jum jadi kawan,,,

Saturday, May 5, 2012

;kepulangan;

assalamualaikum and good morning semua....

tiba tiba rasa tak tahu nak tulis ape. since lama sangat kot menyepi. seriously bila dah lama tak menaip, rasa memang malas sangat nak continue. tapi kadang kadang tu rindu. just malas la kot yang menguasai diri. kadang kadang bila dah rajin, line wifi pulak macam harem. ala ala seluar harem tu. haha

tak sure nak start kat mana since banyak agenda yang dah pun berlaku since my last post. sangat banyak. benda alah ni dah bertukar baru pun aku still tak pandai lagi nak godek godek. akan cuba sedaya upaya untuk recall balik semua benda yang dah berlaku. or tak payah la cerita benda benda tu semua. kite proceed je dengan benda yang ade sekarang ni. bila dah teringat and ade mood balik, baru la aku share benda benda tu semua.

oh btw, sekarang aku adalah trainee sepenuh masa (untuk 6 bulan je pun) kat sebuah audit firm yang biasa biasa je di kL. since aku tak lah nak pandai sangat, so dapat la aku company yang ok ok jela. hehe. ok la. aku suka company tu. bos pun baik. nak cuti pun senang. tu yang penting kan. tapi aku tak pernah lagi la cuti sesuka hati. semuanya ade MC. masa awal2 kerja, sangat la excited. yela, baru tahu environment kerja kan.

lama lama dah boleh sesuaikan diri. dengan senior senior yang baik. diorang macam tak lokek nak share ilmu. tak de la nak marah marah tak tentu hal. mesti korang ingat sebab aku trainee kan. tak de la. akak senior tu selalu gak tanya macam macam dengan supervisor. supervisor tu ok je melayan. even supervisor tu selalu jugak tanya kat bos. bos tenang je menjawab. tak de la die nak tengking staff die.

aku ade dengar gak la some of my friends yang duk cerita diorang kena marah. nak marah apenya. diorang trainee je pun. tak boleh ke guna bahasa yang elok. kalau diorang dah pandai, tak de nya U nak hantar diorang pergi intern. better belajar je. aiyyo. nasib baik kawan aku tu bersabar. ok aku pun sila lah bersabar :)

awal awal masuk memang tak de kerja langsung. sebab aku masuk pertengahan bulan 1. according to my senior, bulan 3 and ke atas adalah sangat busy. so awal awal tu aku and trainee yang lain just susun file je. then study mana yang patut. belajar tengok file. tengok cara diorang audit. company tempat aku intern ni semua ade. dari account, audit, tax sampai lah secretarial. seronok. sebab boleh belajar semua.

first kerja yang aku buat ialah audit dormant company. mula mula memang bodoh alang. buat kerja pun lambat je. sepatutnya orang dah expert ambik masa less then 1 day. aku buat dalam masa seminggu. memang hebat. then after siap, file tu akan di review oleh senior auditor. kalau ade salah ke ape, diorang akan betulkan then aku kena buat ape yang salah tu. so dari situ lah kite belajar dari kesilapan :)

after siap audit, aku berjaya jugak la kena buat account. for me, account lagi tough la nak compared tu audit. kadang kadang transaction diorang mengarut. semuanya nak guna duit company. so that tax kurang. if loss, tak yah la diorang nak bayar tax. penat la buat account. sampai aku berjaya cuti 2 hari for that. sangat teruk ok. seriously tak nak jadi accountant.

seronok buat audit kalau account die best. best maksudnya tak de problem. memang la ade cabaran jugak. cumanya simple. audit lagi best kot. tapi still susah jugak if pegi company besar. yang punya client besar. revenue juta juta. nak buat vouching pun dah nak pengsan. nak kena angkat file berat segala. if kurang stamina, memang sangat lenguh. aku pernah la dapat company besar. penat angkat file je :(

sekarang ni pun still busy lagi. file dah bersusun kat atas meja. tapi dah rasa penat and seriously rasa tak sabar nak habis. lagi 10 minggu. haha. penat kot. pagi pagi nak kena bangun awal. bangun awal tak kesah sebab dah biasa kelas pagi. tapi tak suka time nak tunggu bus, nak melintas jalan (dek kerana sikap sesetengah pemandu yang buta warna), and macam macam lagi la.

ok la. today just bercerita pasal internship je. next time? insyaAllah nak share pae yang aku buat dengan voucher buku 1Malaysia tu :)

thanks for reading. i love you all. assalamualaikum....

Friday, December 23, 2011

;masa itu emas;

assalamualaikum semua...

ye aku tahu aku dah lama sangat tak update blog. sejak nak final ni, aku makin busy ngan assignment and presentation. tu yang tak sempat nak buat esei kat sini. hehe. today pun curi2 masa je since aku tak jadi nak kuar ngan my sis. so, before pegi mandi and study, aku pun menulis la :)

actually, tak de ape pun yang aku nak share ngan korang. tapi nak jugak update blog kan. haha. oh btw, semalam dah tamat sesi pembelajaran sem 1 2011/2012. and akan masuk balik after 9 months. wow, cuti ke 9 bulan tu? oh semestinya tak la kan. sepanjang tempoh 6 bulan aku akan intern kat audit firm. right after habis je final aku akan start intern. and akan masuk belajar balik semester 1 2012/2013.

yes, internship aku sangat la lama. tapi haruslah gembira if dapat tempat yang bagi allowance banyak kan. tapi alu punya tempat just bagi cukup2 makan je. yela, aku ni bukannya best student yang boleh nak demand mintak kat tempat yang gah2. hehe. tapi aku syukur la ngan rezeki yang aku dapat. sape suruh kau tak berusaha tuk jadi pandai. boleh kan cakap macam tu? haha

next week aku dah start final exam. sangat la risau sebab belajar tak serious sangat. asyik nak main je. baca sikit pun dah mengantuk. pastu mula la terlebih tidur. sob sob. today harapannya tak nak belajar sebab nak kuar ngan my sis kan. tapi terpaksa tukar jadual ke esok hari. and today pulak haruslah belajar setekun yang boleh since nak kuar berjimba kan. takut melarat ke hari ahad je. 

after that haruslah berkawan ngan library. aku ni pantang jumpa katil. rasa nak melepak je atas katil. even belajar pun atas katil sebab senang nak lentok terus. haha. tapi aku berazam tuk berkawan ngan library sem ni. risau ngan subjek yang makin susah kan. so kena la struggle. semoga aku berjaya!!

ok la. time is running out. banyak lagi benda yang harus di buat. wish me all the best ye kawan2. i love you all!!

p/s: maybe aku akan bertambah malas nak menulis sampai la habis final exam. maybe la :)

Monday, December 12, 2011

;a song to match your mood;

assalamualaikum...

sementara menanti groupmates datang tuk discussion, sempat la aku buat short entry. hehe. just tuk continue this cabaran je :)

sib baik tajuk die simple je. a song ke? knp tak songs? haha. aku banyak gak la ade suka lagu. biasanya lagu yang aku suka tu orang lain pun akan suka.

currently sangat suka lagu a thousand years by christina peri. ost twilight. tapi aku tak berkesempatan lagi nak tengok that movie. faktor kekangan masa. hehe. lagu tu slow motion je. and senang orang nak ikut. one of my room mates ni suka gila ngan lagu ni. memang setiap masa die akan pasang. aku lak tumpang dengar la sekali. hehe.

so, that's my song to match my mood :)

p/s: favourite song akan sentiasa bertukar mengikut perubahan masa. kadang2 suka gak ngan lagu2 lama. sebab lagu lama more meaningful :)

nanti update lagi. harus ber diskusi sekarang.
i love you all!!

Thursday, December 8, 2011

;skin care;

asslamualaikum semua...

hai semua. apa khabar. hopefaully korang sehat la. ngan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni kan. if tak sehat cepat2 ke klinik okay.

today cam ade kerajinan nak menaip and bercerita. since tak de nak buat ape. and cara nak mengawal emosi. sib baik today aku puasa. so tak de la nak melantak semua benda yang ade depan mata. hehe.

dah banyak hari tak hujan. today hujan pulak. Alhamdulillah. basah lagi bumi uia ni. sejuk sikit. since dah dua hari tak lena tidur akibat panas. dah banyak kali gak la buat report pasal kipas yang perlahan ni. eh, kite bukan nak cerita pasal tu. nak cerita pasal my skin care lah :)

dulu masa mula2 kenal pencuci muka, aku baru 12 tahun. awal eh? aku rasa macam normal kot. since time tu hormon pun dah macam berubah. hehe. tapi tak de la pakai selalu. seingat aku yang aku memang bersungguh-sungguh pakai pencuci muka since umur aku 17 tahun. time tu aku ingat yang aku pakai mustika ratu. tapi tak menjadi. muka makin teruk and jerawat kuar dengan banyaknya.

then aku switch tu sendayu tinggi. time pakai sendayu tinggi memang sangat lama. memang kena sabar la. seingat aku, 3 tahun kot aku duk invest kat sendayu tinggi ni. dari yang soap, sampai la die tukar cleansing, aku still setia ngan sendayu tinggi. tapi result die sangat menarik lah. kulit muka memang licin dan cantik. since kakak aku yang mula2 try sendayu tinggi, aku pun nak jugak try. memang aku jarang gila tengok cermin time awal2 pakai sendayu tinggi. semua jerawat kuar. memang banyak. yang masak, kaler merah, itam, semua ade. scary wei.

then after muka dah okay, aku tukar product lain since sendayu tinggi tu dah tak sesuai tuk kulit muka aku. die buat muka kering. time jerawat ade memang sangat sesuai nak pakai sendayu tinggi. sebab die memang control pengeluaran minyak semua tu. bila jerawat semua dah hilang, no point la aku nak terus pakai sendayu tinggi. then aku pakai produt tupperware. nama die skinlogics. yang ni pin memang superb sangat best. aku paling suka cleansing foam and toner die. cleansing foam die sangat best and sangat la cepat habis. tapi toner die tahan lama. sampai sekarang pun aku still guna toner skinlogics tu. sejuk.

after cam boring pakai brand tu, aku switch lak ke bio pearl. produk ni pun memang best. aku just beli soap die je. boleh guna tuk 3 keaadan. sebagai pencuci, scrub and masker. tp aku biasa pakai as pencuci and scrub jela. tapi seriously kulit muka lembut sangat. tak menyesal try. tapi aku tak pakai lama since susah sangat nak dapatkan stok. jauh. tak semua kedai ade jual. so time tu aku back balik pakai brand tupperware.

aku ingat yang last aku tukar pencuci muka bila aku balik cuti semester tahun ni. aku guna pencuci muka mak aku. macam menarik. namanya natural 999. nama cam tak commercial kan. tapi tu la. muka aku okay jugak la bile guna sabun die. aku just guna sabun je. toner still guna brand tupperware. tapi bila aku cam malas nak cuci muka, jerawat senang je datang bertenggek. so, aku memang kena rajinkan diri cuci muka. 

lately ni aku macam nak tukar skin care. dah tak nak pakai brand natural 999 tu. tapi tak tahu nak pakai ape since aku takut tak berkesan ngan kulit muka. tapi one of my friend suggest kan aku pakai netrogena. tapi aku macam berminat ngan product yang cousin aku jual, chahaya beauty. kan susah bila dah ade banyak pilihan. 2 2 pun aku rasa nak try. tapi aku tak nak la product yang boleh buat kulit putih. nampak macam fake sangat. huhu.

if korang ade suggestion, share la ngan aku. nak gak tahu apa yang korang pakai and sesuai ke tak. hehe

okay lah. guruh kuat sangat. buat aku rasa nak menyorok dalam selimut je. nanti aku bercerita lagi..

i love u all!!

Tuesday, December 6, 2011

;The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay;

assalamualaikum and good afternoon semua...

seperti hari2 biasa, aku akan merajinkan diri bukak blog. tapi hanya pandang sebelah mata jela sebab malas gila nak menulis. belum ade idea nak share ngan korang. tapi tapi tapi... bila aku jalan2 kat blog update tu, aku terjumpa la ngan blog NISA KAY. tajuk entry die je dah buat aku nervous. apatah lagi tuk join. haha. sumpah nervous. korang pun jangan la terjebak ngan nervous aku tuh. sampai tak leh nak menaip.

meh sini aku nak bercerita sikit. giveaway die ni memang gila la. aku jarang nak join giveaway. sebab aku macam tak de luck sangat. plus hadiah yang di tawarkan just 1 or 2 camtu je. tiba2 bila aku bukak pasal entry die duk cerita pasal senarai HADIAH, terus aku macam orang gila. terus rasa nak join. mana taknya. hadiah die gila lumayan wei. cepat pegi usha. haha. korang pun leh join gak. janji menepati syarat2 yang diberikan. lets go!!!

first step: korang haruslah membuat tajuk entry
"The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay"

second step: haruslah meletakkan banner give away tersebut

third step: haruslah letak semua link sponsors giveaway ni

Sunday, November 20, 2011

;semakin menyepi;

assalamualaikum and a very good morning i guess. since dah midnight kan, so kira pagi la :)

seriously lama gila tak update blog neh. dah usang kot. tak de masa sangat2 nak bercerita. dulu2 if stress je mesti nak menulis. now macam tak sempat je. stress tu selalu la. tapi nak menulis tu yang tak sempat. if stress aku lagi pilih tuk tidur. haha.

tapi tapi tapi... sekarang sangat la tak de masa nak tidur. since final exam lagi 4 weeks, aku dah kena start focus ngan study la semua. sekarang pun program society tak habis lagi. last month, 30th October baru je habis program besar kami which is ESGAME. sangat penat. and muka dah semakin gelap. tangan and kaki pun still berbalam. dah nak kena get ready ngan next program which is EMEX Games.

program tu next week. macam biasa lah bukak booth then ade mini games tuk attract orang datang kat booth kitorang. acara kemuncak nya ialah futsal. okay fine. futsal lagi kan. memang. kitorang pun dah boring. sctually nak buat bowling tournament. tapi madam tak approve proposal kitorang. so, futsal la. dapat sokongan kot. budak laki kat uia ni suka sangat bersukan. like like like :)

actually, EMEX ni combination of all societies kat Kuliyyah of Economics and Management Sciences. EMEX lak stand for Economics Management Societies Expo. kot. haha. so, BACC, BECS, BBA, EMSS buat program la. after dah habis semua ni, bakal ade dinner. tapi aku macam tak dapat nak join je. al maklum la nak balik. kawan time secondary school nak kawen hokei. sanggup tu aku balik :)

oh, today jugak, aku dah habis midterm for this semester. yes i know sangat lambat. tapi, entah la. haha. tak kesah. asalkan dah habis. lega la. Alhamdulillah. tapi resultnya sangat mendebarkan. since tak boleh jawab kan. haha. after habis midterm pun still banyak keje. nak kena siapkan financial report lagi yang due nya 25/11/2011. then nak kena siapkan assignment yang due lagi 3 minggu. then ade 1 more presentation to go next week. esok baru nak buat discussion since semua orang busy. sob sob.

lagi 1, aku dah dapat tempat for internship. Alhamdulillah. and aku buat kat kL je since susah nak dapat tempat kat area rumah aku. then, final exam timetable dah kuar. aku antara orang yang bukak dewan exam and tutup dewan. esok tu terus intern okay. tak tahu la macam mana. nak kemas2 lagi. nak settle2 lagi. then dah terus kena intern. tapi okay dari orang yang intern jauh di sabah sarawak and mana2 la yang jauh. dah la exam habis lewat petang. confirm tak sempat nak kejar flight. takkan nak naik bus. penat kot. kul 8.30 o 9 dah nak kena pegi keje. kesian...

eh, banyak lak aku membebel. okay la. nak tidur dah. mata sangat penat. dari awal pagi bangun tak tidur2. tak rehat langsung. sok nak photoshoot. mata haruslah cantik. sebabnya tak leh nak cover eyebag neh :(

goodnight semua. i love you all!!!

Sunday, October 9, 2011

;student's life;

assalamualaikum and hai...

ni seriously lama gila tak menulis. rindu nak bercerita. tapi setiap kali nak menulis mesti terbantut ngan aktiviti lain. sem ni aku sangat la busy. asal weekend je aku kat padang. al maklum la aku join society. then society aku tu buat program lak. and yes. aku adalah orang penting gak. tapi haruslah dirahsiakan atas2 sebab keselamatan diri ini. ngeh3..

now dah nak masuk week 5 aku kat uia. kejap je masa berlalu. ni dah masuk bulan 10 pun. pastu 11. tup tup dah nak raya. sooooo many things happened last 4 weeks. and kebanyakannya pasal ESGAME. apa tu? oh actually ESGAME to stand for Economics Sports Game. just tuk students econs je. tapi ade je kuliyyah lain yang join since tak cukup participant for certain game such as netball and futsal female. tapi tapi.. kitorang committee pun terpaksa turun padang gak tuk main futsal. sebabnya tak cukup team okay. sangat la penat. tak de stamina at all. asyik pancit je. mula2 jadi striker. then tukar jadi keeper. boleh rehat2. haha.

next, aku sempat la jugak pegi warehouse clearance padini. sangat la sesak. ramai orang. sampaikan aku rasa nak pengsan. all items rm5. sape tak gila kan. aku sendiri pun sambar sampai 3 kasut, 1 bag and 1 baju. barang2 semua for sure la dah buruk kan. tapi haruslah pandai memilih. hehe. puas hati jugak la dapat serang tu. walaupun rasa nak pengsan sebab tak makan. huhu

last month jugak, which is the end of  moth, my roommate's birthday. die adalah SYUE. aku kan teringin sangat nak makan cake. actually aku nak makan chocolate moist. since die tak makan chocolate sangat, and aku takut tak sempat nak habis if aku beli choc moist, aku pun tukar la beli cheese choc. sedap jugak la. and share ngan the whole roommates. alhamdulillah laris jualan aku. hehe. and aku tak wish pun birthday die through fon. die cakap tak yah wish since kitorang sebilik. tapi, aku nak gak wish kat sini
"SYUE, HAPPY BIRTHDAY!! THANKS FOR BEING SUCH A WONDERFUL FRIEND TO ME. I LOVE U. BEST FRIEND FOREVER".
memang la tak sweet kot ayat aku. tapi at least aku try kan? haha. apa yang kau merepek ni manusia???

last month gak aku pulun habis2 kuar dating with my piji. even aku and die busy gila, kitorang still gak curi masa tuk kuar dating. every week je mesti jumpa. gila gediks kan. sebabnya.... die nak fly ke OZ. and now dah kat sana for a month. katanya ingin mencapai hasrat berlumba haram yang tak mampu dia lakukan di malaysia. oppssii... mintak jauh la semua tu. die bukan la mat rempit okei. die ade race. pasal kereta solar. katanya orang penting. haruslah pergi awal. so, on 4th October die pergi meninggalkan aku. bukan la pergi tuk selama-lamanya. aish. mintak jauh gak. walaupun hanya sebulan, aku tetap sedih kot. yela, aku tak pernah berpisah tanpa texting. seriously. die text ak sekali je sehari. more worst tak text langsung. sob sob. pity me. for those yang nak kate aku gediks tu, kata la. sebab sebulan kan. tapi aku yang rasa hokei. at least sekarang ni aku dah belajar la terima keadaan tu. bagus gak aku ni. haha. perasan!

ok la. aku dah penat nak menulis. ingatkan nak gak la tempek gambar2 kat sini. tapi menulis tak hengat dunia. macam karangan spm. so, next entry la aku taruk gambar. insyaAllah.

thanks for read this entry and this blog. i love you all so much!!