jum jadi kawan,,,

Saturday, March 23, 2013

;assignmentsssssss;

assalamualaikum wbt and salam sejahtera...

saya zahirah dahria melaporkan dari library, UIA. yes. masih di uia menyiapkan assignment IB. assignment yang menguji kesabaran dan kreativiti. yes. dua dua pun saya kurang. kecewa? sangat kecewa. bila tah nak jadi creative and sabar ni. sabar macam papa and creative macam mana mungkin. kenapa saya tak mewarisi dua benda tu dari mereka?

tapi bukan la nak cakap pasal benda tu semata mata. hehe. saya suka buat assignment IB ni walaupun saya tak contribute sangat pun since saya sangat la noob dalam semua ni. oh pesa, help me :)

actually mid break dah bermula today. tapi if saya tak de nak buat assignment pun, saya still kat KL since esok baru balik teratak musafir. in shaa Allah. sepatutnya balik hari ni. tapi something happened. tak kesah la janji dapat balik jumpa mama and papa. oh miss them damn much.

ok la saya mahu kembali ke dunia nyata di mana ada saya, kawan kawan, laptop dan assignment.

thanks for reading. i love all of you


Thursday, March 7, 2013

;mereka;

assalamualaikum and salam sejahtera...

*fuhfuh* tiup blog sebab dah berhabuk sangat. kesian. sangat lama diabaikan. tiba tiba ade benda yang nak di share. terus pantas and laju menaip :)

ceritanya dah lama. tapi baru sekarang ade mood nak taip. biasa la perempuan. mood tak menentu. sekejap ok. kejap lagi die stress. esok dia nangis. dah macam orang tak betul. tapi tula perempua.

eh, ekceli aku bukan nak cerita pasal mood perempuan. aku nak cerita pasal mereka. ya MEREKA. ini bukan la mereka cipta or rekaan semata mata. mereka ini adalah kata ganti nama untuk orang ramai di sana. eh betul ke?? haha

jum layan gambar yang tak seberapa dulu la eh?

*reunion KOSPINT 2013*

*reunion KOSPINT 2013*

*bukit cerakah 2013*

*bukit cerakah 2013*

*reunion KOSPINT 2013*

*rasta TTDI 2013*

inilah MEREKA yang aku duk cakap tu. mereka yang aku rapat. dengan mereka aku boleh jadi diri sendiri. jadi diri aku yang sebenar. yang tak yah nak control control. bukan la aku ni jenis yang control ayu. tapi kalau dengan mereka aku jadi lain. tak de la sampai bertukar jadi power rangers ke ape. tu dah melampau. haha..

gambar reunion kospint tu time CNY 2013. mereka adalah best friend aku since secondary school. kitorang start rapat since form 2. kawan sampai jadi best friend. semua benda share. tahun ni 1st time kitorang dapat berkumpul berlima. kalau tak, mesti ade yang kurang. 1st time berkumpul sebagai orang dewasa. kecuali aku la. diorang semua dah bekerja.

yang gambar ramai lelaki tu adalah gambar member sekolah rendah. yes. we all still rapat sampai sekarang. ade je benda yang akan merapatkan kitorang. orang kata lelaki dah kurang kat dunia ni. tapi kalau kami buat gathering, confirm lelaki akan ramai. tapi seronok la sebab diorang pun gila gila sporting jugak.

aku rasa tu je kot yang aku nak share. saje nak bagi ceria balik blog ni. *ceria la sangat.padahal tak de orang peduli pun.padan muka*

thanks for reading this blog. i love you :)

Monday, December 31, 2012

;2012;

Assalamualaikum and salam sejahtera....

pejam celik pejam celik, 2012 bakal melabuhkan tirainya. sedih? happy? harus lah macam macam perasaan ade kan. tapi hidup haruslah diteruskan. banyak sangat kenangan untuk dikenang. peristiwa sedih juga tidak ketinggalan mengambil tempat dalam 2012.

2012 banyak mengajar diri ini tentang erti kehidupan yang sebenar. bukan la tahun tahun before ni tak de pengalaman hidup. tapi maybe sebab dah besar kan. haha. 2012 banyak mengubah kehidupan saya. 2012 juga menjadi titik permulaan untuk saya berubah. semoga perubahan yang dibuat ini akan terus istiqamah in shaa Allah.

2012 banyak mengajar saya erti kesabaran. erti sebuah persahabatan. erti kasih sayang sesama manusia. erti menghormati hak orang lain. erti menerima dan memberi. banyak sangat memberi erti kepada diri ini sampai tak larat nak list. haha.

semoga 2013 membawa lebih kebaikan dalam hidup ini. semoga Allah permudahkan jalan hidup saya. semoga saya dapat menghabiskan degree ini. semoga saya sentiasa di jalan yang benar. semoga saya bertemu bahagia dengan insan yang betul. semoga Allah memakbulkan segala doa dan impian saya. in shaa Allah :)

semoga Allah juga merahmati hidup kalian yang tidak jemu meminta dariNya.

p/s : ini adalah post terakhir untuk tahun 2012 :)

Monday, November 12, 2012

;long break;

Assalamualaikum and salam sejahtera...

today sangat la malas nak bangun awal pagi since tak de nak buat ape. boleh eh macam tu? haha. dah la semalam tidur awal and tak buat pape jugak. most of today punya class dah di cancel kan oleh lecturer awal awal. katanya nak bagi peluang kat student cuti. padahal diorang yang nak pergi holiday. so here another long break for me after last mid break *senyum sampai telinga*

class for today ade 2 je. paling malas nak tunggu sebab start at 3.30 and 6. tapi yang best nya, aku pergi 1 class je sebab my sis and brother in law dah tunggu aku habis class kul 5 nak cabut ke jB. yeay. dah lama tak pergi jB since my last visit yang aku sendiri pun tak ingat dah bila. haha.

aku saja la ikut diorang balik jB. nak bejalan jalan. since abang ipar aku orang sana, so boleh la aku merasa. padahal ade je abang sendiri, sepupu sepapat, pakcik makcik stay kat jB. tapi selalunya memang susah nak sampai. bila dah ada peluang ni, aku pun apa lagi, terus la pack barang barang *padahal tak packing pape pun lagi*

oh tiba tiba teringat assignment yang membukit tu. 1 hape pun tak sentuh lagi. hopefully before balik bercuti ni dapat discuss sikit dengan groupmate. insha Allah.

ok la. harus mengundur diri since dah tengahari. thanks for reading this entry. i love all of you.

p/s:happy deepavali dan salam ma'al hijrah :)

Sunday, November 11, 2012

;research;

Assalamualaikum and salam sejahtera semua :)

hari ni gigih bangun awal sebab nak laundry je pong. haha. tapi biasanya kalau cuti memang senang sangat nak bangun awal. mata ni cam tak nak tidur lepas subuh. kalau la hari sekolah, sangat la liat nak bangun. menyampah sungguh. tapi tak pe la. orang cakap bangun awal pagi ni murah rezeki :)

Alhamdulillah today still di beri peluang untuk bernafas. merubah diri menjadi lebih baik insha Allah :)

today aku just nak share 1 cerita yang aku rasa sangat seronok *bagi aku seronok la. and aku guess perempuan kat luar sana pun mesti seronok jugak* :)

memandangkan aku ni dah tua and dah nak grad pun(insha Allah tahun depan) makanya graduation dinner pun harus lah dah dekat kan. aku ni mula la gigih duk cari dress yang sesuai. oh theme nya adalah glamourous and elegance. aku rasa agak susah jugak la sampaikan kedai pengantin pun aku masuk. time masuk kedai pengantin tu confirm la aku tak fikir dah pasal dress dinner. of course la berangan nak kawen kan. haha

dress pengantin sekarang semuanya lawa lawa bagi aku. lagi lagi kalau lelaki yang design and jahitkan. seriously puas hati. sampaikan aku rasa even harga die sangat mahal, aku rasa sangat berbaloi. eh, yang aku excited sagat ni kenapa? dah lari topic dah ni :)

rasa excited membuatkan adrenalin aku pantas bergerak makanya semua benda termasuk otak and anggota badan yang lain mula bertindak memikirkan pasal dinner tu. aku ingat nak pakai dress kawen kakak aku je. kaler peach. tapi bila fikir balik, dress kakak aku tu sangat awesome. macam over lak kan. haha. so aku pun gigih la fikir design and kaler and kain.

so, last friday aku ni gigih la bejalan kat jalan tar. dengan room mate yang jugak semangat tahap tak ingat. tapi kain die lawa. tu je yang aku boleh puji. haha. after beli kain tu, terus la semangat hantar tailor. oh my tailor juga sangat awesome. sorry la aku tak nak promote aunty tu since die dah banyak sangat tempahan and aku takut nanti die tak sempat nak siapkan aku punya *sangat selfish :)*

so sekarang ni aku sangat la tak sabar nak tunggu dress tu siap. hopefully seperti apa yang aku mintak la.

semalam, aku ni ade la belek blog dena bahrin. aku duk tengok outfit die. sangat awesome. actually dari dulu lagi aku suka pakaian die. just aku tak buat research mana die beli tempah semua tu kan. tapi post terbaru die buat aku rasa dup dap dup dap nak tahu. so laju laju je aku godek web cala qisya. bila dah tengok tu, rasa nak beli semua. haha. tak de la semua. tapi most of the item. die punya colour sangat menarik minat.

korang kalau rasa nak cuci mata ke ape, boleh la terjah website die. tak pun terus serang kedai die kat shah alam.

aku rasa cukup la dulu eh untuk hari ni. thanks for reading this entry my beloved readers :)

Thursday, November 1, 2012

;kembali aktif?;

Assalamualaikum and salam sejahtera....

tiba tiba aku jadi rajin pulak nak update even tak de pape pun yang nak di share dengan semua. kadang kadang seronok bila dapat merepek kat blog. blog aku suka hati aku la. sape nak baca sila la baca. sape tak suka sila angkat kaki :)

stress ke aku ni bila dah selalu update blog? tak de la. aku nak menambahkan post yang tak berapa nak banyak kat blog aku ni. aku noticed yang tahun ni aku menghasilkan beberapa kerat post je. tu pun yang tak menarik. haha.

actually aku malas nak baca buku. just tunggu masa nak pergi class 1130. sementara tu boleh la aku ambik sedikit masa tuk merepek kat sini. esok aku ade another midterm. petang. subject business. baca sikit je. tapi aku main banyak la. hehe. bukan tak minat. seronok je baca buku. tapi tah la. mood kot yang tak betul. so, minat je tak mampu nak membantu.

aku tak sabar nak menghabiskan duit untuk hilangkan rasa ketidakselesaan hati dan perasaan ni. tapi fundnya belum diminta lagi. aku aim dua benda je sekarang ni. kasut and dress cotton. dress cotton susah nak cari and kalau dah berminat sangat tu mesti la sangat mahal ok. so aku fikir yang aku nak design dress sendiri and then mintak tailor aku yang jahitkan. almaklum la aku ni belajar menjahit tak habis lagi. semangat tu ade. tapi masa tu yang jeles sangat dengan aku. haha. alasan.

ok la. aku dah tak de masa nak merepek. nak siap siap ke class. nanti dalam class kena focus and tak boleh berangan. kalau tak pandai, aku jugak yang susah kan? hehe

thanks for reading my blog. i love you all..

Tuesday, October 30, 2012

;untitle;

assalamualaikum and salam sejahtera.....

lama sangat aku tak menjenguk blog ni. sumpah lama gila. seriously tahun ni sangat la kurang post pape. kesian encik blog terabai. tiba tiba today macam tergerak nak bercerita. tak de la cerita ape pun. more to merepek kot. aku ni bukan la sape sape yang sentiasa ade cerita hot. haha..

ok back to business. aku rasa macam moody sikit sejak balik dari mid break. nak kata jet leg, tak de la jauh sangat KL-KCH-KL tu. i don't know la. kalau nak kata masalah hati and perasaan tu maybe kot. bahaya la involve dengan benda hati and perasaan ni. wahai encik hati, tugas kau pump darah dah la. tak yah nak involve dengan benda lain :)

sekarang ni dah start musim busy. tapi tak la sehebat a week before mid break. sangat la busy sampai demam. tahun ni aku dah kira hebat la sebab dah kurang demam *poyo*. haha. this week aku still ade 2 papers for mid term. sedikit kecewa sebab malas sangat nak belajar. baca sikit je dah mengantuk. parah la jugak sebab banyak sangat benda yang nak dibaca.

orang cakap life student ni best. boleh enjoy. aku rasa macam tak je. banyak kerja. tapi boleh duduk relax fikir pasal kerja and kerja settle macam tu je. memang tak la kan. aku tak tahu la kenapa stress sangat. orang kata tak boleh merungut and selalu kena mintak dengan Allah ketenangan tu. aku dah cuba and aku jugak jenis yang kena ade telinga untuk mendengar.

aku rasa macam nak mintak duit banyak banyak ngan siblings untuk enjoy shopping. duit papa just untuk makan and belajar je. hehe. tapi tak tahu ape nak dibeli if dah ade duit. sedih. at the same time aku rasa nak pegi holiday yang seronok seronok dengan kawan kawan. tapi aku fikir macam sayang pulak weekend aku terbuang begitu sahaja tanpa relax santai kat bilik :)

dah tu apa lagi masalahnya? AKU TAK TAHU LA!!! benda ni tiba tiba je aku rasa. aku berharap semoga perasaan yang tak digemari ini pergi jauh jauh. AKU TAK SUKA!!! korang penah ke rasa macam ni? aku rasa macam aku je yang saiko sorang sorang fikir benda ni. please la perempuan. kau boleh handle kot benda simple macam ni.

sekarang ni aku just nak fikir benda yang happy happy je. tapi boleh tak if aku berangan eh? ade orang cakap tak elok berangan. tak baik ke ape. camtu la. tapi kalau aku dah dalam situasi macam ni, aku suka berangan (bukan la berangan lebih lebih) fikir benda yang happy. haha.

ok la. aku dah merepek lebih lebih ni. nak baca buku dulu la. tak sedar diri esok petang ade exam. hehe. kepada perasaan, sila behave. aku tak de masa nak fikir pasal kau buat masa sekarang ni. tugas aku sebagai seorang student adalah untuk belajar ye :)

p/s:one of my sister miscarriage last thursday. first baby. i pray to Allah so that my sister tabah and cekal hadapi dugaan ni. hopefully cepat recover and buat baby balik. ramai ramai pun tak pe. i can handle my anak buah :)

thanks for reading my blog. take care and assalamualaikum....