jum jadi kawan,,,

Thursday, September 30, 2010

contest lagi...

assalamualaikum and hai.....

yeay!! saya masuk contest lagi. tapi dalam facebook la. bukan dalam blog. hehe. sape2 yang ade facebook (for sure semua orang mesti ade punya lah), sila lah like picture saya ye. walaupun tak menarik. haha. saya saje je nak masuk. nak support my cousin. yela. dia semangat tuh nak bagi hadiah. if korang berminat, boleh la join sekali. mula2 korang kena like nadenook punya page dulu. then baru boleh like saya punya pitca. hehe. sila2 lah ye like...ngeh3...


tu je post untuk kali ni. saya kena siapkan assignment yang banyak ini before esok. hari sabtu dah nak kena submit. hehe.

akan update soon. love you all!!

Saturday, September 25, 2010

busy bee

hai and assalamualaikum....


finally saya dapat gak update blog ni after last Monday. hehe. saya sangat busy ok kawan2. macam2 benda nak buat. sekarang pun curi2 menulis. sedar tak sedar, dah nak masuk bulan October. kejap je masa berlalu. dulu Ramadhan. sekarang dah Syawal. pun dah nak tinggal kita semua. tapi open house still on. haha. kerja, assignment melambak pun still gak nak berjalan. this weekend rumah my brother at pangsapuri harmonis. jom la if nak join. minggu lepas saya sangat busy dengan study and meeting. nak belajar pun tak sempat. asyik meeting je memanjang. huhu. tapi now dah habis. tadi. dah settle semua pasal explorace tu. Alhamdulillah semuanya okay. takut gak if tak okay. mesti teruk kena maki. haha.


last week gak saya dah telan berapa banyak panadol. if ade buat ujian air kencing, mesti saya dah positive dadah. haha. nak buat macam mana. if tak makan ubat, nanti mesti melarat sakitnya. so, better makan ubat la. tak de sape yang nak jaga saya kat sini. sakit kena jaga diri sendiri gak. huhu. sekarang pun rasa macam nak demam lagi. still. yela. mana tak sakitnya. hari2 kat sini kejap hujan, kejap panas. pastu tambah pulak dengan busy nya. lagi la penat. sampai waktu tidur pun tak cukup. pastu mula la nak ponteng kelas yang pagi. haha. bahaya betul zahirah dahria neh.


saya nak sangat minggu ni berlalu dengan cepat. hari jumaat je saya kena hantar 1 assignment. pastu nak kena siapkan assignment parenting yang 2 ketul tuh. pastu nak kena fikir assignment2 lain yang banyak lagi. aish. sakit kepala saya. final pun dah nak dekat. saya tak habis belajar lagi. banyak benda nak cover. saya dah la lambat dapat dalam belajar neh. if subjek yang saya suka, memang senang gila nak paham. tapi subjek yang saya tak berapa nak kawan neh memang susah sangat. paksa cane2 pun memang susah. haha. teruk betul perangai saya ye kawan2.


ok lah. saya nak sambung buat assignment. pastu saya nak tidur la pulak. dah banyak hari tidur lambat. banyak kerja okay. hahaha...


nanti bulan october saya update lagi ye. hehe.

i love u all!!!

Monday, September 20, 2010

20092010

hai and assalamualaikum.....


today dah 20th September. cepat sangat masa berlalu ok. rasa macam baru je semalam saya balik beraya kat kampung. aish. tup tup dah nak final rupanya. tapi schedule still tak keluar lagi. kenapa la lambat sangat. saya nak kena tahu cepat. sebab saya nak pergi melancong neh. nak book tiket. hehe. tahun ni saya tak sambut raya haji kat teratak musafir kot. kalau di izinkan Allah, if parents saya boleh pergi haji this year, saya akan celebrate raya haji kat sarawak. saje nak menggediks dengan juhe, adik and kak eg. pastu saya tinggal kak ti raya sorang2 kat kL. haha.


tapi saya tak sure pergi ke x. sebab jadual exam lambat sangat keluar. saya nak book tiket yang murah. hopefully lepas ni still ade tiket murah. yang lagi murah lagi bagus. hehe.


ok dah pasal holiday tu. actually, saya nak cerita pasal hari ni. today, 20092010, birthday my papa. haha.
HAPPY BIRTHDAY PAPA!!!!

pagi tadi dah wish kt papa. saya wish today sebab papa biasanya tidur awal. so, tak berani nak ganggu papa tidur, saya tak tahu nak bagi present ape. every year asyik bagi baju je kat papa. saya tahu papa tak kesah. malah dia sangat la happy sampai dia pakai baju tu till buruk. haha. itu lah papa saya. dia sangat excited if anak2 bagi hadiah. tak kira hadiah tu tak seberapa pun. hehe. tahun ni saya rasa cam nak bagi something different. tapi entah la. susah sangat. tapi, saya akan fikir kot. tak nak dah bagi hadiah baju. saya pun dah boring. tapi saya tahu papa tak boring. haha.


saya just nak papa saya sentiasa sihat, murah rezeki, and dapat pergi haji this year. itu benda paling besar yang saya rasa. one more thing, saya nak papa rehat banyak2 kat rumah and tak yah dah pergi kedai. tapi saya tahu papa sayangkan kedai dia. saya pun rasa terharu bila papa sanggup tolak benda lain semata-mata nak kan kedainya. yela. kedai dari titik peluh sendiri kan. ape2 pun yang papa nak buat, saya tetap akan sokong.
I LOVE YOU PAPA!!!!!

ok la. saya dah penat nak menulis. headache. saya nak tidur kot. hehe. malam ni saya ade meeting amazing race. pastu nak kena study lagi. minggu ni je saya ade 2 test. hehe. so, kena la rajin sikit.


nanti saya update lagi.
i love you all!!!

Friday, September 17, 2010

mix stories

hye and assalamualaikum...

rasanya dah lama sangat tak menulis kat sini. malas la. semuanya sebab busy. bila dah tertinggal 1 hari, rasa malas nak continue. huhu. tapi terpaksa gak menulis sikit sebab bila dah lama sangat tinggal benda alah ni, nanti lagi malas nak menulis. hehe. tak tahu nak cerita pun still banyak nak membebel. hehe.


ok lah. straight to the point. hari tu, time saya cuti raya, saya bukan main la nak balik awal ke rumah. yela. sebab tak pernah berbuka dengan masakan my mama. hehe. tapi, saya balik lambat jugak. last minute punya plan. saya cancel kan tiket saya 2nd of September, saya balik 6th of September dengan my sister in law. dengan anak buah sekali. plus, saya curik zariff dari mummy and daddy die. hehe. tu la sebabnya saya cancel tiket malam tu. saje nak bawak zariff balik. tibe2 je my brother in law give me a permission untuk bawak zariff balik dengan saya. actually, zariff memang dah kena balik dengan saya. sebabnya mummy and daddy zariff balik lambat. tapi, daddy nya tak kasi saya membawa zariff pulang. tapi last minute, kasi gak. aish. kasi susah cik su je. tapi cik su tak kesah. sebab zariff gemuk and cumel. hehe.


sampai je rumah, dah nak masuk waktu berbuka. my mama tak masak on that day sebab demam. beli jek. hehe. tapi kenyang gak la. malam tu, zariff nangis gila2. saya memang dah risau sangat. nasib baik ade ibu yang jaga zariff. saya memang sedih sangat. sebab dia nangis dengan semangatnya. saya siap cakap dengan my mama yang ni semua salah saya sebab bawak zariff balik. takut la dia rindu mummy die ke. sebab malam2 die mesti dengan mummy die. aish. rupa2nya dia sakit perut. habis sejuk semua anggota badan. badan die da masuk angin. kembung perut orang cakap. last2 dia tertidur dalam tangisan. kesian dia. huh. sorry.


esoknya kitorang stay kat rumah je. tak pergi mana2 pun. oh, btw, kanda juhe and adik ade kat rumah. tak de la boring sangat. juhe bising sebab saya balik lambat. haha. sorry. kitorang dah janji nak balik awal. nak pergi merayap ke kota bharu. hehe. tapi lek r. still ade masa. kitorang melepak kat rumah je on that day.


hari rabu, kitorang keluar ke kota bharu, saya, juhe, and adik. kitorang naik bus je. sebab tak nak berebut kereta dengan papa. nanti kitorang mesti kena balik awal sebab papa mesti nak guna kereta untuk ke masjid. saya and juhe beli kasut yang sama untuk raya. huhu. mula2 saya yang berkenan dulu. tapi tak ade size untuk kaki saya yang besar ni. then juhe ambik. tiba2 je saya rasa nak ambik gak. walaupun size kecik. haha. bukannya nak guna lama. lagipun kan stay dalam kereta je. bukannya nak kena jalan kaki. hehe. then beli la. pastu saya beli handbag yang agak cumel la (syok sendiri). ni hadiah dari zera zuryana. before balik cuti raya, dia dah bagi saya duit untuk beki handbag. banyak pulak tu. saya pun cari la bag yang exact dengan duit yang dia bagi. nasib baik ade. hehe. bag tu simple je. saya suka. yang buat saya lagi suka ialah dia kaler grey ok. haha. and kasut saya pun kaler grey. brtambah la kesukaan saya. haha. kitorang bali dah lambat. pastu kena marah dengan mama sebab tinggal adik balik sendiri. alaa. relax la. adik tu dah besar ok. dah 16 tahun pun. dah pandai jaga diri. adik pun teruk kena marah dengan mama. aish. kesian dia.


esoknya kitorang stay kat rumah je. rumah dah bertambah bising dengan kehadiran abang mad, kak eg and abang rizal. hehe. pastu time sahur tu, abang mi and kak chah sampai. meriah sangat time sahur tu sebab makan kena share kerusi. haha. sengaja tak nak makan kat meja besar. sebab nak rasa suasana bersahur yang bising tu. jalan nak pergi bandar jerteh sangat la busy. jem kot. aish. so, kitorang stay kat rumah, kemas rumah mana yang patut. yela, esoknya tu dah nak raya. tahun ni, again raya kat kelantan. tak balik ipoh pun. huhu.


pagi raya macam biasa. saya still tak pergi solat sunat hari raya sebab kena jaga baby2 plus saya bangun lambat ok. haha. biasa la. pas mandi2 and siap2, kena buat sesi fotografi pulak. aish. ni acara wajib family saya. plus tahun ni semua adik beradik berkumpul. tahun depan punya raya mesti sunyi. kitorang dah buat plan nak balik raya kat ipoh. hehe. saya suka la. sebab dah lama tak balik ipoh. huhu. pagi raya tu je duit raya dah banyak. ni la untungnya if ade adik beradik yang ramai yang dah kerja. dalam family saya, 3 orang je yang still belajar. so, duit raya banyak la untuk kitorang. hehe. seronok sangat. then kitorang raya kat rumah my uncle di pantai air tawar, bukit keluang. then straight ke kota bharu sampai malam. biasa la tu. malam tu saya kena cirit birit yang teruk. memang sakit sangat. bila saya siasat, bukan saya je yang sakit, orang lain pun ade yang kena gak. sangat sedih. huhu.


esoknya, destinasi kitorang still kota bharu. balik pun malam gak. sampai penat la kitorang beraya. tapi hari ni duit raya tak lumayan sangat. tak masyuk. and hari ni pun sangat penat sebab semalaman asyik membuang je. dah tak de tenaga. huhu. bali rumah malam after pergi party bbq kat rumah my cousin. balik je after mandi and sembahyang saya terus tidur. sebab penat membuang. cirit birit still tak hilang. tapi saya ok je. huhu.


raya ke-3 rumah saya buat open house. macam tahun2 before ni. tapi tahun ni tak ramai sangat yang datang. sebab terperangkap dalam traffic jem. kesian. mama masak best la. menu pun banyak pilihan. laksa, nasi lemak,nasi kerabu, satay, and many more. hehe. today pun saya banyak tetamu. bffs memang sporting habis. tapi open house saya sama dengan open house my bff ijah. sedih sangat sebab tak dapat jumpe dia raya tahun ni. tapi time puasa kitorang dah berjumpa.hehe. duit raya hari ni pun boleh dikatakan masyuk gak la. orang besar mesti dapat duit raya banyak2 sebab banyak nak guna duit. hehe. itu ayat my uncle. close house lambat gak la malam tu. sebab ramai yang sampai malam. mama dah kepenatan. papa pulak sampai terus tutup lampu after last tetamu. haha. kelakar. penat sangat kot.


hari raya ke 4 saya stay kat rumah je sebab dah penat dengan cirit birit. nasib baik ok jugak. huhu.


raya ke 5 saya dah gerak balik kL. awal kan? nak buat cane, saya ade test on 15th September. sangat sedih ok. saya memang tak tahu ape yang saya jawab. memang susah soalan dia. dah la kepala otak still kat rumah. yela. orang lain still beraya, saya dah kena menghadap paper. sedih. pastu, demam melanda. haha. lagi kesian.


ok la. dah penat menulis. banyak sangat cerita. tu la. sape suruh malas menulis lagi. hehe. nanti saya upload lagi. btw, tahun ni tak de gambar time raya. sebabnya camera saya dah rosak. aish. next year nak beli camera baru. yang menarik. hehe.


i love you all!!!

Sunday, August 29, 2010

mode balik kampung

hai and assalamualaikum....

huhu. tajuk saya tu memang sangat la kelakar. kot la. for me. hehe. yela. it is still long time to go kan nak raya. still ade lagi 11 hari nak raya. al-kisahnya saya malas dah nak pergi class next week. eventhough just 3 hari je lagi saya nak kena pergi class. saya nak balik rumah. nak puasa kat rumah. dah lama sangat tak balik umah. hehe. dah rindu. tapi, before balik rumah, saya kena face 1 test, 1 quiz, and also 2 presentations. lagi la saya malas. sekarang pun still tak buat revision lagi. hehe. malas gila. tests yang lepas2 pun saya rasa macam tak boleh nak score jek. huhu. so sad. time awal2 la nak score. tapi.........


saya nak balik kampung. this eid semua berkumpul kat teratak musafir. super duper seronok. mesti kecoh and bising. haha. tapi, semua orang raya kejap je kat rumah. sebabnya cuti this year yang sangat pendek. same goes to me. 14th dah nak balik uia. 15th dah ade test business finance. nasib baik malam. kalau pagi, saya memang tak tahu nak cakap ape. dah la subjek ni susah. saya macam tak nampak sinar langsung dalam subjek ni. huhu. sedih betul. so bad. saya kena push banyak sikit tuk test BF ni. sangat takut okay! tapi senior2 dah pesan awal2. it's normal kalau kita fail midterm BF. jangan la drop. nanti final lecturer akan tolong kita. huhu. i hope so.


owh. by the way, saya akan balik kampung 2nd of september. malam. lagi berapa hari jek. huhu. naik bus kat greenwood.


ok la. saya nak kena belajar and baca buku. takut nak exam.huhu. nasib baik hari selasa cuti lagi. tapi tak buat ape2 pun. just stay kat bilik jela. okay.


nanti saya update lagi okay...


love you all!!!

Saturday, August 28, 2010

2nd post

assalamualaikum semua. salam ramadhan. haha. ni ialah post saya yang ke dua untuk hari ni ok. actually, saya memang nak post something pun today untuk semua kawan2 saya baca. tapi sangat la busy currently dengan so many assignments, quizzes and tests. huhu. dah lama sangat hold pasal post ni. ok lah. saya tak nak cakap banyak. saya just nak cakap pasal mandi junub. saya rasa ramai yang dah tahu pasal benda ni. tapi sejauh mana pengetahuan kita dalam hal ni?? tapi kita semua manusia yang tak lepas dari kesilapan. tapi, bila anda semua dah tahu, sila la mengamalkannya okay. supaya kita semua mendapat keberkatan. insyaAllah.

saya terjumpa pasal article ni dalam facebook. semoga kita sama2 dapat ilmu.

credit to azarudin bocheh.

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

1ST GIVEAWAY FROM WARDAHWARDROBE


assalamualaikum and good morning i guess. hehe. it's still morning right? ekeke. bangun je trus dpt message dari fatma-ct yang mengatakan dia ade tag saya tuk join this contest. hehe. thanks okay!!

saya kena lengkapkan slogan di bawah untuk membolehkan saya memenangi sehelai blaus dari wardahwardrobe. owh, before that saya lupa pulak nak cakap yang give away ni di taja oleh wardahwardrobe sendiri. disebabkan saya dah di tagged, so saya join la sekali. huhu.


"saya nak menang blaus dari wardahwardrobe kerana saya ingin menambahkan koleksi blaus labuh yang cun ke dalam wardrobe saya"

Syarat-syarat :
1. Mesti mempunyai blog. (DONE)

2. Buat satu entry mengenai WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAYdan lengkapkan slogan saya nak menang blaus dari wardahwardrobe kerana ........................ (tidak melebihi 20 patah perkataan).
(DONE)

3. Harus menjadi FOLLOWER wardahwardrobe. (DONE) (yaa dahria)

4. Copy banner WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY dan sila letakkan pada ENTRY dan SIDEBANNER beserta LINK BACK. (DONE)

5. MASUKKAN LINK WARDAHWARDROBE ke dalam bloglist. (DONE)

6. Tag 3 ORANG KAWAN-KAWAN untuk turut sama join giveaway ini. (DONE)
saya tagged :

7. Sila tinggalkan komen di entry saya ni beserta link ke entry korang. SilaSERTAKAN EMEL supaya senang dihubungi. (DONE)

HADIAH -HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI :
Ada 3 hadiah disediakan.
2 pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah oleh BONDANYA; Puan Werdah.
Hadiah untuk 2 pemenang tersebut ialah SEHELAI BLAUS PILIHAN setiap seorang dari koleksi wardahwardrobe.
Manakala seorang lagi peserta dengan slogan terbaik pula akan memenangi SEHELAI BLAUS PILIHAN dari koleksi wardahwardrobe BESERTA 1 HADIAH MISTERI.

Tarikh giveaway bermula pada 9 Ogos 2010 dan berakhir pada 31 Ogos 2010.