade 3 quizes. pukul 10 tadi last quiz. company accounting. sangat la best chapter tu. tapi soalan macam biasa la. saje je nak trick student kan. ketuk kepala baru tahu. haha. saya main hentam je jawab. biasa la. saya tak tipu yang saya langsung tak study CA. saya just buat revision dengan madam pagi tadi and masa buat soalan tutor tadi. plus, saya tengok past sem punya quiz. thanks syue. my lovely and adorable roomate. walaupun dia dah tak jadi roomate saya, saya tetap consider dia as my roomate. by the way, dia girl friend saya. opss. jangan pulak ingat saya ni lesbian. dia sanagt baik. selalu tolng saya. in any situations. love her so much.


ok dah tak nak cakap pasal semua tu. sebab macam teruk je ape yang saya jawab. haha. sekarang ni sedang focus untuk assignment. sangat banyak okay. tak terkira. due date semuanya dekat. aish. rasa nak lari je. 1 hape pun tak start lagi. dengan presentation lagi. oh. by the way, final exam saya dah nak dekat. tapi subjek tak habis cover lagi. tak tahu la ape nak jadi dengan saya. angan2 nak pergi jalan2 dengan bFFs tersayang. tapi macam tinggal harapan je. haha. tapi saya tetap akan pergi. sebab nak release tension la katakan. nak pergi broga hill kot. orang cakap kat situ best. photo shoot ke. mesti menarik if ade slr. haha.


one more thing ialah, maher zain nak datang malaysia. more specific, die nak datang uia gombak. ye. haha. tapi saya tak dapat ticket. sebab saya ingat nak pergi yang full song kat shah alam. tapi ni pun harapan tinggal harapan. abang saya cakap dia nak dapatkan ticket untuk kitorang. tapi last minute dia cakap yang ticket dah sold out. concert tu dia buat 2 hari. 14 n 15. 2 2 pun sold out. maksudnya ramai sangat la orang yang minat dengan maher zain neh. aish. sape la baik hati yang nak jual ticket tu kat saya eh?? saya nak sangat pergi. tapi tak pe la. saya nak suruh maher zain datang lagi la lain kali. hehe.


ok lah. saya kena belajar. dah banyak rest ni. nak kena focus kat assignment yang banyak pulak. then fikir pasal final. huhu.


nanti saya bercerita lagi ye.

love you all!!

Saturday, August 28, 2010

2nd post

assalamualaikum semua. salam ramadhan. haha. ni ialah post saya yang ke dua untuk hari ni ok. actually, saya memang nak post something pun today untuk semua kawan2 saya baca. tapi sangat la busy currently dengan so many assignments, quizzes and tests. huhu. dah lama sangat hold pasal post ni. ok lah. saya tak nak cakap banyak. saya just nak cakap pasal mandi junub. saya rasa ramai yang dah tahu pasal benda ni. tapi sejauh mana pengetahuan kita dalam hal ni?? tapi kita semua manusia yang tak lepas dari kesilapan. tapi, bila anda semua dah tahu, sila la mengamalkannya okay. supaya kita semua mendapat keberkatan. insyaAllah.

saya terjumpa pasal article ni dalam facebook. semoga kita sama2 dapat ilmu.

credit to azarudin bocheh.

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Sunday, August 22, 2010

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN

hai and assalamualaikum...

dah lama tak menulis kat sini. tak de cerita nak di share dengan semua orang. sebabnya saya asyik fikir pasal tests and quizzes yang melambak. aish. risau je yang saya tahu. tapi satu hape pun saya belum start revise lagi. just tahu nak main je. haha. bukan ape. bulan ramadhan ni banyak sangat jemputan berbuka puasa, kalau nak harap kan saya belajar weekdays, memang tak la kan. asyik main je dalam bilik. online la. macam2 saya nak buat. tap 1 pun tak mendatangkan faedah. haha. every weekend je saya mesti balik umah my sister. dah kata rumah akak saya tu kat gombak, mesti la saya selalu balik. nasib baik saya tak stay terus kat rumah akak saya. haha. rumah abang2 saya pun dekat je. tapi saya lagi selesa balik rumah akak saya. walaupun saya kena bertudung 24 jam. haha.


sepatutnya, today pun saya ade jemputan berbuka puasa. tapi saya takut nak ikut sebabnya saya tak habis lagi buat revision. takut kot. saya takut sangat result saya akan menjunam jatuh. dah la sekarang belajar makin susah. so, saya pilih untuk belajar jela kat bilik. huhu. walaupun saya tahu saya tak belajar sangat pun kat bilik ni. haha. at least saya kat bilik. bila rajin je, buka la buku. kalau saya kat rumah, seriously saya takkan belajar. online 24 jam. hehe. pastu main dengan zariff.


bulan ramadhan ni sangat la bagus ok. di samping dapat pahala yang banyak, kita dapat gak kurangkan buat dosa. huhu. plus, kurus la sikit body yang bagai di pam-pam ni. haha. betul gak cakap akak yang bagi tazkirah kat surau econs. dia macam kena gak la dengan hidup saya. hehe. hanya saya dan Dia je yang tahu. tak pela. saya ok je pun. lagipun sekarang ni bulan baik. so, jadi la baik. at least. sebab saya dah tahu perangai saya time bukan bulan puasa. haha. entah ape2 entah aku duk merapu ni. haha.


ok la. saya dah tak de idea. kena start buat revision sekarang. nanti tak sempat nak cover all topics. baru padan muka. huhu..


i love you all.
enjoy reading ya....

Thursday, August 19, 2010

sila berusaha dan jadi rajin!!!

hai and assalamualaikum...

haha. masih sempat lagi saya meng update ini blog ye? padahal next week will be a busy week ever(i guess). seriously. sangat busy okay. bila saya tatap balik planner saya, the whole week penuh dengan quizzes, tests and discussions. sangat scary okay. from now on pun saya tak start belajar lagi. sedang ambil mood yang entah bila akan kunjung jelma. haha. bila dah last minute, mula la saya akan menggelabah tak tentu hal. biasa la. itu dah menjadi habit students yang malas macam saya okay. (sorry to say la my dear friends).


actually, saya tak tahu nak start dengan apa dulu. bila saya pegang buku ni, saya teringat buku tu. bila saya pegang buku tu, buku ni lak panggil2 saya. aish. saya dah tak tahu. tapi saya dah decide yang saya nak start dengan membaca dulu sebab if saya tak baca balik semua benda yang saya belajar, i cant answer the questions. huhu. biasa la. manusia mudah lupa if tak selalu buat revision. saya sangat takut if saya tak sempat nak cover all the topics. nanti macam mana saya nak jawab those quizzes and tests?? saya memang kena struggle and work hard. and also study smart if nak success. semester ni dah la sangat tough bagi saya.


tadi masa class company accounting, madam noraini ade tunjuk something yang dah bagi saya motivation yang sangat mendalam. dia tunjuk 1 result seorang student dia yang dah grad dengan success and jayanya. every semester dia dapat dean's list. and banyak semester jugak la dia dapat 4.0 gpa. sangat la pandai that guy. last cgpa dia 3.918. dia 1st student accounting yang dapat award. aish. saya sangat la jauh dengan guy tu. macam mana la saya nak jadi macam dia. tapi mesti mak dia bangga dengan dia. ada anak yang pandai sangat2. huhu.


ok la. saya dah semakin takut untuk grad. cgpa saya sekarang pun dah nak teruk. salah step je dah boleh masuk zon bahaya. so, saya kena kejar balik apa yang saya dah missed. jum la tengok apa yang saya ade next week...

1) monday-free
2) tuesday- 2nd quiz and tutorial for company accounting, 8.30pm
3) wednesday- midterm fiqh for economist 3, 8.30am time class. 2nd quiz business finance, 1.00pm.
4) thursday- free
5) friday- midterm decision science, 9.00am. midterm organizational behavior, 8.30pm.


harap2 la saya dapat study and score dengan baik semua subjek ni. amin...


ok la. saya nak kena start belajar. nanti akan update lagi.


love you all!!!

Sunday, August 8, 2010

im back!!!

hai everyone and salam....
huhu. saya sudah kembali ber blogging lagi. dah lama sangat away. mesti ade yang rindu nak baca post saya. saya tahu. tak payah nak cakap la kan. haha. poyo...


ok lah. sorry sebab lama menghilang. saya tak dapat nak ber blogging sebabnya lappy saya masuk hospital. tak de la teruk sangat sakitnya. just demam je. sekarang dah ok. and now im back again. huhu. rindu la dengan my lappy ni. dah lama tak tengok movies and dengar lagu. lama juga tak berjalan-jalan kat blog my peeps. dan lama jugak tak meninggalkan comments. sekarang da banyak sangat story nak kena baca. dah malas nak comment. huhu. sorry semua. tapi ok gak laptop ni masuk hospital. tak de la saya nak mengadap benda ni 24/7. lagipun last week saya sangat la busy. sampai saya selalu puasa sebabnya tak sempat nak makan and so on. just ade waktu tuk solat and study jek. sangat la penat. rushing sangat.


last week je saya ade 2 quizzes. suppose 3. tapi my lecturer postpone that quiz ke ari selasa, 10th August. nasib baik la kan. sebabnya saya sangat la penat nak membaca last week. plus my customer nak tudung dengan segera. so, terpaksa la saya siapkan tudung2 tersebut dengan cepat. nasib baik customer saya tu sabar menanti. hehe. saya student kot. kena baca buku.


sekarng ni dah banyak assignment nak saya settle kan. due date pun awal. semua nak kena bagi priority. 1 hari buat semua kerja sikit2. lama-lama siap la kerja saya tu. harap2 la kan.


ok la. saya kena stop dulu. nak baca buku. satu ape pun saya tak faham dengan subject ORGANIZATIONAL BEHAVIOR. haha. main baca je notes yang ade. sangat la sedih ok.


nanti saya update lagi.
love you all!!!