jum jadi kawan,,,

Sunday, March 27, 2011

CONTEST BEAUTIFUL EYES BY TENNIELICIOUS!

(if nk join, boleh click di sini)
hai and assalamualaikum... today rajin pulak nak menulis. padahal dah nak exam. okay. tanak cakap banyak. just nak cakap yang saya telah di tagged oleh cik fatma CT tuk buat benda alah neh. *masuk contest lah*.

oh, saya sangat suka okay. yela, kan rabun. plus sekarang ni sedang mencari lens baru setelah lens yang lepas sudah bersemadi di dalam tong sampah semalam. ngeh3...

oh, gambar saya ni tak la menarik sangat pun. tapi still nak join. hehe...

(gambar ni di ambil masa first time saya pakai niqab. bukan la niqab sangat. just tuk ambik gambar jek. hehe)

ok jum buat ape yang di suruh...

*tajuk entry mestilah seperti di atas iaitu "CONTEST BEAUTIFUL EYES BY TENNILICIOUS". ~ *DONE*
* anda mestilah letak pic anda sendiri ye... ~*DONE*
*contest ini terbuka kepada semua peringkat umur.
*anda mesti follow blog cik wanie , cik tenten dan bloghop kami iaitu "tennielicious" ~*DONE*
*anda harus letak banner nie di side bar sehingga tamatnya contest nie... ~*DONE*
*sila tinggalkan link anda di post ini...sila alert kalau ada apa2 pengumuman mengenai contest ini di blog cik wanie atau blogshop kami.. ~*DONE*
*akhir sekali..anda diminta tag 5 rakan blogger anda..
1) my besties cik yuyul
2) my kanda jantung hati
4) kak nana shadow
5) kepada semua pembaca blog ni

Friday, March 18, 2011

;once upon a time;

assalamualaikum everyone...

tiba-tiba lak rasa rajin nak mengupdate blog this time. padahal assignment tak siap lagi. preparation for presentation tak siap lagi. baju dalam baldi dah lama terendam. dah busuk agaknya. tapi gila gediks nak gak update blog yang semakin usang ni. banyak sangat benda nak cerita. sampai tak tahu nak start yang mana dulu. ok la. ni semua cerita dah lapuk ok. saja nak bercerita jugak. maybe semuanya sebab happy la kan. hehe

#1: wedding kakak eyny

oh. Wedding kakak eyny sangat menarik okay. Dah la buat ala-ala garden wedding gitu. Saya rasa memang garden wedding. Nama tempat pun kampung pengantin. Tapi, sepanjang perjalanan ke sana, macam2 halangan kami terpaksa tempuhi. Onak dan cabaran tu silih berganti. Hehe. Tak, kereta buat hal pulak. Tak de minyak la bagai. Kitorang bawak kereta macam orang mabuk. Kejap2 stop kat tepi jalan. Hehe. Sampai je kat majlis tu dah lewat. Makanan pun almost nak habis. Sya and ajeem dah kekenyangan. Kitorang jela yang still menahan lapar. Saya lagi la. Dari pagi tak makan nasi. Just breakfast roti canai je. Alhamdulillah selamat gak sampai kat sana. Seronok la. Wedding orang kaya la katakan. Semuanya ayah eyny yang uruskan. Memang all out habis la. Anak perempuan sulung yang kawen.

p/s: tunggu turn eyny pulak macam mana


#2: shopping shawl and inner bagi pihak aliaa

Yang ni sumpah sangat seronok. Saya kan suka gila shopping ni. Lagi2 la benda yang kaler die cam menarik gila. Aliaa bagi kepercayaan tuk saya shopping all those kinds bagi pihak dia. Katanya tak sempat nak shopping time balik hari tu. Yela, asyik dating kat tempat mahal2. Mana la nak jumpa benda2 alah tu. Saya tension gak la time nak shopping inner and shawl tu. Sebabnya aliaa bagi syarat tuk pilih inner and shawl. Tak seronok. Dah la rambang mata. Disebabkan ade syarat, jadi stress terus. Terpaksa limitkan perbelanjaan sebab nak bear postage fees yang agak mahal ke australia. Bila dah habis shopping semua barang2 tu, saya hantar pulak kat die. Saya pos by air. Kata abang yang keje kat post office tu. Dah mesra bagai nak ape. Haha. Bagus la tu. Seronok dapat shopping untuk aliaa. Walaupun stress. Hehe.

Ok sekian sahaja cerita happy saya untuk kali ini. Next time saya bercerita lagi ye. Sekarang macam semakin rajin nak bercerita sebabnya dah tak busy. Cuma kena busy belajar untuk final. Kena naik kan balik cgpa yang semakin decline tu. Takut sangat.

p/s: saya nak kerja. Sebabnya tak dapat buat short sem. Lama kot cuti. Almost 5 months. Tapi, 1st thing 1st yang saya harus buat ialah beli kasut sukan mahal. Kena exercise la wei. Makin belemak kang stay kat umah lama2. Hehe

ok la. Sila enjoy gambar2 yang saya sediakan. I love you all!!

Thursday, March 17, 2011

;hidup lagi ke?;


hai and assalamualaikum...

wow. seriously dah lama saya tak update blog ni. dah berhabuk agaknya. mesti orang yang selalu bukak blog ni tension sebab tak update-update.(bajet ramai peminat la kau ira). haha. ok la. sorry sangat-sangat kepada yang selalu bukak blog ni tapi tak de sebarang update dari saya. semester ni saya rasa macam tak de life la. nak enjoy sikit pun tak boleh. tapi alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini.

ok la. saya nak cerita macam-macam since my last update last month. last month okay. betapa tak de masanya saya ni. belajar ke? tak pun rasanya. now pun curi masa yang sepaptutnya saya manfaatkan untuk preparation for presentation DMC petang ni. kul 2. haha. sempat lagi saya membuka blog ni. rindu kot nak bercerita.

bila dah ade masa sikit nak menulis ni, dah tak ingat nak cerita apa. haha. ok la. sekarang ni saya dah gila. gila dengan something yang baru iaitu craft. seronok wei buat benda ni. asyik je. kalau dah start buat, memang susah nak stop. hehe. mesti korang nak tahu apa kan. actually, sekarang ni saya dah semakin gila dengan craft yang berasaskan kain felt. sangat gila okay. dah jatuh hati sangat2. nak jual. tapi tak sempat nak buat promotion. ambik gambar pun buruk2 je. tak sempat nak touch up. bak kata kakak saya, sila la ambik gambar benda alah tu dengan model. aru la orang nak pandang.

actually, saya and my sis buat pin shawl. ala, yang orang sepit kat shawl tuk melawakan keadaan tu. biasanya orang akan pakai hair band or cekak rambut. tapi saya nak jugak buat pin shawl ni. sebabnya, benda ni jarang jual kat kedai. kalau ade pun, harga dia sangat la mahal. so, my sis la yang cadangkan kitorang buat benda alah ni. mula2 buat just for fun. yela. untuk pakai sendiri-sendiri. tak de la niat untuk jual. tapi macam seronok jugak nak jual pun. cuma kena takes time la. maybe akan memulakan operasi ni bila cuti sem yang bakal tiba ni. hehe

ok la. saya dah kena ke kelas. wish me luck for the presentation petang ni. before that, saya nak la jugak share pin shawl yang buruk tu ngan korang. hehe.

ok la. i love you all!!

Friday, February 18, 2011

::.jumaat yang indah.::

assalamualaikum semua readers...

cepatnya seminggu masa berlalu. next week dah nak masuk week 10 belajar kat UIA ni. that's means, almost sebulan je nak final. aiyyak. habis la. tak ready pape pun lagi ni. hari tu ade check preliminary examination time table. mula2 fikir macam okay je jadual tu. tapi hari ni dah rasa macam sedikit nervous. harap2 la dia berubah banyak. mana tak nya. starting 31st of March, 1st Apr and 2nd Apr. ditambah lagi dengan 2nd of Apr tu ade 2 paper berderet. in the morning and evening. mana tak nya saya tak menggelabah. benda ni saya realize after jawab exam AIB yesterday. soalan dia punya la mencabar. that's why la saya rasa sangat la takut.

yang tak leh blah tu lagi, saya still gak balik lambat sebab gap antara those 4 papers tu sangat la jauh. penat saya nak menunggu. harap2 la time saya menunggu tu, saya study dengan jayanya supaya saya dapat deans list this sem. cuaknya perasaan. bukan senang tu nak dapat deans list. biasanya result cukup2 je di tahap yang selesa. tapi tak la selesa sangat. aish. saya ni tak de la pandai sangat macam orang lain. belajar gila2 pun belum tentu dapat banyak. tak tahu la apa malangnya nasib saya ni. tapi saya tetap akan berusaha.

before final exam ni, still banyak lagi benda yang nak kena settle. saya suka belajar! think positive. haha. gila la poyo. cuba habaq mai siapa yang suka belajar? nak tanya rahsia kejayaan anda. saya bukannya malas nak berusaha. entah la. kadang2 akan datang 1 situation yang buat kita malas nak belajar. saya tak tahu la orang lain rasa tak apa yang saya rasa. tapi, tu la perasaan saya.

ok la. saya nak keluar ke center ni. nak ke temu my ijah. dia datang ke UIA today. katanya nak buat assignment. so, we'll have lunch together. nak bercerita la sikit. dah lama tak lepak and bercerita. nak update new story pasal dia. macam saya ni tak de new story sangat la. sebab sentiasa dengan en hafizi. tak bertukar ganti. haha.

ok la. i got to go. nak mandi and buat pape yang patut before pergi jumpa cik ijah. hehe.

i'll update soon. i love you all!!!

p/s: kakak saya ade blogshop. rajin2 la melawat kedai dia. nantikan kemunculan benda baru di kedainya. hehe.

Tuesday, February 15, 2011

::.15022011.::

assalamualaikum.....

today sangat la penat. actually dah penat since yesterday. tidur pun tak berapa nak cukup. semalam dah penat sebab asyik melepak kat bilik dari pagi till petang. al sebabnya class tak de. ingatkan petang ade la kelas. saya dengan perasaan serba salah siap2 ke kelas. tunggu la text message dari senior takut2 cakap class cancel ke hape. tak de pulak dapat. berlari berkejaran la saya ke class yang sangat 'jauh' dibawah terik matahari yang sangat panas okay. sesampai je kat class, time tu dengan kak balqis, my classmate.

"wah, kite orang 1st la sampai kak"
dengan bangganya saya menyuarakan perasaan saya. then lama punya fikir, saya tergerak nak text senior saya.
"sorry, akak lupa nak gi tau class cancel"
yeay! class petang tu pun cancel. buat penat je saya bersiap then berlari ke class. lari la sangat kan. haha. membazir sepasang baju yesterday. oh, saya ni jenis yang tak suka ulang pakai baju. if baru pakai sekejap pun saya tak akan pakai dah next day. contohnya cam baju semalam. saya takkan pakai dah on thursday ke. sebabnya saya memang tak suka. dah berpeluh semuanya. walaupun tak banyak. maybe sebab saya rajin basuh kain kot. haha.

semalam memang bahagia tak de class. tapi tak buat pape pun kat bilik. asyik duk layan FB je. that's why la saya dapat update blog yang dah bersawang ni. hehe. tapi petang semalam jugak saya di kejutkan dengan berita kematian nenek sedara saya which is my grandmother's sister. kitorang tak de la rapat sangat. tapi, boleh la. die pun baik sangat, lemah lembut. masa chinese new year hari tu, saya sempat la melawat die kat rumah. time tu pun die dah sakit teruk gak la. tak leh nak bukak mata pun. just terbaring atas tilam. sedih la tengok keadaan dia. ingatkan semalam dah kena balik kelantan. tapi mayat di kebumikan awal. so, tak worth it nak balik sebab sok dah kerja balik. saya pun ade class. sekarang pun saya rasa kepala macam dah ting tong ni. pening. tak belajar pun lagi untuk last paper midterm which is on thursday. hehe. teruk betul la. dah la banyak benda nak kena baca.

today pulak tak de buat pape. just had discussion with groupmate BM. nak kena submit draft on thursday. tapi tak siap lagi. tinggal nak type je. today stay dengan family je. pergi IJN. melawat abang sepupu. disyaki barah paru2. tapi level 1 baru. hopefully tak la.

oh, hari sabtu saya lupa nak cakap yang saya lepak dengan girlfriends dekat wangsa walk and tutti frutti. after habis exam law je kitorang terus keluar sebabnya most of us ade kerja sebelah petang. me too! saya semestinya kuar jumpa encik hafizi. sebabnya time birthday die saya tak dapat nak celebrate. die ade exam okay. jangan nak salahkan saya pulak. saya sangat la sedih sebab this year adalah 1st time saya dekat dengan die. before ni sangat jauh. huhu. tapi still tak dapat nak celebrate jugak kan. aish. jumpa pun tak lama jugak. kejap2 je. biasa la. saya okay je. harap2 dia jugak akan okay dengan cara kitorang yang sangat jarang jumpa even dah dekat. maybe dah biasa jauh dulu2 kot. hehe.

okay la. dah sangat penat ni. rasa macam nak tido je kejap lepas maghrib. then baru bangun buat kerja. hehe. teruk betul perangai saya.

ok la. i got to go. i'll love you always.
i love you all!!

Monday, February 14, 2011

;pabila rasa rajin;

assalamualaikum semua kawan2.....

seriously dah lama sangat tak update kat sini. sangat malas untuk berfikir and at the same time nak menulis. actually, banyak je cerita yang nak di share kan. tapi entah la. rasa malas sangat. padahal hari tu seminggu kat rumah. tak buat pape pun. asyik berjalan je kerjanya. hehe. sepatutnya time tu la saya harus update blog. sebabnya internet laju kan. hehe.

ok la. banyak benda happen. 1st, ni sambungan post saya yang lepas. saya dah dapat camera. of course d3100. tapi yang kit je. tak mapu nak beli yang mahal2. yang ape ntah abang saya and penjual tu cakap. i'm lucky sebab abang saya pandai cari camera yang murah harga dia. ni bukan sebab low quality eh. quality sama je. tapi abang saya dah biasa beli barang dengan lelaki tu. abang saya kan photographer. so, die tahu la pasal camera ni. hehe.

ok done with that. seminggu after that, saya and family buat family gathering kecil2an. ni just untuk adik beradik yang ade kat kL je. purpose? celebrate birthday abang saya yang 1st. kat kL ni saya ade abang 2 and sorang kakak. semuanya dah kawen. mereka datang dengan keluarga. kecuali kakak ipar saya, which is my 2nd brother punya wife tak balik kerja lagi time tu even though dah nak mid night. kitorang lepak kat Restoran Tok Sabak. makan sampai pecah perut. and lepak sampai panas punggung. hehe.

settle pasal tu. then saya busy pulak dengan quizzes and test before balik mid break. time tu seriously sangat la penat. saya memang kena buat plan yang sangat bagus untuk make sure yang saya cukup tidur. tu yang penting ye kawan2. hehe. tapi mata tak yah cakap la. memang lebam habis. hehe. dah macam panda bak kata encik boyfren. die memang. tak pernah nak puji saya. huhu. aish. nasib la saya dapat die.

oh, before that, saya lupa pulak nak cerita pasal saya and team sports hang out sama2. kitorang keluar lunch dekat 1 kedai ni. dekat sangat dengan wangsa walk. kedai makan ni sangat best okay. konsep die buffet. makan sesuka hati sampai pecah perut dengan hanya rm7. ye, saya tak menipu okay. seriously! saya and kawan2 makan sampai penat dah nak makan. yela. makan nasi kan. saya ni jenis yang tak makan banyak. makan sikit je dah kenyang. pastu lapar balik. hehe. tapi kitorang banyak makan lauk je rasanya. yang lelaki tu tak yah cakap la. memang makan banyak sangat2. haha. sorry guys. after lunch tu, kitorang jalan2 dalam wangsa walk. banyak plan nak buat. antaranya, nak main bowling, karaoke, and tengok movie. last2, kitorang just jalan2, snap some pictures, then balik. tapi, meliar ke giant jap. syue nak beli stock barang. saya driver yang baik hati. sol bawak la mereka2 yang dalam kesedihan ke giant. then balik la uia. sangat penat but sangat have fun!!

ok, the next day after hang out dengan mereka2 tu, saya keluar pulak la dengan syue, soo and encik boifren. matlamat utama ialah nak kena teman syue shopping. sebabnya, dulu saya dah janji nak shopping sekali dengan dia. dengan perasaan poyo nya saya telah berjanji untuk tidak membeli lagi. tapi macam bercakap dengan dinding je. pantang betul la tengok baju murah. saya pun ambik la 2 helai baju. 1 kemeja, i dress. yang dress tu saya telah mengepow encik boyfren sampai die buat muka time nak balik. haha. saya memang jahat wei. dah tahu laki tu tak de duit. ape la. ni saje je. nanti saya nak kena beli hadiah mahal sempena birthday dia. sebabnya die ni sangat la demand. nak pakai baju brand mahal2. sib baik susah nak beli baju sebab badan kecik sangat. aish. sabau jela wahai hati. syue beli barang sangat banyak. suka shopping dengan die sebab dia akan beli jugak something walaupun barang tu die tak sepatutnya beli. hehe.

next adalah mid break. saya kat rumah je. jadi driver danial, my the only brother. sebabnya saya je kat rumah bersama mama, papa and adik. tugas saya ialah, keluar hantar danial ke sekolah, beli lauk untuk di masak, memasak, kemas rumah and so on. tapi bertahan sekejap jela sebab kekanda dah mula pulang. hehe. so, saya dah jadi malas pulak. cuti chinese new year ni semua pulang kecuali my 1st sister, kak ti. die nak extend cuti time bulan 3. rugi tak menculik anak kecilnya. time ramai2 kat rumah, kanda juhe tak pulang lagi. student UUM dah cuti lain dari orang lain. tapi nasib baik dia dah nak masuk maktab balik. maknanya dia dah nak grad. aish. dah tua rupanya kakak saya tu. seronok dapat gather ramai2. rasa macam hari raya pulak time tu. hehe.

after habis mid break, saya kembali la ke UIA sebagai seorang full time student. dengan assignments, presentations, quizzes, and tests. tak lupa jugak yang part society. kita kena la berkembang sikit minda. and make friends. hehe. so far saya sangat happy sebab ade ramai kawan. sangat ramai okay. seronok ada mereka dalam hidup saya. dah rasa semuanya macam bestfriend. hehe.

ok la. saya nak buat kerja lain ni. banyak kerja tergendala time weekend. semuanya sebab test and replacement class. hehe. ok. saya akan update lagi pas ni.

i love u all!!

Friday, January 14, 2011

::.it's friday.::

assalamualaikum to dearest readers...

okay. today dah friday pun. dah lama saya tak update ape2 kat blog ni. rasa rindu pulak nak menulis. walaupun kerja sangat la banyak. assignments, presentations, quizzes, and tests. penat kepala bila saya start fikir semua tu. tapi, saya try untuk tidak memikirkannya and buat jela. hehe. (tapi sekarang 1 hape pun tak start lagi. hehe).

biasanya on friday saya tak de class. tapi sem ni rajin pulak nak ambik class on friday. kalau saya tak ambik on friday, saya terpaksa ambik class on saturday which is bagi saya lagi la tak best kot. huhu. sem ni saya ambik skill and the skill is photography. disebabkan saya ambik skill ni, terpaksa la saya beli camera baru. camera saya idam2kan before ni. insyaAllah saya akan dapat dalam masa terdekat ni. huhu. tapi buat masa sekarang ni saya just guna camera abang saya yang sangat la besar and canggih sampaikan saya tak tahu macam mana nak gunakannya. abang saya pulak sangat la 'kejam' meninggalkan adik dia ni keseorangan dalam mencari ilham bagaimana caranya untuk saya menggunakan camera tersebut. haha. ayat gila poyo. seriously saya memang tak pandai nak guna. bukan sebab bodoh ke hape. tapi sebab memang canggih sangat2. that is why la bila abang saya offer camera dia instead of beli camera baru saya tolak awal2. sebab saya pun takut nak guna. canggih sangat. camera tu sesuai untuk profesional photographer okay. since saya ni hanya lah amateur yang baru nak berkecimpung dalam bidang photography, saya hanya nak kan yang kecik and cumel. haha. slow2 la brader.

ok la. ni just entry untuk camera jek. bila saya dah dapat benda alah tu, saya share lagi ye kawan2. hehe. and bila saya dah start shoot untuk class saya, i'll show you. sebabnya saya ni tak de bakat langsung. minat je lebih. hehe.

ok. i'll update soon. i love you all!!