jum jadi kawan,,,

Tuesday, August 28, 2012

;raya 2012;

assalamualaikum and salam sejahtera...

today dah 10 Syawal. rasanya tak terlambat lagi untuk aku wish happy eid untuk semua muslimin and muslimat kat seluruh dunia ni (bajet seluruh dunia baca blog kau nyah). aku mintak maafkan semua kesalahan aku yang sengaja atau tak. yang nampak or tersembunyi. mana la tahu sepanajang aku duk ber blog ni aku ade salah cakap pasal korang ke kan. sorry..

ok la. bagi aku mood raya tak habis lagi. so sepanjang bulan Syawal ni, ke mana je aku pergi, haruslah aku pakai baju kurung. make up sikit sikit. hehe. and aku still tak habis lagi berjalan raya. rumah best friend terdekat pun aku tak serang lagi. hopefully sempat la aku serang before aku balik u nanti. tapi before balik u, aku haruslah ke lumut terlebih dahulu. menemani puan zuhairah dahria. katanya banyak aktiviti nak dibuat di sana :)

today aku baru terhegeh hegeh nak ganti puasa. hopefully sempat la habis kan yang wajib tu sebab aku nak puasa 6. ni la akibatnya kalau buat kerja last minute. orang kata tak pe nak sekalikan yang wajib dengan yang sunat. tapi aku rasa macam nak asingkan. ok ape puasa. bagus untuk kesihatan jugak kan. hehe.

rumah dah kembali sunyi dengan ketiadaan my siblings and anak buah. kalau tak pasti la kecoh. biasanya kalau ramai ramai macam ni, 1 je masalah yang datang dalam rumah ni;ketiadaan air. memang selalu macam ni. tapi dapat diatasi dengan cepat la. yela. bila dah ramai, air pun haruslah tak putus putus digunakan. kat dapur tu, air asyik mengalir je kan. mana la tak habis air tu..

raya tahun ni buat aku fikir. adakah raya tahun ni last aku dapat duit raya yang lumayan? dalam keluarga besar aku, semakin besar seseorang, semakin banyak duit raya yang die akan dapat. yela. orang besar nak guna duit banyak kot. that is why la kan. orang tu akan still dapat duit raya selagi die tak kawen and tak keje. tak kesah la berapa umur die. janji 2 criteria tu ada. seronok kan? haha. aku cam terfikir gak la tak nak kerja lagi. nak sambung belajar. supaya terus dapat duit raya yang lumayan. haha. duit raya tahun ni banyak jugak la since ramai yang tahu tahun ni last aku dapat duit raya. tapi menarik jugak kalau tiba tiba aku tak kerja and tak kawen lagi. still dapat duit raya yang banyak. hehe.

ok la. banyak kerja harus di settle kan before aku balik ke u. rumah pun nak kena kemas jugak. bersepah je semua orang tinggal macam tu. 

selamat hari raya untuk semua readers. maaf dipinta dari hati yang tulus ikhlas :)

thanks for reading my blog :)


Tuesday, August 14, 2012

;bad and good news;

assalamualaikum and salam sejahtera....

oi la mak.. seriously bersawang blog aku ni. dah la yang dah sememangnya sepi. lagi la jadi sepi bila aku malas gila nak menempek post kat sini. fuh fuh... tiup segala habuk. tiba tiba je tergerak tangan ni nak menaip. sumpah rindu gila nak berbloging. tapi sangat malas nak karang essay. cerita banyak je nak share dulu dulu. now dah basi la kot. aish...

actually dulu dulu selalu la jugak jenguk jenguk blog. blogwalking blog lain lain and just jadi silent reader. tapi since intern last january, sumpah malas gila. semakin menjadi jadi malas bukan saje nak post something. nak baca blog orang lain pun malas. tiba tiba 2 3 hari lepas, aku ni tergerak nak skodeng blog yang aku selalu singgah.

aku ni sebok nak ikuti perkembangan biras empunya blog ni. nama dia norma. kalau korang nak tahu, korang pun boleh terjah sama ke blog kak moon tu. aku kan dah lama gila tak jalan jalan kat blog orang. bila aku teringat je nak terjah blog kak moon, automatik aku teringat pasal norma. laju laju aku cari update pasal norma. aku ni kan noob. tak reti nak cari exact post pasal norma. so i scroll down la kan. of course la akan jumpa post yang latest dulu pasal norma (orang baca la dari yang ketinggalan tu). ya Allah punya la aku terkejut ngan tittle tu. laju laju aku cari. then baru aku tahu yang norma dah meninggal bulan 5 hari tu. Innalillah. seriously aku terkejut.

1 hari aku duk mengadap je depan lappy. tak buat pape sampai aku pening. aku duk baca balik entry pasal norma. sedih kot. even aku ni tak de pape kaitan dengan hidup die, tapi aku tersentuh kot. aku cuba imagine kalau aku kat tempat kak moon and family die. lagi lagi husband arwah. so tabah wei bagi aku. since norma sakit, sampai la die dah tak de, aku rasa kasih sayang tu masih wujud. eh of course la kan. tapi tu la. Allah lagi sayang arwah.

ok dah tak nak sedih sedih. dah nak raya ni. plus makruh kot nangis time puasa. maybe sebab rasa masin air mata tu tak? hehe. semalam aku rajin lagi nak ber blog walking since aku tak mengantuk sangat. so aku terjah 1 blog akak comel ni. bagi aku die cantik. aku kan obses dengan perempuan cantik. yela sebab aku tak cantik sangat. haha.

well, aku dapat tahu yang die dah pregnant. dah nak masuk 7 bulan kot. sangat lama dah tak terjah blog die kan. sampai tak tahu pun bile die preggy. haha. dulu aku rasa die miscarriage. aku rasa la berdasarkan entry die yang sedih lama dulu (pandai je kau buat andaian). tapi now dah nak bersalin pun. tak nampak sangat pun die preggy. maybe sebab die kurus kot. so excited. congratulation akak manis. eh, yang kau ter over excited tu kenapa? bukan kau or kakak kakak kau yang pregnant. hehe

ok lah. actually aku duk sebok kemas rumah ni. ni pun curi curi tulang since mak aku tak peduli pasal aku. haha. penat kot. rumah ni sikit punya la banyak barang barang sampah. aku nak nasihat kat korang. nanti tak yah la berangan nak rumah besar besar. lagi besar korang punya rumah, lagi banyak la barang yang korang berangan nak taruk kat dalam rumah. beli rumah kecik kecik je. haha. suka hati diorang la.

eh aku dah melebih merapu ni. ok la ye semua. chow..

thanks for reading. Assalamualaikum, bai...

Saturday, May 5, 2012

;kepulangan;

assalamualaikum and good morning semua....

tiba tiba rasa tak tahu nak tulis ape. since lama sangat kot menyepi. seriously bila dah lama tak menaip, rasa memang malas sangat nak continue. tapi kadang kadang tu rindu. just malas la kot yang menguasai diri. kadang kadang bila dah rajin, line wifi pulak macam harem. ala ala seluar harem tu. haha

tak sure nak start kat mana since banyak agenda yang dah pun berlaku since my last post. sangat banyak. benda alah ni dah bertukar baru pun aku still tak pandai lagi nak godek godek. akan cuba sedaya upaya untuk recall balik semua benda yang dah berlaku. or tak payah la cerita benda benda tu semua. kite proceed je dengan benda yang ade sekarang ni. bila dah teringat and ade mood balik, baru la aku share benda benda tu semua.

oh btw, sekarang aku adalah trainee sepenuh masa (untuk 6 bulan je pun) kat sebuah audit firm yang biasa biasa je di kL. since aku tak lah nak pandai sangat, so dapat la aku company yang ok ok jela. hehe. ok la. aku suka company tu. bos pun baik. nak cuti pun senang. tu yang penting kan. tapi aku tak pernah lagi la cuti sesuka hati. semuanya ade MC. masa awal2 kerja, sangat la excited. yela, baru tahu environment kerja kan.

lama lama dah boleh sesuaikan diri. dengan senior senior yang baik. diorang macam tak lokek nak share ilmu. tak de la nak marah marah tak tentu hal. mesti korang ingat sebab aku trainee kan. tak de la. akak senior tu selalu gak tanya macam macam dengan supervisor. supervisor tu ok je melayan. even supervisor tu selalu jugak tanya kat bos. bos tenang je menjawab. tak de la die nak tengking staff die.

aku ade dengar gak la some of my friends yang duk cerita diorang kena marah. nak marah apenya. diorang trainee je pun. tak boleh ke guna bahasa yang elok. kalau diorang dah pandai, tak de nya U nak hantar diorang pergi intern. better belajar je. aiyyo. nasib baik kawan aku tu bersabar. ok aku pun sila lah bersabar :)

awal awal masuk memang tak de kerja langsung. sebab aku masuk pertengahan bulan 1. according to my senior, bulan 3 and ke atas adalah sangat busy. so awal awal tu aku and trainee yang lain just susun file je. then study mana yang patut. belajar tengok file. tengok cara diorang audit. company tempat aku intern ni semua ade. dari account, audit, tax sampai lah secretarial. seronok. sebab boleh belajar semua.

first kerja yang aku buat ialah audit dormant company. mula mula memang bodoh alang. buat kerja pun lambat je. sepatutnya orang dah expert ambik masa less then 1 day. aku buat dalam masa seminggu. memang hebat. then after siap, file tu akan di review oleh senior auditor. kalau ade salah ke ape, diorang akan betulkan then aku kena buat ape yang salah tu. so dari situ lah kite belajar dari kesilapan :)

after siap audit, aku berjaya jugak la kena buat account. for me, account lagi tough la nak compared tu audit. kadang kadang transaction diorang mengarut. semuanya nak guna duit company. so that tax kurang. if loss, tak yah la diorang nak bayar tax. penat la buat account. sampai aku berjaya cuti 2 hari for that. sangat teruk ok. seriously tak nak jadi accountant.

seronok buat audit kalau account die best. best maksudnya tak de problem. memang la ade cabaran jugak. cumanya simple. audit lagi best kot. tapi still susah jugak if pegi company besar. yang punya client besar. revenue juta juta. nak buat vouching pun dah nak pengsan. nak kena angkat file berat segala. if kurang stamina, memang sangat lenguh. aku pernah la dapat company besar. penat angkat file je :(

sekarang ni pun still busy lagi. file dah bersusun kat atas meja. tapi dah rasa penat and seriously rasa tak sabar nak habis. lagi 10 minggu. haha. penat kot. pagi pagi nak kena bangun awal. bangun awal tak kesah sebab dah biasa kelas pagi. tapi tak suka time nak tunggu bus, nak melintas jalan (dek kerana sikap sesetengah pemandu yang buta warna), and macam macam lagi la.

ok la. today just bercerita pasal internship je. next time? insyaAllah nak share pae yang aku buat dengan voucher buku 1Malaysia tu :)

thanks for reading. i love you all. assalamualaikum....

Friday, December 23, 2011

;masa itu emas;

assalamualaikum semua...

ye aku tahu aku dah lama sangat tak update blog. sejak nak final ni, aku makin busy ngan assignment and presentation. tu yang tak sempat nak buat esei kat sini. hehe. today pun curi2 masa je since aku tak jadi nak kuar ngan my sis. so, before pegi mandi and study, aku pun menulis la :)

actually, tak de ape pun yang aku nak share ngan korang. tapi nak jugak update blog kan. haha. oh btw, semalam dah tamat sesi pembelajaran sem 1 2011/2012. and akan masuk balik after 9 months. wow, cuti ke 9 bulan tu? oh semestinya tak la kan. sepanjang tempoh 6 bulan aku akan intern kat audit firm. right after habis je final aku akan start intern. and akan masuk belajar balik semester 1 2012/2013.

yes, internship aku sangat la lama. tapi haruslah gembira if dapat tempat yang bagi allowance banyak kan. tapi alu punya tempat just bagi cukup2 makan je. yela, aku ni bukannya best student yang boleh nak demand mintak kat tempat yang gah2. hehe. tapi aku syukur la ngan rezeki yang aku dapat. sape suruh kau tak berusaha tuk jadi pandai. boleh kan cakap macam tu? haha

next week aku dah start final exam. sangat la risau sebab belajar tak serious sangat. asyik nak main je. baca sikit pun dah mengantuk. pastu mula la terlebih tidur. sob sob. today harapannya tak nak belajar sebab nak kuar ngan my sis kan. tapi terpaksa tukar jadual ke esok hari. and today pulak haruslah belajar setekun yang boleh since nak kuar berjimba kan. takut melarat ke hari ahad je. 

after that haruslah berkawan ngan library. aku ni pantang jumpa katil. rasa nak melepak je atas katil. even belajar pun atas katil sebab senang nak lentok terus. haha. tapi aku berazam tuk berkawan ngan library sem ni. risau ngan subjek yang makin susah kan. so kena la struggle. semoga aku berjaya!!

ok la. time is running out. banyak lagi benda yang harus di buat. wish me all the best ye kawan2. i love you all!!

p/s: maybe aku akan bertambah malas nak menulis sampai la habis final exam. maybe la :)

Monday, December 12, 2011

;a song to match your mood;

assalamualaikum...

sementara menanti groupmates datang tuk discussion, sempat la aku buat short entry. hehe. just tuk continue this cabaran je :)

sib baik tajuk die simple je. a song ke? knp tak songs? haha. aku banyak gak la ade suka lagu. biasanya lagu yang aku suka tu orang lain pun akan suka.

currently sangat suka lagu a thousand years by christina peri. ost twilight. tapi aku tak berkesempatan lagi nak tengok that movie. faktor kekangan masa. hehe. lagu tu slow motion je. and senang orang nak ikut. one of my room mates ni suka gila ngan lagu ni. memang setiap masa die akan pasang. aku lak tumpang dengar la sekali. hehe.

so, that's my song to match my mood :)

p/s: favourite song akan sentiasa bertukar mengikut perubahan masa. kadang2 suka gak ngan lagu2 lama. sebab lagu lama more meaningful :)

nanti update lagi. harus ber diskusi sekarang.
i love you all!!

Thursday, December 8, 2011

;skin care;

asslamualaikum semua...

hai semua. apa khabar. hopefaully korang sehat la. ngan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni kan. if tak sehat cepat2 ke klinik okay.

today cam ade kerajinan nak menaip and bercerita. since tak de nak buat ape. and cara nak mengawal emosi. sib baik today aku puasa. so tak de la nak melantak semua benda yang ade depan mata. hehe.

dah banyak hari tak hujan. today hujan pulak. Alhamdulillah. basah lagi bumi uia ni. sejuk sikit. since dah dua hari tak lena tidur akibat panas. dah banyak kali gak la buat report pasal kipas yang perlahan ni. eh, kite bukan nak cerita pasal tu. nak cerita pasal my skin care lah :)

dulu masa mula2 kenal pencuci muka, aku baru 12 tahun. awal eh? aku rasa macam normal kot. since time tu hormon pun dah macam berubah. hehe. tapi tak de la pakai selalu. seingat aku yang aku memang bersungguh-sungguh pakai pencuci muka since umur aku 17 tahun. time tu aku ingat yang aku pakai mustika ratu. tapi tak menjadi. muka makin teruk and jerawat kuar dengan banyaknya.

then aku switch tu sendayu tinggi. time pakai sendayu tinggi memang sangat lama. memang kena sabar la. seingat aku, 3 tahun kot aku duk invest kat sendayu tinggi ni. dari yang soap, sampai la die tukar cleansing, aku still setia ngan sendayu tinggi. tapi result die sangat menarik lah. kulit muka memang licin dan cantik. since kakak aku yang mula2 try sendayu tinggi, aku pun nak jugak try. memang aku jarang gila tengok cermin time awal2 pakai sendayu tinggi. semua jerawat kuar. memang banyak. yang masak, kaler merah, itam, semua ade. scary wei.

then after muka dah okay, aku tukar product lain since sendayu tinggi tu dah tak sesuai tuk kulit muka aku. die buat muka kering. time jerawat ade memang sangat sesuai nak pakai sendayu tinggi. sebab die memang control pengeluaran minyak semua tu. bila jerawat semua dah hilang, no point la aku nak terus pakai sendayu tinggi. then aku pakai produt tupperware. nama die skinlogics. yang ni pin memang superb sangat best. aku paling suka cleansing foam and toner die. cleansing foam die sangat best and sangat la cepat habis. tapi toner die tahan lama. sampai sekarang pun aku still guna toner skinlogics tu. sejuk.

after cam boring pakai brand tu, aku switch lak ke bio pearl. produk ni pun memang best. aku just beli soap die je. boleh guna tuk 3 keaadan. sebagai pencuci, scrub and masker. tp aku biasa pakai as pencuci and scrub jela. tapi seriously kulit muka lembut sangat. tak menyesal try. tapi aku tak pakai lama since susah sangat nak dapatkan stok. jauh. tak semua kedai ade jual. so time tu aku back balik pakai brand tupperware.

aku ingat yang last aku tukar pencuci muka bila aku balik cuti semester tahun ni. aku guna pencuci muka mak aku. macam menarik. namanya natural 999. nama cam tak commercial kan. tapi tu la. muka aku okay jugak la bile guna sabun die. aku just guna sabun je. toner still guna brand tupperware. tapi bila aku cam malas nak cuci muka, jerawat senang je datang bertenggek. so, aku memang kena rajinkan diri cuci muka. 

lately ni aku macam nak tukar skin care. dah tak nak pakai brand natural 999 tu. tapi tak tahu nak pakai ape since aku takut tak berkesan ngan kulit muka. tapi one of my friend suggest kan aku pakai netrogena. tapi aku macam berminat ngan product yang cousin aku jual, chahaya beauty. kan susah bila dah ade banyak pilihan. 2 2 pun aku rasa nak try. tapi aku tak nak la product yang boleh buat kulit putih. nampak macam fake sangat. huhu.

if korang ade suggestion, share la ngan aku. nak gak tahu apa yang korang pakai and sesuai ke tak. hehe

okay lah. guruh kuat sangat. buat aku rasa nak menyorok dalam selimut je. nanti aku bercerita lagi..

i love u all!!

Tuesday, December 6, 2011

;The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay;

assalamualaikum and good afternoon semua...

seperti hari2 biasa, aku akan merajinkan diri bukak blog. tapi hanya pandang sebelah mata jela sebab malas gila nak menulis. belum ade idea nak share ngan korang. tapi tapi tapi... bila aku jalan2 kat blog update tu, aku terjumpa la ngan blog NISA KAY. tajuk entry die je dah buat aku nervous. apatah lagi tuk join. haha. sumpah nervous. korang pun jangan la terjebak ngan nervous aku tuh. sampai tak leh nak menaip.

meh sini aku nak bercerita sikit. giveaway die ni memang gila la. aku jarang nak join giveaway. sebab aku macam tak de luck sangat. plus hadiah yang di tawarkan just 1 or 2 camtu je. tiba2 bila aku bukak pasal entry die duk cerita pasal senarai HADIAH, terus aku macam orang gila. terus rasa nak join. mana taknya. hadiah die gila lumayan wei. cepat pegi usha. haha. korang pun leh join gak. janji menepati syarat2 yang diberikan. lets go!!!

first step: korang haruslah membuat tajuk entry
"The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay"

second step: haruslah meletakkan banner give away tersebut

third step: haruslah letak semua link sponsors giveaway ni