jum jadi kawan,,,

Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

;student's life;

assalamualaikum and hai...

ni seriously lama gila tak menulis. rindu nak bercerita. tapi setiap kali nak menulis mesti terbantut ngan aktiviti lain. sem ni aku sangat la busy. asal weekend je aku kat padang. al maklum la aku join society. then society aku tu buat program lak. and yes. aku adalah orang penting gak. tapi haruslah dirahsiakan atas2 sebab keselamatan diri ini. ngeh3..

now dah nak masuk week 5 aku kat uia. kejap je masa berlalu. ni dah masuk bulan 10 pun. pastu 11. tup tup dah nak raya. sooooo many things happened last 4 weeks. and kebanyakannya pasal ESGAME. apa tu? oh actually ESGAME to stand for Economics Sports Game. just tuk students econs je. tapi ade je kuliyyah lain yang join since tak cukup participant for certain game such as netball and futsal female. tapi tapi.. kitorang committee pun terpaksa turun padang gak tuk main futsal. sebabnya tak cukup team okay. sangat la penat. tak de stamina at all. asyik pancit je. mula2 jadi striker. then tukar jadi keeper. boleh rehat2. haha.

next, aku sempat la jugak pegi warehouse clearance padini. sangat la sesak. ramai orang. sampaikan aku rasa nak pengsan. all items rm5. sape tak gila kan. aku sendiri pun sambar sampai 3 kasut, 1 bag and 1 baju. barang2 semua for sure la dah buruk kan. tapi haruslah pandai memilih. hehe. puas hati jugak la dapat serang tu. walaupun rasa nak pengsan sebab tak makan. huhu

last month jugak, which is the end of  moth, my roommate's birthday. die adalah SYUE. aku kan teringin sangat nak makan cake. actually aku nak makan chocolate moist. since die tak makan chocolate sangat, and aku takut tak sempat nak habis if aku beli choc moist, aku pun tukar la beli cheese choc. sedap jugak la. and share ngan the whole roommates. alhamdulillah laris jualan aku. hehe. and aku tak wish pun birthday die through fon. die cakap tak yah wish since kitorang sebilik. tapi, aku nak gak wish kat sini
"SYUE, HAPPY BIRTHDAY!! THANKS FOR BEING SUCH A WONDERFUL FRIEND TO ME. I LOVE U. BEST FRIEND FOREVER".
memang la tak sweet kot ayat aku. tapi at least aku try kan? haha. apa yang kau merepek ni manusia???

last month gak aku pulun habis2 kuar dating with my piji. even aku and die busy gila, kitorang still gak curi masa tuk kuar dating. every week je mesti jumpa. gila gediks kan. sebabnya.... die nak fly ke OZ. and now dah kat sana for a month. katanya ingin mencapai hasrat berlumba haram yang tak mampu dia lakukan di malaysia. oppssii... mintak jauh la semua tu. die bukan la mat rempit okei. die ade race. pasal kereta solar. katanya orang penting. haruslah pergi awal. so, on 4th October die pergi meninggalkan aku. bukan la pergi tuk selama-lamanya. aish. mintak jauh gak. walaupun hanya sebulan, aku tetap sedih kot. yela, aku tak pernah berpisah tanpa texting. seriously. die text ak sekali je sehari. more worst tak text langsung. sob sob. pity me. for those yang nak kate aku gediks tu, kata la. sebab sebulan kan. tapi aku yang rasa hokei. at least sekarang ni aku dah belajar la terima keadaan tu. bagus gak aku ni. haha. perasan!

ok la. aku dah penat nak menulis. ingatkan nak gak la tempek gambar2 kat sini. tapi menulis tak hengat dunia. macam karangan spm. so, next entry la aku taruk gambar. insyaAllah.

thanks for read this entry and this blog. i love you all so much!!


Thursday, May 19, 2011

;1st impression;

assalamualaikum to all readers yang disayangi.........

semalam, time aku duk kemas2 bilik ni, aku ade la terjumpa ketas2 kcik yang banyak. then, bila aku baca blik all those ketas, aku tergelak-gelak. ni semua pasal 1st impression orang kat aku. game ni aku main masa group binding kenms last semester. just untuk main board je. aku dari secretariat sport. as financial controller. 

semua orang kena tulis 1st impression someone ni kat ketas. so did i. ni aku nak reveal ape yang diorang tulis.
  1. sopan-haha. tlg jgn menipu okay
  2. baik-yg ni main ngn hati. x leh nk kata ape
  3. selalu senyum-ye. aku suka gila 'sedekah'. tp x penah la senyum sorang2. bahaya tu!
  4. nampak garang-haha. certain time kot. kalau dah muka tegang, x senyum, mmg la garang
  5. pendiam-kesian org yg tulis ni. tertipu ngn kesopanan aku. haha
  6. tak friendly-ni pun sgt x btul. aku ni punya la bnyk mlut. 24/7 ckp
  7. sangat berpotensi as a leader-yg ni ak mmg x thu die tgk tang mn. tang genuk perkasa kot. haha
  8. peramah-yes, i am
  9. friendly-sangat (ok, x perasan pun!)
  10. banyak cakap-memang pun. haha
  11. senang berkawan-sangat senang. sampai org tipu aku pn aku kwn lg
  12. aktif-yg ni msti sbb die tgk ak asyik terlompat-lompat time game. haha
  13. confident-yg ni sgt la kureng. aku ni neves orgnya. x confident sgt. control ayu kot die nk ckp. haha
  14. agak pendiam tapi pandai wat keje-haha. ape la kaitan pendiam ngn pndai wat keje??
  15. comel-mana bleh tgk fizikal. aish
  16. lawa-ak rs org tu nk tulis lawak. bukn lawa. tp sbb ms x de, t'tinggal 'k'. haha
  17. gelabah-yg ni mmg aku. tp kdg2 jela. haha
  18. tegas-tegas tang mn pn ak x thu. ak rs ak x mngarah time tu. erm..
  19. rajin-alaaa, just tlg2 org msak dh trus kne cop rjin. pdahal org lain pn tlg gk
  20. bertanggungjawab-cne org ni thu? ak pn x thu. rsnya ak ni kureng sket. x smua bnda la. haha. kantoi..
  21. sombong-maybe sbb ak asyik ngn secretariat aku je kot. dh kne cop. haha
  22. bising-ak mmg bsing. tp x de la bsing yg bsing bebeno. org ni msti dh knal ak in person
  23. ok
  24. tutup aurat lebih sikit-yg ni ak rs die bg nasihat sruh ak jgn seksi. ak sksi ke? kdg2 kot. ak akui. haha
  25. kecik-dh Allah bt ak ni tecik. aku redha jela. haha
  26. pilih kawan-yg ni punya explanation sm ngn yg sombomg tu. kot la...
  27. garang-aish. thu2 je die ak garang. ni mst ade org sebarkan cite psal ak. haha
  28. banyak songeh-hahahahahaha. ak x thu la ape yg aku dh sushkan die. smpai paap. trus kne bnda ni.
  29. sweet-haa, ni pn tgk fizikal jugak. x boleh!!
  30. sempoi-agk la. actually, the best word is selekeh. berlapik org ni ckp. haha
ok. thats all org punya 1st impression terhadap aku. ade yg lawak, ade yg btul. time game ni kite x tahu sape yang cakap semua ni kat kite. tu yg best. haha.

ok la. nak out dlu. nk baca buku cerita journal yang banyak tu. then nak kena buat summary. sedih. nak kena submit next week.

thanks for reading my blog. i love you all!!

Wednesday, May 18, 2011

;homesick;

assalamualaikum semua kawan2...

ok. agk lm jugak la aku tak update blog neh. sebabanya? sgt malas. and fikiran pn a lil bit bercelaru. yela. terpaksa buat ss. ak pnya hati and perasaan still kt umah kot. rindu my mama. rndu nk sepahkan dpur. rndu nk gaduh ngn my lil bro. ah.. serabut. nyesal x blik rumah ritu.... lmbtnya buln 6. ak nk jmpe family aku...

sekarang ni ak dh kt UIA. x lg di rumah abang aku. dah penat idup nomad. tp aku still x dpt nk kemas bilik. store room kunci pulak. aku nk ambik brg2 le. nk ambik iron board and iron. oh, currently aku stay kt bilik tuk next semester. nasib baik ade org. kalau x, aku mmg x nak buat ss. bila aku register ritu, ade 2 org junior yg stay kt bilik aku jugak. duk compartment b n d. of course la compartment a n d tuk aku n syue.. kesian dat girl kne stay sorang2 time aku x de. dh la wing aku ni sunyi. most of students yg buat ss stay kt wing sbelah. tp lvel atas ade plak org. bising lg.

1 hape pun aku x kemas ni. now dh ngntuk. dh la kasut tertinggal lam kete wira. oh, nnti aku dh x berkereta. sbbnya kereta tu dh nk kembali kpd tuannya. actually, kereta yg aku guna tu kereta company abg aku. die x guna la since die ade kereta sndiri. if outstation je dia akn guna that car. kereta tu biasanya ngn aku jek. dh bnyak tempat aku gi ngn kete tu. sdih sgt. sob sob..

ok la. nk tido. sok nk kne smbung kemas bilik, iron baju 1 almari. haha. gudnite smua. thanks for reading my blog. i do love you all!!

p/s: dh lm sgt x guna cam canon yg tecik tuh. ksian die aku dh abaikan since dh dpt cam canggih tu.
p/s/s: thinking of doing something with them this friday.
p/s/s/s: ak tukar bilik. tp kt sbelah je. and also tukar compartment. dh lm x duk compartment a. hehe.
p/s/s/s/s: nk bersihkan hd yg bnyk sgt virus neh. mn la ak nk cmpak 'bnda2' dlm neh...

Wednesday, May 11, 2011

;short sem mengejut;

assalamualaikum semua...

wah, dah lama jugak aku x update blog ni. ke mn aku menghilang eh? aku x ke mn2 pun. aku ade je. cumanya skrg ni aku sgt la busy nk urus short sem. eh, bukn ke kau kata kau x register short sem?? a'ah. mmg pn. thats y la aku cam busy sket, kelam kabut register short sem tu. turun naik department accounting tu. ni semua sbb aku x dpt kerja. and papa aku sruh aku blaja. dr sebok nk cr keje part time tu. huhu. ksian.

aku dtg kL last sunday ngn abg aku. try jugak add subjects manually. tapi x thu la dpt ke x. tp aku x nk dh ckp psal subject tu. aku rasa harapan sgt la tipis nk dpt those subjects. yg aku lg stress, aku dh dpt add subject english. tp last2 minute smlam, system dh drop kan subject english aku tu. sdih sgt. aku punya la taruh hrapan tggi kt subject english tu.

smlm mmg hari yg sgt sdih bg aku. pagi semlm jugak, aku trus reg mahallah sbb ak dh ykin yg aku dpt english tu. aku register mahallah tu pn b4 aku dpt thu yg aku x dpt subject english tu. klu aku thu awl2 yg aku x dpt subejct eng, aku x kn reg kot mahallah tu. bia je aku merempat kt blik org dlu. ms aku register tu, akak office ckp aku ade compound. ya Allah.. aku mmg tekejut sgt. then, diorang tnjuk 1 gmbr psal compartment aku. mmg ade bnyk brg. tp tu mmg bukn brg2 aku. ya Allah. jhat gla org yg tggal brg2 dlm bilik aku tu. aku pn dh siap appeal surt tuk principal. yela. mmg bukn slah aku kot. aku pnya la tggal brg2 kt stor. plus, smpai senget benget kete ayh aku ms dtg ambik aku. betapa bnykknya brg2 aku. n, betapa aku x de nya tggal brg2 aku kt compartment sndr. agk2 la. aku pn dh thu yg aku x nk bt ss. msti la aku x tggal brg2 aku tuh.

aku mmg mrah gila ngn org yg tggal brg2 die kt bilik aku. aku mmg x halal kot sbb die dh kotorkan nm aku. if aku mmg kne byar compound tu, aku mmg x halal pape pn. seriously. aku mmg mrah.

ok la. dh x guna nk ckp bnyk. aku nk lyan tv la jap. pnat mrah2 neh.

i love you all!!

Friday, May 6, 2011

;aku dan bunyi;

assalamualaikum ye kawan2 semua yang di sayangi..............

oh, tittle di atas tak de kaitan ngan penyanyi bunyi tu. yg nyanyi lagu banyak bunyi kot. hehe. aku tak layan sangat pun. tapi best gak kalau dengar. eh, tak nak la cerita pasal tu. nak cerita pasal aku...

ok, macam ni cerita die. aku ni sangat la takut ngan bunyi yang sangat kuat. especially, guruh and kapal terbang. since aku kecik, aku memang tak leh dengar those bunyi. aku memang tak sure ni satu penyakit ke hape. bila hujan je, aku mesti cuak kalau2 ade guruh. aku akan jadi takut gila bila aku duk sorang2. contoh, dalam bilik or rumah. sorang2 okay. so, bila hari hujan, mama aku nak kuar, then semua ikut, aku pun terpaksa la ikut even though aku tak nak pun ikut. yela. kang nangis sorang2 kat rumah. mula la sebok kol mama aku suruh balik.

penah la jadi kat aku masa kecik, aku tido kat umah. biasa la. penat pegi sekolah. aku tak ingat dah time tu aku umo berapa. rasanya 6 tahun. bila aku sedar, guruh memang kuat gila. then aku realised yang aku sorang je kat umah tu. apa lagi, mula2 benda yang aku buat ialah call papa aku suruh balik. call sambil nangis2 tu. haha. pastu, ni case bila aku dah besar okay. bila dah pindah rumah baru, besar sket, lagi la buat aku takut. penah aku berdegil tak nak ikut mak aku pegi mana ntah. bajet tak hujan la. then, petang tu hujan jugak. okay, bila dah besar, takkan la nak nangis jugak. tapi aku tak ingat la umo brp. rasanya form 4. okay, korang tahu aku buat ape? aku stay bawah meja. smbil tunggu mama aku balik. haha. malu weyh.dh bsar tu. skrg ni just sorok bawah bantal n selimut jek bila dgr bunyi guruh....

okay, lg 1 ialah takut bila dgr bunyi aeroplane. ni lg 1. aku mmg tak boleh dgr bunyi mnde alah tu. msti jugak nk menyorok mn2. x pn pling slamat just ttup tlinga jela. sbb dia punya bunyi tak de la skuat bunyi guruh. ni pun cerita aku ms kcik okay. nak di pendekkan cite, umah mummy aku (auntie) sbelah lapangan terbang. ni kat kuantan. jaya gading. nk di pendekkan cite lg, aku ni asyik gila main ngn spupu2 aku kt lua umah kdai die. then tiba2 ade aeroplane nk naik o trun. tp mmg slalu sgt la dgr kn. means, bnyk kali. dh kate sbelah lapangan trbang. aku ape lg, lari la wei. lnggar abis almari2 kt kedai mummy aku tuh. then, smua org gelakkan aku. yela, tkut bunyi aeroplane. tp seriously, aku akn tkut bila sorg2. klau rmai x tkut pn. 

till now pn still tkut ngn bunyi2 tu. kalau kt uia, bila guruh je, aku akn lari pegi bilik syue, roomate aku. haha. kalau die x de, aku sorok je bawah slimut. ni biasa berlaku time mlm. dh x leh nk lari. haha..

ak ade la search kt internet. tkut2 ade nm tuk org yg takut bunyi mcm aku ni. eh, ade la. tergolong jugak dalam fobia2. kalau korang nak tahu korang ni fobia ape, meh click kt sini. ade banyk gila jnis fobia ni..

haha. ok la. thanks for reading this entry. jumpa lagi next time.

i love you all!!!

Sunday, April 24, 2011

;itu aku;

assalamualaikum semua...

ingat nak update blog ni semalam. sekali, malas la pulak. asyik sangat layan k-pop plus duk usha blog orang. hehe. makanya aku terpaksa la update blog hari ni. today aku tak kemas bilik lagi. semalam penat kot mengemas bilik besar tu. tak siap2 jugak. semalam je aku kemas barang2 yang aku bawak balik dari uia. banyak kot. baru la aku realised yang barang aku sangat banyak okay. tak campur lagi dengan barang yang sedia ada dalam rumah ni. rasa nak buang je barang2 yang banyak tu. aish.

dalam duk kemas2 tu, aku pun kira la berapa tudung and shawl aku ade. ok, tudung dalam lebih kurang 30 helai. shawl pulak lebih kurang 50 helai. tudung express 5 helai je. and yang aku selalu pakai just 2 helai yang plain punya. then inner pulak lebih kurang 20 helai. mak aih.. gila banyak kot. tapi kenapa la aku rasa macam tak de tudung and shawl yang aku nak pakai. pelik jugak. sampai aku beli shawl baru dengan my cousin. meh sini aku nak promote blog die. cousin aku ni jual shawl import ok. material die sangat best. and seriously tak kan jumpa kat mana2 blogshop. kalau jumpa pun, selepas cousin aku ni dah habis jual die punya shawl. it means, cousin aku la yang jumpa dulu shawl2 ni. haha. aku suka je beli ngan die. sebab tak nak sama ngan orang lain. haha. nak usha blogshop die? sila usha ye...

alamak, camera plak pesa pinjam. saje la tu nak test camera aku. haha. jahat. dia pinjam kejap. katanya lens rosak. ganas betul. ape motif aku cakap pasal camera? yela, tak leh la aku nak snap gambar nak kasi tunjuk kat korang. nak menunjuk la tu. haha. a'ah. tak baik menunjuk. ok, bagus gak tak de camera ni. pulak. mengarut la kau ni ira. 

pas penat kemas bilik, aku turun bawah tolong mak aku buat puding cocktail. senang, mudah, simple. puding ni tak yah guna agar2. just guna tepung castard je. nak recipe? ok. aku bagi. kotang jangan lupa try kat rumah plak. gerenti sedap. tu pun kalau korang pandai buat la. haha.

1/2 packet tepung castard (tak kesah brand ape pun)
1 tin susu cair
1 liter air (boleh ikut kesesuain actually)
sedikit susu pekat (just untuk bg rs mnis)
sedikit gula
cocktail dalam tin

  1.  tuangkan susu cair bersama tepung castard yang telah di cairkan terlebih dulu menggunakan air biasa ke dalam periuk. masukkan air 1 liter. kemudian tambahkan sedikit susu pekat and gula.
  2. kacau sehingga die betul2 masak and mendidih.
  3. letak kan bahan2 yang telah di masak tadi ke dalam bekas acuan kecik2 (nak bagi senang makan)
  4. tunggu sehingga sejuk sikit. then baru la letak cocktail tadi sikit2. ltak sekali dengan airnya
  5. simpan dalam peti ais. then boleh makan bila dah sejuk.
selamat mencuba ye kawan2.
sorry jugak sebab tak dapat nak snap picture. camera fon tak canggih sangat. huhu. ok la. nak kena tolong my mom masak. today punya lunch ialah laksa. request by my lil bro. nanti update lagi. hehe. thanks for reading this blog.

i love you all kawan!!

Monday, April 11, 2011

;it's over;

assalamualaikum to all readers yang di sayangi...

oh tittle di atas tak memberi maksud apa2 pun. just nak cakap yang aku dah habis exam for this semester. tapi, tak sure la dapat elok ke tak. still takut. ok dah tak nak fikir pasal exam. sekarang just nak enjoy dulu before result keluar. sangat la nervous okay. hehe...

bila dah habis exam ni, tak tahu la pulak nak buat apa. tapi, so far, aku dah habiskan koleksi episod running man yang ada dalam hard disk. tak sabar nak dapatkan episod 31. macam nervous je. tgk die punya preview. malas pulak nak download sendiri. kat bilik ni line cam slow sikit. tak pe la. nanti nak layan vampire diaries la dulu. then layan secret garden. kecoh orang cakap cerita tu sedap. aku malas nak tengok drama ni. lambat sangat nak habis.. eh aku dah tak tahu nak cakap ape. see, bila time exam, macam2 dugaan datang. macam2 benda nak buat. bila dah ade banyak masa free ni, tak tahu la pulak nak buat ape.

oh, aku nak share 1 cerita masa aku jawab exam tadi. bagi aku lawak la. seriously. macam ni, time aku tengah khusyuk and excited nya nak jawab soalan tadi, datang la sorang invigilator ni, perempuan. datang arah aku, sambil senyum2. aku ni memang orang yang jenis suka senyum. so, aku pun senyum la jugak kat dia. aku dah pelik awal2 time die senyum kat aku. biasanya aku akan senyum kat orang dulu. ni, akak ni dah pelik senyum2 kat aku. tiba2 dia pun cakap...

akak tu: wah, cantiknya tudung, berkelip-kelip. dari jauh lagi dah nampak.
aku: tersenyum malu sambil nervous kena puji. 

LOL. lepas akak tu puji aku punya shawl, aku terus salah tulis jawapan. sampai tak ingat nak tulis apa. haa, sampai macam tu sekali effect dia kat aku. nasib baik akak tu just puji shawl aku je yang cantik. kalau dia puji aku yang cantik, alamatnya aku memang terus hantar paper tu. sebab dah blank tak tahu nak jawab apa. haha. lawak sangat wei. lupa la pulak nak snap 1 2 picture time pakai shawl tadi. haha. lawak tul akak tu.

ok lah. nak layan movie lagi. dah tak tahu nak tulis apa. nanti aku tulis lagi eh kawan2.

p/s: i love you all my readers.
p/s/s: oh, saya dah terpilih jadi top 30 yang contest mata cantik tu.
p/s/s/s: dulu dah jadi top 50. lupa lak nak cakap. hehe

Sunday, January 2, 2011

2011

assalamualaikum and salam sejahtera to all readers...

dah tahu baru pun. this is my 1st post di tahun baru. lambat sangat ke? hehe. memang sengaja lambat2kan menulis di sini. sebabnya sangat la busy lately ni. macam2 benda nak kena buat. mengalahkan menteri2. hoho.

since sekarang dh tahun baru, saya nak tahun ni menjadi tahun yang lagi bagus dari tahun sebelum ni. macam2 azam ade. tapi, orang cakap, kalau nak azam tu menjadi dengan jayanya, biarlah kita and Allah je tahu apa azam kite. bila kita sebok duk cerita apa azam tahun baru, belum pasti lagi semua azam tu akan tercapai. so, biarlah rahsia. hehe.

oh, on 1st January, my friend got married. dia dh lama kawen. tapi baru buat wedding reception. sangat la menarik sebab buat kat taman. tapi saya tak sempat nak ambik gambar banyak2 sebab masalah teknikal*. huhu. gambar pengantin popular pun tak de. sedih sangat. tapi fun la. makanan pun not bad. seronok dapat attend perkahwinan kawan yang sebaya dengan kita. tetamu pun adalah orang muda mudi. sebab pengantin muda lagi. hehe.

ok la. nak kena out dulu. dah banyak sangat buang masa weekend ni. kena study la pulak. kate nak berjaya kan. jangan bilang saja ya. hehe.

i'll update soon. i love u all!!

p/s : sedikit gambar di wedding itu. hehe.

with syue*

with syue lg

Wednesday, December 8, 2010

semester break

hai and assalamualaikum semua.

sedar tak sedar yang kita sekarang dah di bulan December. teringat pulak saya dengan lagu my December by LP. huhu. maksudnya dah lama la saya ber holiday. maksudnya juga, semester break akan berakhir tak lama lagi. dan maksudnya lagi, semester baru bakal muncul. okay. baik lah. dah kena masuk belajar balik. lepas ni mesti saya akan kembali busy with assignments, classes, quizzes and tests. adoi. sangat penat kepala saya bila terbayangkan all those things. rasa nak cuti lagi. cepat la habis belajar. rasa macam nak kerja je. nak rasa pegang duit sendiri. tapi, bila dah kerja, mesti lagi penat, lagi busy. okay lah. i love being a student. hehe.

oh, this coming Saturday, saya dah nak kena ke KL balik. padahal saya baru je sampai semalam. hehe. ni la akibatnya kalau tak bawak semua benda ke KL that day. mama pun dah marah2 kenapa balik rumah lambat sangat. saya dah nak balik awal. tapi tak de orang nak belikan saya ticket. so, stay la saya kat KL sampai habis semua duit belanja. hehe. sampai dah boring sangat2 kat KL. mana tak boringnya. hari2 asyik terperap kat rumah jela. tak buat pape. tengok TV, on9. hehe.

esok saya nak kena pre reg subjek. aish. tak tahu la dapat ke tak. semuanya senior nak ambik. tinggal la sikit untuk junior yang lambat macam saya ni. hopefully cukup la 18. tak pun 21. sebabnya saya dah terlambat kot. nak kena cover balik yang tertinggal tu. so, kena la rajin sikit and add banyak subjek. baru la habis sama dengan orang lain. insyaAllah. Ameen.

ok lah. saya akan update lagi next time. insyaAllah. wish me luck okay.

i love you all!!

Wednesday, December 1, 2010

holiday okay!!

hai and assalamualaikum to all readers yang sudi membaca ini blog yang tak berapa nak best sangat neh. hehe. dah lama saya menyepi. biasa la. citi2 ni saya berholiday la. ke sana, ke sini. after habis exam that day, saya dah balik jerteh. pastu, 24th of November hari tu saya datang kL balik dengan my sister in law. sebabnya, saya nak berholiday di pD. hehe. honestly, this is the first time saya ke pD. gila jakun weyh tengok pantai. hehe.

actually, ni bukanlah holiday family. saya saje join reunion my sister, juhe. haha. gila nak sebok. tapi kan, yang tak tahannya tu, my mama pun nak join sekali. haha. boleh pulak camtu. mesti dia boring stay kat rumah with papa jek. hari2 kot dia call. saya layankan aje la. hehe. on the way nak ke kL, my sis in law belikan banyak ikan. semuanya fresh. I LOVE FISH. so much okay!

hari khamis tu saya tak ke mana pun. just ikut my sis in law pergi service kereta. since it takes time untuk service 1 1 kereta, my sis in law hantar saya, juhe, adik and abang miqdad ke jusco Balakong. seriously lama gila my sis in law service kereta. orang ramai kot. penat kitorang jalan2 kat jusco tu. sempat gak saya beli baju. hehe. tapi saya tak sempat nak shopping kat orange sorbet. saya nak beli 1 baju ni. cantik nd murah okay. sekarang kan sale. hehe. after service kereta, kitorang lepak kat rumah my sister. dekat cheras gak. malam baru pulang ke rumah. balik je terus saya makan masakan yang dimasak oleh mak(my sis in law punya mak). woh, sedap okay! saya makan sangat banyak. hehe. yag tak leh blah lagi ialah, saya terus tido pas dinner. tapi, sempat la cuci pinggan mangkuk.

sok hari pulak, hari jumaat, saya ber hang out with syue and juhe. kitorang ke OU. saje jenjalan. syue nd juhe shopping sakan kot. saya? hehe. just cuci mata. tapi i bought a shawl. untuk di pakai time kat pD la. hehe. kitorang kena balik awal sebab malam tu kitorang nak kena patah balik ke gombak, then patah balik ke cheras. tido kat rumah my sis kat cheras, soknya senang terus gerak dari cheras je ke pD. tapi, before balik tu, sempat lagi kitorang ber karaoke kat mines. hehe. suara dah la sumbang mambang. seriously main hentam jek nyanyi. haha. balik rumah that night, kitorang makan best gak. sup daging. mantap lah. hehe. kul 11 gerak dari gombak ke cheras. then terus tido.

keesokan paginya(cheewah), kitrang ingat nak pergi MAHA dulu before gerak ke seremban. tapi, dah tak sempat kot. terus je ke seremban. sampai kat seremban, kitorang terpaksa tunggu kejap. then baru gerak ke pD. sampai jek, terus check in. best kot. bilik straight nampak pantai. apartment yang kitorang stay ni sangat la besar. murah pulak tu. after rest jap, kitorang lunch. then terus terjun ke dalam pantai. tapi, berenang macam itik daa. yela, air cetek je kot. pastu, kitorang terjun lak ke dalam swimming pool. malam tu tak buat pape pun. just bbq jek. dah la start lambat. kitorang habis lepak malam tu kul 3 pagi okay. tapi, sangat la enjoy. asyik gelak jek. hehe.

pagi sok tu, dah nak gerak balik ke destinasi masing2. kitorang balik ikut my brother in law. oh, before that, my bro in law pun ade kat pD. family day sapura. tapi die stay kat hotel mahal la. huhu. kitorang plan nak gi MAHA. tapi, bila dah half way, kitorang give up. hujan n banyak sangat orang. so, kitorang balik rumah my sis. sampai jek, saya terus tido. penat okay jadi co pilot neh. hehe. bangun2 je dah petang sangat2. malam tu dinner kat western cafe yang sangat best and superb tu. saya macam biasa la. makan lamb chop. hehe. saya nad adik stay kat rumah kak ti. juhe terpaksa balik ke gombak malam tu jugak sebab my sis in law nak guna kereta.

soknya, kitorang tak stop lagi. walaupun sangat penat, kitorang teruskan lagi holiday kitorang. hehe. this time kitorang ke sunway pyramid lak. main ice skating la katekan. tapi bukanlah pandai sangat nak main. orang ramai sangat. semuanya pandai and laju. saya sedikit takut di situ. so, saya pun slow2 jela. plus sangat penat kaki. apa punya bahasa pun saya tak tahu. hehe. petang baru kitorang pulang ke rumah. after that ke gombak rumah my brother sebab nak makan laksa. delicious. hehe. malam tu stay tido kat cheras lagi. dengan juhe skali. sebabnya kitorang ade palan lagi soknya. hehe.

bangun pagi2, siap2, breakfast and terus ke MAHA. akhirnya sampai gak saya kat MAHA neh. seronok okay. banyak gerai. penat kaki nak berjalan. tapi, half way, hujan turun dengan lebatnya. kitorang terpaksa beli payung untuk ke kereta. tapi sangat seronok ke MAHA. hehe. balik petang tu, siap2, ambik my sis kat office, then makan satay. tiba2 my bro in law nak ke rumah kakaknya. kat sana pun kitorang makan nasi lagi. haha. gila kenyang malam tu. balik rumah je terus tido. sangat penat okay. seharian keluar jalan2. mata pun sangat penat bila pakai lens. huhu.

berakhir lah holiday saya. tapi saya still kat kL. tak balik jerteh lagi. tak tahu bila mahu pulang. UIA bakal di buka 12hb. saya pulak tak sure nak balik ke tak. tapi barang2 banyak lagi tertinggal di jerteh. tapi, saya akan balik. hehe. dah kehabisan wang saya di sini.

ok lah kawan2. nanti saya update lagi. sudah penat berfikir and menaip. mahu masak nasi pulaks. lapar okay. hehe.

i love you all kawan2.

Tuesday, November 23, 2010

i got feelings

hai and assalamualaikum...

tiba2 je rasa perasaan yang saya tak suka ni. kenapa dia perlu datang?? saya dah lama tak fikir pasal benda ni. saya tak suka. sangat tak suka. berdosakah saya?? adakah timbul perasaan bersalah dalam hati saya?? saya tak fikir dah. saya nak dia pergi jauh2. saya takut saya akan jadi sedih. sedih yang amat sangat.

ya Allah, please help me. please make me strong. dear heart, please. do not do this to me.

ok dah nak tidur. dah lewat malam. hopefully perasaan ni hilang bila dah bangun esok pagi.

i love you all!!

Friday, November 5, 2010

bermalas-malasan ^_^

hai and assalamualaikum...

seriously today saya sangat malas okay. since bangun pagi tadi sampai sekarang, saya tak sentuh buku pun lagi. teruk sangat kot. even mandi pun belum. haha. sangat teruk. saya ingat nak pergi library. if stay kat bilik, alamatnya saya tak belajar la. kot. hehe. saya boleh je nak belajar. tapi susah sikit. next paper on 7th November. this coming sunday. chapter to be covered ade 5 jek. tapi macam 50. sebab banyak sangat benda nak fikir. al maklum lah decision science. saya suka je subjek tu. tapi tak tahu la kenapa carry marks teruk sangat. aish. kena berusaha dengan jitu neh. hehe. saya ade lagi 3 papers nak settle before saya balik raya haji. oh btw, this coming raya haji saya tak tahu nak raya kat mana. parents saya cakap diorang akan datang kL. tapi, sekarang musim hujan and banjir di pantai timur. my father malas nak drive hujan2 neh. tak tahu la macam mana. saya dah la tak belik tiket nak balik jertih. hopefully diorang leh datang raya kat sini. hehe. saya nak balik jertih. if balik pun, after that la kan. hehe. rindu kat teratak musafir. tapi saya lagi rindu zhariff si gemuk yang dah jadi kurus.


saya rasa macam nak pergi jalan tar je sok petang. tapi kena pergi sorang2 la pulak. orang lain exam. tak tahu nak ajak sape. saya nak kuar kejap je. nak cari kain untuk buat baju. bukan untuk saya. tapi untuk kakak saya. if saya nak kuar sok, today saya kena make sure yang saya kena cover at least 3 chapters. aish. banyak tu. tapi saya ok jek. kena rajin sikit la. rajin banyak pun boleh.


saya nak mintak juhe datang kat tempat saya. dah lama tak lepak dengan juhe. oh, juhe tu my sister. saya dah rindu dia. tapi, bila kitorang duk sama2, selalu gaduh. haha. dia suka buat saya marah. pastu saya akan pukul dia. eh, tu waktu kitorang kecik. sekarang dah tak pukul. marah2 jek. ngeh3. dia cakap nak spend time kat kL. sebabnya exam dia tangguh. banjir. die belajar kat UUM sintok. sekarang kan kat kedah tengah banjir besar. so, dia nak datang kL dulu. yeay!! saya sangat seronok. boleh la pergi shopping sama2 walaupun tak de duit. hehe.


ok la. saya nak cakap pasal tu je today. nanti saya update lagi. nak kena struggle untuk 3 papers lagi.

i love you all!!

Sunday, October 31, 2010

exam mode ^_^

hai and assalamualaikum.....

dear all readers..
ceewah. permulaan ayat aku memang tak leh blah. haha. pagi2 bangun terus online. katil pun tak kemas lagi. teruk betul perangai kanak2 aku neh. tak pe. jap gi aku settle kan la. online jap. sebabnya pagi2 ni line macam laju sikit. so, if nak tengok video or gambar2 dalam facebook, time ni la aku tengok. nak cuci mata ke. opps. jangan salah anggap okay. cuci mata tengok barang online lah. shopping la kunun. hehe. baru je tengok baju2 kat saya memang suka penuhkan lemari baju. haha. seronok tgk baju2 yang cantik tu. rasa nak beli semua yang saya berkenan. tapi masalah sekarang ialah duit okay. saya dah la nak kena berjimat neh. nak pergi holiday la. nak beli camera baru la. oh. by the way, camera yang saya nak dulu, dah tak de jual. so, saya dah aim 1 camera neh. menarik gak la. jum tgk if menarik ke x. hehe.




hehe. semuanya model yang sama. tapi gambar yang berbeza. ni the latest model yang saya tahu la. saya dah tengok benda ni live. harga dia pun not bad la walaupun baru lagi. ni model d3100. yang saya nak dulu d3000. tapi saya still nak yang model lama tu. nanti la saya try bincang dengan my brother. oh, kenapa saya semakin nak benda alah ni ek? camni, next semester, saya dah kena ambik skill. so, saya dapat skill photography. mula2 nak menjahit. tapi saya rasa macam tak menjahit je nanti. huhu. so, saya ambik la yang photography neh. hehe.

ok dah settle pasal cerita camera. sekarang saya nak cerita pasal interest saya yang semakin menjadi-jadi lately neh. saya suka sangat la pakai shawl. dulu pun suka jugak. tapi sekarang suka pakai shawl yang mahal and cantik. plus dengan inner. yela, saya ni tak cantik. so, kena la pakai something yang cantik. hehe. currently saya ade banyak sangat shawl cotton yang saya beli dari sepupu saya. if nak tengok, sila klik di sini. banyak la shawl yang dia jual. yang saya tahu, shawl cotton yang dia jual before ni memang mendapat sambutan hangat la. saya pun ambik banyak kot. walaupun tak de baju nak pakai. tamak sungguh. huhu. pastu, bila dah gila kan shawl yang cantik, saya pulak nak ade inner yang macam2 kaler dia. so, banyak la koleksi inner saya ade. hehe. tapi 1 masalah saya ialah, saya terpaksa pakai lens if nak pakai shawl. huhu. power mata saya ni dah semakin banyak. risau pulak. tapi nak buat macam mana. dah nak bergaya. haha. poyo. ok la. saya nak tunjuk sikit muka saya yang tak cantik ni bila pakai shawl and inner. hehe.

inner ni best. sejuk je. saya beli murah sangat. shawl ni sangat common la. ramai je orang yang pakai. hehe.

inner pun sama best dengan yang atas. beli dekat tmpat sama. shawl ni pulak saya beli dengan cousin saya. cotton. sangat shedap bila pakai. senang, kemas. tapi ni kakak saya punya. saya dah pakai dulu. ngeh3.

ni pulak inner syue. ngeh3. mesti korang nak cakap yang saya ni asyik pinjam orang punya je kan? kate suka shawl. tapi asyik pinjam orang punya. tak de la. ni saya beli untuk saya. tapi, saya dah bagi hadiah birthday untuk syue. saya yang bagi dia buat pilihan. dia suka yang ni. so, saya bagi la. ni pun saya beli dengan cousin saya yang cantik tuh. hehe.

ok la kawan2. lain2 shawl saya akan update lagi ye. buat masa sekarang ni tak pakai shawl lagi. sebabnya mata saya ni macam ade problem je sikit. tak boleh nak pakai lens. so pakai spec je 24/7. hehe.

nanti saya update lagi okay. nak pergi mandi and belajar. saya still ade 5 papers untuk fight. huhu.

i love you all!!!

Tuesday, February 2, 2010

kembalikan!!!!



gambar2 di kala kurus kering. hehe

hye guys,,,
dalam ke busy an aku sempat lagi nak post blog,,,
hehe,,,
sekarang lam class UBS,,,
abang UBS ngah bagi tahu something,,
haha,,
aku bukan malas nak dengar,,

post kali ni aku just nak share 1 thing je,,,

AKU NAK KURUS BALIK!!!!

sekarang dah gemuk sangat,,,
aku sedih gila,,
cane la nak pakai baju2 yang lama2,,,
da tak muat kot,,
bukan la tak muat semua,,
ade certain baju yang aku dah tak muat,,,
gemuk sangat la maksudnya,,,

huhu,,,
k la,,
nak focus dulu,,,
t post lg,,,

luv u oll!!!

Friday, January 15, 2010

hari yang ceria :))

sangat la lama saya tak update blog ni kerana connection yang sangat la haram.aish. tapi malam ni aku nak post je semua aku punya draft. haha. sori to my followers kayh. terpaksa baca banyak2 post. haha. especially to syimah, fiera and aliaa. hehe.


hari jumaat, 15 jan 2010
today, setelah 3 hari tak update blog, aku update lagi. hehe. today is Friday. that's mean aku kena jumpe hadri and settle sal sponsor tuh. but x settle2 gak. aish. tak pe. huhu. petang tadi aku pi jaga orang main football. hehe. seronok sangat. sebab dapat kejar bola. aku selaku ball picker. hehe. kejar la bola tuh. syue busy ambik pictures. izzah and hadri seronok di site len. aku and shafiq sebok kejar bola. hehe. memang best la. sebab da lama sangat aku tak lari2 cam kanak2 ribena. hehe. tal penat sangat pun. tapi aku da penat nak menulis ni. syue da lama tunggu aku tuk mandi and tehn kitorang nak dinner la plak. then sambung study. kay la. let the pictures tell u the story. hehe. njoy!!!



die head saya!!!





mereka yang saya syg!!!

cukup la tuk hari jumaat,,,,,hehe,,,,


Tuesday, 19 january 2010
yaey,,,
update gk finally,,,
saya malas sangat nak update sebab seperti yang saya nyatakan di atas bahawasanya connection sangat la haram kat uia,,,
saya punya broadband sudah bertukar milik ye,,,
harap maklum,,,
so susah la saya nak on9 pasni,,,
today saya sangat la enjoy,,,
after abis test 1 business ethics, saya merayap mencari buah,,,
kunun la malas nak makan nasi,,
nak tengok ape jadi ngan body saya yang semakin gemuk ni,,,
hehe,,,
buat malu je,,,
ok cukup ye ira,,,
mesti banyak selingan kamu ni,,,
ok,,,
saya just beli honey dew supaya saya manis cm hiney,,
hehe,,,
then saya beli popia and samosa kot,,,
tu je lunch saya tuk hari ni,,,
then saya ke KENMS tuk hantar zera ke class,,,
saya kena tunggu sheera kat library coz ade benda nak settle,,,
after that saya patah balik pi KENMS tuk jumpe sum1 yang benama megat,,
die nak picture yang saya snap time economic championship,,,,
saya kan pro lam bab camera ni,,,
haha,,,
poyo la ira ni,,,
even camera saya tu da nazak,,,
saya nak camera baru,,,
camera digital SLR,,,
tapi mama cakap tak payah,,
and my bro selaku pembeli camera tuk saya pun cakap tak yah,,,
if tak leh buat profit, tak yah la berangan nak ade camera canggih,,,
ish,,,
benci betul,,,
ok cukup panjang awak berangan ira,,,,
hehe,,,
then saya ptg tuh saya ponteng class marketing principles,,,
ye,,,
sya ponteng class!!!
biasa la,,,
attendance is not compulsory kan sekarang nih,,,
suka hati je nak datang class or tak,,,
huhu,,,
saya keluar beli tiket train ke penang,,,
hehe,,,
yeay!!!
saya bakal ke penang,,,
spend time kat sane,,,
tapi sekarang saya lam dilemma nak balik teratak musafir ke tak after pulang dari penang,,,
saya rindu papa n mama,,,
diorang banyak kali da tanya bila saya mahu pulang,,,
tapi,,,
saya takut nak balik sorang2,,,
kenapa tibe2 saya takut???
saya pun tak tahu,,,

k la,,,
saya kena stop dulu,,,
saya kena study,,,,
saya ade lagi 3 paper before mid break,,,
saya ni kuat betul la men,,
cane nak maintain pointer,,,
aish,,,

thursday-business ethics,0830 hrs
friday-cost mangement,1000 hrs
-intermediate accounting,1400 hrs

ok la,,,
pijie saya da panggil2 tuh,,,
ti saya update lagi ye kawan2,,,
luv u all,,,,


Saturday, January 2, 2010

2010~~


hye everyone,,,
1st day in 2010 aku dah start busy dengan assignment,homework, quizzes and so on. malam new year tu, aku dah busy tolong abang mi and kak chah kemas umah baru diorang. pasang langsir, basuh pinggan, and so on. malam tu tak la penat sangat. aku still boleh tido lambat. hehe. aku banyak bergurau ngan my younger brother. die kat kL. saje datang memenuhkan ruang umah abang mi. haha. before abang mi, kak chah and adik datang ambik aku, aku ade klas UBS. and diorang pegi shopping sket kat carefour (btul tak aku eja ni?).hehe. then after that diorang datang ambik aku and gi makan kat planet tomyam. seperti biasa la. menu aku ialah sup cendawan. best gile!!! haha. before aku pegi lebih jauh, (cheewah!cam iklan shell lak. haha) time class UBS tu sangat la seronok buat benda alah tu. tapi aku sangat la tak suka bile benda tu tak jadi or salah. penat kot nak bertanya. malam tu aku sangat la banyak tanya ngan abang senior yang jaga kitorang. aku rasa die dah tensi gila.haha. ksian. tapi aku ape kesah. aku yang nak belajar. so, aku tanya jela. lagipun diorang mesti dapat commission. haha. seb bek senior yang aku tanya tu die handsome. haha.(mula la aku nak menggatal. ira, blajar la!!!). ok ckup la about UBS.

after kitorang makan tu, kitorang terus balik umah sebab banyak lagi keje yang menunggu kitorang. 1 gi benda yang aku nak cite. actually, abang mi pindah umah dekat je ngan umah kak tie. haha. so cumel. abang din, my brother in law yang tolong carikan. hehe. so senang la aku after this. bila boring kt umah kak tie, aku lari pi umah abang mi. bila boring kat umah abang mi, aku lari gi on9 kat umah kak tie. haha. tapi if kt umah kak tie tak leh nk free hair. kat umah abang mi best. tak yah susah2 nak pakai tudung. huhu.

actually, on Friday tu aku da plan ngan adik aku nak pi tengok muvie. ksian die. aku cancel kan plan tu sebab aku memang yakin yang orang ramai gile on that day. ish. kempunan aku nak makan lasagna kt kLcc. hehe. tapi tak pe. on that day kitorang tak stay kt umah pun. banyak kuar.
1) kitorang pi kedai perabot-cari katil, x de yang berkenan.
2) cheras-umah lama abang mi. ambik barang2 yang tertinggal.
3) tesco extra cheras-beli kelengkapan umah yang belum di beli. banyak kot.
4) big apple :)) -seronok gile dapat makan doughnut. dah lama sangat tak makan.huhu
5) kedai elektrik-beli washing machine. bsar sangat. aku pun leh duduk lam tu. hehe.
6) kedai perabot again-beli katil, meja makan, meja computer.

then abis la pasal umah abang mi. aku terpaksa berkejar ke masjid jamek sebab nk beli barang2 tuk my younger brother lak. antaranya :
1) jubah tuk ke class-al maklum la da nak start scholl. semua benda nak beli baru. huhu.
2) selipar-ini kerana selipar die dah buruk gile. haha. ksian.
3) jam tangan-since dah lama die tak beli jam baru, die pun mintak la nak jam baru. aku kan mudah ksian kan orang. so, aku beli la.

tapi, semua barang2 di atas di bayar dengan duit abang mi. hehe. seb bek abang mi bagi banyak. kalau tak, mesti adik x dapat nak beli barang banyak2. and aku mesti kene guna duit sendiri tu beli,,,,,
sweet corn,,,
hehe. sweet tak aku? sebabnya aku tanak guna duit sendiri tuk beli sweet corn tu. haha.

pastu kitorang balik umah and makan. lapar kot. 1 ari tak makan. makan doughnut je. hehe. seb bek beli doughnut. tahan la gak. tapi malam tu cam biasa la. perut aku masuk angin gak. sebab lambat jumpe nasi agaknya. haha. memang la perut malaysian. cane la aku nak merantau kat tempat yang tak de nasi ni. huhu. ish, banyak la plak aku membebel. then, aku bersiap-siap blik ke UIA after anta adik aku ke stesen bus. ksian lak tinggal die sorang2 kat situ lam ujan lebat. orang yang antar perabot kat umah abang mi dah lama sampai. sampai aku pun tak dapat blik UIA at that moment. aku terpaksa balik umah abang mi and tolong diorang kemas umah and ape yang patut. after that, at 1140, baru la aku balik UIA. tapi aku still tido lambat sebab tak elh nak tido. hehe. ksian.

ok la. ckup tuk malam ni. aku pun banyak gile nak kena buat keje. assignment pun banyak nak kena hantar next week. ngan presentation lagi. quiz. and also test marketing principles. hehe.

Thursday, December 10, 2009

a week,,,


Monday, 7th of December 2009,,,

first day d uia,,today sangat tired sebab terpaksa settle kan pasal entering department.pa
gi aku pegi kelas cam biasa.1st class today fiqh for economist 2.(dr gapur osiev).ok la.not bad.tapi cakap perlahan sangat.sometimes aku tak dengar walaupun aku boleh di katakan duk area dpan gak la.huhu.then,finish 1st klas.aku terpaksa ke general office sebab nak settle kan pasal entering department.status aku tak update lagi.mybe ade problem.so,i have to wait until noon.so tired.then,after 2 pm,i come back to the general office to settle that problem.alhamdulillah,my status cleared after that.and i'm an accounting student.then,jan,z and me go to the jusco(jan nak beli lense).kitorang jalan2 kat jusco,makan kt the egg house.then blik uia.after isya' prayer,aku n syue ade meeting kt econs level 4.(economics championship).at 10pm dh settle meeting.blik blek,mkan,on9,then tido,,,


Tuesday,8th of December 2009,,,

1st class today is business ethics.before our lecturer come in the class,we all are excited to know "him".business ethics is so exciting.mnarik sangat.lecturer pun bek giler.tapi,rules die pun mnarik gk.dtg class kne proper attire.kasut,matric card,dress code.then,kitorang kne form group of 5.the criteria to choose the member are,,,1)must have 1 BAc
c,1 BEcs,and 1 BBA. 2)opposite gender. 3)foreigner. 4)name that start with letter B,E,S,T.then,terjadi la dis group.


the leader is firdaus.i'm the deputy leader.zera is the secretary.kak wan is the financial controller.ziela is the passive member.on the 1st day,we are already given a short quiz and an assignment.sangat menarik.then,i got class intermediate accounting. lecturer's name is mohd zaidi.sempoi abis.mnarik la.then petang lak klas marketing principle.lecturer perempuan.professor dr kalthum.bek gk.ingt dlu2 masa ambik management ngan mdm iza hairani.best sangat!marketing pn dh ade keje.marketing plan.mlm plak aku ade group discussion kt library.ok la.bicang psal business ethics punya assignment.then blajar marketing sket.blik blek,makan maggi,solat,on9,tido,,

Wednesday, 9th of December 2009,,,

pagi ni bangun cam biasa la.tapi lepas subuh tido jap.sbb sangat penat.huhu.this morning i have fiqh 2 class.again i meet dr gapur osiev.huhu.ok la.then class ethics n fiqh in everyday life a.k.a ungs 2050.my lecturer's name is dr aliza b elias.actually,die laki k.don't get confuse.die sgt la bek.huhu.lpas klas ungs aku ade tilawah.ingt nk jmpe ngn group marketing.tapi terpaksa cancel sbb nk g tilawah.ble da ampai kt klas tilawah,mdm lak x de.n kitorg bertiga je yg ade.samada class cancel or change venue.huhu.kitorang trus pegi surau econs n lpak kt sne.pas2 straight ke klas cost management.lecturer sgt la nsem.huhu.tergoda jap.dr hasrul.bek gak la.polite.huhu.best die ajar.ptg 2 aku terpaksa cancel kan nk g psar malam.ngn rum8 ku.sbb ade group discussion marketing.sorry babe.mlm 2 lak sgt njoy sbb dpt mkan rmai2.huhu.pas smua org blik n msuk blek msing2,aku pn buat la keje business ethics yg tertangguh 2.sgt sronok bt bnda 2.cam budk kcik.huhu.then tdo,,,


Thursday, 10th of December 2009,,,

pagi ni bangun ngn battery weak.sbb dh smggu tdo lwat n bgun awal.huhu.cam biasa,ari ni ade class business ethics.kuiz,group activity.sronok la.njoy.then class intermediate accounting.ngantuk!huhu.jjur gile.kne bt latihan.1 pn aku x bt lg.huhu.sib bek berkumpulan.haha.then blik blek.bring jap.then bgn tuk lunch.klas ptg lak.marketing.blajar chapter 1.dh settle.sronok gk la.tbe la ms tuk anta assignment marketing.group kitorang je yg bt cikai2.haha.klakar gile.org len punya la bt siap ade front page lg.haha.kitorg bt ngn tulis tgn je.dh la buruk gile.haha.sib bek mdm redha je ngn kitorang.then blik blek ngn syue.on9 jap.solat asar.bring2.bgun tuk solat mghrib.lepak2 sbb still pning x ckup tdo.mndi n bsuh ken.on9.solat isya'.lepak2.tdo,,,


Saturday, December 5, 2009

gombak,,,

today, 5th December 2009, aku gerak ke kL with my sis n bro in law,,,just 3 of us,,,pas breakfast, kitorang bertolak ke kL,,,my brother in law drive laju gile,,,huhu,,,seram aku kat blakang,,so,aku just duk diam2 and x lupa tuk pakai seat belt,,,(bgus kn?),,hehe,,kitorang stop tuk solat je kjap,,ingt nk stop tuk lunch gk,,tp kdai yg kitorng nk makan smuanya x bukak,,,so,kitorang truskan perjalanan and smpai kt gombak kul 4,,before blik umah,kitorang singgah makan dulu kat greenwood,,,then br pulang ke umah,,smpai je aku trus on9,,,yela,,cafe aku ni,,x gerak lg,,,lg 1 nk try broadband br my bro in law,,,huhu,,,lama gile on9 then aku bwk on9 ke mlm,,smpai pning2 kpala aku duk mngadap lappy n,,,

k la,,,
im off,,,
dh ngntuk n x berdaya sgt n,,
hehe,,,

t update lg,,

Thursday, December 3, 2009

finally i got it!!!

aku dah check my result td,,,
adakah aku happy ngan result yang macam tu???
rasanya tak happy,,,
tapi aku sedikit lega sebab pointer aku still maintain 3,,,
even result aku menurun,,,
maksudnya sem akan dtg ak kne buat yang gile2 pnya bek la,,,
huhu,,,
takutnya,,,

ok,aku dah tanak cakap pasal result lg,,sekarang ni nak cite pasal bnda yg happen today,,,pagi tadi aku bngn lam kul 10 lbey,,check result dlu,,then on fesbuk,,cam biasa la,,,aku men game,,huhu,,cafe world,,makanan dah msak,,kne serve dlu tuk customer,,,huhu,,,then aku bukak lak lirik lagu,,ingt nk download lagu,,,tp tenet pnya la slow,,huhu,,hujan kot,,,then abis la,,,aku pn tutup laptop n turun bawah,,,bt rondaan d skeliling umah jap,,mama n juhe kuar,,,kak tiey and abg din je ade kt umah,,,aku turun mmasak,,,(actually bntu akak aku ape yang patut jek),,hehe,,then tgk cite cik ah cik nin,,klakar abis cite 2,,kuat gile brangan,,,anak ngn mak sm jek,,huhu,,,

tanak dh cite psal 2,,,akak aku pggil mkn,,n then after dat aku pi mandi sbb pas2 nk kuar pi bank n so on,,,,kitorg pegi cimb,tm point,kdai emas,n pegi bli broucher tupperware,,,


yang bestnya ialah,,,,,


tyme kitorang pi kedai emas,akak aku mnilik cincin tuk buat bertunang,,,huhu,,,aku tak tahu la die tu btul2 nk bertunang or just brangan cm aku je jek,,hahaha,,,,klakar la,,,aku brangan jek nk bertunang,,lek r dlu,,,muda lg,,,x puas njoy lg,,kang dh bertunang msti kne kawen cpat2,,x leh tunang lm2,,,huhu,,,after dat kitorang pn blik la tgk citer nnek kbayan,,,tp x leh tgk ngn aman coz ujan,,,huhu,,,,

papa pn kol la suh pi ambik die,,,mula2 2 aku yang drive,,,tp skjap jela,,,b4 msuk highway,aku dh surrender,,,gila mnggigil,,aku tak penah bwk kete manual,,,1st tyme bwak,,,,skit lutut sbb than mnggigil,,,hahahaha,,,sengal gk aku ni ek,,,ade ke patut takut nk drive kete manual,,,x pe,,akn aku try gk bwk kete manual 1 day,,,sbb aku msti pndai bwk,,huhu,,,,

malam lak aku just lepak kt umah,,,pas solat isya',aku turun tgk cite nenek kebaya sbb ptg td x smpat nk tgk awl n last cite,,huhu,,then,me n my sis bt somtam(sejenis makanan yg sgt glemer kt thailand),,dgn tunjuk ajar my mum,,,siap la gk somtam 2 even ambik ms yg sgt lm,,,huhu,,,lpas mkn somtam,mkn burger lak,,,burger ayam special(ade cheese),,hehe,,,kuat mkan btul la aku ni,,huhu,,,then,nek atas,on9 lah,,,huhu,,ape lg kan,,,cm biasa la,,,


sekarang dh ngntuk,,,huhu,,,br kul 10 lbey,,,
makan,,,
tidur,,,
on9,,,
watching television,,,

tu je keje aku tyme cuti ni,,,,
aish,,,patut la susah sgt nk kurus,,,huhu,,,,
pas ni aku cbe la mnguruskan badan ku ini,,,hehe,,,


ok lah,,,
im off,,,,