jum jadi kawan,,,

Showing posts with label test. Show all posts
Showing posts with label test. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

;semakin menyepi;

assalamualaikum and a very good morning i guess. since dah midnight kan, so kira pagi la :)

seriously lama gila tak update blog neh. dah usang kot. tak de masa sangat2 nak bercerita. dulu2 if stress je mesti nak menulis. now macam tak sempat je. stress tu selalu la. tapi nak menulis tu yang tak sempat. if stress aku lagi pilih tuk tidur. haha.

tapi tapi tapi... sekarang sangat la tak de masa nak tidur. since final exam lagi 4 weeks, aku dah kena start focus ngan study la semua. sekarang pun program society tak habis lagi. last month, 30th October baru je habis program besar kami which is ESGAME. sangat penat. and muka dah semakin gelap. tangan and kaki pun still berbalam. dah nak kena get ready ngan next program which is EMEX Games.

program tu next week. macam biasa lah bukak booth then ade mini games tuk attract orang datang kat booth kitorang. acara kemuncak nya ialah futsal. okay fine. futsal lagi kan. memang. kitorang pun dah boring. sctually nak buat bowling tournament. tapi madam tak approve proposal kitorang. so, futsal la. dapat sokongan kot. budak laki kat uia ni suka sangat bersukan. like like like :)

actually, EMEX ni combination of all societies kat Kuliyyah of Economics and Management Sciences. EMEX lak stand for Economics Management Societies Expo. kot. haha. so, BACC, BECS, BBA, EMSS buat program la. after dah habis semua ni, bakal ade dinner. tapi aku macam tak dapat nak join je. al maklum la nak balik. kawan time secondary school nak kawen hokei. sanggup tu aku balik :)

oh, today jugak, aku dah habis midterm for this semester. yes i know sangat lambat. tapi, entah la. haha. tak kesah. asalkan dah habis. lega la. Alhamdulillah. tapi resultnya sangat mendebarkan. since tak boleh jawab kan. haha. after habis midterm pun still banyak keje. nak kena siapkan financial report lagi yang due nya 25/11/2011. then nak kena siapkan assignment yang due lagi 3 minggu. then ade 1 more presentation to go next week. esok baru nak buat discussion since semua orang busy. sob sob.

lagi 1, aku dah dapat tempat for internship. Alhamdulillah. and aku buat kat kL je since susah nak dapat tempat kat area rumah aku. then, final exam timetable dah kuar. aku antara orang yang bukak dewan exam and tutup dewan. esok tu terus intern okay. tak tahu la macam mana. nak kemas2 lagi. nak settle2 lagi. then dah terus kena intern. tapi okay dari orang yang intern jauh di sabah sarawak and mana2 la yang jauh. dah la exam habis lewat petang. confirm tak sempat nak kejar flight. takkan nak naik bus. penat kot. kul 8.30 o 9 dah nak kena pegi keje. kesian...

eh, banyak lak aku membebel. okay la. nak tidur dah. mata sangat penat. dari awal pagi bangun tak tidur2. tak rehat langsung. sok nak photoshoot. mata haruslah cantik. sebabnya tak leh nak cover eyebag neh :(

goodnight semua. i love you all!!!

Monday, February 14, 2011

;pabila rasa rajin;

assalamualaikum semua kawan2.....

seriously dah lama sangat tak update kat sini. sangat malas untuk berfikir and at the same time nak menulis. actually, banyak je cerita yang nak di share kan. tapi entah la. rasa malas sangat. padahal hari tu seminggu kat rumah. tak buat pape pun. asyik berjalan je kerjanya. hehe. sepatutnya time tu la saya harus update blog. sebabnya internet laju kan. hehe.

ok la. banyak benda happen. 1st, ni sambungan post saya yang lepas. saya dah dapat camera. of course d3100. tapi yang kit je. tak mapu nak beli yang mahal2. yang ape ntah abang saya and penjual tu cakap. i'm lucky sebab abang saya pandai cari camera yang murah harga dia. ni bukan sebab low quality eh. quality sama je. tapi abang saya dah biasa beli barang dengan lelaki tu. abang saya kan photographer. so, die tahu la pasal camera ni. hehe.

ok done with that. seminggu after that, saya and family buat family gathering kecil2an. ni just untuk adik beradik yang ade kat kL je. purpose? celebrate birthday abang saya yang 1st. kat kL ni saya ade abang 2 and sorang kakak. semuanya dah kawen. mereka datang dengan keluarga. kecuali kakak ipar saya, which is my 2nd brother punya wife tak balik kerja lagi time tu even though dah nak mid night. kitorang lepak kat Restoran Tok Sabak. makan sampai pecah perut. and lepak sampai panas punggung. hehe.

settle pasal tu. then saya busy pulak dengan quizzes and test before balik mid break. time tu seriously sangat la penat. saya memang kena buat plan yang sangat bagus untuk make sure yang saya cukup tidur. tu yang penting ye kawan2. hehe. tapi mata tak yah cakap la. memang lebam habis. hehe. dah macam panda bak kata encik boyfren. die memang. tak pernah nak puji saya. huhu. aish. nasib la saya dapat die.

oh, before that, saya lupa pulak nak cerita pasal saya and team sports hang out sama2. kitorang keluar lunch dekat 1 kedai ni. dekat sangat dengan wangsa walk. kedai makan ni sangat best okay. konsep die buffet. makan sesuka hati sampai pecah perut dengan hanya rm7. ye, saya tak menipu okay. seriously! saya and kawan2 makan sampai penat dah nak makan. yela. makan nasi kan. saya ni jenis yang tak makan banyak. makan sikit je dah kenyang. pastu lapar balik. hehe. tapi kitorang banyak makan lauk je rasanya. yang lelaki tu tak yah cakap la. memang makan banyak sangat2. haha. sorry guys. after lunch tu, kitorang jalan2 dalam wangsa walk. banyak plan nak buat. antaranya, nak main bowling, karaoke, and tengok movie. last2, kitorang just jalan2, snap some pictures, then balik. tapi, meliar ke giant jap. syue nak beli stock barang. saya driver yang baik hati. sol bawak la mereka2 yang dalam kesedihan ke giant. then balik la uia. sangat penat but sangat have fun!!

ok, the next day after hang out dengan mereka2 tu, saya keluar pulak la dengan syue, soo and encik boifren. matlamat utama ialah nak kena teman syue shopping. sebabnya, dulu saya dah janji nak shopping sekali dengan dia. dengan perasaan poyo nya saya telah berjanji untuk tidak membeli lagi. tapi macam bercakap dengan dinding je. pantang betul la tengok baju murah. saya pun ambik la 2 helai baju. 1 kemeja, i dress. yang dress tu saya telah mengepow encik boyfren sampai die buat muka time nak balik. haha. saya memang jahat wei. dah tahu laki tu tak de duit. ape la. ni saje je. nanti saya nak kena beli hadiah mahal sempena birthday dia. sebabnya die ni sangat la demand. nak pakai baju brand mahal2. sib baik susah nak beli baju sebab badan kecik sangat. aish. sabau jela wahai hati. syue beli barang sangat banyak. suka shopping dengan die sebab dia akan beli jugak something walaupun barang tu die tak sepatutnya beli. hehe.

next adalah mid break. saya kat rumah je. jadi driver danial, my the only brother. sebabnya saya je kat rumah bersama mama, papa and adik. tugas saya ialah, keluar hantar danial ke sekolah, beli lauk untuk di masak, memasak, kemas rumah and so on. tapi bertahan sekejap jela sebab kekanda dah mula pulang. hehe. so, saya dah jadi malas pulak. cuti chinese new year ni semua pulang kecuali my 1st sister, kak ti. die nak extend cuti time bulan 3. rugi tak menculik anak kecilnya. time ramai2 kat rumah, kanda juhe tak pulang lagi. student UUM dah cuti lain dari orang lain. tapi nasib baik dia dah nak masuk maktab balik. maknanya dia dah nak grad. aish. dah tua rupanya kakak saya tu. seronok dapat gather ramai2. rasa macam hari raya pulak time tu. hehe.

after habis mid break, saya kembali la ke UIA sebagai seorang full time student. dengan assignments, presentations, quizzes, and tests. tak lupa jugak yang part society. kita kena la berkembang sikit minda. and make friends. hehe. so far saya sangat happy sebab ade ramai kawan. sangat ramai okay. seronok ada mereka dalam hidup saya. dah rasa semuanya macam bestfriend. hehe.

ok la. saya nak buat kerja lain ni. banyak kerja tergendala time weekend. semuanya sebab test and replacement class. hehe. ok. saya akan update lagi pas ni.

i love u all!!

Monday, September 20, 2010

20092010

hai and assalamualaikum.....


today dah 20th September. cepat sangat masa berlalu ok. rasa macam baru je semalam saya balik beraya kat kampung. aish. tup tup dah nak final rupanya. tapi schedule still tak keluar lagi. kenapa la lambat sangat. saya nak kena tahu cepat. sebab saya nak pergi melancong neh. nak book tiket. hehe. tahun ni saya tak sambut raya haji kat teratak musafir kot. kalau di izinkan Allah, if parents saya boleh pergi haji this year, saya akan celebrate raya haji kat sarawak. saje nak menggediks dengan juhe, adik and kak eg. pastu saya tinggal kak ti raya sorang2 kat kL. haha.


tapi saya tak sure pergi ke x. sebab jadual exam lambat sangat keluar. saya nak book tiket yang murah. hopefully lepas ni still ade tiket murah. yang lagi murah lagi bagus. hehe.


ok dah pasal holiday tu. actually, saya nak cerita pasal hari ni. today, 20092010, birthday my papa. haha.
HAPPY BIRTHDAY PAPA!!!!

pagi tadi dah wish kt papa. saya wish today sebab papa biasanya tidur awal. so, tak berani nak ganggu papa tidur, saya tak tahu nak bagi present ape. every year asyik bagi baju je kat papa. saya tahu papa tak kesah. malah dia sangat la happy sampai dia pakai baju tu till buruk. haha. itu lah papa saya. dia sangat excited if anak2 bagi hadiah. tak kira hadiah tu tak seberapa pun. hehe. tahun ni saya rasa cam nak bagi something different. tapi entah la. susah sangat. tapi, saya akan fikir kot. tak nak dah bagi hadiah baju. saya pun dah boring. tapi saya tahu papa tak boring. haha.


saya just nak papa saya sentiasa sihat, murah rezeki, and dapat pergi haji this year. itu benda paling besar yang saya rasa. one more thing, saya nak papa rehat banyak2 kat rumah and tak yah dah pergi kedai. tapi saya tahu papa sayangkan kedai dia. saya pun rasa terharu bila papa sanggup tolak benda lain semata-mata nak kan kedainya. yela. kedai dari titik peluh sendiri kan. ape2 pun yang papa nak buat, saya tetap akan sokong.
I LOVE YOU PAPA!!!!!

ok la. saya dah penat nak menulis. headache. saya nak tidur kot. hehe. malam ni saya ade meeting amazing race. pastu nak kena study lagi. minggu ni je saya ade 2 test. hehe. so, kena la rajin sikit.


nanti saya update lagi.
i love you all!!!

Friday, September 17, 2010

mix stories

hye and assalamualaikum...

rasanya dah lama sangat tak menulis kat sini. malas la. semuanya sebab busy. bila dah tertinggal 1 hari, rasa malas nak continue. huhu. tapi terpaksa gak menulis sikit sebab bila dah lama sangat tinggal benda alah ni, nanti lagi malas nak menulis. hehe. tak tahu nak cerita pun still banyak nak membebel. hehe.


ok lah. straight to the point. hari tu, time saya cuti raya, saya bukan main la nak balik awal ke rumah. yela. sebab tak pernah berbuka dengan masakan my mama. hehe. tapi, saya balik lambat jugak. last minute punya plan. saya cancel kan tiket saya 2nd of September, saya balik 6th of September dengan my sister in law. dengan anak buah sekali. plus, saya curik zariff dari mummy and daddy die. hehe. tu la sebabnya saya cancel tiket malam tu. saje nak bawak zariff balik. tibe2 je my brother in law give me a permission untuk bawak zariff balik dengan saya. actually, zariff memang dah kena balik dengan saya. sebabnya mummy and daddy zariff balik lambat. tapi, daddy nya tak kasi saya membawa zariff pulang. tapi last minute, kasi gak. aish. kasi susah cik su je. tapi cik su tak kesah. sebab zariff gemuk and cumel. hehe.


sampai je rumah, dah nak masuk waktu berbuka. my mama tak masak on that day sebab demam. beli jek. hehe. tapi kenyang gak la. malam tu, zariff nangis gila2. saya memang dah risau sangat. nasib baik ade ibu yang jaga zariff. saya memang sedih sangat. sebab dia nangis dengan semangatnya. saya siap cakap dengan my mama yang ni semua salah saya sebab bawak zariff balik. takut la dia rindu mummy die ke. sebab malam2 die mesti dengan mummy die. aish. rupa2nya dia sakit perut. habis sejuk semua anggota badan. badan die da masuk angin. kembung perut orang cakap. last2 dia tertidur dalam tangisan. kesian dia. huh. sorry.


esoknya kitorang stay kat rumah je. tak pergi mana2 pun. oh, btw, kanda juhe and adik ade kat rumah. tak de la boring sangat. juhe bising sebab saya balik lambat. haha. sorry. kitorang dah janji nak balik awal. nak pergi merayap ke kota bharu. hehe. tapi lek r. still ade masa. kitorang melepak kat rumah je on that day.


hari rabu, kitorang keluar ke kota bharu, saya, juhe, and adik. kitorang naik bus je. sebab tak nak berebut kereta dengan papa. nanti kitorang mesti kena balik awal sebab papa mesti nak guna kereta untuk ke masjid. saya and juhe beli kasut yang sama untuk raya. huhu. mula2 saya yang berkenan dulu. tapi tak ade size untuk kaki saya yang besar ni. then juhe ambik. tiba2 je saya rasa nak ambik gak. walaupun size kecik. haha. bukannya nak guna lama. lagipun kan stay dalam kereta je. bukannya nak kena jalan kaki. hehe. then beli la. pastu saya beli handbag yang agak cumel la (syok sendiri). ni hadiah dari zera zuryana. before balik cuti raya, dia dah bagi saya duit untuk beki handbag. banyak pulak tu. saya pun cari la bag yang exact dengan duit yang dia bagi. nasib baik ade. hehe. bag tu simple je. saya suka. yang buat saya lagi suka ialah dia kaler grey ok. haha. and kasut saya pun kaler grey. brtambah la kesukaan saya. haha. kitorang bali dah lambat. pastu kena marah dengan mama sebab tinggal adik balik sendiri. alaa. relax la. adik tu dah besar ok. dah 16 tahun pun. dah pandai jaga diri. adik pun teruk kena marah dengan mama. aish. kesian dia.


esoknya kitorang stay kat rumah je. rumah dah bertambah bising dengan kehadiran abang mad, kak eg and abang rizal. hehe. pastu time sahur tu, abang mi and kak chah sampai. meriah sangat time sahur tu sebab makan kena share kerusi. haha. sengaja tak nak makan kat meja besar. sebab nak rasa suasana bersahur yang bising tu. jalan nak pergi bandar jerteh sangat la busy. jem kot. aish. so, kitorang stay kat rumah, kemas rumah mana yang patut. yela, esoknya tu dah nak raya. tahun ni, again raya kat kelantan. tak balik ipoh pun. huhu.


pagi raya macam biasa. saya still tak pergi solat sunat hari raya sebab kena jaga baby2 plus saya bangun lambat ok. haha. biasa la. pas mandi2 and siap2, kena buat sesi fotografi pulak. aish. ni acara wajib family saya. plus tahun ni semua adik beradik berkumpul. tahun depan punya raya mesti sunyi. kitorang dah buat plan nak balik raya kat ipoh. hehe. saya suka la. sebab dah lama tak balik ipoh. huhu. pagi raya tu je duit raya dah banyak. ni la untungnya if ade adik beradik yang ramai yang dah kerja. dalam family saya, 3 orang je yang still belajar. so, duit raya banyak la untuk kitorang. hehe. seronok sangat. then kitorang raya kat rumah my uncle di pantai air tawar, bukit keluang. then straight ke kota bharu sampai malam. biasa la tu. malam tu saya kena cirit birit yang teruk. memang sakit sangat. bila saya siasat, bukan saya je yang sakit, orang lain pun ade yang kena gak. sangat sedih. huhu.


esoknya, destinasi kitorang still kota bharu. balik pun malam gak. sampai penat la kitorang beraya. tapi hari ni duit raya tak lumayan sangat. tak masyuk. and hari ni pun sangat penat sebab semalaman asyik membuang je. dah tak de tenaga. huhu. bali rumah malam after pergi party bbq kat rumah my cousin. balik je after mandi and sembahyang saya terus tidur. sebab penat membuang. cirit birit still tak hilang. tapi saya ok je. huhu.


raya ke-3 rumah saya buat open house. macam tahun2 before ni. tapi tahun ni tak ramai sangat yang datang. sebab terperangkap dalam traffic jem. kesian. mama masak best la. menu pun banyak pilihan. laksa, nasi lemak,nasi kerabu, satay, and many more. hehe. today pun saya banyak tetamu. bffs memang sporting habis. tapi open house saya sama dengan open house my bff ijah. sedih sangat sebab tak dapat jumpe dia raya tahun ni. tapi time puasa kitorang dah berjumpa.hehe. duit raya hari ni pun boleh dikatakan masyuk gak la. orang besar mesti dapat duit raya banyak2 sebab banyak nak guna duit. hehe. itu ayat my uncle. close house lambat gak la malam tu. sebab ramai yang sampai malam. mama dah kepenatan. papa pulak sampai terus tutup lampu after last tetamu. haha. kelakar. penat sangat kot.


hari raya ke 4 saya stay kat rumah je sebab dah penat dengan cirit birit. nasib baik ok jugak. huhu.


raya ke 5 saya dah gerak balik kL. awal kan? nak buat cane, saya ade test on 15th September. sangat sedih ok. saya memang tak tahu ape yang saya jawab. memang susah soalan dia. dah la kepala otak still kat rumah. yela. orang lain still beraya, saya dah kena menghadap paper. sedih. pastu, demam melanda. haha. lagi kesian.


ok la. dah penat menulis. banyak sangat cerita. tu la. sape suruh malas menulis lagi. hehe. nanti saya upload lagi. btw, tahun ni tak de gambar time raya. sebabnya camera saya dah rosak. aish. next year nak beli camera baru. yang menarik. hehe.


i love you all!!!

Saturday, August 28, 2010

2nd post

assalamualaikum semua. salam ramadhan. haha. ni ialah post saya yang ke dua untuk hari ni ok. actually, saya memang nak post something pun today untuk semua kawan2 saya baca. tapi sangat la busy currently dengan so many assignments, quizzes and tests. huhu. dah lama sangat hold pasal post ni. ok lah. saya tak nak cakap banyak. saya just nak cakap pasal mandi junub. saya rasa ramai yang dah tahu pasal benda ni. tapi sejauh mana pengetahuan kita dalam hal ni?? tapi kita semua manusia yang tak lepas dari kesilapan. tapi, bila anda semua dah tahu, sila la mengamalkannya okay. supaya kita semua mendapat keberkatan. insyaAllah.

saya terjumpa pasal article ni dalam facebook. semoga kita sama2 dapat ilmu.

credit to azarudin bocheh.

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Sunday, August 22, 2010

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN

hai and assalamualaikum...

dah lama tak menulis kat sini. tak de cerita nak di share dengan semua orang. sebabnya saya asyik fikir pasal tests and quizzes yang melambak. aish. risau je yang saya tahu. tapi satu hape pun saya belum start revise lagi. just tahu nak main je. haha. bukan ape. bulan ramadhan ni banyak sangat jemputan berbuka puasa, kalau nak harap kan saya belajar weekdays, memang tak la kan. asyik main je dalam bilik. online la. macam2 saya nak buat. tap 1 pun tak mendatangkan faedah. haha. every weekend je saya mesti balik umah my sister. dah kata rumah akak saya tu kat gombak, mesti la saya selalu balik. nasib baik saya tak stay terus kat rumah akak saya. haha. rumah abang2 saya pun dekat je. tapi saya lagi selesa balik rumah akak saya. walaupun saya kena bertudung 24 jam. haha.


sepatutnya, today pun saya ade jemputan berbuka puasa. tapi saya takut nak ikut sebabnya saya tak habis lagi buat revision. takut kot. saya takut sangat result saya akan menjunam jatuh. dah la sekarang belajar makin susah. so, saya pilih untuk belajar jela kat bilik. huhu. walaupun saya tahu saya tak belajar sangat pun kat bilik ni. haha. at least saya kat bilik. bila rajin je, buka la buku. kalau saya kat rumah, seriously saya takkan belajar. online 24 jam. hehe. pastu main dengan zariff.


bulan ramadhan ni sangat la bagus ok. di samping dapat pahala yang banyak, kita dapat gak kurangkan buat dosa. huhu. plus, kurus la sikit body yang bagai di pam-pam ni. haha. betul gak cakap akak yang bagi tazkirah kat surau econs. dia macam kena gak la dengan hidup saya. hehe. hanya saya dan Dia je yang tahu. tak pela. saya ok je pun. lagipun sekarang ni bulan baik. so, jadi la baik. at least. sebab saya dah tahu perangai saya time bukan bulan puasa. haha. entah ape2 entah aku duk merapu ni. haha.


ok la. saya dah tak de idea. kena start buat revision sekarang. nanti tak sempat nak cover all topics. baru padan muka. huhu..


i love you all.
enjoy reading ya....

Thursday, August 19, 2010

sila berusaha dan jadi rajin!!!

hai and assalamualaikum...

haha. masih sempat lagi saya meng update ini blog ye? padahal next week will be a busy week ever(i guess). seriously. sangat busy okay. bila saya tatap balik planner saya, the whole week penuh dengan quizzes, tests and discussions. sangat scary okay. from now on pun saya tak start belajar lagi. sedang ambil mood yang entah bila akan kunjung jelma. haha. bila dah last minute, mula la saya akan menggelabah tak tentu hal. biasa la. itu dah menjadi habit students yang malas macam saya okay. (sorry to say la my dear friends).


actually, saya tak tahu nak start dengan apa dulu. bila saya pegang buku ni, saya teringat buku tu. bila saya pegang buku tu, buku ni lak panggil2 saya. aish. saya dah tak tahu. tapi saya dah decide yang saya nak start dengan membaca dulu sebab if saya tak baca balik semua benda yang saya belajar, i cant answer the questions. huhu. biasa la. manusia mudah lupa if tak selalu buat revision. saya sangat takut if saya tak sempat nak cover all the topics. nanti macam mana saya nak jawab those quizzes and tests?? saya memang kena struggle and work hard. and also study smart if nak success. semester ni dah la sangat tough bagi saya.


tadi masa class company accounting, madam noraini ade tunjuk something yang dah bagi saya motivation yang sangat mendalam. dia tunjuk 1 result seorang student dia yang dah grad dengan success and jayanya. every semester dia dapat dean's list. and banyak semester jugak la dia dapat 4.0 gpa. sangat la pandai that guy. last cgpa dia 3.918. dia 1st student accounting yang dapat award. aish. saya sangat la jauh dengan guy tu. macam mana la saya nak jadi macam dia. tapi mesti mak dia bangga dengan dia. ada anak yang pandai sangat2. huhu.


ok la. saya dah semakin takut untuk grad. cgpa saya sekarang pun dah nak teruk. salah step je dah boleh masuk zon bahaya. so, saya kena kejar balik apa yang saya dah missed. jum la tengok apa yang saya ade next week...

1) monday-free
2) tuesday- 2nd quiz and tutorial for company accounting, 8.30pm
3) wednesday- midterm fiqh for economist 3, 8.30am time class. 2nd quiz business finance, 1.00pm.
4) thursday- free
5) friday- midterm decision science, 9.00am. midterm organizational behavior, 8.30pm.


harap2 la saya dapat study and score dengan baik semua subjek ni. amin...


ok la. saya nak kena start belajar. nanti akan update lagi.


love you all!!!

Friday, August 13, 2010

im back again ^_^

hai and assalamualaikum...

haha. title saya kat atas tu sangat la tak boleh untuk dipercayai. dulu saya dah pernah buat title tu. pastu hilang lagi. ngeh3. sorry ye for those yang selalu mengikuti perkembangan saya yang sentiasa kembang ni. hehe. saya bukannya malas nak meng update blog ni. tapi after saya format laptop ari tu, saya tak boleh nak masuk wireless uia. padahal dah install banyak kali. sampai my BFF, syue dah banyak kali membantu sampai saya yang fed up. finally today dah boleh access wireless uia. pagi tadi saya ke ITD. abang kat situ sikit la punya sempoi+sengal. asyik buat lawak je. nasib baik dia baik. haha.

tu bukan la motif utama saya nak tulis hari ni. just nak bercerita sikit je.

today dah 3rd Ramadhan. cepat je masa berlalu. tup tup dah puasa. nanti dah nak raya. huhu. btw, baju raya yang saya tempah dah siap. saya suka dengan tailor saya sekarang. dah la baju yang dia jahit cepat siap. pastu, jahitan die sangat cantik. kemas je. saya suka sangat. plus sangat la murah untuk student macam saya. hehe. saya tak nak upload pictures baju saya kat sini. sebabnya tak de la menarik sangat. tapi semua cotton. sekarang ni dah jarang sangat orang pakai baju biasa. saya pun dah terikut-ikut dengan kakak2 saya yang kaya raya. diorang just pakai 3 jenis kain sekarang ni. 1) cotton-ni saya pun mampu nak beli. haha. sebab affordable. hehe. 2)chiffon-yang ni pun saya mampu nak beli. tapi yang jadi masalhnya ialah kain ni jenis jarang. so, kena lining untuk nampak sopan instead of pakai inner. hehe. 3) sutera/batik-yang ni saya mampu beli 1 je setiap kali nak raya. haha. tak mampu nak beli banyak2. plus kalau encik hafizi yang tolong bayarkan, saya sangat la mampu nak beli 2. haha. dia memang baik. nasib baik saya ni made in kelantan. so, kain and tudung murah sangat kat kelantan. plus barang2 lain. haha. seronok.

kain tu baju raya saya tahun ni semua kakak2 saya yang sponsor. sangat beruntung jadi anak last perempuan. hehe. kakak2 saya sangat baik. best sangat ade kakak. haha. sorry la for those yang tak de kakak tu. tak berniat pun.

ok dah la cakap pasal baju. saya dah boring. kita cakap pasal pelajaran pulak. as a student saya kena bangga sebab this semester sangat busy. tak pernah se busy ni last semester. haha. before balik raya je saya ade 3 midterm. mencabar betul. lagi mencabar paper lepas raya. memang harapan la saya nak study time tuh. dah la adik n juhe ade kat umah. memang kitorang main la jawabnya. haha. saya sangat sedih kot bila tahu ade paper exactly after eid. dah try mintak dengan lecturer. tapi sangat la hampa sebab x approve. tapi sekarang saya dah boleh terima hakikat yang tahun ni saya raya kejap je. ok la dari foreigner yang setia beraya di UiA. huhu.

ok la. saya nak buat kerja pulak. saya akan sentiasa update and akan jadi lagi rajin tuk update after this. hehe.

jumpa lagi.

love U!!!!

Tuesday, July 20, 2010

bermula lah sebuah kehidupan

hai semua and assalamualaikum.


dah lama sangat tak post something kat sini. busy sangat ke aku ni. rasanya macam tak je. cuma malas nak online. kat sini selalu hujan. so, line macam ape jek. better duk diam2. tak pun layan movie or tidur. sounds good. ngeh3. menambahkan lagi berat badan ini ye. last week punya class just like warm up. tak banyak subjek yang belajar. lecturer masuk sekejap jek. cakap pasal course outline. then finish the class. this week dah start belajar. everything benda baru.


ari isnin and rabu da kena bangun awal sebab class start at 0830 in the morning. mandi sambil gigil2 sebab sejuk sangat. cuaca kat sini yang sangat sejuk pada waktu pagi kot. huhu. bila dah start belajar, terus dapat homework and must prepare for the assignment. sangat banyak assignment for this semester. and also eid break pun pendek jek. must come early to sit for midterm paper. sangat la sedih sebab nak cuti lama.


today tak penat sangat pun sebab ade gap before start class pukul 2. so, boleh take a nap. pagi tadi sangat nervous nak pergi class company accounting. tapi, lecturer ok. menarik eventhough die cakap laju sangat. dalam class die msti tak sempat nak dreaming. hehe. dah kantoi aku suka dreaming dalam class. class organizational behavior macam boring sikit. dah lecturer macam garang. tak boleh lambat datang class die. after 10 minutes, kunci pintu. tapi die selalu habiskan class lambat. aish. ape la.


class business finance menarik sangat today. sebabnya kitorang just belajar cara2 nak guna financial calculator. dari start class till the end, kitorang asyik practise nak guna calculator jek. huhu. seronok bila dah tahu and pandai nak guna benda alah tuh. student accounting memang sangat memerlukan that calculator. bak kata my lecturer, "an accountant without calculator is like a soldier without gun". hehe.


aku ingat malam ni nak pergi tutorial untuk decision science. tapi my groupmate tak nak pergi pulak. so, aku pun tak pergi la. sebab takut nak pergi class sorang2. plus waktu malam. malam ni just stay kat bilik. baca buku ye wahai student accounting. this semester sangat tough for me. dah tak boleh main-main macam dulu-dulu. huhu.


ok la. i got to go. dah kena stop menulis sebab banyak benda lagi aku nak kena settle selain belajar and online.


one more thing, aku ade jual tudung bawal berlian tabur. if anyone interested, leh request. ini hand made punya. aku akan buat upon request. harga die tak mahal pun. just rm 28. korang cakap nak colour ape and after that baru aku akan buat. huhu.


ok la. stop dulu. nanti update lagi.
love you all!!!

Sunday, January 31, 2010

student,,,

hye guys. aku nak post before balik uia sebab aku tahu pasni aku mesti liat gila nak blogging. and i noe my dear friends especially syimah, fiera and aliaa msti kangen bangat sama aku. bising sebab aku tak update blog. hehe. sorry ye. sok da start class. aku rasa cam nak ponteng je tuk membolehkan aku settle kan semua assignment aku. huhu. malam ni sah aku tak tidur sebab nak settle kan keje yang terbengkalai and study sket tuk midterm exam. aku ade 3 test for this week.

1) ungs 2050- wednesday, 3rd February 2010
2) marketing principles- thursday, 4th February 2010
3) fiqh for economist 2- friday, 5th February 2010

on Tuesday aku nak hadiri conference Asean Logics. so, aku tak pergi class lagi. hehe. tapi tak pe. ade excuse letter. hehe.

ok dah. tak nak tulis lagi. nak packing barang balik uia. and before that nak hantar akak aku, tick, balik kedah. hantar kat stesen bus duta jek. hehe.

luv u oll!!!

Friday, January 15, 2010

hari yang ceria :))

sangat la lama saya tak update blog ni kerana connection yang sangat la haram.aish. tapi malam ni aku nak post je semua aku punya draft. haha. sori to my followers kayh. terpaksa baca banyak2 post. haha. especially to syimah, fiera and aliaa. hehe.


hari jumaat, 15 jan 2010
today, setelah 3 hari tak update blog, aku update lagi. hehe. today is Friday. that's mean aku kena jumpe hadri and settle sal sponsor tuh. but x settle2 gak. aish. tak pe. huhu. petang tadi aku pi jaga orang main football. hehe. seronok sangat. sebab dapat kejar bola. aku selaku ball picker. hehe. kejar la bola tuh. syue busy ambik pictures. izzah and hadri seronok di site len. aku and shafiq sebok kejar bola. hehe. memang best la. sebab da lama sangat aku tak lari2 cam kanak2 ribena. hehe. tal penat sangat pun. tapi aku da penat nak menulis ni. syue da lama tunggu aku tuk mandi and tehn kitorang nak dinner la plak. then sambung study. kay la. let the pictures tell u the story. hehe. njoy!!!



die head saya!!!





mereka yang saya syg!!!

cukup la tuk hari jumaat,,,,,hehe,,,,


Tuesday, 19 january 2010
yaey,,,
update gk finally,,,
saya malas sangat nak update sebab seperti yang saya nyatakan di atas bahawasanya connection sangat la haram kat uia,,,
saya punya broadband sudah bertukar milik ye,,,
harap maklum,,,
so susah la saya nak on9 pasni,,,
today saya sangat la enjoy,,,
after abis test 1 business ethics, saya merayap mencari buah,,,
kunun la malas nak makan nasi,,
nak tengok ape jadi ngan body saya yang semakin gemuk ni,,,
hehe,,,
buat malu je,,,
ok cukup ye ira,,,
mesti banyak selingan kamu ni,,,
ok,,,
saya just beli honey dew supaya saya manis cm hiney,,
hehe,,,
then saya beli popia and samosa kot,,,
tu je lunch saya tuk hari ni,,,
then saya ke KENMS tuk hantar zera ke class,,,
saya kena tunggu sheera kat library coz ade benda nak settle,,,
after that saya patah balik pi KENMS tuk jumpe sum1 yang benama megat,,
die nak picture yang saya snap time economic championship,,,,
saya kan pro lam bab camera ni,,,
haha,,,
poyo la ira ni,,,
even camera saya tu da nazak,,,
saya nak camera baru,,,
camera digital SLR,,,
tapi mama cakap tak payah,,
and my bro selaku pembeli camera tuk saya pun cakap tak yah,,,
if tak leh buat profit, tak yah la berangan nak ade camera canggih,,,
ish,,,
benci betul,,,
ok cukup panjang awak berangan ira,,,,
hehe,,,
then saya ptg tuh saya ponteng class marketing principles,,,
ye,,,
sya ponteng class!!!
biasa la,,,
attendance is not compulsory kan sekarang nih,,,
suka hati je nak datang class or tak,,,
huhu,,,
saya keluar beli tiket train ke penang,,,
hehe,,,
yeay!!!
saya bakal ke penang,,,
spend time kat sane,,,
tapi sekarang saya lam dilemma nak balik teratak musafir ke tak after pulang dari penang,,,
saya rindu papa n mama,,,
diorang banyak kali da tanya bila saya mahu pulang,,,
tapi,,,
saya takut nak balik sorang2,,,
kenapa tibe2 saya takut???
saya pun tak tahu,,,

k la,,,
saya kena stop dulu,,,
saya kena study,,,,
saya ade lagi 3 paper before mid break,,,
saya ni kuat betul la men,,
cane nak maintain pointer,,,
aish,,,

thursday-business ethics,0830 hrs
friday-cost mangement,1000 hrs
-intermediate accounting,1400 hrs

ok la,,,
pijie saya da panggil2 tuh,,,
ti saya update lagi ye kawan2,,,
luv u all,,,,


Thursday, January 7, 2010

seminggu yang busy

dah lama sangat since the last day aku update my blog.huhu.aku sangat la busy ngan life aku as a student.serius busy.tak tipu.start ngan monday.on that day aku kene hantar assignment fiqh.pasal bay' al-inah or dalam erti kata yang lain ialah repurchase agreement.then petang tu plak aku ade group discussion.pasal marketing plan yg sangat la banyak tu.tapi alright gak if aku and group member lain buat cepat2.nanti x de la terkejar-kejar.buat keje last minute.huhu.then malam tu aku "terpaksa" belajar marketing principles sebab ari khamis ade test 1.haha.terpaksa tu.aku ikhlas belajar marketing.seronok pe.huhu.lecturer pn menarik.ok.ckup la tuk Monday.

Tuesday lak cam biasa la aku ade kuiz business ethics di pagi hari.huhu.tapi,class on that day bermula ngan attendance.i got good news.huhu.i think tu good news la tuk all students of International Islamic University Malaysia.haha. lecturer cakap yang sekarang UIA dah tak guna attendance.so,x dela student yang akan di bar nanti.attendance dah tak penting.sape nak datang class,datang.tak nak datang sudah.tak de orang nak larang.tapi,yang tak bestnya,if ade quiz,lecturer tak kan cakap.die buat pop quiz.if missed class on that day,no make up quiz.ish.tak seronok.tapi aku tak kesah pun.sebab aku bukn yang jenis suke ponteng class sesuka ati.hehe.tapi aku kesah yang part pop quiz tu.ish.ok,after abis class cost management,aku ade group discussion pasal business ethics lak.kitorang terpaksa siapkan report and power point tuk present on Thursday.tapi aku sangat la tension sebab ade sorang lam group aku ni dah banyak kali tak attend discussion.tapi aku sabar jela.orang lain memang semua da marah.tapi yang tension nya lagi,die banyak berhubung ngan aku.aish.tolong la jangan ganggu aku.malam tu aku just kat bilik and study for marketing principles.huhu

Wednesday lak,aku pegi class fiqh ngan rasa tidak senang.1st,baju aku tak berapa nak tebal.so,aku terpaksa menggunakan bantuan shawl ku tuk cover bahagian yang seksi tu.huhu.sampai orang ingat aku terlalu sejuk.padahal,Tuhan jela yang tahu betapa aku panas gila kot.sib ebk class ber aircond.haha.2nd,kaki aku melecet sebab aku tak pakai stokin.haha.padan muka aku.sape suruh tak tutup aurat.kan dah kena.haha.ksian.ari ni aku dapat lagi 1 assignment tuk fiqh.bay' bitaman ajil lak.aish.sir ni memang nak menguji students die la.haha.aku tak prepare 1 benda pun lagi.da la weekend ni aku plan nak lepak umah akak and abang aku.aish.x pe.sabar jela.sib bek CM blajar rilek je.ngan sir yang sangat la bek.haha.and also hensem.hehe.menggatal lak aku.petang tu aku ade replacement class Intermediate Accounting.punya la aku cepat2 siap.pegi class awal gile.tapi sir lak datang after an hour.aish.aku da la banyak keje nak kene buat.malam tu lak aku ade meeting pasal economics championship.kalau aku ta pegi pun tak pe.da la aku ade exam ari kamis.tp x pe.tanggungjawab kan.sape suruh kau join benda tu?haha.tapi aku baca buku time briefing.haha.rajin tak aku?aku bukan belakon kayh.memang betul2 baca buku sebab aku tak baca sangat before ni.haha.balik bilik aku men2 dlu.lepak2.makan2.haha.then solat and baru la aku bukak buku tuk study.haha,sengal gila.pastu aku tido awal sebab ngantuk sangat.eksyen je.cakap nak stay up.haha.

Thursday,aku bangun awal kot.kul 5.semata-mata nak baca marketing yang aku tak abis baca tu lagi.haha.kesian sungguh.and today,our group kene present tuk subject Business Ethics.presentation yang sangat tak menarik sebab aku tak prepare pape pun.aku men redah je nak cakap ape.haha.harap2 la audience paham.sedikit tension kot.huhu.aku missed class IA sebab nak baca marketing yang still tak abis tu.haha.sorry sir.by the way,aku puasa ari ni.sebabnya ialah sajer2.huhu.malam plak aku ade klas UBS.malam tu aku diam je.tekun buat keje la kunun2nya.haha.balik bilik lambat sket sebab aku teman zera pi makan kat cafe HS.balik je terus aku online sambil buat keje marketing.huhu.aku kene tido.sok pagi kul 1030 ade creplacement class CM.

Friday,i woke up early gak la lepas sambung tido after subuh.huhu.nak print marketing plan,basuh kain,and so on.after that siap2 pi class CM.blajar chapter 3.then ade group discussion sal leadership.sempoi abis.kitorang bakal berdrama.haha.ntah la jadi ke x.pastu lunch and balik bilik tuk buat keje UBS sebab kene submit.haha.pastu on9 la.then buat keje sket.huhu.

k la.da tak larat nak tulis panjang2.korang mesti penat nak baca.haha.
till then,bye.....