jum jadi kawan,,,

Saturday, April 30, 2011

;dilemma;

assalamualaikum to all readers...

aku ni tak habis2 nak buat kontroversi. dilemma pulak dah. haha. tittle kat atas tak de kaitan dengan kerja yang aku tak nak tu ye. haha. yang part kerja tu dah settle. aku dah jumpa ngan supervisor die tadi. and alhamdulillah akak tu sangat baik. die bagi je bila aku nak quit. haha. lawak plak. padahal tak start keje pun lagi. tapi dah nak resign. 

oh, dillema ye? actually, aku ngah pikir2 ni. 4hb 6 nanti, aku ade 2 event besar. 1st, member aku kawen. 2nd, family day. aish. aku ni dah tak tahu nak pilih yang mana 1. dua2 pun penting bagi aku. kenapa la perlu buat keputusan eh?? member aku yang nak kawen tu schoolmate aku masa primary school. majlis tu dekat ngan rumah aku je. since kitorang punya rumah dekat. then, family day tu kat janda baik. resort pakcik aku. kalau rational nya, family's first la kan. tapi, aku mula2 janji ngan kawan aku dulu yang aku akan attend wedding die. plus, die pun mintak aku jahitkan die bead. tu tak de hal la. boleh je. tapi ni yang aku nak kena pikir ialah mana 1 aku nak pegi...

if family aku semua pergi., aku pun harus lah jugak pergi. and aku jugak orang kuat time family day tu. haha. poyo. hopefully adik aku ade klas tambahan time cuti since die dah nak spm dis year. so, family aku takkan join family day tu. and aku boleh attend wedding member aku tu. mesti la seronok pergi wedding member sendiri kan. wedding orang muda mudi. seronoknya nak kawen dah. muda2 pun dah kawen. nanti bila dah ade anak, boleh buat geng. hehe. eh, dah melalut aku neh. still berfikir lagi. if aku nak pergi wedding my friend tu, harus lah aku tempah baju baru kaler turqoise. hehe. semangat habis. biasa la. aku kot. haha

ok la. tu je la so far. aku nak tido dah. ngantuk plus sakit kepala. banyak sangat berjalan. plus aku pun tak berapa nak sehat ni. asyik kena panas je. huhu. thanks for reading..

i love you all!!

Tuesday, April 26, 2011

;under construction;

assalamualaikum semua kawan2..

aku nak sangat update blog sekarang ni. tapi, mula2 aku nak bagi blog aku ni cantik sikit. haha. harapan la. kalau cantik pun, macam la ada orang ramai nak singgah baca. ah, aku tak kesah. janji aku suka ngan blog aku. okay la kawan2. once aku dah siap 'renovate' blog aku ni, aku buat entry baru. banyak cerita nak share. haha. ye, memang sangat banyak okay. 

see ya. i love you all!!

Sunday, April 24, 2011

;itu aku;

assalamualaikum semua...

ingat nak update blog ni semalam. sekali, malas la pulak. asyik sangat layan k-pop plus duk usha blog orang. hehe. makanya aku terpaksa la update blog hari ni. today aku tak kemas bilik lagi. semalam penat kot mengemas bilik besar tu. tak siap2 jugak. semalam je aku kemas barang2 yang aku bawak balik dari uia. banyak kot. baru la aku realised yang barang aku sangat banyak okay. tak campur lagi dengan barang yang sedia ada dalam rumah ni. rasa nak buang je barang2 yang banyak tu. aish.

dalam duk kemas2 tu, aku pun kira la berapa tudung and shawl aku ade. ok, tudung dalam lebih kurang 30 helai. shawl pulak lebih kurang 50 helai. tudung express 5 helai je. and yang aku selalu pakai just 2 helai yang plain punya. then inner pulak lebih kurang 20 helai. mak aih.. gila banyak kot. tapi kenapa la aku rasa macam tak de tudung and shawl yang aku nak pakai. pelik jugak. sampai aku beli shawl baru dengan my cousin. meh sini aku nak promote blog die. cousin aku ni jual shawl import ok. material die sangat best. and seriously tak kan jumpa kat mana2 blogshop. kalau jumpa pun, selepas cousin aku ni dah habis jual die punya shawl. it means, cousin aku la yang jumpa dulu shawl2 ni. haha. aku suka je beli ngan die. sebab tak nak sama ngan orang lain. haha. nak usha blogshop die? sila usha ye...

alamak, camera plak pesa pinjam. saje la tu nak test camera aku. haha. jahat. dia pinjam kejap. katanya lens rosak. ganas betul. ape motif aku cakap pasal camera? yela, tak leh la aku nak snap gambar nak kasi tunjuk kat korang. nak menunjuk la tu. haha. a'ah. tak baik menunjuk. ok, bagus gak tak de camera ni. pulak. mengarut la kau ni ira. 

pas penat kemas bilik, aku turun bawah tolong mak aku buat puding cocktail. senang, mudah, simple. puding ni tak yah guna agar2. just guna tepung castard je. nak recipe? ok. aku bagi. kotang jangan lupa try kat rumah plak. gerenti sedap. tu pun kalau korang pandai buat la. haha.

1/2 packet tepung castard (tak kesah brand ape pun)
1 tin susu cair
1 liter air (boleh ikut kesesuain actually)
sedikit susu pekat (just untuk bg rs mnis)
sedikit gula
cocktail dalam tin

  1.  tuangkan susu cair bersama tepung castard yang telah di cairkan terlebih dulu menggunakan air biasa ke dalam periuk. masukkan air 1 liter. kemudian tambahkan sedikit susu pekat and gula.
  2. kacau sehingga die betul2 masak and mendidih.
  3. letak kan bahan2 yang telah di masak tadi ke dalam bekas acuan kecik2 (nak bagi senang makan)
  4. tunggu sehingga sejuk sikit. then baru la letak cocktail tadi sikit2. ltak sekali dengan airnya
  5. simpan dalam peti ais. then boleh makan bila dah sejuk.
selamat mencuba ye kawan2.
sorry jugak sebab tak dapat nak snap picture. camera fon tak canggih sangat. huhu. ok la. nak kena tolong my mom masak. today punya lunch ialah laksa. request by my lil bro. nanti update lagi. hehe. thanks for reading this blog.

i love you all kawan!!

Friday, April 22, 2011

;andainya lelaki tahu;

assalamualaikum to all readers yang di sayangi...

aku tak nak bercerita pape pun kali ni. just nak share something yang aku jumpa kat facebook. sangat menarik perhatian aku untuk aku post kat sini. and aku rasa macam betul je. and aku pun lalui tu jugak. so, jum baca...

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Thursday, April 14, 2011

;GIVEAWAY NisaChoc & ZulFoto;


tag: 
2) fira
3) ein

;bad habit;

assalamualaikum to all readers yang di sayangi...

dah banyak hari gak aku tak bercerita kat sini eh. busy melayan muvie. apa lagi, korea la. haha. dah khatam semua on Tuesday. pastu semalam baru start packing barang yang banyak. aku dah nervous macam mana aku nak angkut all those barang2 masuk rumah abang aku. oh, btw, esok papa datang ambik aku. sebabnya aku  minta papa datang ambik sebab barang aku banyak sangat. biasanya aku balik naik bus je. and aku pernah balik naik plane sebab tak de barang langsung nak bawak balik. amazing betul aku. this time, banyak gila barang sampai aku tak sanggup nak naik bus. so, mintak papa la yang datang ambik. hehe. i love you papa.

actually, banyak benda aku nak share since last entry. tapi, seperti tittle di atas, aku just nak cakap pasal bad habit aku. ni bukan la yang teruk sangat okay. ni biasa2 je sebenarnya. tapi aku rasa bad habit la. memang tak boleh nak control dah ni. bad habit aku yang paling teruk ialah suka shopping. aku rasa sangat risau dengan sikap aku yang pelik ni. even tak de duit, still jugak nak shopping. aish. bahaya ni. 

semalam, aku ikut aku punya sis in law pegi pasar malam UIA. oh, for your information, anak buah aku, si abang tu, suka sangat dengan pasar malam UIA. sampai dia memang ingat la hari apa pasar malam tu. haha. ok, dah bukan nak cerita pasal abang. back to cerita dia. segala makanan di tanggung oleh my sis in law. aku suka la kan. jimat duit. pastu, aku nampak 1 stall pakcik ni jual shawl. aku ni kan memang hantu shawl. tak leh tengok shawl cantik langsung. mesti nak beli. then, aku sambar la 2 helai. mak aih. tamaknya kau ira. memang. aku dah lama kot nak bli shawl macam tu. tambah plak my sis in law cakap beli la. aku pun apa lagi, terus sambar 2. haha.

 oh, dari mana datangnya duit extra itu? before ni, aku mintak ngan papa duit nak beli dress. 1 untuk aku, then lagi 1 untuk juhe. baik kan aku? aku memang akan ingat akak aku yang sorang ni kalau nak beli apa2 barang perempuan. maybe sebab dia kakak atas aku kot. hehe. tapi, aku tak jadi pulak beli dress tu sebab dress aku punya tak de. dah sold out. kuasa 2 baik kan aku ni? sanggup tak beli sekali. hehe. so, duit tu aku ingat nak bagi balik kat papa esok. aku akan bagi balik. tapi balance yang tinggal dengan aku jela. sebanyak rm50. setelah pagi tadi aku rasa nak beli shawl lagi kat FB. uwaaaa. teruknya perangai aku ni. kalau my sis baca ni, memang aku tak tahu nak cakap ape. tapi, aku belikan die inner. hehe. mesti dia suka. haha. jahat la aku ni..

oh. tu jela dulu cerita untuk today. nanti esok sambung lagi kalau rajin. hehe. hari sabtu dah nak balik jerteh. nanti update cerita kat teratak muasafir jela.

oh, one more thing akan ada benda baru dekat kedai akak aku. tapi still dalam proses. esok la upload kalau rajin. sila jenguk di sini ye http://strawberrycokelatlover.blogspot.com/

ok, i love you all guys!

Monday, April 11, 2011

;it's over;

assalamualaikum to all readers yang di sayangi...

oh tittle di atas tak memberi maksud apa2 pun. just nak cakap yang aku dah habis exam for this semester. tapi, tak sure la dapat elok ke tak. still takut. ok dah tak nak fikir pasal exam. sekarang just nak enjoy dulu before result keluar. sangat la nervous okay. hehe...

bila dah habis exam ni, tak tahu la pulak nak buat apa. tapi, so far, aku dah habiskan koleksi episod running man yang ada dalam hard disk. tak sabar nak dapatkan episod 31. macam nervous je. tgk die punya preview. malas pulak nak download sendiri. kat bilik ni line cam slow sikit. tak pe la. nanti nak layan vampire diaries la dulu. then layan secret garden. kecoh orang cakap cerita tu sedap. aku malas nak tengok drama ni. lambat sangat nak habis.. eh aku dah tak tahu nak cakap ape. see, bila time exam, macam2 dugaan datang. macam2 benda nak buat. bila dah ade banyak masa free ni, tak tahu la pulak nak buat ape.

oh, aku nak share 1 cerita masa aku jawab exam tadi. bagi aku lawak la. seriously. macam ni, time aku tengah khusyuk and excited nya nak jawab soalan tadi, datang la sorang invigilator ni, perempuan. datang arah aku, sambil senyum2. aku ni memang orang yang jenis suka senyum. so, aku pun senyum la jugak kat dia. aku dah pelik awal2 time die senyum kat aku. biasanya aku akan senyum kat orang dulu. ni, akak ni dah pelik senyum2 kat aku. tiba2 dia pun cakap...

akak tu: wah, cantiknya tudung, berkelip-kelip. dari jauh lagi dah nampak.
aku: tersenyum malu sambil nervous kena puji. 

LOL. lepas akak tu puji aku punya shawl, aku terus salah tulis jawapan. sampai tak ingat nak tulis apa. haa, sampai macam tu sekali effect dia kat aku. nasib baik akak tu just puji shawl aku je yang cantik. kalau dia puji aku yang cantik, alamatnya aku memang terus hantar paper tu. sebab dah blank tak tahu nak jawab apa. haha. lawak sangat wei. lupa la pulak nak snap 1 2 picture time pakai shawl tadi. haha. lawak tul akak tu.

ok lah. nak layan movie lagi. dah tak tahu nak tulis apa. nanti aku tulis lagi eh kawan2.

p/s: i love you all my readers.
p/s/s: oh, saya dah terpilih jadi top 30 yang contest mata cantik tu.
p/s/s/s: dulu dah jadi top 50. lupa lak nak cakap. hehe