jum jadi kawan,,,

Sunday, October 9, 2011

;student's life;

assalamualaikum and hai...

ni seriously lama gila tak menulis. rindu nak bercerita. tapi setiap kali nak menulis mesti terbantut ngan aktiviti lain. sem ni aku sangat la busy. asal weekend je aku kat padang. al maklum la aku join society. then society aku tu buat program lak. and yes. aku adalah orang penting gak. tapi haruslah dirahsiakan atas2 sebab keselamatan diri ini. ngeh3..

now dah nak masuk week 5 aku kat uia. kejap je masa berlalu. ni dah masuk bulan 10 pun. pastu 11. tup tup dah nak raya. sooooo many things happened last 4 weeks. and kebanyakannya pasal ESGAME. apa tu? oh actually ESGAME to stand for Economics Sports Game. just tuk students econs je. tapi ade je kuliyyah lain yang join since tak cukup participant for certain game such as netball and futsal female. tapi tapi.. kitorang committee pun terpaksa turun padang gak tuk main futsal. sebabnya tak cukup team okay. sangat la penat. tak de stamina at all. asyik pancit je. mula2 jadi striker. then tukar jadi keeper. boleh rehat2. haha.

next, aku sempat la jugak pegi warehouse clearance padini. sangat la sesak. ramai orang. sampaikan aku rasa nak pengsan. all items rm5. sape tak gila kan. aku sendiri pun sambar sampai 3 kasut, 1 bag and 1 baju. barang2 semua for sure la dah buruk kan. tapi haruslah pandai memilih. hehe. puas hati jugak la dapat serang tu. walaupun rasa nak pengsan sebab tak makan. huhu

last month jugak, which is the end of  moth, my roommate's birthday. die adalah SYUE. aku kan teringin sangat nak makan cake. actually aku nak makan chocolate moist. since die tak makan chocolate sangat, and aku takut tak sempat nak habis if aku beli choc moist, aku pun tukar la beli cheese choc. sedap jugak la. and share ngan the whole roommates. alhamdulillah laris jualan aku. hehe. and aku tak wish pun birthday die through fon. die cakap tak yah wish since kitorang sebilik. tapi, aku nak gak wish kat sini
"SYUE, HAPPY BIRTHDAY!! THANKS FOR BEING SUCH A WONDERFUL FRIEND TO ME. I LOVE U. BEST FRIEND FOREVER".
memang la tak sweet kot ayat aku. tapi at least aku try kan? haha. apa yang kau merepek ni manusia???

last month gak aku pulun habis2 kuar dating with my piji. even aku and die busy gila, kitorang still gak curi masa tuk kuar dating. every week je mesti jumpa. gila gediks kan. sebabnya.... die nak fly ke OZ. and now dah kat sana for a month. katanya ingin mencapai hasrat berlumba haram yang tak mampu dia lakukan di malaysia. oppssii... mintak jauh la semua tu. die bukan la mat rempit okei. die ade race. pasal kereta solar. katanya orang penting. haruslah pergi awal. so, on 4th October die pergi meninggalkan aku. bukan la pergi tuk selama-lamanya. aish. mintak jauh gak. walaupun hanya sebulan, aku tetap sedih kot. yela, aku tak pernah berpisah tanpa texting. seriously. die text ak sekali je sehari. more worst tak text langsung. sob sob. pity me. for those yang nak kate aku gediks tu, kata la. sebab sebulan kan. tapi aku yang rasa hokei. at least sekarang ni aku dah belajar la terima keadaan tu. bagus gak aku ni. haha. perasan!

ok la. aku dah penat nak menulis. ingatkan nak gak la tempek gambar2 kat sini. tapi menulis tak hengat dunia. macam karangan spm. so, next entry la aku taruk gambar. insyaAllah.

thanks for read this entry and this blog. i love you all so much!!


Friday, September 9, 2011

;new semester, new hope;

assalamualaikum w.b.t....

oh no. today is the last day aku berada kat rumah after a long break. sedih, happy, semua ada. sedih nak tinggalkan rumah and internet yang laju ini. happy lak sebab boleh jumpa kawan2 yang dah lama tak dapat jumpa. dan jugak rindu ngan bilik. huhu. boleh eh camtu??

barang2 semua dah pack. tinggal nak angkut masuk dalam kete je. banyak gila okay. tu pun dah di tapis. tapi stil banyak ^_^. biasa la perempuan. tak sah kalau barang tu tak penuh 1 kereta. tapi langsir bilik tak siap2. dah berapa semester bilik aku tu x de langsir. pity me. mama asyik marah je sebab lambat cakap pasal langsir. cuti lama2 tak de lak nak sebut pasal langsir tuh. aish. sorry..

oh pasni aku dah kena tido sorang2 balik. tak de la mama kat sebelah nak teman aku tido. sangat sedih. sob sob. tapi tak pela. aku bajet cam dah mature la kunun. kena la berangan boleh buat. apa yang aku merepek ni kawan? haha...

oh, bila dah lama tak belajar, rasa macam rindu nak buat kira2. rindu nak tekan kalkulator. tapi bila dah start belajar, still gak main cam dulu2. haha. hopefully dah tak de perangai lama macam tu. aku haruslah dengan gigih. eh, tak nak cakap la. orang kata, kalau banyak cakap sangat, biasanya tak menjadi. so, biar aku jela yang tahu apa yang aku nak dalam hidup neh. huhu

ok la. maybe ni last entry before aku gi kL sok pagi. insyaAllah akan update ape yang bakal berlaku di uia. hehe. 

thanks for reading my blog. i do love you all!! mmuackss...

Wednesday, September 7, 2011

;entry pukal;

assalamualaikum semua.....

okay. gila lama tak menulis. asal nak tulis je tak tahu mana nak start. sampai bila tah nak jadi camni. sedar tak sedar hari ni dah 9 Syawal. kejap je masa berlalu. n 10th September aku dah nak balik uia kot. kejap je cuti kan. rasa nak cuti lagi. tapi at the same time rasa rindu gila nak belajar. huhu...

bila dah menulis ni, aku nak gak selit cerita lama. huhu. kemana aku menghilang selama ni. awal bulan 8 tu aku fly ke kuching sarawak. for 2 weeks. jadi pengasuh akak aku kat politeknik kuching. al kisahnya penyakit lama die datang kembali. disebabkan aku tak buat apa2 selain tido je di rumah, die pun bawak la aku ke sana. actually, dah lama kot die nak bawak aku stay ngan die. start cuti bulan 4 lagi. tapi aku cakap nak keje kan. so cancel lah. tapi, bila die dah sakit, tak de teman kat sana, so aku lah yang kena jaga die. makan minum, pakai semua la. tapi best la sebab percutian di tanggung halal. hehe.

sepanjang kat sana aku tak sempat nak online. so, tak terupdate la blog ni. suram je. dah tak de pengunjung. padahal memang tak de pun. haha. balik kL rasa malas lak nak online. tu yang sampai sekarang baru rasa nak update. after settle semua benda kat rumah neh. 

oh oh. before terlupa. aku attend majlis hari raya kat sekolah lama which is kospint. suka la pegi sebab ramai batch aku yang join. semuanya semangat. tapi ade je yang tak datang. masing2 pun ade hal. tapi sangat la seronok dapat jumpa ngan mereka yang aku jarang jumpa. plus dah lama sangat tak jejakkan kaki kat kospint. 

eh, tak na la cakap banyak sangat. nak tunjuk gambar lak...

gambar ni berterabur okay. main letak je...

*2nd raya with my 3rd sis*

*2nd raya with my 2nd n 3rd sis plus 2nd bro in law*

*kami yang sengal*

*meet teha, ana, cT and syimah*

*met them at open house kospint*

*meet cT, zati, ana, niera, nurlie, teha, madi, pear, elly and lia*

*sempat snap gambar time meeting alumni*

*before balik*

*with ana*

*with syimah*

*with cT*

*pengangkutan selama di kospint*

*mereka with bus jepun*

before balik jerteh, singgah umah ana tuk solat and konon2nya nak raya la. then, terjah kedai belakang airport tuk makan sotong celup tepung n air kelapa. sangat la best. 1 pinggan cost u rm5 je. banyak and boleh kenyang. air kelapa lak rm1.20. ade lagi benda lain. cam cucur, ikan celup tepung, telur sotong, and crab. sangat best if pegi ramai2. boleh makan banyak. huhu.

*sotong celup tepung*

*air nyiur*

gambar kat bawah ni actually gambar 1st raya kat ipoh. tiba2 je duk kat bawah. hehe.
*kami anak bujang with papa+mama on 1st raya*

ok la. nanti aku update lagi if rajin. hihi.. thanks for reading my blog. i love you all bebeh!!

Wednesday, August 3, 2011

;ramadhan al mubarak;

assalamualaikum semua....

oh today dah masuk hari ke 3 kite berpuasa. and aku rasa tak la lambat sangat aku nak wish selamat berpuasa to all muslims out there. hehe...

dah 3 hari berpuasa ni ape yang korang dapat? dah kurus? dah banyak mengaji al-quran? dah banyak amalan sunat2 lain? solat terawih pergi tak? dah terawih tu, solat di malam hari buat tak? jangan lupa lak witirnya.

ok. bagusnya if semua tu ade. alhamdulillah. menu berbuka puasa macam mana? sehat tak? masak sendiri ke beli kat kedai? haha. apa la yang tak kena ngan aku neh.

actually, aku sangat teruja bila aku tahu yang aku dapat puasa sebulan kat rumah. dulu2 penah la. tapi sejak dah besar ni dah tak penah. so sekarang ni aku ambik peluang la tuk belajar masak ngan mama.

tapi yang sedihnya, aku tak dapat nak belajar masak banyak ngan mama. aku terpaksa ke kuching. sebabnya aku terpaksa teman akak aku kat sana. kureng sehat katanya.

seriously aku memang sedih. yela. aku lari dari kL semata-mata nak stay ngan mama. last2 aku yang tinggalkan mama sorang2. haha. teruk betul rasanya.

ok la. aku dah penat nak menulis. actually, mengantuk. nak tido. tapi awal lagi kan. so, kita buat la aktiviti lain. jum layan tv lah. hehe.

if ade kelapangan and ade story, ti aku menaip lagi ye. i love you all. thanks for reading this entry and my blog...

Sunday, July 31, 2011

;kebusy an membuatkan aku malas;

assalamualaikum semua.....

wah, rindu gila kat blog. dah lama kot tak update. blog pun dah bersawang. aku tak de masa kot nak update panjang lebar. nak tulis pendek2 pun aku malas. hehe...

sementara aku duk tunggu video kat blog fatin suhana tu loading, ade baiknya aku update ini blog terus. hehe. so, terisi la masa aku deh..

oh, selama ni aku tak de masa langsung nak update. sebabnya aku keje kot. keje? r u kidding me? no lah. aku just tolong abang aku ngan housework. al maklum la kakak ipar aku pregnant. but now dah bersalin pun. hee. dah dapat another anak buah yang sangat la cuhmil...

tapi sekarang ni aku dah berada di rumah. yela. kan dah nak puasa esok. so, bawak2 la kembali ke rumah ye. hee..

this ramadhan aku sangat happy coz dapat puasa penuh with my family.. tak pernah okay aku rasa since aku dah besar ni. yela. kan terpaksa stay kat uia. belajar..

oh. dah macam2 kuih yang aku plan nak buat ngan my mama. tapi bukan la biskut raya. ini tahun maybe aku raya kat ipoh. dah lama sangat tak rasa raya puasa kat sana.

okay la. tu je yang aku nak cerita today. ok bye.

p/s : some picture of my lil baby...










ok. tu jela dulu. selamat berpuasa kepada semua. puasa tu wajib, solat pun wajib gak. so, jangan la tinggal solat okayh..

Friday, July 1, 2011

;manjung and lumut with love finale;

assalamualaikum semua readers.....

finally, dah sampai episod last pun cerita aku yang tak best ni. hopefully korang bersabar la ye bila baca cerita aku ni. haih. aku punya belog. suka hati haku la nak cerita apa. haha...

oh. today dah 1 july. tak lama lagi dah nak raya. tahun ni raya mana entah. bestnya kalau leh raya kat ipoh. dah lama tak rasa suasana raya puasa kat sana. tibe2 rindu pulak. ni just selingan okay. haha.

ok la. last day kat manjung and lumut tak de pape sangat pun. pagi tu kitorang gi lepak kat pantai. tapi tak mandi pun sebab limited baju. lepak2 sambil makan pagi je. banyak gila abang askar beli kueh. pastu tak habis. haih.

pas boring kat pantai, kitorang gerak ke billion. saje cuci mata. tak de la nak beli barang sangat pun. then balik hotel tuk siap2 nak check out. seriously aku sedih bila dah nak balik. best kot stay kat sana. duk hotel. makan banyak. memang makan je keje nya. haha.

okay la. dah malas nak tulis. sebab sedih. tsk tsk tsk. poyo!!!

bukan ape. dah tak de idea. haha. ok la. ti aku story mory benda lain lak. bye. thanks for reading this entry. i love you all.

p/s : kali ni punya entry tak de gambar. dah penat nak tempek gambar kat sini. hehe.

Wednesday, June 29, 2011

;keje gila bila nak exam;

assalamualaikum....

hai semua. entry kali ni aku tak sambung pun pasal manjung and lumut. tapi just simple update before nak final exam esok. haha. aku suka kot buat benda felt neh bila nak exam or ade something yang penting berkaitan ngan study..

okay. semalam aku duk rekacipta benda baru. today pun aku jahit benda lain. tapi today punya benda quite senang la. google kat youtube then jumpe. hehe. tapi sangat malas nak tunjukkan hasilnya. i mean, aku sangat malas nak on camera then snap picta. hehe. 

tapi, aku bagi korang layan koleksi yang aku dah penah buat kayh. most of them aku dah tempek gambar kat entry before2 ni. hehe. lyan...









ok la. aku nak kembali ke pangkal jalan dah. nak study sket. ngeh3. nanti aku akan ade banyak masa nak share benda ngan korang. till then, bye. i love you all..