jum jadi kawan,,,

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

;homesick;

assalamualaikum semua kawan2...

ok. agk lm jugak la aku tak update blog neh. sebabanya? sgt malas. and fikiran pn a lil bit bercelaru. yela. terpaksa buat ss. ak pnya hati and perasaan still kt umah kot. rindu my mama. rndu nk sepahkan dpur. rndu nk gaduh ngn my lil bro. ah.. serabut. nyesal x blik rumah ritu.... lmbtnya buln 6. ak nk jmpe family aku...

sekarang ni ak dh kt UIA. x lg di rumah abang aku. dah penat idup nomad. tp aku still x dpt nk kemas bilik. store room kunci pulak. aku nk ambik brg2 le. nk ambik iron board and iron. oh, currently aku stay kt bilik tuk next semester. nasib baik ade org. kalau x, aku mmg x nak buat ss. bila aku register ritu, ade 2 org junior yg stay kt bilik aku jugak. duk compartment b n d. of course la compartment a n d tuk aku n syue.. kesian dat girl kne stay sorang2 time aku x de. dh la wing aku ni sunyi. most of students yg buat ss stay kt wing sbelah. tp lvel atas ade plak org. bising lg.

1 hape pun aku x kemas ni. now dh ngntuk. dh la kasut tertinggal lam kete wira. oh, nnti aku dh x berkereta. sbbnya kereta tu dh nk kembali kpd tuannya. actually, kereta yg aku guna tu kereta company abg aku. die x guna la since die ade kereta sndiri. if outstation je dia akn guna that car. kereta tu biasanya ngn aku jek. dh bnyak tempat aku gi ngn kete tu. sdih sgt. sob sob..

ok la. nk tido. sok nk kne smbung kemas bilik, iron baju 1 almari. haha. gudnite smua. thanks for reading my blog. i do love you all!!

p/s: dh lm sgt x guna cam canon yg tecik tuh. ksian die aku dh abaikan since dh dpt cam canggih tu.
p/s/s: thinking of doing something with them this friday.
p/s/s/s: ak tukar bilik. tp kt sbelah je. and also tukar compartment. dh lm x duk compartment a. hehe.
p/s/s/s/s: nk bersihkan hd yg bnyk sgt virus neh. mn la ak nk cmpak 'bnda2' dlm neh...

Wednesday, May 11, 2011

;short sem mengejut;

assalamualaikum semua...

wah, dah lama jugak aku x update blog ni. ke mn aku menghilang eh? aku x ke mn2 pun. aku ade je. cumanya skrg ni aku sgt la busy nk urus short sem. eh, bukn ke kau kata kau x register short sem?? a'ah. mmg pn. thats y la aku cam busy sket, kelam kabut register short sem tu. turun naik department accounting tu. ni semua sbb aku x dpt kerja. and papa aku sruh aku blaja. dr sebok nk cr keje part time tu. huhu. ksian.

aku dtg kL last sunday ngn abg aku. try jugak add subjects manually. tapi x thu la dpt ke x. tp aku x nk dh ckp psal subject tu. aku rasa harapan sgt la tipis nk dpt those subjects. yg aku lg stress, aku dh dpt add subject english. tp last2 minute smlam, system dh drop kan subject english aku tu. sdih sgt. aku punya la taruh hrapan tggi kt subject english tu.

smlm mmg hari yg sgt sdih bg aku. pagi semlm jugak, aku trus reg mahallah sbb ak dh ykin yg aku dpt english tu. aku register mahallah tu pn b4 aku dpt thu yg aku x dpt subject english tu. klu aku thu awl2 yg aku x dpt subejct eng, aku x kn reg kot mahallah tu. bia je aku merempat kt blik org dlu. ms aku register tu, akak office ckp aku ade compound. ya Allah.. aku mmg tekejut sgt. then, diorang tnjuk 1 gmbr psal compartment aku. mmg ade bnyk brg. tp tu mmg bukn brg2 aku. ya Allah. jhat gla org yg tggal brg2 dlm bilik aku tu. aku pn dh siap appeal surt tuk principal. yela. mmg bukn slah aku kot. aku pnya la tggal brg2 kt stor. plus, smpai senget benget kete ayh aku ms dtg ambik aku. betapa bnykknya brg2 aku. n, betapa aku x de nya tggal brg2 aku kt compartment sndr. agk2 la. aku pn dh thu yg aku x nk bt ss. msti la aku x tggal brg2 aku tuh.

aku mmg mrah gila ngn org yg tggal brg2 die kt bilik aku. aku mmg x halal kot sbb die dh kotorkan nm aku. if aku mmg kne byar compound tu, aku mmg x halal pape pn. seriously. aku mmg mrah.

ok la. dh x guna nk ckp bnyk. aku nk lyan tv la jap. pnat mrah2 neh.

i love you all!!

Sunday, April 24, 2011

;itu aku;

assalamualaikum semua...

ingat nak update blog ni semalam. sekali, malas la pulak. asyik sangat layan k-pop plus duk usha blog orang. hehe. makanya aku terpaksa la update blog hari ni. today aku tak kemas bilik lagi. semalam penat kot mengemas bilik besar tu. tak siap2 jugak. semalam je aku kemas barang2 yang aku bawak balik dari uia. banyak kot. baru la aku realised yang barang aku sangat banyak okay. tak campur lagi dengan barang yang sedia ada dalam rumah ni. rasa nak buang je barang2 yang banyak tu. aish.

dalam duk kemas2 tu, aku pun kira la berapa tudung and shawl aku ade. ok, tudung dalam lebih kurang 30 helai. shawl pulak lebih kurang 50 helai. tudung express 5 helai je. and yang aku selalu pakai just 2 helai yang plain punya. then inner pulak lebih kurang 20 helai. mak aih.. gila banyak kot. tapi kenapa la aku rasa macam tak de tudung and shawl yang aku nak pakai. pelik jugak. sampai aku beli shawl baru dengan my cousin. meh sini aku nak promote blog die. cousin aku ni jual shawl import ok. material die sangat best. and seriously tak kan jumpa kat mana2 blogshop. kalau jumpa pun, selepas cousin aku ni dah habis jual die punya shawl. it means, cousin aku la yang jumpa dulu shawl2 ni. haha. aku suka je beli ngan die. sebab tak nak sama ngan orang lain. haha. nak usha blogshop die? sila usha ye...

alamak, camera plak pesa pinjam. saje la tu nak test camera aku. haha. jahat. dia pinjam kejap. katanya lens rosak. ganas betul. ape motif aku cakap pasal camera? yela, tak leh la aku nak snap gambar nak kasi tunjuk kat korang. nak menunjuk la tu. haha. a'ah. tak baik menunjuk. ok, bagus gak tak de camera ni. pulak. mengarut la kau ni ira. 

pas penat kemas bilik, aku turun bawah tolong mak aku buat puding cocktail. senang, mudah, simple. puding ni tak yah guna agar2. just guna tepung castard je. nak recipe? ok. aku bagi. kotang jangan lupa try kat rumah plak. gerenti sedap. tu pun kalau korang pandai buat la. haha.

1/2 packet tepung castard (tak kesah brand ape pun)
1 tin susu cair
1 liter air (boleh ikut kesesuain actually)
sedikit susu pekat (just untuk bg rs mnis)
sedikit gula
cocktail dalam tin

  1.  tuangkan susu cair bersama tepung castard yang telah di cairkan terlebih dulu menggunakan air biasa ke dalam periuk. masukkan air 1 liter. kemudian tambahkan sedikit susu pekat and gula.
  2. kacau sehingga die betul2 masak and mendidih.
  3. letak kan bahan2 yang telah di masak tadi ke dalam bekas acuan kecik2 (nak bagi senang makan)
  4. tunggu sehingga sejuk sikit. then baru la letak cocktail tadi sikit2. ltak sekali dengan airnya
  5. simpan dalam peti ais. then boleh makan bila dah sejuk.
selamat mencuba ye kawan2.
sorry jugak sebab tak dapat nak snap picture. camera fon tak canggih sangat. huhu. ok la. nak kena tolong my mom masak. today punya lunch ialah laksa. request by my lil bro. nanti update lagi. hehe. thanks for reading this blog.

i love you all kawan!!

Monday, April 11, 2011

;it's over;

assalamualaikum to all readers yang di sayangi...

oh tittle di atas tak memberi maksud apa2 pun. just nak cakap yang aku dah habis exam for this semester. tapi, tak sure la dapat elok ke tak. still takut. ok dah tak nak fikir pasal exam. sekarang just nak enjoy dulu before result keluar. sangat la nervous okay. hehe...

bila dah habis exam ni, tak tahu la pulak nak buat apa. tapi, so far, aku dah habiskan koleksi episod running man yang ada dalam hard disk. tak sabar nak dapatkan episod 31. macam nervous je. tgk die punya preview. malas pulak nak download sendiri. kat bilik ni line cam slow sikit. tak pe la. nanti nak layan vampire diaries la dulu. then layan secret garden. kecoh orang cakap cerita tu sedap. aku malas nak tengok drama ni. lambat sangat nak habis.. eh aku dah tak tahu nak cakap ape. see, bila time exam, macam2 dugaan datang. macam2 benda nak buat. bila dah ade banyak masa free ni, tak tahu la pulak nak buat ape.

oh, aku nak share 1 cerita masa aku jawab exam tadi. bagi aku lawak la. seriously. macam ni, time aku tengah khusyuk and excited nya nak jawab soalan tadi, datang la sorang invigilator ni, perempuan. datang arah aku, sambil senyum2. aku ni memang orang yang jenis suka senyum. so, aku pun senyum la jugak kat dia. aku dah pelik awal2 time die senyum kat aku. biasanya aku akan senyum kat orang dulu. ni, akak ni dah pelik senyum2 kat aku. tiba2 dia pun cakap...

akak tu: wah, cantiknya tudung, berkelip-kelip. dari jauh lagi dah nampak.
aku: tersenyum malu sambil nervous kena puji. 

LOL. lepas akak tu puji aku punya shawl, aku terus salah tulis jawapan. sampai tak ingat nak tulis apa. haa, sampai macam tu sekali effect dia kat aku. nasib baik akak tu just puji shawl aku je yang cantik. kalau dia puji aku yang cantik, alamatnya aku memang terus hantar paper tu. sebab dah blank tak tahu nak jawab apa. haha. lawak sangat wei. lupa la pulak nak snap 1 2 picture time pakai shawl tadi. haha. lawak tul akak tu.

ok lah. nak layan movie lagi. dah tak tahu nak tulis apa. nanti aku tulis lagi eh kawan2.

p/s: i love you all my readers.
p/s/s: oh, saya dah terpilih jadi top 30 yang contest mata cantik tu.
p/s/s/s: dulu dah jadi top 50. lupa lak nak cakap. hehe

Wednesday, December 8, 2010

semester break

hai and assalamualaikum semua.

sedar tak sedar yang kita sekarang dah di bulan December. teringat pulak saya dengan lagu my December by LP. huhu. maksudnya dah lama la saya ber holiday. maksudnya juga, semester break akan berakhir tak lama lagi. dan maksudnya lagi, semester baru bakal muncul. okay. baik lah. dah kena masuk belajar balik. lepas ni mesti saya akan kembali busy with assignments, classes, quizzes and tests. adoi. sangat penat kepala saya bila terbayangkan all those things. rasa nak cuti lagi. cepat la habis belajar. rasa macam nak kerja je. nak rasa pegang duit sendiri. tapi, bila dah kerja, mesti lagi penat, lagi busy. okay lah. i love being a student. hehe.

oh, this coming Saturday, saya dah nak kena ke KL balik. padahal saya baru je sampai semalam. hehe. ni la akibatnya kalau tak bawak semua benda ke KL that day. mama pun dah marah2 kenapa balik rumah lambat sangat. saya dah nak balik awal. tapi tak de orang nak belikan saya ticket. so, stay la saya kat KL sampai habis semua duit belanja. hehe. sampai dah boring sangat2 kat KL. mana tak boringnya. hari2 asyik terperap kat rumah jela. tak buat pape. tengok TV, on9. hehe.

esok saya nak kena pre reg subjek. aish. tak tahu la dapat ke tak. semuanya senior nak ambik. tinggal la sikit untuk junior yang lambat macam saya ni. hopefully cukup la 18. tak pun 21. sebabnya saya dah terlambat kot. nak kena cover balik yang tertinggal tu. so, kena la rajin sikit and add banyak subjek. baru la habis sama dengan orang lain. insyaAllah. Ameen.

ok lah. saya akan update lagi next time. insyaAllah. wish me luck okay.

i love you all!!

Wednesday, December 1, 2010

holiday okay!!

hai and assalamualaikum to all readers yang sudi membaca ini blog yang tak berapa nak best sangat neh. hehe. dah lama saya menyepi. biasa la. citi2 ni saya berholiday la. ke sana, ke sini. after habis exam that day, saya dah balik jerteh. pastu, 24th of November hari tu saya datang kL balik dengan my sister in law. sebabnya, saya nak berholiday di pD. hehe. honestly, this is the first time saya ke pD. gila jakun weyh tengok pantai. hehe.

actually, ni bukanlah holiday family. saya saje join reunion my sister, juhe. haha. gila nak sebok. tapi kan, yang tak tahannya tu, my mama pun nak join sekali. haha. boleh pulak camtu. mesti dia boring stay kat rumah with papa jek. hari2 kot dia call. saya layankan aje la. hehe. on the way nak ke kL, my sis in law belikan banyak ikan. semuanya fresh. I LOVE FISH. so much okay!

hari khamis tu saya tak ke mana pun. just ikut my sis in law pergi service kereta. since it takes time untuk service 1 1 kereta, my sis in law hantar saya, juhe, adik and abang miqdad ke jusco Balakong. seriously lama gila my sis in law service kereta. orang ramai kot. penat kitorang jalan2 kat jusco tu. sempat gak saya beli baju. hehe. tapi saya tak sempat nak shopping kat orange sorbet. saya nak beli 1 baju ni. cantik nd murah okay. sekarang kan sale. hehe. after service kereta, kitorang lepak kat rumah my sister. dekat cheras gak. malam baru pulang ke rumah. balik je terus saya makan masakan yang dimasak oleh mak(my sis in law punya mak). woh, sedap okay! saya makan sangat banyak. hehe. yag tak leh blah lagi ialah, saya terus tido pas dinner. tapi, sempat la cuci pinggan mangkuk.

sok hari pulak, hari jumaat, saya ber hang out with syue and juhe. kitorang ke OU. saje jenjalan. syue nd juhe shopping sakan kot. saya? hehe. just cuci mata. tapi i bought a shawl. untuk di pakai time kat pD la. hehe. kitorang kena balik awal sebab malam tu kitorang nak kena patah balik ke gombak, then patah balik ke cheras. tido kat rumah my sis kat cheras, soknya senang terus gerak dari cheras je ke pD. tapi, before balik tu, sempat lagi kitorang ber karaoke kat mines. hehe. suara dah la sumbang mambang. seriously main hentam jek nyanyi. haha. balik rumah that night, kitorang makan best gak. sup daging. mantap lah. hehe. kul 11 gerak dari gombak ke cheras. then terus tido.

keesokan paginya(cheewah), kitrang ingat nak pergi MAHA dulu before gerak ke seremban. tapi, dah tak sempat kot. terus je ke seremban. sampai kat seremban, kitorang terpaksa tunggu kejap. then baru gerak ke pD. sampai jek, terus check in. best kot. bilik straight nampak pantai. apartment yang kitorang stay ni sangat la besar. murah pulak tu. after rest jap, kitorang lunch. then terus terjun ke dalam pantai. tapi, berenang macam itik daa. yela, air cetek je kot. pastu, kitorang terjun lak ke dalam swimming pool. malam tu tak buat pape pun. just bbq jek. dah la start lambat. kitorang habis lepak malam tu kul 3 pagi okay. tapi, sangat la enjoy. asyik gelak jek. hehe.

pagi sok tu, dah nak gerak balik ke destinasi masing2. kitorang balik ikut my brother in law. oh, before that, my bro in law pun ade kat pD. family day sapura. tapi die stay kat hotel mahal la. huhu. kitorang plan nak gi MAHA. tapi, bila dah half way, kitorang give up. hujan n banyak sangat orang. so, kitorang balik rumah my sis. sampai jek, saya terus tido. penat okay jadi co pilot neh. hehe. bangun2 je dah petang sangat2. malam tu dinner kat western cafe yang sangat best and superb tu. saya macam biasa la. makan lamb chop. hehe. saya nad adik stay kat rumah kak ti. juhe terpaksa balik ke gombak malam tu jugak sebab my sis in law nak guna kereta.

soknya, kitorang tak stop lagi. walaupun sangat penat, kitorang teruskan lagi holiday kitorang. hehe. this time kitorang ke sunway pyramid lak. main ice skating la katekan. tapi bukanlah pandai sangat nak main. orang ramai sangat. semuanya pandai and laju. saya sedikit takut di situ. so, saya pun slow2 jela. plus sangat penat kaki. apa punya bahasa pun saya tak tahu. hehe. petang baru kitorang pulang ke rumah. after that ke gombak rumah my brother sebab nak makan laksa. delicious. hehe. malam tu stay tido kat cheras lagi. dengan juhe skali. sebabnya kitorang ade palan lagi soknya. hehe.

bangun pagi2, siap2, breakfast and terus ke MAHA. akhirnya sampai gak saya kat MAHA neh. seronok okay. banyak gerai. penat kaki nak berjalan. tapi, half way, hujan turun dengan lebatnya. kitorang terpaksa beli payung untuk ke kereta. tapi sangat seronok ke MAHA. hehe. balik petang tu, siap2, ambik my sis kat office, then makan satay. tiba2 my bro in law nak ke rumah kakaknya. kat sana pun kitorang makan nasi lagi. haha. gila kenyang malam tu. balik rumah je terus tido. sangat penat okay. seharian keluar jalan2. mata pun sangat penat bila pakai lens. huhu.

berakhir lah holiday saya. tapi saya still kat kL. tak balik jerteh lagi. tak tahu bila mahu pulang. UIA bakal di buka 12hb. saya pulak tak sure nak balik ke tak. tapi barang2 banyak lagi tertinggal di jerteh. tapi, saya akan balik. hehe. dah kehabisan wang saya di sini.

ok lah kawan2. nanti saya update lagi. sudah penat berfikir and menaip. mahu masak nasi pulaks. lapar okay. hehe.

i love you all kawan2.

Tuesday, November 23, 2010

~businesswomen~

assalamualaikum and hai to all readers...

kawan2, saya sebenarnya nak mulakan dunia perniagaan. berniaga biasa2 jek. tapi saya takut tak dapat sambutan pulaks. hehe. actually, family saya memang suka berniaga. as a daughter to a businessman, saya jugak berminat. hehe. maybe sebab tu la sekarang i'm taking accounting (walaupun tak berapa pandai sangat). hehe.

agak2 la kan, ade tak orang nak beli ape yang saya jual? hehe. gila punya soalan kah. saya tak berapa yakin la. tapi still gak nak menjual. nanti, bila saya dah jual barang dagangan saya tu, kawan2 nak beli tak? beli la, beli la (hei, ade ke main paksa orang beli). aish. kelakar pulaks. apa2 pun, saya tetap gak nak menjual. hehe. nanti kawan2 beli eh? huhu.

nanti saya menulis lagi kayh? saya nak kemas bag. sok nak pergi kL. saje nak menggediks kat sane. tak cukup gediks la kat sini. ngeh3.

i love you all. do love me back. hehe.

Monday, November 8, 2010

saya mahu bebas

hai and assalamualaikum....

dah lama tak hupdate. bukan malas. tapi focus untuk exam. saya bukan la nak cakap saya ni rajin. tapi mesti la kena belajar if nak berjaya kan? haha. entah pape jek. starting pun dah tak best. cane la nak bagi orang suka blog neh. patut la follower tak ramai. ngeh3.

currently kat rumah kak ti. bangun pagi je terus online. bukan nak belajar ke, mandi ke. aish. buruk sungguh perangai kamu neh anak dara. haha. ok la. actually, saya cari charger. sebabnya saya punya tak bawak balik rumah. tiba2 saya terjumpa cable pulak. so, kena la bukak laptop. bila dah bukak, mesti la nak kena guna kan. apa lagi, sambil menyelam minum air lah. haha. online jap. jap gi bukak buku balik. hehe. bila dekat UIA, saya sangat jarang online. kadang2 jek. sebab malas nak kuarkan laptop dari bag pastu nak kena kemas balik. kadang2 punya sifat malas ni bagus jugak kan? haha. ajaran sesat pulak kau ira.

lambatnya nak habis exam. saya dah penat baca buku yang banyak tuh. saya ada lagi 2 papers before saya balik cuti. 2 papers tu dekat2 jek. aish. nanti saya mesti penat nak study. haha. ape pun still kena study gak. yang 12 tu paper yang sangat penting buat saya. nak kena lepas sebab next semester saya harus jugak ambik paper yang after that. banyak lagi kot. aish. buat saya risau jek. tapi usaha la dulu ye. hehe.

today jugak saya akan balik UIA balik. dengan room mate saya syue tu la. hehe. rumah dia pun dekat cheras gak. dekat sangat dengan rumah my sister neh. hehe. ok la. saya nak kena stop dulu. walaupun tak de cerita yang menarik, saya still gak nak post something kat wall neh. haha. sangat la tak menarik ok.

oh ya. one more thing. if sesiapa yang sangat berminat dengan shawl or pashmina or whatsoever yang korang panggil tu, sila la berkunjung ke blog my cousin yang sangat comel neh. saya nak cakap kat sini terus eh? if korang cakap dia jual sangat mahal, korang memang silap la. semua shawl dia imported ok. and korang takkan jumpa kat kedai biasa. hanya di blog shop my cousin ni je. so, if interested, dont hesitate to grab 1 piece. if nak banyak pun boleh gak. hehe.

ok. nanti saya akan update lagi ye. i love you all!!!

Sunday, October 31, 2010

exam mode ^_^

hai and assalamualaikum.....

dear all readers..
ceewah. permulaan ayat aku memang tak leh blah. haha. pagi2 bangun terus online. katil pun tak kemas lagi. teruk betul perangai kanak2 aku neh. tak pe. jap gi aku settle kan la. online jap. sebabnya pagi2 ni line macam laju sikit. so, if nak tengok video or gambar2 dalam facebook, time ni la aku tengok. nak cuci mata ke. opps. jangan salah anggap okay. cuci mata tengok barang online lah. shopping la kunun. hehe. baru je tengok baju2 kat saya memang suka penuhkan lemari baju. haha. seronok tgk baju2 yang cantik tu. rasa nak beli semua yang saya berkenan. tapi masalah sekarang ialah duit okay. saya dah la nak kena berjimat neh. nak pergi holiday la. nak beli camera baru la. oh. by the way, camera yang saya nak dulu, dah tak de jual. so, saya dah aim 1 camera neh. menarik gak la. jum tgk if menarik ke x. hehe.




hehe. semuanya model yang sama. tapi gambar yang berbeza. ni the latest model yang saya tahu la. saya dah tengok benda ni live. harga dia pun not bad la walaupun baru lagi. ni model d3100. yang saya nak dulu d3000. tapi saya still nak yang model lama tu. nanti la saya try bincang dengan my brother. oh, kenapa saya semakin nak benda alah ni ek? camni, next semester, saya dah kena ambik skill. so, saya dapat skill photography. mula2 nak menjahit. tapi saya rasa macam tak menjahit je nanti. huhu. so, saya ambik la yang photography neh. hehe.

ok dah settle pasal cerita camera. sekarang saya nak cerita pasal interest saya yang semakin menjadi-jadi lately neh. saya suka sangat la pakai shawl. dulu pun suka jugak. tapi sekarang suka pakai shawl yang mahal and cantik. plus dengan inner. yela, saya ni tak cantik. so, kena la pakai something yang cantik. hehe. currently saya ade banyak sangat shawl cotton yang saya beli dari sepupu saya. if nak tengok, sila klik di sini. banyak la shawl yang dia jual. yang saya tahu, shawl cotton yang dia jual before ni memang mendapat sambutan hangat la. saya pun ambik banyak kot. walaupun tak de baju nak pakai. tamak sungguh. huhu. pastu, bila dah gila kan shawl yang cantik, saya pulak nak ade inner yang macam2 kaler dia. so, banyak la koleksi inner saya ade. hehe. tapi 1 masalah saya ialah, saya terpaksa pakai lens if nak pakai shawl. huhu. power mata saya ni dah semakin banyak. risau pulak. tapi nak buat macam mana. dah nak bergaya. haha. poyo. ok la. saya nak tunjuk sikit muka saya yang tak cantik ni bila pakai shawl and inner. hehe.

inner ni best. sejuk je. saya beli murah sangat. shawl ni sangat common la. ramai je orang yang pakai. hehe.

inner pun sama best dengan yang atas. beli dekat tmpat sama. shawl ni pulak saya beli dengan cousin saya. cotton. sangat shedap bila pakai. senang, kemas. tapi ni kakak saya punya. saya dah pakai dulu. ngeh3.

ni pulak inner syue. ngeh3. mesti korang nak cakap yang saya ni asyik pinjam orang punya je kan? kate suka shawl. tapi asyik pinjam orang punya. tak de la. ni saya beli untuk saya. tapi, saya dah bagi hadiah birthday untuk syue. saya yang bagi dia buat pilihan. dia suka yang ni. so, saya bagi la. ni pun saya beli dengan cousin saya yang cantik tuh. hehe.

ok la kawan2. lain2 shawl saya akan update lagi ye. buat masa sekarang ni tak pakai shawl lagi. sebabnya mata saya ni macam ade problem je sikit. tak boleh nak pakai lens. so pakai spec je 24/7. hehe.

nanti saya update lagi okay. nak pergi mandi and belajar. saya still ade 5 papers untuk fight. huhu.

i love you all!!!

Wednesday, October 27, 2010

let the pictures tell the story ^_^

hye and assalamualaikum...
entry this time saya tak nak bercerita. just nak share picture time interview Media Prima last 2 weeks. hehe.

studio mhi,wanita hari ini...(sedikit gelap,lampu x switch on)

lobby Media Prima

with fafau

live at bilik berita ntv7

*iklan*

kami bertiga

with aziz desa~nasi lemak kopi o

with the CFO Media Prima n CFO Aljazeera

Tuesday, October 19, 2010

penat yang amat!!!

hye and assalamualaikum semua....

sangat penat ok!! saya ingat dah boleh bernafas dengan baik and dah boleh bersedia untuk final. rupa2nya belum lagi. hehe. pagi tadi saya terpaksa bangun awal untuk ke MEDIA PRIMA. interview pasal kerja ni lah. aish. penat kot. dah la semalam tidur awal. huhu. kitorang dah lambat pergi ke Media Prima sebab ada masalah teknikal sikit. saya dah rasa sedikit gelabah kot. nasib baik la pak cik si syamim neh, salah sorang group mate saya kenal dengan orang yang saya nak interview neh. so, kitorang di layan cam VVIP ok. sangat best. haha.

mula2 sampai kitorang dah di beri parking. then di sebabkan lambat lagi nak jumpa orang tu, kitorang pun di bawa ke sekitar Media Prima tuh. most tempat kitorang pergi. mula2 tengok studio tempat diorang buat Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini. tapi tak de pape pun kat situ sebab diorang ade liputan kat PWTC. so, gelap la tempatnya. tapi kitorang ambik gmbr camtu2 je. gelap. hehe.

then kitorang di bawak melihat tempat2 dJ radio bekerja. hot fm, fly, and one.ok la. pastu tibe2 dah nak kena naik untuk interview session. kitorang cam nervous gak la. tapi rupa2nya orang yang kitorang interview ni sangat cool simple. haha. padahal dia adalah seorang CFO okay. aish. nama beliau adalah Encik Muhamad Arif b Ibrahim. dia adalah CFO Media Prima. sangat sempoi orangnya. interview session kejap je sebab dia busy. nasib baik dia nak entertain kitorang. huhu.

then, settle interview, kitorang di bawa ke bawah untuk jumpa dengan Encik Rashid. En Rashid ni orang yang bertanggungjawab if tv korang tiba2 gelap. so, call la dia. hehe. dia boleh access semua tempat kot di Media Prima tuh. time kat bawah tu, kitorang jumpa jehan, fara fauzana, aziz desa, leya. tapi kitorang dapat bergambar dengan fafau and aziz desa jek. huhu.

then, kitorang di bawa pulak ke stesen ntv 7. kat situ diorang tunjuk cane set tempat baca berita. actually dia just tempat kosong kaler hijau jek. tapi bila dah guna teknologi yang makin canggih neh, menarik la jadinya. so, ape yang kita tengok kat tv tu bukan la real. tu hanyalah trick computer jek. huhu. ingat nak pergi ke buletin utama punya set, tapi dah tak sempat. sebabnya diorang sebok nak belanja kitorang makan. hehe. lagi 1 kitorang ketinggalan nak join nasi lemak kopi o. huhu. sempat jumpa aziz jek. ok lah tu.

after makan, kitorang say thanks kat thise people yang buat kitorang sangat happy today. huhu. sangat seronok di layan macam VVIP. hehe. before balik, kitorang sempat lagi brgambar kat situ. sebagaio bukti interview kami. sebabnya dia tak bagi kitorang record interview tu. then kitorang gerak ke kL central sebab bFF saya nak beli tiket balik perak.

sampai kat bilik je saya terus tidur. penat sangat kot. hehe. tapi sangat seronok.

ok la untuk this time. saya nak sambung buat report. nak kena submit on tuesday. post kali ni saya tak boleh nak letak picture lagi. sebabnya semua picture ngan group mate saya. sabar jela. next post saya letak picture jek. okay?

hehe. i'll update soon.
i love u all!!

Thursday, October 14, 2010

::.the time is running out.::

hai and assalamualaikum...

kawan2... lama betul tak update blog neh. haha. saya rasa starting ayat saya mesti sama punya la. pasal dah lama tak update blog. haha. yela. saya kena say sorry sebab saya rasa ramai yang membaca and follow blog saya walaupun tak follow betul2.(haha. perasan sikit). saya sangat busy ok. sampai tidur pun still fikir pasal assignment and macam2 lagi. sangat sedih kot. tidur pun tak lena. tapi makan ok je. sebab saya takut sakit. so, saya makan jela. tapi badan2 saya rasa sangat penat. rasa nak massage je. kan best.

ok lah. today dah jumaat. saya rasa macam dah boleh bernafas sikit la so far. 2 assignments dah settle and dah hantar. praise to Allah. saya ade lagi 1 report project OB nak kena hantar, pastu presentation OB, interview untuk BF and lastly report BF. tak sabar rasanya nak pergi interview and siapkan semua assignment. malam ni saya ade discussion OB. nak siapkan project yang banyak tu. saya nak settle semua benda cepat2 sebab nak focus study pulak. saya sangat takut. macam2 nak kena cover balik. aish.

saya perlukan motivation. tadi dah post kat facebook pasal ni. ramai yang bagi saya support. saya takut saya tak yakin. tapi kita kan ade Allah. so, kita tak boleh hilang hope tu. kena yakin la sikit. ye! saya akan berusaha dengan gigihnya. hehe. insyaAllah.

actually saya penat sangat sekarang ni. semalam tidur lambat. then pagi tadi pulak terpaksa bangun awal untuk siapkan assignments yang nak kena hantar today. nasib baik dah siap. so, boleh la saya bernafas dengan lega sekarang. walaupun tak lega sangat.

ok lah. nak pergi solat and tido sikit. haha. nanti bangun layan muvie ke. kuang3..

i'll update soon. i love you all!!

Sunday, October 10, 2010

dinner yang menarik

hai and assalamualaikum....

too many stories nak share dengan semua. tapi tak tahu nak start dengan ape. hehe. actually, tak de story sangat pun. saje je. last update pun hari jumaat. so, tak banyak sangat benda happen. tapi, on friday, saya ade dinner dengan team Amazing Race BACC. seronok sangat. semua orang have fun. restaurant dia simple je. tapi makanan dia, pergh sedap sangat. harga pun reasonable la dengan makanan yang banyak. kitorang makan sampai licin. sebab memang superb la. kitorang sampai kat restaurant tu dah lambat. after isya' baru gerak. sebab tunggu semua dulu. tema malam tu bebas. tiba2 saya terpakai baju yang cantik (for me la kan). haha. orang lain semua pakai biasa2 je. t-shirt and jeans. saya dah malu. mula2 saya memang nak pakai jeans n t-shirt je. tapi t-shirt saya pendek. tak selesa rasa. so, saya pakai la baju yang labuh neh. dah la kaler dia striking (boleh tahan la). haha. sib baik semua orang tak kesah. semua orang dah gelakkan saya. poyo sangat. bajet dapat award la if ade award untuk baju cantik. haha. malu jek.

mata kucing. hehe.

sotong cheese. sedap sangat!!

semua ni pun sedap. ayam, tomyam, daging and sayur.

air ni pun best gak. hehe.

pose lepas kenyang. haha.

left: k.hafsah c photographer
right: k.aisyah c program manager dinner

kami di meja ke 2.

the guys :))

pose kenyang :))



ecah semangat bercerita :))



lepas dinner, kitorang main 1 game. nama dia mafia. game dia macam best gak la. seram pun ade. dalam game tu, ade orang kampung, mafia, doktor and spy. mafia akn pilih nk bunuh sape. mula2 semua orang kena tutup mata. then mafia buka mata untuk pilih nak bunuh sape. then doktor pulak bukak mata untuk selamatkan sape. then part spy pulak saya tak berapa faham macam mana. then, kitorang kena main till abis. if mafia lebih ramai dari orang kampung, mafia menang. and vice versa. seronok la. ni idea kak aisyah.

p/s : korang enjoy jela dengan pictures di bawah ni ye. dah penat nak bercerita. hehe.









lepas habis main game, kitorang sempat lagi snap picture. even kedai dah nak tutup. haha. sangat la gila bergambar. tak cukup dengan dalam kedai, luar kedai pun kitorang conquer gak. pulak tu, atas jalan oke kawan2. haha. enjoy jela ye. :))












thanks semua kerana sudi meluangkan masa yang lama kat sini untuk melihat pictures and membaca cerita saya yang tak best neh. haha.

nanti saya update lagi ye. insyaAllah. sebabnya saya bila dah masuk weekdays ni mesti busy sangat2. dengan assignment yang tak siap2 lagi la. lepas tu dengan group discussion lagi. quiz yang still berbaki. huhu. sangat la penat hidup as a student accounting kat iium neh.

ok la. saya nak sambung buat kerja sket. then nak tido because sok saya ade class pagi.

i love you all!!

Friday, October 8, 2010

super duper busy body

hai and assalamualaikum....

ya Allah!!! dateline for assignments dah dekat. tapi saya still tak dapat nak settle semua assignments. group discussions pun banyak lagi tak settle. so, tak discuss sangat la. takutnya. saya tak nak masuk hospital sebab sesak nafas. banyak lagi kerja nak buat. haha.

ok. ok. saya nak bernafas dengan baik neh. semalam after class organizational behavior, saya kuar pergi mall with my sister and sister in law. ni semua sebab saya tension dengan kerja and so many things yang saya nak kena fikir lately neh. nasib baik semalam class business finance cancel. so, boleh la saya kuar berjalan-jalan dengan mereka2. haha. at least bila dapat jumpa family rasa cam release sikit tension tu. walaupun tak sepenuhnya. huhu. kitorang tak pergi jauh pun. just pergi alpha angle and setiawangsa. my sis la nak cari luggage katenya. tapi tak de pun. actually nak pergi sogo. tapi sebab dah lewat. so pergi yang dekat2 jela. my sis in law puasa. tiba2 dia rasa nak makan nandos la pulak. so, kitorang dinner kat nandos. for me la kan, saya tak suka sangat nandos. saya lagi suka kenny rogers. hehe. nandos macam biasa je. tapi layan jela sebab orang tolong bayarkan. haha.

ok settle sikit pasal problem tu bila dah jumpa family. hehe. balik bilik semalam, lepak bilik syue. saya suka sangat kacau hidup budak kecik neh. haha. dia baik. dia suka mendengar cerita2 saya. walaupun tak sedap. haha. redha jela my dear. kitorang lepak till midnight. sampai tergendala dia nak study. haha. kejam sungguh saya neh. saya balik bilik, yang sebelah bilik je. tak jauh pun. saya tukar baju and solat. tak mandi ok. sebab dah lewat malam. sejuk. hehe. pastu ber sms dengan bff ijah. dia risau sangat dengan study nya. same goes to me. tapi dia ade problem lain. soal hati kot. kesian dia. saya pulak jahat. tertidur tanpa reply message dia. haha. ngantuk sangat kot. plus penat. haha. sorry dear.

bff ijah: saya tak pandai berkata-kata. tapi saya cakap melalui pengalaman je tu. tapi, if kamu ade problem, still boleh share dengan saya. saya sudi lend my ear tuk kamu. anytime my dear. jangan upset. jangan sedih2.

ok lah. saya nak sambung kemas bilik then lunch. pastu nak sambung buat assignments yang banyak neh. saya suka je buat assignment. tapi, if senang. haha.
i will update later. love you all!!

Tuesday, October 5, 2010

it's already October ^-^

hai and assalamualaikum.....

dah masuk bulan 10 rupanya. saya still lagi terpaksa tinggal blog ni for a while. yela. banyak sangat kot benda yang nak perhatian. sangat penat currently. today je saya ade 3 quizes. pukul 10 tadi last quiz. company accounting. sangat la best chapter tu. tapi soalan macam biasa la. saje je nak trick student kan. ketuk kepala baru tahu. haha. saya main hentam je jawab. biasa la. saya tak tipu yang saya langsung tak study CA. saya just buat revision dengan madam pagi tadi and masa buat soalan tutor tadi. plus, saya tengok past sem punya quiz. thanks syue. my lovely and adorable roomate. walaupun dia dah tak jadi roomate saya, saya tetap consider dia as my roomate. by the way, dia girl friend saya. opss. jangan pulak ingat saya ni lesbian. dia sanagt baik. selalu tolng saya. in any situations. love her so much.


ok dah tak nak cakap pasal semua tu. sebab macam teruk je ape yang saya jawab. haha. sekarang ni sedang focus untuk assignment. sangat banyak okay. tak terkira. due date semuanya dekat. aish. rasa nak lari je. 1 hape pun tak start lagi. dengan presentation lagi. oh. by the way, final exam saya dah nak dekat. tapi subjek tak habis cover lagi. tak tahu la ape nak jadi dengan saya. angan2 nak pergi jalan2 dengan bFFs tersayang. tapi macam tinggal harapan je. haha. tapi saya tetap akan pergi. sebab nak release tension la katakan. nak pergi broga hill kot. orang cakap kat situ best. photo shoot ke. mesti menarik if ade slr. haha.


one more thing ialah, maher zain nak datang malaysia. more specific, die nak datang uia gombak. ye. haha. tapi saya tak dapat ticket. sebab saya ingat nak pergi yang full song kat shah alam. tapi ni pun harapan tinggal harapan. abang saya cakap dia nak dapatkan ticket untuk kitorang. tapi last minute dia cakap yang ticket dah sold out. concert tu dia buat 2 hari. 14 n 15. 2 2 pun sold out. maksudnya ramai sangat la orang yang minat dengan maher zain neh. aish. sape la baik hati yang nak jual ticket tu kat saya eh?? saya nak sangat pergi. tapi tak pe la. saya nak suruh maher zain datang lagi la lain kali. hehe.


ok lah. saya kena belajar. dah banyak rest ni. nak kena focus kat assignment yang banyak pulak. then fikir pasal final. huhu.


nanti saya bercerita lagi ye.

love you all!!

Friday, September 17, 2010

mix stories

hye and assalamualaikum...

rasanya dah lama sangat tak menulis kat sini. malas la. semuanya sebab busy. bila dah tertinggal 1 hari, rasa malas nak continue. huhu. tapi terpaksa gak menulis sikit sebab bila dah lama sangat tinggal benda alah ni, nanti lagi malas nak menulis. hehe. tak tahu nak cerita pun still banyak nak membebel. hehe.


ok lah. straight to the point. hari tu, time saya cuti raya, saya bukan main la nak balik awal ke rumah. yela. sebab tak pernah berbuka dengan masakan my mama. hehe. tapi, saya balik lambat jugak. last minute punya plan. saya cancel kan tiket saya 2nd of September, saya balik 6th of September dengan my sister in law. dengan anak buah sekali. plus, saya curik zariff dari mummy and daddy die. hehe. tu la sebabnya saya cancel tiket malam tu. saje nak bawak zariff balik. tibe2 je my brother in law give me a permission untuk bawak zariff balik dengan saya. actually, zariff memang dah kena balik dengan saya. sebabnya mummy and daddy zariff balik lambat. tapi, daddy nya tak kasi saya membawa zariff pulang. tapi last minute, kasi gak. aish. kasi susah cik su je. tapi cik su tak kesah. sebab zariff gemuk and cumel. hehe.


sampai je rumah, dah nak masuk waktu berbuka. my mama tak masak on that day sebab demam. beli jek. hehe. tapi kenyang gak la. malam tu, zariff nangis gila2. saya memang dah risau sangat. nasib baik ade ibu yang jaga zariff. saya memang sedih sangat. sebab dia nangis dengan semangatnya. saya siap cakap dengan my mama yang ni semua salah saya sebab bawak zariff balik. takut la dia rindu mummy die ke. sebab malam2 die mesti dengan mummy die. aish. rupa2nya dia sakit perut. habis sejuk semua anggota badan. badan die da masuk angin. kembung perut orang cakap. last2 dia tertidur dalam tangisan. kesian dia. huh. sorry.


esoknya kitorang stay kat rumah je. tak pergi mana2 pun. oh, btw, kanda juhe and adik ade kat rumah. tak de la boring sangat. juhe bising sebab saya balik lambat. haha. sorry. kitorang dah janji nak balik awal. nak pergi merayap ke kota bharu. hehe. tapi lek r. still ade masa. kitorang melepak kat rumah je on that day.


hari rabu, kitorang keluar ke kota bharu, saya, juhe, and adik. kitorang naik bus je. sebab tak nak berebut kereta dengan papa. nanti kitorang mesti kena balik awal sebab papa mesti nak guna kereta untuk ke masjid. saya and juhe beli kasut yang sama untuk raya. huhu. mula2 saya yang berkenan dulu. tapi tak ade size untuk kaki saya yang besar ni. then juhe ambik. tiba2 je saya rasa nak ambik gak. walaupun size kecik. haha. bukannya nak guna lama. lagipun kan stay dalam kereta je. bukannya nak kena jalan kaki. hehe. then beli la. pastu saya beli handbag yang agak cumel la (syok sendiri). ni hadiah dari zera zuryana. before balik cuti raya, dia dah bagi saya duit untuk beki handbag. banyak pulak tu. saya pun cari la bag yang exact dengan duit yang dia bagi. nasib baik ade. hehe. bag tu simple je. saya suka. yang buat saya lagi suka ialah dia kaler grey ok. haha. and kasut saya pun kaler grey. brtambah la kesukaan saya. haha. kitorang bali dah lambat. pastu kena marah dengan mama sebab tinggal adik balik sendiri. alaa. relax la. adik tu dah besar ok. dah 16 tahun pun. dah pandai jaga diri. adik pun teruk kena marah dengan mama. aish. kesian dia.


esoknya kitorang stay kat rumah je. rumah dah bertambah bising dengan kehadiran abang mad, kak eg and abang rizal. hehe. pastu time sahur tu, abang mi and kak chah sampai. meriah sangat time sahur tu sebab makan kena share kerusi. haha. sengaja tak nak makan kat meja besar. sebab nak rasa suasana bersahur yang bising tu. jalan nak pergi bandar jerteh sangat la busy. jem kot. aish. so, kitorang stay kat rumah, kemas rumah mana yang patut. yela, esoknya tu dah nak raya. tahun ni, again raya kat kelantan. tak balik ipoh pun. huhu.


pagi raya macam biasa. saya still tak pergi solat sunat hari raya sebab kena jaga baby2 plus saya bangun lambat ok. haha. biasa la. pas mandi2 and siap2, kena buat sesi fotografi pulak. aish. ni acara wajib family saya. plus tahun ni semua adik beradik berkumpul. tahun depan punya raya mesti sunyi. kitorang dah buat plan nak balik raya kat ipoh. hehe. saya suka la. sebab dah lama tak balik ipoh. huhu. pagi raya tu je duit raya dah banyak. ni la untungnya if ade adik beradik yang ramai yang dah kerja. dalam family saya, 3 orang je yang still belajar. so, duit raya banyak la untuk kitorang. hehe. seronok sangat. then kitorang raya kat rumah my uncle di pantai air tawar, bukit keluang. then straight ke kota bharu sampai malam. biasa la tu. malam tu saya kena cirit birit yang teruk. memang sakit sangat. bila saya siasat, bukan saya je yang sakit, orang lain pun ade yang kena gak. sangat sedih. huhu.


esoknya, destinasi kitorang still kota bharu. balik pun malam gak. sampai penat la kitorang beraya. tapi hari ni duit raya tak lumayan sangat. tak masyuk. and hari ni pun sangat penat sebab semalaman asyik membuang je. dah tak de tenaga. huhu. bali rumah malam after pergi party bbq kat rumah my cousin. balik je after mandi and sembahyang saya terus tidur. sebab penat membuang. cirit birit still tak hilang. tapi saya ok je. huhu.


raya ke-3 rumah saya buat open house. macam tahun2 before ni. tapi tahun ni tak ramai sangat yang datang. sebab terperangkap dalam traffic jem. kesian. mama masak best la. menu pun banyak pilihan. laksa, nasi lemak,nasi kerabu, satay, and many more. hehe. today pun saya banyak tetamu. bffs memang sporting habis. tapi open house saya sama dengan open house my bff ijah. sedih sangat sebab tak dapat jumpe dia raya tahun ni. tapi time puasa kitorang dah berjumpa.hehe. duit raya hari ni pun boleh dikatakan masyuk gak la. orang besar mesti dapat duit raya banyak2 sebab banyak nak guna duit. hehe. itu ayat my uncle. close house lambat gak la malam tu. sebab ramai yang sampai malam. mama dah kepenatan. papa pulak sampai terus tutup lampu after last tetamu. haha. kelakar. penat sangat kot.


hari raya ke 4 saya stay kat rumah je sebab dah penat dengan cirit birit. nasib baik ok jugak. huhu.


raya ke 5 saya dah gerak balik kL. awal kan? nak buat cane, saya ade test on 15th September. sangat sedih ok. saya memang tak tahu ape yang saya jawab. memang susah soalan dia. dah la kepala otak still kat rumah. yela. orang lain still beraya, saya dah kena menghadap paper. sedih. pastu, demam melanda. haha. lagi kesian.


ok la. dah penat menulis. banyak sangat cerita. tu la. sape suruh malas menulis lagi. hehe. nanti saya upload lagi. btw, tahun ni tak de gambar time raya. sebabnya camera saya dah rosak. aish. next year nak beli camera baru. yang menarik. hehe.


i love you all!!!

Thursday, July 29, 2010

ke busy an melanda

assalamualaikum semua.....
kawan-kawan, currently saya sangat la busy with macam-macam benda yang nak di buat. nak kena belajar, study, nak baby sit si zariff yang bulat and gemuk lagi. macam2 la. tapi still got time nak menulis. hehe. biasa la. sekarang free time. class 1 je pagi tadi. so, ade la masa untuk saya menulis. ingat nak tidur. tapi tak mengantuk pulak. petang ni for sure mengantuk. huhu. yela. class till 5 pm kot. huh. sangat la penat.
petang ni ingat nak pergi ict fair kat CAC, UIA. last tuesday dah pergi. today saje nak cuci mata plus nak teman soo beli hardisk. saya dah beli 1. WD,500gb for only rm209. ok ke? saya belasah je. janji murah. sebab saya nak guna segera. nak format lappy saya yang demam ni. dah teruk kot demamnya. huhu. lagi 1 saya beli battery rechargable untuk camera saya. ingat nak beli camera nikon d3000. tapi still tak mampu sebabnya macam-macam saya nak buat dengan duit saya sekarang ni. dah la tak cukup. mengada-ngada lak nak beli barang mahal2. huhu.
malam ni pulak saya ade tutorial BF. seronok gak la tutorial ni. sebabnya tutor ajar faham sikit la dari lecturer saya mengajar. hehe. lecturer saya ok je. cumanya dia cepat sangat. guna gear 6. tak sempat saya nak kejar. pastu pulak confius. huhu. so, the tutorial sangat la membantu saya and kawan2 dalam class.
one more thing. saya dah ade banyak assignment nak kena siapkan and nak kena hantar ASAP. aish. sangat la penat pikir pasal assignment ni. huhu. dah kata student. so, kena la sabar.
ok la...
perut saya dah berbunyi. lapar la tu. nak pergi isi jap. makanan dah ade. tinggal nak masuk mulut je. huhu.
nanti saya story morry lagi....

Friday, July 16, 2010

oh mozilla and google chrome

hai kawan2 semua and assalamualaikum....
huhu.hari ini sangat la best.cuaca mendung je. tak panas and tak hujan. tapi, tolong la panas sikit. aku jemur kain kot. nanti bila nak kering kain aku tu. haish. dah la kain banyak. tuk 2 hari. eh, tadi aku bukan main lagi bersyukur. sekarang marah2 lak. ape la. ini la manusia. tak pernah nak bersyukur. hehe. sorry.
ok la. aku bukan nak cerita pasal cuaca today. just nak cerita pasal tajuk kat atas tu haa. actually, bukan la tension sangat pun since aku still ade internet explorer. tapi masalahnya ialah, IE tu lambat sangat. aku nak buat kerja ngan cepat pun jadi lambat. masalah betul la. nasib baik kerja tak banyak lagi. if dah banyak sangat, aku pun tak tahu nak cakap ape. haha. sabar jela wahai hati.
disebabkan internet yang slow, aku nk online pun jadi malas. tapi aku dah janji ngan korang semua tuk update blog ni everyday. tapi dah jadi macam ni terpaksa la aku update kadang2. hehe. jangan marah. aku tahu ramai peminat aku. haha. (gila perasan). just kidding. followers pun tak ramai. aku ni tak macam bloggers lain. ramai lak pengikutnya. haha. poyo sungguh kamu ni ira. ok done!!!
minggu ni saya sangat la busy. banyak benda nak di buat. tomorrow nak pegi umah my uncle kat kuang, sungai buloh. majlis aqiqah my cousins' son. then tak tahu la acara family ape lak after that. then ari ahad lak ade date ngan my BFF kat second sekolah menengah. hehe. dah lama sangat tak lepak. banyak cerita nak di reveal kan. haha. bukan mengumpat ok. ni just hal masing2. hehe.
ok lah. aku banyak lagi kerja nak di buat. iron baju, kemas bilik and of course la baca buku. haha. aku student yang rajin. ngeh3. awal2 semester jela aku rajin ek? tapi sem ni aku mesti jadi super duper rajin oke. kalau tak, memang bahaya tuk result. huhu.
ok lah. aku kena stop dulu.
nanti update lagi ye.
hehe.
love you all!!!

Saturday, March 27, 2010

final exam,,,

assalamualaikum,,,
hye guys,,,
actually i have to post this last week,,
but i quite busy lorh,,,
and sometimes the wireless sangat lah lambat nak mati,,,
cam siput daaa,,,

haha,,,
ok la,,,
sesuai ngan tajuk di atas,,,
hehe,,,
aku malas la nak tulis panjang,,,
just nak update blog ni yang semakin sunyi,,,
hehe,,,

setakat today,,,
dah 3 exam aku lepas,,,
1) leadership & management,,,
ni pun kira exam gak la,,,
haha,,,

2) tilawah
ni pun aku consider as exam gak sebab penting benda tilawah ni,,,
if tak lepas,tak leh grad la aku jawabnya,,,
sib bek ustaz die cam sempoi jek,,,

3)fiqh & ethics for everyday life
huh,,,,
tadi baru aku habis exam ungs 2050 nih,,,
ok la,,,
hehe,,,
soklan die boleh tahan gak la tough nya,,
hehe,,,
tak tahu la result aku cane nanti,,,

tu jela exam yang dah settle so far,,,
aku tinggal lagi 5 papers,,,
5 papers kayh!!!
orang len da nak balik umah dah pun,,
aku je la yang terkial-kial belajar,,
haha,,,

5 papers more :))
1) intermediate accounting, 29th march 2010
subject ni agak killer gak la,,,
sampai aku tak tahu dah nak start belajar chapter mana,,,
padahal cover the whole book,,,
haha,,,
sengalicious ni,,,

2) business ethics, 30th march 2010
ni lagi satu subjek killer,,,
seriously,,,
aku tak tahu ape yang aku baca,,,
dah banyak kali kot aku baca benda ni,,,
tapi still tak dapat,,,
asal la susah benau ni,,,
kenapa la kite nak kena belajar ethics bagai,,,
haish,,
pening pikir,,,

3) fiqh for economist 3, 2nd april 2010
haha,,,
this subject i like most,,,
ngeh3,,,
tapi tak tahu la,,,
still tak yakin gak ngn myself,,,
huhu,,,
takut final kuar soklan susah,,,
hehe,,,

4) marketing principles, 4th april 2010
ni pun subject killer gak,,,
banyak benda nak kena ingat and hafal,,,
terms die sangat la menarik,,,
huhu,,,

5) cost management, 8th april 2010
last but not least,,,
hehe,,,
ni pun subject yang aku tak sure,,,
uwaaa,,,,
sejak masuk department accounting ni,,,
aku rasa belajar semakin susah la,,,
mencabar betul,,,
haish,,,

aku ade 1 lagi test,,,
UBS,,,
tuk accounting,,,
on 10th april 2010,,,,
aku tak tahu la nak consider this as test ke tak,,,
huhu,,,

hopefully aku dapat menjawab exam yang tinggal tu ngan bek,,,
haish,,,
takut sangat,,,
dah la next sem tak leh add short sem,,
sedih sungguh,,,
huhu,,,
duk rumah la aku jawabnya,,,
nak keje kot,,,
tapi my mom bagi ke???
haha,,,

k lah,,,
nak stop dulu,,,
nak sambung menjalankan tanggungjawab as a student,,,
hehe,,,
t saya update lagi kayh!!!

luv u all,,,

note tu my B,,,
luv u always!!!